Aktiviti Hari Minggu
Selamat
malam korang semua. Malam ni terlebih rajin dan ada mood nak ber blog.
Alhamdulillah
hari ni cukup happy.
Walau yang
sebenarnya tengah resah gelisah tunggu parcel masih lagi tersangkut di awangan.
Call
customer service pun unavailable sebab Cuti Pertabalan Agong kan.
Maka konsep
Sabar dan Redha jela jawabnya.
Siang plan
nya nak bawak cucuk Raudah tapi jalan masuk ke Klinik Pusrawi jalan Ipoh jem
nak meninggal.
So postponed
next time sahajalah.
Alang-alang
dah keluar terus shopping baju harian Raudah dan mama.
Suami
melayan aje.
Dah dekat
Asar baru sampai rumah.
Terus ready
untuk dinner.
Raudah pun tak
meragam so sebagai balas budi kena masak sedap untuk suami.
Padahal menu
semua pilih ikut tekak sendiri. hahahha
Seharian kat
luar dah makan nasi so malam plan nak makan cicah roti aje.
So masak la
Stew Kambing dengan buat agar-agar tembikai yang cantik tu.
Lama dah
berhajat malam ni baru dapat buat.
nanti aku
share resepi. Untuk Sementara waktu tataplah menu yang aku sediakan ikhlas dari hati.
chewah.