Petua Rawat Kudis Guna Kelapa Parut

Rodiah Amir

Petua Rawat Kudis Menggunakan Kelapa Parut

Petua guna kelapa parut ni rasanya ramai dah tahu. Petua turun temurun, dari generasi ke generasi sampai la sekarang. Mak aku antara orang yang meneruskan petua tradisi ni. Kisahnya tak kira sesiapa yang ada masalah gatal-gatal kulit kaki/tangan mak akan suggest atau mak sendiri yang lumurkan untuk cucu-cucu dia.

Ala ni yang jenis kulit gatal-gatal kalau main pasir, pastu ada yang jenis kulit sensitif kalau lepas kena gigit nyamuk akan jadi bintat dan kalau garu jadi kudis dan parut. Jenis kaki kulit comot sesuai amalkan petua ni.


Cara hilangkan Kudis Menggunakan Kelapa Parut

Basahkan kawasan gatal dan sapukan/tonyoh kelapa parut dan biar sekata. Lumur macam lumur garam dan kunyit nak goreng ikan tu. biarkan selama 4-5 minit. Lepas tu boleh bilas. Buat 2 kali seminggu atau paling malas sekali seminggu dah boleh nampak hasil. In sha Allah.  

Sejak aku kecik itu lah selalu mak buatkan untuk adik beradik. Aku tak tahu la sejauh mana kebenaran dari sudut sains. Korang nak cuba sila dapatkan nasihat doktor dahulu. 

Masa cuti hari tu mak suruh cuba pada Raudah. Kan Raudah masalah eczema dia. memang berat hati TAPI cuba jela kan mak, nak sedapkan hati mak.

Elok je seminit sapu kat badan terus dia menggaru non-stop. Naik bintat merah dan lepas tu timbul bintik-bintik kecik banyak pulak tu. oh scarry. Memang kalau kulit orang yang tak ada masalah eczema memang akan gatal-gatal tapis sekejap je. Normal.


Alergik Kepada Santan?


Tapi sebab Eczema Raudah ni alergik kepada SANTAN. Habis satu badan keluar bintat merah gatal. Memang aku kalau masak lemak santan dia tak boleh makan hatta dia suka sangat. Kalau makan confirm bibir naik bintik merah-merah.

Suami pandang-pandang jeling-jeling. Terus bilas badan sapu vics dan cream eczema doctor kevin  TENGOK SINI then tidurkan dia dalam kereta. Dalam 5 minit bintat hilang. Fiuhhh lega.

Ingat ye, kalau nak cuba bila anak kena serangan allergic gatal eczema cepat-cepat sejukkan kulit anak. Pernah dulu kat rumah pengasuh dia tuam ais dekat Raudah menjadi jugak. Kurangla gatal bintat tu. Alhamdulillah.

Apa pun kita cuba. Ikhtiar. Atleast dah tahu product santan Raudah allergic. Awak ada eczema? Allergic dengan apa pulak?


Tags