Berjaya Masak Takoyaki di Sushi King

Berjaya Masak Takoyaki di Sushi King 

Last celebration birthday di usia 32 tahun adalah dengan geng makan Korean office tapi makan di Restaurant Jepun tak lain tak bukan Sushi King. 

Kali ni birthday celebrate di Sushi King Express Jaya One Petaling Jaya. Simple je pun. Kebetulan ada urusan di bank masa lunch terus lah ke sini.

Sebelum tu singgah beli Kek Favourite di Just Heavenly CafĂ© beli mesti tak menyesal. Beli Red Velvet dan Cheese Cake. Harga agak mahal tapi berpatutan dengan rasa dia yang cukup lengkap.



Makan  Takoyaki Sushi King

Then bila masuk Sushi King kami teringin nak makan Takoyaki. Paling best boleh masak sendiri. Masa ni dah start ragu-ragu pandai ke nak buat jadi dia bulat-bulat.



Terus dari excited jadi nervous. Masa order tak fikir sangat. Ahhahaha. Hamik kau.
Kami amik spicy seafood for filling. 

Dan kami juga order sushi lain. Penuh la meja makan. Sampai tolak-tolak suh kawan habiskan. Oh nak masak tu ada la manual dia tunjukkan. Dan super mudah ok. tak yah la risau. 

Excited je bila buat terus jadi.





Terima kasih kawan-kawan yang masih nak celebrate birthday aku walau dah masuk bulan December pun. Salah satu kenangan yang seronok di ingat pada masa hadapan. In sha Allah.


Ruangan Comment Hilang

Assalamualaikum,

Alahai sedihnya. Baru perasan yang dekat blog aku ni setiap entry tak boleh nak letak comment akibat aku salah setting/ tak perasan setting aku letak Google+ setting. Kalau set Google+ memang comment box yang biasa tu tak akan appear.

Dah dua orang blogger tegur pasal comment box ni. Tapi aku masih gagal nak cari tutorial yang aku boleh refer dan baiki. Im so sad.

Dah follow blogger tips pun macam kat bawah ni, tapi kenapa tak keluar jugak? salah template ke? huwaa.. sesiapa minta tolong.

dan lepas aku baca banyak-banyak tutorial kebanyakkan comment because current template yang digunakan ada ter remove/hide comment punya ruangan. Aduhai.

Ada yang bagi 7 cara dan last sekali dia nasihatkan tukar jela template sebab itu punca utama. adoi hai. nyampah la begini.

Berehat sekejap



KENALI BRAXTON HICKS KETIKA MENGANDUNG

Braxton Hicks Ketika Mengandung

Since minggu ke 32 lagi usia kandungan Braxton Hicks dan start menyerang. Selalu malam around 8pm sampai sejam baru hilang sakit tu. 

Mula-mula cuak la sebab takut nak bersalin tapi tak kan awal sangat kan? Bila baca kat Baby Bump Apps baru la sedar dia kata Braxton Hicks akan menyerang bila masuk 33 minggu ke atas. Bahasa pasar orang cakap amaran palsu nak bersalin.

Braxton Hicks berlaku bila otot uterus (rahim) anda mengecut dan mengeras dalam masa yang sama. Acah-acah nak melahirkan anak. Sepatutnya sakit ni dalam setengah minit dan berlaku dua ke tiga kali dalam masa sejam.


Back To School 2018 | SALE BRAND CANGGIH

Back To School 2018 Canggih


Dah masuk bulan December bulan terakhir untuk tahun 2017, golongan ibu bapa yang ada anak bersekolah mesti dah start shopping barang keperluan untuk sekolah tahun depan kan? Sebenarnya aku dah start awal lagi, sekarang adalah masa untuk semak semula dan tambah apa yang belum cukup je.

Macam hari tu memang sengaja tunggu promosi untuk beg sekolah. Harga beg sekolah sekarang semuanya urut dada. Terkejut mak tengok harga. Kalau dulu RM40 dah macam paling mahal kot sekarang RM40/50 adalah harga paling rendah.

Memang ada yang boleh dapat dengan RM30 tapi kualiti dia agak sadis. Untuk anak-anak yang cukup matang sesuai la sebab pandai jaga. Untuk anak yang baru nak masuk darjah satu mahu seminggu je lepas tu koyak agaknya.



Back To School

Dah survey harga di Aeon Big, Aeon Keramat, dan Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang range harga adalah RM60 ke atas. Oh ye aku cari beg beroda ya, sebab nak elak anak angkat beg berat. Dulu satu roda je kan? Sekarang dah jadi beg 3 roda. Untuk ketahanan dan lasak pun ye jugak.

Untuk jenama Swan yang memang tahu kualiti dia, harga bermula RM99 kalau tak silap. Memang berbaloi untuk beli selepas mendapat nasihat kawan-kawan yang dah ada pengalaman. Masih belum membeli sebab masih terperanjat tengok harga. Nanti la tengok mood suami baru pergi beli.

Selagi tak setel bab sekolah selagi tu la akan berfikir pasal hal ni. Just standby duit jela. Lepas ni kena uruskan pendaftaran KAFA etc. Oh mai. How time flies. Dah masuk sekolah rendah anak aku. My big baby boy.




Ada kawan share yang Brand Canggih ada buat Sale sempena Back To School. Kalau dulu aku pakai Baju Brand Canggih ni sebab dapat bantuan murid miskin ya. Suka dengan kualiti dia. Ada jugak kawan-kawan yang kurang berkenan jenis kain Canggih ni. 

Apa pun di Zaman Pak Jib yang mencabar ni kena bijak rebut peluang cari discount dan pastikan berbaloi. Jangan harga sebelum discount dengan after sama je. Jadi pengguna bijak ya.