Barang Pos laju tak sampai-sampai

Siapa ambil kesempatan YES yang berlangsung last year angkat tangan. Banyak tak duit habis? Semua barang yang dibeli dah dapat? 

Kalau dapat Alhamdulillah. Yang tak dapat meh sini high-five dengan akak. Sedih dik barang sampai ke sudah tak sampai-sampai. 


Barang Pos laju tak sampai-sampai

Kisahnya: Akak beli barang dan seller post pada 18 Dec2017, dari Pos Laju Alor Setar. 

Last status kat system pada 19Dec2017 dan sampai di Pusat Mel Shah Alam, lepas tu dah tak ada berita. Sampai la sekarang dah masuk tahun baru pun.

status tergantung sepi




akak cuba juga email


Apa akak buat:

Selain dari inform seller, dan minta dia follow up (end up seller suruh akak yang call pos laju sebab dia dah pos so tugas akak la kirenya. 

Ptui sangat perangai), akak call pos laju Alor Setar dan mereka inform kemungkinan slip pada barang akak tercabut/tertanggal then barang akak telah diletakkan di Post Laju Batu Caves. 

Tips: better conteng no telefon pada kotak/parcel supaya kalau kes slip tercabut/ pos laju boleh call kita.

Puas akak call, hot line Pos Laju, Pos Laju Batu Caves, Pos Laju Wangsa Maju dan berkaitan tapi satu pun tak membuahkan hasil. Frust tu jangan cakap la. Dan akak dah email juga.

No telefon Pos Laju:

Batu caves = 03 61851592 | 03 61851593
Wangsa Maju = 03 4142 4384
Hotline Pos Laju = 1300300300

Akhirnya setelah berputus asa, akak update balik seller dan seller kata nak pos yang baru je. Malas kot nak buat report hilang barang. 

Barang harga RM55. Nak buat report pun makan masa, agak leceh dan makan masa;


Kena check dengan Pos Laju layak untuk claim atau tidak.
Kena isi borang dan sertakan Salinan consignment note dan dokumen lain.
Kena selalu follow up.

Akak lega bila seller kata boleh ganti. So tunggu jela. Tapi kalau la jadi lagi sekali hilang di tengah jalan, agak anggap tak ada rezeki je la.

Selamat Terima Hadiah give away dari Sis Gee

Assalamualaikum,


Ya Allah lamanya peram entry ni. 
Ni gara-gara mood nervous menunggu baby nak keluar.

Hari tu lepas confirm kan alamat untuk post hadiah, terus bercuti duk dekat rumah je.
Sengaja suruh pos ke alamat office.

Baru-baru ni baru berkesempatan nak masuk office submit surat tunjuk sebab baru dapat tengok hadiah daripada Sis Gee.

Yeay.

Alhamdulillah. Saya menang : porch bag, key chain dan fridge magnet Penyu.
Suka ke semua sekali. kalau nama nya hadiah siapa yang tak suka kan?

Semoga Sis Gee dimurahkan rezeki dan aku pun berpeluang nak buat Give Away in future.
Jom jenguk blog Sis Gee kat sini sebab dia suka berkongsi ilmu dan juga rezeki. 



Cara Mudah Pasang Lencana Sekolah

Anak dah masuk sekolah ni baru lah berjinak-jinak nak beramah mesra dengan pembalut buku, cop nama, lencana sekolah, dan macam-macam lagi. 

Zaman pun dah maju, semua mencari tips dan cara paling senang nak buat sebab almaklumlah ibu bapa sekarang semakin bijak dan semakin sibuk. 

Anak seoarang boleh lagi, kalau dua, tiga orang yang dan start bersekolah. Penat juga. Hari tu masa setelkan urusan pembelian barang sekolah Ikhwan, beli lencana sekolah sekali. 


Cara Mudah Pasang Lencana Sekolah


Masa tu dah dalam dilema, nak tampal je atau nak jahit, sebab ada terbaca cara mudah nak tampal tanpa perlu jahit. 

Tapi abah dia rajin, nak jahit. So bagi can abah dia jahit. Lepas settle jahit baru perasan kedudukan lencana salah. adoi tepek dahi.






Tak Perlu Jahit Lencana Sekolah?


Kalau dah tahu ada cara mudah tampal lencana kenapa perlu jahit?

Sebelum nak beli barang untuk nak tampal kononnya, ada la post pasal ni kat FB; ada kawan yang comment yang tudung anak dia rosak selepas beberapa ketika. 

Mungkin dia basuh ganas sangat ke apa kan. ok fine, lepas tu ada yang yang kongsi pendapat kurang best la. So terkuburlah hasrat nak guna cara mudah tu.

Suami pulak baik hati nak ganti mak buyung jahitkan lencana. Setel urusan. Oh untuk siapa nak mencuba, kot la kan menjadi boleh refer step bawah ni ya. Aku refer blog mamakembartiga untuk tutorial ni. 

Bahan yang diperlukan:

  1. Gam UHU ‘All Purpose Adhesive’ yang jenis melekit macam lendir tu. Jangan guna yang ‘Super Glue’ yang jenis cair nanti jadi bertompok tompok.
  2. Kertas keras/ kertas manila sebagai pelapik 
  3. Iron
  4. Lencana
  5. Kain tuala/ sapu tangan yang di basahkan

Cara:

  1. Letakkan kertas tebal ke dalam poket atau belakang tempat nak tampal lencana tu. Ni lapik supaya gam tak meresap ke bawah.
  2. Letakkan gam UHU di belakang lencana. Jangan banyak sangat nanti comot plak.
  3. Tampal lencana ditempat yang dikehendaki.
  4. Letakkan kain basah tadi diatas lencana dan seterika atas kain tu sampai laa lencana melekat.
  5. Keluarkan kertas keras tadi. Tadaaa dah siap!




Ok selamat mencuba. 

Khasiat Buah Zuriat a.k.a Buah Adam Hawa

Khasiat Buah Zuriat a.k.a Buah Adam Hawa

Hari tu masa jalan-jalan habiskan cuti Xmas di Melawati Mall sempat masuk satu kedai runcit Arab di level bawah sekali berhadapan dengan stall jual Fresh Juice. 

Masuk sebab suami nak beli kismis untuk anak-anak sebagai kudapan. Stock kurma pun dah menyusut. Masuk dan survey harga. Standard harga mall la kan agak pricey. Beli la juga tapi tak banyak pun. 

Pesan kat suami tak mahu masuk lama-lama sebab kedai Arab ni banyak barang-barang berkaca. Silap langkah kang terpecahkan barang-barang dia naya je nak kena bayar ganti rugi. Risau je perangai Raudah dan Ikhwan yang tak terjangka ni.