Barang Pos laju tak sampai-sampai

by - January 08, 2018

Assalamualaikum,

Siapa ambil kesempatan YES yang berlangsung last year angkat tangan. Banyak tak duit habis? Semua barang yang dibeli dah dapat? Kalau dapat Alhamdulillah. Yang tak dapat meh sini high-five dengan akak. Sedih dik barang sampai ke sudah tak sampai-sampai. 

Kisahnya:

Akak beli barang dan seller post pada 18 Dec2017, dari Pos Laju Alor Setar. Last status kat system pada 19Dec2017 dan sampai di Pusat Mel Shah Alam, lepas tu dah tak ada berita. Sampai la sekarangdah masuk tahun baru pun.

status tergantung sepi


akak cuba juga email

Apa akak buat:

Selain dari inform seller, dan minta dia follow up (end up seller suruh akak yang call pos laju sebab dia dah pos so tugas akak la kirenya. Ptui sangat perangai), akak call pos laju Alor Setar dan mereka inform kemungkinan slip pada barang akak tercabut/tertanggal then barang akak telah diletakkan di Post Laju Batu Caves. Kenapa ke sana akak tak tahu, alamat penghantaran adalah WangsaMaju ya.

Tips: better conteng no telefon pada kotak/parcel supaya kalau kes slip tercabut/ pos laju boleh call kita.

Puas akak call, hot line Pos Laju, Pos Laju Batu Caves, Pos Laju Wangsa Maju dan berkaitan tapi satu pun tak membuahkan hasil. Frust tu jangan cakap la. Dan akak dah email juga.

No telefon Pos Laju:

Batu caves = 03 61851592 | 03 61851593
Wangsa Maju = 03 4142 4384
Hotline Pos Laju = 1300300300

Akhirnya setelah berputus asa, akak update balik seller dan seller kata nak pos yang baru je. Malas kot nak buat report hilang barang. Barang harga RM55. Nak buat report pun makan masa, agak leceh dan makan masa;

Kena check dengan Pos Laju layak untuk claim atau tidak.
Kena isi borang dan sertakan Salinan consignment note dan dokumen lain.
Kena selalu follow up.

Akak lega bila seller kata boleh ganti. So tunggu jela. Tapi kalau la jadi lagi sekali hilang di tengah jalan, agak anggap tak ada rezeki je la.

You May Also Like

0 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.