Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi selamat melahirkan anak ketiga iaitu seorang Puteri ke dunia dengan selamat pada Hari Isnin, 22 January 2018 pada pukul 11; 21 malam di Rampai Puteri Medical Centre. 

Pengalaman melahirkan anak ketiga pada usia 33 tahun yang mana aku rasa dah terlalu tua nak melayan morning sickness dan sakit bersalin. Ahaks. 

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Baby seberat 3.8kg dan bersalin Normal seperti yang di idamkan. Alhamdulillah makbul. Untuk anak ketiga bersalin di sambut oleh Doctor pilihan hati; Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali

Doctor yang sama sambut kakak dia, Raudah Sakinah di Gombak Medical Centre dulu. Kita ikut ke mana doktor Zana bertugas ya. 



Tanda-Tanda Nak Bersalin 


Tidak banyak drama dan tanda nak bersalin untuk kali ke tiga ni. Kali ni sedikit berbeza sebab lahir pada waktu malam, dan tidak pecah air ketuban. 

Kali ni hanya keluar brown spot. Darah cair/ lendir yang aku perasan masa pukul 9 malam. Dan keluar lagi pada pukul 10 malam.


Anak pertama – cirit birit, loya dan muntah-muntah. Pecah air ketuban pukul 1 pagi dan bersalin pukul 7 pagi.

Anak kedua – pecah air ketuban pukul 3 pagi, cirit birit, loya dan muntah-muntah. Lahir pagi pukul 10.00 pagi.

Anak ketiga – keluar lendir/darah coklat start pukul 9 malam. Kurang loya dan muntah. Lahir pukul 11:21 malam.


Malam tu macam biasa suami sampai rumah dalam pukul 8 malam, siang tu tak kuat mana pun contraction tapi berjaga-jaga sebab dah masuk 39 minggu 5 hari. 

Memang ikut sejarah anak aku semua keluar pada minggu ke 39. Jadi bersedia sajalah. Contraction tak kuat mana dan aku masih berjaya kawal sakit dengan teknik pernafasan. 

Tarik pendek ikut hidung dan lepas ikut mulut secara panjang sambil zikir Doa Nabi Yunus. Itu je aku ulang dan Alhamdulillah aku tenang hadap sakit.

Masa keluar darah pukul 9 malam terus whatsapp Doc Zana tanya perlu ke hospital atau tidak. Sempat aku suggest datang hospital pagi esok jela. Sebab malas nak bermalam dekat wad dengan budak-budak ni. 

Doctor insist aku datang hospital dan check. Maka bersiapla tapi memang lembap la aku buat sebab contraction selang 5/10 minit sekali. 

Pukul 10malam masuk tandas keluar lagi brown spot tu. terus ke hospital. 


Proses Melahirkan Anak Ke Tiga

Check CTG, check bukaan oleh bidan sementara tunggu doctor Zana sampai sebab dia masa tu on the way balik rumah baru habis shift. Masa check ni dalam pukul 10.40 malam ke atas bukaan dah 8cm. 

Amboi terus panic nak bawa aku ke labor room. Suruh ready salin baju etc. Sementara tunggu doctor sampai dan aku kena tahan la jangan push lagi takut baby keluar.

Elok je dengar suara doctor terus aku readykan mental nak meneran baby. Suami kata tak lama pun proses tapi bagi aku yang meneran ni rasa hazab la juga. 

Aku perasan ada 4 kali (sesi) aku teran. Dua kali aku teran keluar isi perut dan najis, kali ketiga teran pecah air ketuban dan kali ke empat teran baru keluar baby. Setiap sesi ada la dalam 4/5 kali meneran sekuat tenaga. 

Sesi ke empat paling genting sekali. Paling perit bila doctor macam tolong koyakkan bawah reality tak pun dia pegang bantu kepala baby keluar. 

Yang aku dengar suara bidan masa tu, ha ok dah nak keluar sikit lagi lepas je teran tu, jerit je baru la keluar baby. 

Ya Allah seram nak ulang semula.

Masa selang sesi ke dua doctor suggest aku bersalin kedudukan squad based on baby aku pernah sosngsang dan baby selesa dengan kedudukan dia dalam perut. 

Masa tu aku tak dapat fikir pon sebab sakit nak gerak pon tak boleh. 

Then doc suggest aku bersalin dengan kedudukan mengiring ke kiri. Dia lipatkan/tegakkan kaki kanan aku jadi segi tiga. Ok tak reti nak explain. 

Untuk setiap sesi meneran aku memang minta bidan and doctor tolong tolakkan perut aku ke bawah. 
Entah aku rasa selesa dan berkesan aku rasa.

Apa pun yang doctor buat adalah berdasarkan tahap kesihatan pesakit dan kebolehan/ kemampuan pesakit. 

Yang berbahaya memang doctor tak izinkan. Lepas bertarung nyawa, lahirlah Puteri dengan suara yang nyaring. 

Doctor letak dia dada aku dalam beberapa minit macam tu untuk bonding. Lebat rambut dia. Suara nyaring jugak. Lepas tu minta doctor sunatkan dan bersihkan baby.

Untuk aku belum habis di situ, masih kena meneran untuk keluarkan uri dan darah. Lepas tu kena seluk lagi untuk make sure semua keluar. Abah dia guntingkan tali pusat dan iqamahkan. 

Baby terus berak so bersyukur sangat. Sempat aku pesan kat doctor nak bius untuk jahit tapi doctor kata tak luka pun. 

Cuma melecet sedikit sahaja so dia suggest sapu cream yang hospital akan bagi. Alhamdulillah. Bersyukur sangat.

Selesai semua pembersihan dan check terus di bawa ke wad 103. Berehat di bilik sementara nurse check baby. 

Sempat pump susu sebab risau air susu tak keluar macam anak kedua dulu. Alhamdulillah keluar walau tak banyak mana. Baby pun baru pandai nak sedut.

Petang esoknya dah dibenarkan discharge. Setelkan bil dan antara syarat boleh discharge adalah parents kena sediakan car seat untuk baby. 

Nurse akan check kalau tak ada boleh pinjam/sewa percuma dengan pihak hospital. 

Kena letak deposit RM100 dan mesti pulangkan dalam masa seminggu dan deposit akan dikembalikan. Bagus kan policy dia. 

Alhamdulillah untuk kesenangan proses bersalin kali ni, tak kena jahit dan semuanya baik sahaja.

Selamat datang untuk ahli keluarga baru: AIRIS. Abah, mama, abang dan kakak gembira dengan kehadiran awak ke dunia ni. Moga jadi Anak Solehah.


Review Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa

Artikel kali ini nak kongsi pengalaman selepas mencuba Pakej Urutan semasa Berpantang dari Comfort Zone Spa, Prima Sri Gombak. 

Alhamdulillah mudah sangat segala urusan baik dari segi tempahan dan juga perkhidmatan sehingga semuanya selesai. 

Untuk korang bakal ibu yang nak menggunakan khidmat urutan selepas bersalin terutama yang menetap di Lembah Klang boleh baca perkongsian ni sampai habis. 


Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa

Selepas buat beberapa perbandingan harga dan baca review aku nekad memilih Comfort Zone atas beberapa faktor:
  • Confinement Lady (CL) adalah warganegara Malaysia dan ada sijil kelayakan & di iktiraf.
  • Pakej yang berpatutan dan mampu bayar.
  • Pakej CL tidak perlu stay di rumah.
  • Background Spa yang di kenali dan berpengalaman.
  • CL dan Service yang mesra pelanggan.

Cerewet kan aku? tapi itu adalah PERLU ya. Untuk keselesaan aku juga. Sebab kita dah bayar kan? Oleh sebab aku berpantang sendiri untuk anak ketiga so memang kena cari sendiri orang untuk berurut.





Bila perlu booking Pakej?

Seeloknya book sebulan sebelum tarikh bersalin, lagi awal lagi bagus. macam aku book 2 bulan sebelum tarikh bersalin. Whatsapp sahaja detail ke 013 - 6857412 (owner – Puan Nurul Wahidah). 

Kena nyatakan tarikh jangkaan bersalin dan alamat berpantang. Kalau rezeki dapatlah kak Wahidah yang urut kalau tak staff dia pun ada. 

Untuk kawasan Kuala Lumpur Kak Wahidah yang akan urut sendiri, dan untuk kawasan lain macam Shah Alam dan lain-lain ada staff Comfort Zone yang akan cover.

Kena bayar deposit RM200 sebagai tanda kita book.

Pakej apa yang ada?

Aku ambil pakej basic - Ibu iaitu urut selama 3 hari. Penjagaan untuk aku dan tak termasuk baby. Boleh check pakej dekat sini.



Caj lain yang dikenakan adalah caj pengangkutan. RM25 untuk 3 hari. Kalau nak hanya urut dan tiada tangas/ param/pilis/ bertungku etc tu 3 Hari urut berharga RM360.

Waktu Bermula Urutan?

Untuk yang bersalin Normal, boleh mula seawal hari ke 4 selepas bersalin dan untuk bersalin secara pembedahan urutan boleh dilakukan selepas 10 hari selepas bersalin.


Review Aku Tentang Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa

Sejujurnya aku sangat suka Kak Nurul urut dan berpuas hati dengan layanan dia. orangnya pun ramah so tidak la aku segan. Dia akan tanya sakit atau tak dan tahap dia urut pun bergantung kepada ketahanan kita. 

Macam aku ni jenis tak tahan urut. Kena medium aje urutan tu. Tiga hari berurut rasa lega sangat. 

Alhamdulillah aku tak demam lepas urut, sebab pernah aku kurang sihat sebab badan sakit-sakit kena urut.

Hari pertama aku berurut termasuk la urutan bengkak susu. Lega sangat-sangat bila dah dibetulkan urut-urut yang tersimpul. 

Maklumlah bertahan sampai 9 bulan asyik tidur mengiring sebelah kiri memang sedap sangat lepas berurut. 

Hari ketiga aku bertangas selama 20 minum. Perghh memang segar.

Secara keseluruhan berbaloi kalau ambil pakej dengan Comfort Zone Spa. Ni bukan review berbayar ye. 

Aku berkongsi untuk mereka yang berada di sekitar KL dan mencari orang yang berpengalaman dalam urut mengurut ni. 

Aku pun ambil pakej yang basic jadi lepas ni kalau nak mengurut boleh contact Kak Wahidah atau boleh pergi ke Spa di:

Comfort Zone
1-56, Jalan Prima SG 3/1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 - 67344548

Boleh terus whatsapp
www.wasap.my/+60136857412

Boleh follow page di FB untuk keterangan lanjut 


Kalau Anda Peminat Dessert Kena Cuba Resepi Ni

Peminat Dessert - Jeli Coklat Pisang


Kalau anda peminat dessert  terutama coklat dan pisang korang kena cuba resepi ni. Aku teringin nak cuba lepas rasa kek dari Secret Recipe yang ada pisang dalam tu. Kena weh rasa coklat dengan pisang. Mula-mula payah juga nak hadam, dah rasa baru tahu. 

Oleh sebab semangat rajin nak cuba tu ada maka terhasil lah jeli Coklat Pisang di malam hari. Gigih aku siapkan dan tunggu suami nak makan sama-sama. Anak-anak paling teruja kalau aku memasak. 

choc jeli

Tip Banyakkan Susu Badan Mudah Amalkan

Tip Banyakkan Susu Badan


Apa yang aku kongsi kali ni berdasarkan pengalaman sendiri dan hasil pembacaan serta selepas mempraktikkan tips-tips yang banyak dicadangkan di dalam internet dan orang sekeliling. 

Jadi nak share dengan yang lain pula la. Semoga apa yang di kongsi dapat memberi manfaat kepada yang lain. 

Ini adalah antara tips-tips yang aku amalkan dari anak pertama hingga anak ke tiga. 

mother milk


6 Cara Banyakkan Susu Badan


1. Positive & tak putus asa ~ benda ni paling penting sekali. Otak yang positive akan beri kesan yang baik kepada badan. 

Bila kita latih otak sentiasa berfikiran positive, tubuh dan anggota lain akan mengikut apa yang kita fikirkan. Fikir positive jadi yang keluar pun positive. 


2. Pam selepas bersalin ~ oleh sebab masa kelahiran anak kedua dahulu susu memang tak keluar pada hari pertama kelahiran jadi takut kelahiran anak ketiga jadi semula. 

Jadi sebagai persediaan memang dah bawa kelengkapan pam dan pam di hospital semasa berada di wad. 

Risau susu tak keluar. Alhamdulillah. Ada sesetengah bayi yang baru lahir agak kurang mahir nak menghisap puting susu so kalau pam awal atleast membantu payudara bersedia menghasilkan susu. 


3. Minum air ~ nampak remeh tapi kalau diri tak berdisiplin untuk kekalkan air yang cukup dalam badan macamana nak hasilkan susu. 


4. Makan supplement & kurma ~ berlambak produk banyakkan susu di pasaran sekarang. Boleh pilih ikut citarasa. Makan makanan sunnah macam kurma pun dapat tambahkan susu. 


5. Elakkan caffein ~ pernah baca pengambilan caffein tidak elok untuk ibu yang menyusukan bayi. Tapi kalau coffee addict macam aku susah nak berhenti cuma kena pandai kawal pengambilan sahaja. 


6. Diet ~ diet bermaksud pengambilan makanan yang seimbang. Jaga pemakanan in sha Allah pengeluaran pun baik-baik sahaja. 


Okeh itu sahaja. Teruskan berjuang untuk inu yang menyusukan bayi. Kita boleh lakukannya.

*credit google image