Review Pakej Urutan Bersalin dari Comfort Zone Spa


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni nak kongsi pengalaman selepas mencuba Pakej Urutan semasa Berpantang dari Comfort Zone Spa, Prima Sri Gombak. Selepas buat beberapa perbandingan harga dan baca review aku nekad memilih Comfort Zone atas beberapa faktor:

Confinement Lady (CL) adalah warganegara Malaysia dan ada sijil kelayakan & di iktiraf.
Pakej yang berpatutan dan mampu bayar.
Pakej CL tidak perlu stay di rumah.
Background Spa yang di kenali dan berpengalaman.
CL dan Service yang mesra pelanggan.

Cerewet kan aku? tapi itu adalah PERLU ya. Untuk keselesaan aku juga. Sebab kita dah bayar kan? Oleh sebab aku berpantang sendiri untuk anak ketiga so memang kena cari sendiri orang untuk berurut.

Bila perlu booking Pakej?

Seeloknya book sebulan sebelum tarikh bersalin, lagi awal lagi bagus. macam aku book 2 bulan sebelum tarikh bersalin. Whatsapp sahaja detail ke 013 - 6857412 (owner – Puan Nurul Wahidah). Kena nyatakan tarikh jangkaan bersalin dan alamat berpantang. Kalau rezeki dapatlah kak Wahidah yang urut kalau tak staff dia pun ada. Untuk area KL Kak Wahidah yang akan urut sendiri, dan untuk kawasan lain macam Shah Alam dll ada staff Comfort Zone yang cover.

Kena bayar deposit RM200 sebagai tanda kita book.

Pakej apa yang ada?

Aku ambil pakej basic - Ibu iaitu urut selama 3 hari. Penjagaan untuk aku dan tak termasuk baby. Boleh check pakej dekat sini.



Caj lain yang dikenakan adalah caj pengangkutan. RM25 untuk 3 hari. Kalau nak hanya urut dan tiada tangas/ param/pilis/ bertungku etc tu 3 Hari urut berharga RM360.

Waktu Bermula Urutan?

Untuk yang bersalin Normal, boleh mula seawal hari ke 4 selepas bersalin dan untuk bersalin secara pembedahan urutan boleh dilakukan selepas 10 hari selepas bersalin.

Best atau tidak?

Sejujurnya aku sangat suka Kak Nurul urut dan berpuas hati dengan layanan dia. orangnya pun ramah so tidak la aku segan. Dia akan tanya sakit atau tak dan tahap dia urut pun bergantung kepada ketahanan kita. Macam aku ni jenis tak tahan urut. Kena medium aje urutan tu. Tiga hari berurut rasa lega sangat. Alhamdulillah aku tak demam lepas urut, sebab pernah aku kurang sihat sebab badan sakit-sakit kena urut.

Hari pertama aku berurut termasuk la urutan bengkak susu. Lega sangat-sangat bila dah dibetulkan urut-urut yang tersimpul. Maklumlah bertahan sampai 9 bulan asyik tidur mengiring sebelah kiri memang sedap sangat lepas berurut. Hari ketiga aku bertangas selama 20 minum. Perghh memang segar.

Secara keseluruhan berbaloi kalau ambil pakej dengan Comfort Zone Spa. Ni bukan review berbayar ye. Aku berkongsi untuk mereka yang berada di sekitar KL dan mencari orang yang berpengalaman dalam urut mengurut ni. Aku pun ambil pakej yang basic jadi lepas ni kalau nak mengurut boleh contact Kak Wahidah atau boleh pergi ke Spa di:

Comfort Zone
1-56, Jalan Prima SG 3/1
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 - 67344548

Boleh terus whatsapp
www.wasap.my/+60136857412

Boleh follow page di FB untuk keterangan lanjut 


3 comments:

  1. 3 hari berurut tu wajib kan!rasa ringan je badan.haha

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah mudah kan sis.. Yang penting bila mengandung dah kena buat budget semua.. Lepas bersalin memang nak guna banyak duit.. Terutama sekali penjagaan untuk kita ibu yang bersalin ini..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.