Bagaimana Panama Dance boleh jadi haram?

Bagaimana Panama Dance boleh jadi haram?

Tertarik nak share tentang isu panas Panama Dance ni. Rasanya Panama Dance ni menjadi tular kat Malaysia sebab ramai yang tertarik nak rakam aksi tarian mereka bersama rakan-rakan dan juga atas tiket sebagai satu bentuk senaman. Untuk kesihatan.
Well, kalau tengok sekarang banyak badan kerajaan yang promote untuk buat Panama Dance secara berjemaah. Ala yang menari kat hospital tu contohnya. Banyak juga badan kerajaan dan syarikat swasta terpengaruh. Orang-orang berumur yang buat, kau rasa? Mestilah rasa terganggu lepas tengok aksi mereka. hahahhaha.
Memang orang Malaysia suka sahut cabaran kan? nak pualk kalau idea/trend tu datang dari barat. laju aje pengikutnya. Dah rakam dan upload.
Panama Dance Challenge

Surat Teguran Mufti kepada Peniaga

Tenang rasa lepas baca surat mufti kepada seorang artis / peniaga. Alhamdulillah tiada unsur menyakitkan hati, menjatuhkan, meluat atau menggoda. 

Berbeza betul kalau baca surat-surat sebelum ni dari imam muda la pencetus umah la. Naik geli geleman dan timbul salah sangka. Ke aku sorang je rasa camtu? Lol.

Surat Teguran Mufti Kepada Peniaga

Sebenarnya apa yang Mufti nasihatkan rasanya bukanlah semata-mata untuk artis tu sahaja, tapi panduan dan pesanan juga kepada semua peniaga dan wanita terutamanya yang beragama Islam. 
Suka dengan tiga pesanan yang Mufti tekankan:

(i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak
(ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung
(iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.


letter to Neelofa

Viral Dan Berkat Berniaga 

Semua yang berniaga kena ambil dan jadikan panduan. Pengalaman aku sendiri memang mudah nak buat duit dengan jalan kotor ni. 

Buat benda tak berfaedah, reka benda tak betul, kemudian viralkan. Dah viral baru la orang kenal barang kita jual. Tapi berkat ke idok?

Sebut pasal Berkat dalam berniaga ni, ramai mentor business kongsi tips untuk lakukan jualan supaya mengiklankan produk di Group-group yang wujud kat Facebook. 
Sebab situ ramai pembeli. Rasanya ramai yang buat tapi cara buat tu betul ke tidak? Maksud aku sebelum iklankan ke group tu mesti kena join group dan semestinya ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. 
Kena dapat kan ID ahli untuk penjual sebelum kita bersuka ria mengiklankan barang kita. Antara Contoh syarat yang adalah perlu jemput 50 rakan Facebook lain untuk masuk ke group, atau kalau malas nak buat boleh bayar je kepada admin ikut berapa mereka tetapkan.

Status Halal?

Persoalannya; berapa ramai yang menjemput atau bayar yuran untuk sertai group secara sah? Berapa ramai yang sedar benda yang nampak remeh tapi beri kesan? Berapa ramai yang ambil peduli?
Aku perhati je kawan-kawan business yang promote lepas tu dapat comment notifikasi amaran dari group admin supaya mengiklan secara halal/sah.
Berkat kah rezeki yang kita dapat dari group yang kita masuk secara haram tu? Masa awal-awal berbusiness dulu aku pernah buat, tapi bila terfikir tentang berkat terus aku stop.
Nak tegur rakan lain aku masih belum kuat. Cuma hint-hint kecil yang dapat aku sampaikan. Kang terus kena cop ustajah pakej kena block kat facebook. 
Tak syiok la. Apa pun pesanan ni lebih peringatan kepada diri sendiri. Jangan kerana duit, iman tergadai.

Tablet Resdung Tok Melah

Alhamdulillah baru-baru ni berpeluang mencuba satu produk kesihatan untuk merawat penyakit resdung dan menariknya ia diperkenalkan dalam bentuk tablet.

First time kot jumpa, sebelum ni aku pernah jumpa produk samaada dalam bentuk kapsul atau stick yang perlu dibakar. 

Kagum sekejap bila dapat tahu. Produk Tablet Resdung Tok Melah (TRTM) telah dicipta dalam bentuk tablet bertujuan untuk memudahkan pengguna dan mesra kanak-kanak.

Penawar Tablet Resdung Tok Melah 

Menurut pengasasnya, bahan-bahan yang terdapat dalam tablet resdung ni adalah selamat diamalkan oleh ibu hamil dan boleh di ambil oleh kanak-kanak seawal usia 6 tahun. 
TRTM mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Habatussauda, kulit kayu manis, epal, delima, rasberi, kurma, oren & vitamin C.
Resdung medicine



Cara Mudah Merawat Gejala Resdung

Super excited nak cuba sebab aku memang ada resdung walaupun tak se kronik orang lain. Jerawat tak tumbuh kat muka tapi suka bermastautin kat belakang badan. Dah macam kertas pasir belakang badan.



Antara Khasiat TRTM ni adalah :
  • Menghentikan kegatalan hidung, telinga, mata, tekak serta badan.
  • Menghentikan kekerapan bersin & melegakan hidung tersumbat, anti radang.
  • Meningkatkan prestasi imunisasi badan dan sistem pernafasan dan melegakan selsema.
  • Mencegah serangan asma, mengurangkan kolesterol dan anti toksid

Kalau tadi merawat resdung dengan cara makan, tapi Tok Melah ni juga keluarkan Sabun Resdung yang dirumus khas dari bahan semulajadi seperti Kulit Kayu Manis, Essential Oil Cengkih, & Ekstrak kunyit. Wangi, bau rempah. Sabun dia aku tengah guna dan sangat berpuas hati. 
Hilang gatal-gatal. Menggunakan bahan semulajadi dan boleh digunakan oleh ibu mengandung dan juga kanak-kanak seawall umur 12 tahun.

Kebaikan Sabun Resdung ni adalah:
  1. Dapat mengurangkan masalah kegatalan di muka, hidung & mata.
  2. Mencerah, melembapkan, menghalus dan menganjalkan kulit wajah.
  3. Baik untuk mengecutkan jerawat, mengurangkan cela pada wajah dan banyak lagi.


TRTM medicine Resdung


Untuk Keterangan Lanjut Layari
Page HQ TABLET RESDUNG TOK MELAH https://www.facebook.com/tabletresdungtokmelah/
 atau
Nak lebih mudah contact je no 013 4942566

Viral Resepi biskut 4 bahan

Siapa perasan tahun ni masa memang bergerak pantas? Dah nak masuk pertengahan bulan March pun,sekejap je. 
Sedar-sedar dah nak puasa dan raya. Pejam celik pejam celik tak lama dah nak berpuasa. Semua dah selesai ganti puasa? 
Kalau dah mula mengganti baguslah. Aku niat nak ganti tu dah ada moga Allah mudahkan urusan aku.
Tahun ni semangat nak sambut puasa dan raya tu berlainan sedikit. Almaklumlah tahun pertama menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Viral Resepi Biskut 4 Bahan 

Jadi, memang excited dan macam-macam dah plan. Yang pastinya kena pastikan tak terlebih belanja dan membazir. 
Macam tahun sudah banyak pembaziran makanan berbuka puasa dan beli kuih raya tapi tak makan. Sudahnya campak ke tong sampah. So tahun ni kita berubah la jadi labih bagus.


Viral Biscuit


Biskut 4 Bahan Biskut Jimat

Oleh sebab dah tak bekerja jadi bab duit memang aku berkira kalau nak beli apa-apa. Baru la aku belajar dan pandai menghargai setiap sen duit dalam dompet. 
Bersyukur sangat dapat rasa perasaan tu. Bila dah tak kerja, focus kepada keluarga tu lebih. Makan minum mereka Alhamdulillah terjaga.
Untuk sambutan raya tahun ni, aku dah siap sedia dari segi perancangan pemilihan kuih/biskut apa yang nak dibuat. 
Atau kalau teringin boleh la beli sejenis dua. Dah start cari resepi dan cuba biskut yang berkenan di hati. So far dah listkan senarai biskut yang bakal dibuat. 
Yang pasti nak buat biskut yang senang, sedap dan seisi keluarga makan. 
Antara biskut yang dah masuk dalam carta ialah, biskut famous amos, kuih ros, biskut lidah buaya, biskut 4 bahan, biskut Florentine, popia cheese/ Horlick dan kek butter. 
Itu angan-angan la. Kita tengok mana yang sempat. Untuk kek aku dah yakin boleh buat, so hari tu ambil kesempatan cuba buat biskut viral 4 bahan. 
Kenapa boleh viral adalah sebab rupa paras biskut yang bertukar selepas di bakar. Ada yang penyek, ada yang sujud menyembah bumi. 
Bahan-bahan yang digunakan pun memang 4 jenis sahaja. Hari tu aku cuba tapi aku tak buat bentuk pelik-pelik. So ok la kejadian dia. 
Anak sulong pun suka. Berbaloi la nak buat, Cuma nanti mungkin aku akan ubah sikit resepi bagi lagi sedap.

Resepi biskut 4 bahan

Bahan-bahan
Setengah buku butter
Setengah cawan susu pekat, kurangkan kalau tak mahu terlalu manis.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu tepung jagung

Cara-cara dia mudah je. Cairkan butter dan masukkan semua bahan. Susu pekat boleh kita agak-agak nak masuk banyak mana ikut tahap kemanisan kita nak. 
Uli sehingga menjadi doh. Kalau doh keras boleh masukkan sedikit marjerin untuk lembutkan dia.
Bentukkan dan hias biskut ikut kreativiti masing-masing. Panaskan oven sebelum bakar biskut pada suhu 160c api atas bawah. 
Rasa dia tak terlalu berlemak, dan aku tak suka manis sangat jadi aku masukkan hanya suku tin susu pekat. Boleh gantikan susu tepung dengan minyak sapi untuk biskut jadi wangi.
Murah dan berbaloi nak cuba.