Viral Resepi biskut 4 bahan

Rodiah Amir
0

Siapa perasan tahun ni masa memang bergerak pantas? Dah nak masuk pertengahan bulan March pun,sekejap je. 
Sedar-sedar dah nak puasa dan raya. Pejam celik pejam celik tak lama dah nak berpuasa. Semua dah selesai ganti puasa? 
Kalau dah mula mengganti baguslah. Aku niat nak ganti tu dah ada moga Allah mudahkan urusan aku.
Tahun ni semangat nak sambut puasa dan raya tu berlainan sedikit. Almaklumlah tahun pertama menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Viral Resepi Biskut 4 Bahan 

Jadi, memang excited dan macam-macam dah plan. Yang pastinya kena pastikan tak terlebih belanja dan membazir. 
Macam tahun sudah banyak pembaziran makanan berbuka puasa dan beli kuih raya tapi tak makan. Sudahnya campak ke tong sampah. So tahun ni kita berubah la jadi labih bagus.


Viral Biscuit


Biskut 4 Bahan Biskut Jimat

Oleh sebab dah tak bekerja jadi bab duit memang aku berkira kalau nak beli apa-apa. Baru la aku belajar dan pandai menghargai setiap sen duit dalam dompet. 
Bersyukur sangat dapat rasa perasaan tu. Bila dah tak kerja, focus kepada keluarga tu lebih. Makan minum mereka Alhamdulillah terjaga.
Untuk sambutan raya tahun ni, aku dah siap sedia dari segi perancangan pemilihan kuih/biskut apa yang nak dibuat. 
Atau kalau teringin boleh la beli sejenis dua. Dah start cari resepi dan cuba biskut yang berkenan di hati. So far dah listkan senarai biskut yang bakal dibuat. 
Yang pasti nak buat biskut yang senang, sedap dan seisi keluarga makan. 
Antara biskut yang dah masuk dalam carta ialah, biskut famous amos, kuih ros, biskut lidah buaya, biskut 4 bahan, biskut Florentine, popia cheese/ Horlick dan kek butter. 
Itu angan-angan la. Kita tengok mana yang sempat. Untuk kek aku dah yakin boleh buat, so hari tu ambil kesempatan cuba buat biskut viral 4 bahan. 
Kenapa boleh viral adalah sebab rupa paras biskut yang bertukar selepas di bakar. Ada yang penyek, ada yang sujud menyembah bumi. 
Bahan-bahan yang digunakan pun memang 4 jenis sahaja. Hari tu aku cuba tapi aku tak buat bentuk pelik-pelik. So ok la kejadian dia. 
Anak sulong pun suka. Berbaloi la nak buat, Cuma nanti mungkin aku akan ubah sikit resepi bagi lagi sedap.

Resepi biskut 4 bahan

Bahan-bahan
Setengah buku butter
Setengah cawan susu pekat, kurangkan kalau tak mahu terlalu manis.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu tepung jagung

Cara-cara dia mudah je. Cairkan butter dan masukkan semua bahan. Susu pekat boleh kita agak-agak nak masuk banyak mana ikut tahap kemanisan kita nak. 
Uli sehingga menjadi doh. Kalau doh keras boleh masukkan sedikit marjerin untuk lembutkan dia.
Bentukkan dan hias biskut ikut kreativiti masing-masing. Panaskan oven sebelum bakar biskut pada suhu 160c api atas bawah. 
Rasa dia tak terlalu berlemak, dan aku tak suka manis sangat jadi aku masukkan hanya suku tin susu pekat. Boleh gantikan susu tepung dengan minyak sapi untuk biskut jadi wangi.
Murah dan berbaloi nak cuba.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)