Bagaimana Panama Dance boleh jadi haram?

Rodiah Amir
1

Bagaimana Panama Dance boleh jadi haram?

Tertarik nak share tentang isu panas Panama Dance ni. Rasanya Panama Dance ni menjadi tular kat Malaysia sebab ramai yang tertarik nak rakam aksi tarian mereka bersama rakan-rakan dan juga atas tiket sebagai satu bentuk senaman. Untuk kesihatan.
Well, kalau tengok sekarang banyak badan kerajaan yang promote untuk buat Panama Dance secara berjemaah. Ala yang menari kat hospital tu contohnya. Banyak juga badan kerajaan dan syarikat swasta terpengaruh. Orang-orang berumur yang buat, kau rasa? Mestilah rasa terganggu lepas tengok aksi mereka. hahahhaha.
Memang orang Malaysia suka sahut cabaran kan? nak pualk kalau idea/trend tu datang dari barat. laju aje pengikutnya. Dah rakam dan upload.
Panama Dance Challenge

Baru-baru ni Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad keluarkan fatwa Panama Dance ni adalah HARAM. Sure ada yang kurang selesa dan insaf (harapnya) lepas tahu.
Yang terlajak rakam dan upload tu nasi dah jadi bubur. Kalau boleh delete, delete la. Kalau tak, mohon Allah jaga aib kita.
Kenapa Panama Dance boleh jadi haram?
  • Bila membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.
  • Kalau tak ada percampuran sekalipun tapi pakaian perempuan yang tidak menutup aurat dan menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya boleh dilihat oleh mahram mereka sahaja.
Islam sendiri mengingatkan yang Niat tidak menghalalkan sesuatu yang haram. Niat betul dah nak jaga kesihatan tapi cara perlaksanaan tu yang salah. Pesanan untuk saudara seagama kat luar sana terutama muslimah, jom sama-sama Jaga maruah dan jaga aib kita sebagai seorang muslimah.
Kalau kita tak mampu nak berdakwah/halang orang berbuat maksiat/dosa jangan kita jadi penyebab orang lain berbuat dosa. Selamat beramal.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Kalau untuk senaman dirumah, okaylah.. Tapi bila dah upload ke media sosial dan jadi tatapan umum.. memang salahlah kan..

    BalasPadam
Catat Ulasan