Biskut Tart Coin Coklat / Tart Cadbury Viral

Oleh sebab resepi ni banyak kali melintas dekat newsfeed Facebook maka gagahkan diri belajar buat biskutTart Coklat. 

Dari dulu lagi lebih suka tart bulat lima posen kalau compare dengan tart gulung nenas tu. Jadi kali ni guna resepi tart Cadbury yang viral tu tapi tukar acuan tart bulat letak coklat. 

Resepi asal guna coklat keping jenama Beryl’s tapi coklat tu habis so beli je la apa yang ada. Hasil sama je tapi ada tips nak bagi tart dan coklat nampak cantik. Tips aku kongsi kat bawah ya. 


Biskut Tart Coin Coklat  / Tart Cadbury Viral 

Bahan-bahan kat bawah ni adalah resepi asal tapi aku hanya cuba untuk separuh adunan. Macam 500 gram butter aku just guna 250gram. 

Almaklumlah first time buat takut tak jadi membazir. Separuh adunan boleh dapat dalam 40-45 biji biskut tart coklat acuan bulat.


Tart Cadbury Viral


Resepi Biskut Tart Coin Coklat

500gram butter / marjerin
4sb susu pekat
2 sb minyak sapi (optional)
2 biji kuning telur
Kacau bahan-bahan sehingga sebati. nak guna tangan atau hand mixer terpulang. 

Pewarna kuning 
4sb susu tepung 
Essen Vanilla
Masukkan sedikit demi sedikit 

2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastard
4 cawan tepung gandum
Masukkan sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh. Rehatkan doh selama 30 minit dan kena tutup. 

Untuk sapuan atas tart
3 biji kuning telur
Pewarna kuning 
5 sk susu segar
-kocakkan semua bahan

Panaskan oven dan Bakar pada suhu 160c api atas bawah selama 20 minit. 
Ikut kesesuaian oven masing-masing.


Resepi Biskut Tart Coklat
sebelum dibakar

Tips:
  • Aku tak letak minyak sapi tapi masih sedap
  • Portion susu tu sedang elok tak manis sangat tart
  • Tepung gandum jangan lebih dari 4 cawan
  • Kalau nak tinggalkan doh sebab ada kerja lain sila wrap atau simpan dalam bekas tertutup. 
  • Sapuan atas tart aku guna baki telur putih yang dicampur dengan pewarna kuning
  • Aku bakar 15 minit pertama tanpa coklat dan kemudian baru letak coklat keping sebab dia cair dan coklat jadi menggerutu. Lepas tart sejuk masuk 1 minit dalam fridge untuk keraskan coklat. (sebab aku guna coklat murah agaknya. Kalau guna Beryl’s atau Cadbury tak cair orang kata.

Selamat mencuba.

Tart sedap
Tart Coklat yang sedia untuk dimakan

Cara Mohon Adsense Selepas Tukar Domain

Cara Mohon Adsense Selepas Tukar Domain

Sebelum nekad nak tukar domain akak dah buat sedikit sebanyak pembacaan apa yang harus diperhatikan bila blog bertukar domain. Macam blog akak bertukar dari blogspot jadi dot com. Dari rodiahamir.blogspot.com kepada rodiahamir.com

Kalau dekat blog ada pasang iklan Adsense dan juga Nuffnang, jadi antara perkara yang harus dibuat adalah kena mohon semula adsense dan kena update sahaja account Nuffnang. So dalam entry kali ni akak focuk cara mohon semula adsense dan bahagian mana perlu update dalam account Nuffnang. 
Senang sahaja. 

Mohon semula adsense dan nuffnang
log in ke account Google Adsense anda

Perkembangan Bayi Satu Sehingga Empat Bulan

Perkembangan Bayi Satu Sehingga Empat Bulan 

Airis telah selamat buat check-up di Klinik Kesihatan pada Selasa lepas untuk nurse pantau tahap kesihatan dan juga perkembangan dia. Alhamdulillah segalanya baik sahaja. Dah anak ketiga tapi masih lagi merangkak belajar tentang perkembangan anak-anak. Sebenarnya, setiap anak-anak perkembangan tu memang berbeza. Ada yang dapat berjalan dahulu baru tumbuh gigi, dan sebaliknya. Jadi elakkan dari stress dan fikir yang bukan-bukan. 

Alhamdulillah Airis dah boleh meniarap sendiri. A BIG yeay for her. Setakat ni dia dah boleh angkat kepala, dia tunjukkan respon bila kami panggil, boleh gelak kuat bila di agah, dan sekarang dah bijak nak kena ada orang di sisi teman dia. Setiap hari berubah-ubah. Masa umur macam ni la ibu bapa kena banyak habiskan masa dengan anak-anak. Nanti melepas saat-saat indah.

Perkembangan Bayi
Perkembangan Bayi

Butik Haqqi Pusat Sehenti Keperluan Haji & Umrah

Untuk bakal jemaah yang sedang runsing nak mencari barangan keperluan haji & umrah tapi masih lagi tercari-cari tempat yang lengkap dengan semua keperluan haji & umrah. 

Butik Haqqi yang terletak di Syeksyen Shah Alam ni adalah tempat terbaik patut anda singgah. 
Butik Haqqi merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah untuk lelaki dan wanita. Semuanya di bawah satu bumbung. Mudah kan?

Butik Haqqi Pusat Sehenti Keperluan Haji & Umrah 

Masa pertama kali jejak kan kaki ke Butik Haqqi ni, aku ingat macam butik lain yang jual barang-barang haji dan umrah tu, jual barang asas macam kain ihram, telekung, jubah dan lain-lain. Rupa-rupanya Butik Haqqi ni tawarkan lebih dari itu. Pendek kata memang lengkap la.


Butik Haqqi Shah Alam


Ada debu tayammum, wudhuk spray, uncang kasut, cawat, stoking tawaf, penapis hidung dan banyak lagi la. 

Kalau nak tahu lebih lanjut anda kena datang sini sendiri dan minta bantuan staff butik dan jangan risau sebab mereka mesra pelanggan. 

Menariknya butik Haqqi ada tawarkan pakej barangan kelengkapan haji & umrah untuk lelaki dan perempuan. Pilih je mengikut bajet anda.


Pakej Haji lelaki

Pakej Haji perempuan

Barisan Jenama Terkenal


Menariknya dekat Butik Haqqi ni ialah banyak jenama terkenal terutama selebriti Malaysia berkolaborasi dengan mereka dan antaranya ialah Owl by Nora Danish, IzzuExclusive, Al Mukarramah, Dara by Fathia Latiff dan Zareeth Zehra. 

Selain daripada menjual barang-barang keperluan haji & umrah, pelanggan juga boleh shopping baju raya dekat sini. Baju-baju yang terdapat di Butik Haqqi memang memenuhi keperluan Muslimah. Sopan dan menutup aurat.


Akak suka sangat sebab dekat sana banyak pilihan untuk wanita yang suka pakai seluar macam akak la. Senang nak melangkah. 


Shopping baju raya

Beli kelengkapan Haji & Umrah secara Online di Haqqi.com.my


Selari dengan arus kemodenan dan untuk memenuhi permintaan pelanggan butik Haqqi juga menyediakan pembelian kelengkapan Haji & Umrah secara Online di website mereka sesuai sangat untuk orang yang tak cukup masa dan malas nak hadap kesesakan jalan raya. 

Adanya website mudahla untuk pelanggan membeli tanpa bersusah payah ke butik. Tunggu je barang sampai ke rumah. 


Selain daripada butik Haqqi di Shah Alam, ada tiga lagi cawangan lain yang pelanggan boleh terjah. Butik Haqqi Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Butik Haqqi Bangi Sentral, dan Butik Haqqi Wakaf Tembusu Terengganu. 

Kalau nak pergi ke butik Haqqi Shah Alam boleh waze alamat di bawah ni  dan untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang butik Haqqi boleh hubungi no 03-5523 4798. 

Butik Haqqi
No 13, & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Nak dapatkan info tentang promosi dan koleksi terbaru Butik Haqqi boleh ikuti mereka di Instagram @haqqi atau Facebook mereka. 

Kalau anda masih belum ada baju raya jom datang ke butik Haqqi Shah Alam sebab sekarang mereka tengah adakan jualan sempena Syawal. Banyak pilihan baju raya yang cantik-cantik untuk lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak. 

Jadi lah pengguna bijak, beli pada waktu-waktu promosi macam nak dekat raya ni. Selamat bershopping.