Perkembangan Bayi Satu Sehingga Empat Bulan

Rodiah Amir
0

Perkembangan Bayi Satu Sehingga Empat Bulan 

Airis telah selamat buat check-up di Klinik Kesihatan pada Selasa lepas untuk nurse pantau tahap kesihatan dan juga perkembangan dia. Alhamdulillah segalanya baik sahaja. Dah anak ketiga tapi masih lagi merangkak belajar tentang perkembangan anak-anak. Sebenarnya, setiap anak-anak perkembangan tu memang berbeza. Ada yang dapat berjalan dahulu baru tumbuh gigi, dan sebaliknya. Jadi elakkan dari stress dan fikir yang bukan-bukan. 

Alhamdulillah Airis dah boleh meniarap sendiri. A BIG yeay for her. Setakat ni dia dah boleh angkat kepala, dia tunjukkan respon bila kami panggil, boleh gelak kuat bila di agah, dan sekarang dah bijak nak kena ada orang di sisi teman dia. Setiap hari berubah-ubah. Masa umur macam ni la ibu bapa kena banyak habiskan masa dengan anak-anak. Nanti melepas saat-saat indah.

Perkembangan Bayi
Perkembangan Bayi

Perkembangan Bayi Mengikut Bulan

Jom tengok perkembangan dan kemahiran yang sepatutnya untuk bayi yang berumur dari satu sehingga empat bulan. 

Umur anak: Satu bulan

Kemahiran yang dicapai (kebanyakan kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Mengangkat kepala
  • Bertindak balas kepada bunyi
  • Merenung muka


Kemahiran yang baru muncul (separuh daripada kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Menuruti objek
  • Ooohs dan ahhs
  • Boleh melihat corak-corak hitam dan putih
Kemahiran yang maju (sedikit sahaja kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Senyum
  • Ketawa
  • Mengangkat kepala pada sudut 45 darjah

Umur anak: Dua bulan

Kemahiran yang dicapai (kebanyakan kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Membuat bunyi-bunyi mengagah
  • Menuruti objek-objek
  • Mengangkat kepala untuk tempoh yang pendek
Kemahiran yang baru muncul (separuh daripada kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Senyum dan ketawa sebagai respon
  • Mengangkat kepala pada sudut 45 darjah
  • Pergerakan semakin lancar
Kemahiran yang maju (sedikit sahaja kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Mengangkat kepala dengan stabil
  • Menanggung berat pada kaki
  • Mungkin mengangkat kepala dan bahu (tekan tubi mini)

Umur anak: Tiga bulan

Kemahiran yang dicapai (kebanyakan kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Ketawa
  • Mengangkat kepala dengan stabil
  • Mengenali wajah dan bau anda
Kemahiran yang baru muncul (separuh daripada kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Menjerit keriangan, membuat bunyi mengagah
  • Mengenali suara anda
  • Membuat tekan tubi mini
Kemahiran yang maju (sedikit sahaja kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Berpaling ke arah bunyi kuat
  • Boleh menepuk tangan dan mungkin memukul mainan
  • Boleh bergolek


Umur anak: Empat bulan

Kemahiran yang dicapai (kebanyakan kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Mengangkat kepala dengan stabil
  • Boleh menampung berat pada kaki
  • Mengagah apabila anda bercakap dengannya
Kemahiran yang baru muncul (separuh daripada kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Boleh memegang mainan
  • Menghulur tangan untuk mencapai objek
  • Boleh bergolek
Kemahiran yang maju (sedikit sahaja kanak-kanak boleh melakukannya)
  • Meniru bunyi pertuturan - baba, dada
  • Mungkin keluar gigi pertama

Kesimpulan


Kalau ibu bapa rasa perkembangan bayi anda tidak mengikut apa yang disarankan di atas, seeloknya pergi lah berjumpa dengan doctor dan dapatkan nasihat. Kalau checkup di Klinik kesihatan, jururawat akan pantau sehabis baik, tapi kalau ke swasta itu semua ibu bapa kena tanya dan bersedia untuk keluarkan duit ya. Tiada istilah percuma kalau rujuk kepada klinik swasta. Pesan akak, jangan terlalu tertekan dengan soalan orang sekeliling yang seolah-olah cuba membandingkan anak kita dengan anak mereka. chill aje. 



sumber google image
Baby Centre
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)