Butik Haqqi Pusat Sehenti Keperluan Haji & Umrah

Rodiah Amir
0

Untuk bakal jemaah yang sedang runsing nak mencari barangan keperluan haji & umrah tapi masih lagi tercari-cari tempat yang lengkap dengan semua keperluan haji & umrah. 

Butik Haqqi yang terletak di Syeksyen Shah Alam ni adalah tempat terbaik patut anda singgah. 
Butik Haqqi merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah untuk lelaki dan wanita. Semuanya di bawah satu bumbung. Mudah kan?

Butik Haqqi Pusat Sehenti Keperluan Haji & Umrah 

Masa pertama kali jejak kan kaki ke Butik Haqqi ni, aku ingat macam butik lain yang jual barang-barang haji dan umrah tu, jual barang asas macam kain ihram, telekung, jubah dan lain-lain. Rupa-rupanya Butik Haqqi ni tawarkan lebih dari itu. Pendek kata memang lengkap la.


Butik Haqqi Shah Alam


Ada debu tayammum, wudhuk spray, uncang kasut, cawat, stoking tawaf, penapis hidung dan banyak lagi la. 

Kalau nak tahu lebih lanjut anda kena datang sini sendiri dan minta bantuan staff butik dan jangan risau sebab mereka mesra pelanggan. 

Menariknya butik Haqqi ada tawarkan pakej barangan kelengkapan haji & umrah untuk lelaki dan perempuan. Pilih je mengikut bajet anda.


Pakej Haji lelaki

Pakej Haji perempuan

Barisan Jenama Terkenal


Menariknya dekat Butik Haqqi ni ialah banyak jenama terkenal terutama selebriti Malaysia berkolaborasi dengan mereka dan antaranya ialah Owl by Nora Danish, IzzuExclusive, Al Mukarramah, Dara by Fathia Latiff dan Zareeth Zehra. 

Selain daripada menjual barang-barang keperluan haji & umrah, pelanggan juga boleh shopping baju raya dekat sini. Baju-baju yang terdapat di Butik Haqqi memang memenuhi keperluan Muslimah. Sopan dan menutup aurat.


Akak suka sangat sebab dekat sana banyak pilihan untuk wanita yang suka pakai seluar macam akak la. Senang nak melangkah. 


Shopping baju raya

Beli kelengkapan Haji & Umrah secara Online di Haqqi.com.my


Selari dengan arus kemodenan dan untuk memenuhi permintaan pelanggan butik Haqqi juga menyediakan pembelian kelengkapan Haji & Umrah secara Online di website mereka sesuai sangat untuk orang yang tak cukup masa dan malas nak hadap kesesakan jalan raya. 

Adanya website mudahla untuk pelanggan membeli tanpa bersusah payah ke butik. Tunggu je barang sampai ke rumah. 


Selain daripada butik Haqqi di Shah Alam, ada tiga lagi cawangan lain yang pelanggan boleh terjah. Butik Haqqi Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Butik Haqqi Bangi Sentral, dan Butik Haqqi Wakaf Tembusu Terengganu. 

Kalau nak pergi ke butik Haqqi Shah Alam boleh waze alamat di bawah ni  dan untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang butik Haqqi boleh hubungi no 03-5523 4798. 

Butik Haqqi
No 13, & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Nak dapatkan info tentang promosi dan koleksi terbaru Butik Haqqi boleh ikuti mereka di Instagram @haqqi atau Facebook mereka. 

Kalau anda masih belum ada baju raya jom datang ke butik Haqqi Shah Alam sebab sekarang mereka tengah adakan jualan sempena Syawal. Banyak pilihan baju raya yang cantik-cantik untuk lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak. 

Jadi lah pengguna bijak, beli pada waktu-waktu promosi macam nak dekat raya ni. Selamat bershopping. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)