Pengalaman Di Jabatan Kecemasan HKL

Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada bulan lepas. 

Kisahnya Diah ke sana untuk bawa anak bongsu kami yang berusia 8 bulan tu untuk pemeriksaan kepala.

Pagi tu Airis Safiya jatuh katil masa orang sibuk bangun untuk solat Subuh. Terleka beberapa saat saja sedar-sedar dia dah meraung tertiarap dekat lantai. Ngeri betul kalau nak imbas kenangan tu semula.

Tengahari tu Diah bawa Airis ke Klinik swasta berhampiran rumah untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. 

Pengalaman Di Jabatan Kecemasan HKL

Sebelum tu memang dah call tanyakan tentang doktor. Memandangkan hari tu hari Jumaat memang nak elak pergi yang sia-sia.

Alhamdulillah bersiap dan terus ke klinik. Sampai je di klinik jururawat beritahu yang Doktor ada hal kecemasan. Masa tu memang rasa nak marah tapi bertahan je. 

Ceritakan serba ringkas apa yang berlaku dan jururawat nasihatkan Diah terus rujuk ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur memandangkan Airis ada muntah selepas terjatuh. 

Dia tak galakkan untuk menunggu doktor. Masa ni masih lagi zero knowledge tentang kecederaan kepala akibat jatuh. Jadi memang di akui sedikit panik dan ikut sahaja cadangan jururawat tu.

Pengalaman bawa Airis untuk check up prolonged Jaundice di HKL masih segar ya. 


Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Prosedur Pendaftaran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

Oleh sebab umur Airis dan situasi dia yang jatuh dan muntah selepas jatuh jadi kes kami di kategori kan sebagai kes kecemasan. 

Bukan semua sakit boleh di klasifikasi kan sebagai kes kecemasan. Kes yang benar-benar meragut nyawa sahaja boleh mendaftar dan layak diberi rawatan kecemasan. 

Selepas sampai di Jabatan Kecemasan perkara pertama kena buat ialah mendaftar diri di kaunter hadapan. 

Kakitangan berkaitan akan tanya serba sedikit dan minta kita isi borang. Kemudian tunggu di ruangan menunggu sehingga nama di panggil.




Alhamdulillah kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur sangat cekap dan juga mesra senyuman. 

Lepas nama dipanggil masa ni berjumpa dengan jururawat bertugas. Diah ceritakan kembali apa yang berlaku dan jururawat yang melayan akan rekod kan segala maklumat di dalam borang. 

Ada beberapa orang lagi MA yang bertugas. Walau berdepan hal kecemasan mereka masih tenang dan mesra memberi layanan kepada pesakit.


Zon Hijau Jabatan Kecemasan HKL

Selesai soal jawab pertama kemudian Diah dikehendaki merujuk ke Zon Hijau untuk berjumpa dengan doktor. 

Apa yang Diah perasan ada dua Zon. Zon Hijau dan juga Zon Kuning. Rasanya Zon Kuning untuk mereka yang lebih parah tahap kecederaan dan lebih teruk keadaan mereka. 

Sekali lagi kena mendaftar di kaunter dan membayar bil RM1. Dapat no giliran dan tunggu giliran utnuk berjumpa dengan doktor. 

Masa di Zon Hijau terjumpa pelakon dan pelawak AR Badul tapi bukan dia yang menerima rawatan. Dia nampak sihat. Mungkin tempat ahli keluarga lain yang berjumpa doktor.


Zone Hijau Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Sesi soal jawab bersama doktor

Lepas beberapa minit, tak sampai setengah jam pun rasanya nombor kami dipanggil. Sekali lagi Diah terpaksa cerita semula kejadian yang berlaku. 

Alhamdulillah penerangan doktor mudah difahami dan doktor sangat-sangat mesra pesakit. Walau muka penat tapi layanan tetap terbaik. 

Doktor tenang je lakukan pemeriksaan. Alhamdulillah Airis tidak mengalami kecederaan teruk akibat jatuh katil.

Doktor nasihat kan supaya terus pantau tahap kesihatan Airis dan jika ada tanda-tanda yang menunjuk kan peningkatan kecederaan serius memang kena datang semula ke Jabatan Kecemasan. 

Lepas selesai sesi soal jawab kami dibenarkan balik. Pesan doktor, jika berlaku sawan, bayi resah dan muntah, tiba-tiba berlaku pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak kena cepat-cepat rujuk ke hospital.



Berjumpa doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Pengalaman dan Pengajaran

Sepanjang berada di Jabatan Kecemasan kuala Lumpur mulut tak henti-henti ucap syukur dan kasihan kepada mereka yang datang untuk terima rawatan.

Jika dibandingkan dengan apa yang terjadi dekat Airis kesakitan mereka lebih teruk. Ada pelajar lelaki (sekolah rendah) yang berdarah dahi. 

Pelajar perempuan sekolah menengah yang duduk di kerusi roda sebab kaki berdarah akibat kemalangan, ada yang demam muka pucat dan tangan di cucuk dengan jarum untuk masuk air. 

Ada yang berbalut kaki dan tangan. Eh macam-macam. Sesungguhnya mereka yang bekerja di Jabatan Kecemasan memang cekal hatinya. 

Tahniah dan besar ganjaran nya kerana anda melakukan tugas dengan baik sekali.

Apa yang Diah kongsikan dekat blog sekadar ingatan untuk diri di masa hadapan. Juga untuk yang tak pernah mengalami pengalaman di Jabatan Kecemasan boleh la baca sebagai pengetahuan. 

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) 

Sesungguhnya Zakat dapat menyucikan jiwa dan harta. Terasa ala-ala ustazah bila menyampaikan info berbentuk ke agamaan ni, tapi bagus la kan ingat akhirat. 

Ok berbalik kepada tajuk entri kali ni Diah nak kongsi dengan anda semua macamana hanya dengan bayar zakat anda berpeluang untuk menunaikan umrah dan juga hadiah lain. Menarik kan? Dapat pahala lepas tu dapat hadiah lagi.  Nak tahu kena baca sampai habis ya.

Diah tertarik nak kongsi maklumat dengan anda semua tentang satu kempen yang tengah berlangsung yang di anjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP). 

Nama kempen itu ialah tak lain tak bukan kempen pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Masih ada masa kalau nak sertai. 


Menangi Pakej Umrah Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
Kempen Skim Potongan Gaji Zakat Skim Thohir


Siapa Yang Boleh Sertai Kempen Thohir 2018?


Kempen ni terbuka kepada kakitangan kerajaan dan juga swasta dengan syarat anda membuat pembayaran zakat, melalui potongan gaji. Lebih berkat pendapatan kita kalau bayar zakat tau. Salah satu cara bersihkan diri dan jiwa juga. 

Kempen ni di adakan khas untuk menggalakkan orang awam untuk ber zakat. Sambil kita ber zakat dapat membantu golongan asnaf di Malaysia. 

  • Mereka yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji) anda lah orang yang layak kalau nak sertai kempen ni. 
  • Dan kalau yang memang dah buat potongan zakat, hanya perlu buat tambahan nilai potongan zakat sedia ada je. Boleh la semak berapa nilai potongan zakat terakhir anda. 

Hadiah Utama Kempen Thohir 2018

Ada 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat (Skim Thohir).
  • Pemenang utama: Pakej Umrah bagi 2 orang 
  • Pemenang kedua: Percutian ke Beijing 6H5M
  • Pemenang ketiga: Percutian ke Bangkok 5H4M
  • Pemenang keempat  dan kelima: Percutian ke Jakarta 3H2M
  • Pemenang keenam dan ketujuh: Percutian ke Pekan Baru 3H2M
  • Pemenang kelapan sehingga kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M
hadiah bulanan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)

Cara sertai Kempen Thohir 2018


Cara sertai kempen ni memang mudah, hanya buat penambahan potongan gaji untuk yang dah sedia buat potongan zakat dan yang baru nak buat potongan gaji zakat sila isi borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui beberapa pilihan saluran iaitu: 
Skim Potongan Gaji Zakat


  • Boleh walk in ke 11 kaunter PPZ-MAIWP
  • Layari Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
  • Rujuk kepada Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
  • Boleh bertanya dan dapatkan keterangan lanjut denagn majikan di syarikat atau organisasi
  • Atau paling mudah hubungi je TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757 dan pasti mereka akan bantu anda. 

Saluran mudah untuk Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T. 

Pesan Diah yang bekerja dan membuat potongan zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memang perlu rebut peluang ni ya. Selain dapat beramal dan memperoleh pahala dapat juga menang hadiah yang best. 

McDonald’s Malaysia - Hari McD Turun Padang

McDonald’s Malaysia - Hari McD Turun Padang 

Seramai lebih 200 kakitangan pejabat, para francaisi, dan rakan niaga McDonald’s Malaysia ‘turun padang’ hari ini dan bekerja bersama warga kerja restoran untuk melayani pelanggan dalam usaha mereka melibatkan diri dan memahami usaha yang dilaksanakan untuk memberi pengalaman terbaik atau “feel-good-moments” kepada pelanggan yang dijanjikan McDonald’s.

Antara rakan niaga utama yang turut serta termasuklah Datuk Kamal bin Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad dan Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio. 


Hari McD Turun Padang



“Saya sangat teruja dapat bersama famili McDonald’s pada hari ini dan membantu menyediakan hidangan McDonald’s untuk pelanggannya. 

McDonald’s merupakan jenama yang sangat konsisten demi memberikan yang terbaik dalam penyediaan makanan yang lazat dan berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggannya, dan ia sentiasa dihidangkan dengan senyuman,” kata Datuk Kamal. 




“Peluang bekerja bersama warga kerja restoran pada hari ini merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai kerana saya dapat memahami apa yang berlaku di sebalik tabir restoran McDonald’s.

McDonald’s sentiasa menitikberatkan kepentingan kakitangannya sama seperti pelanggan mereka. Syarikat ini sentiasa mengutamakan warga kerjanya, dan tidak dinafikan ia merupakan tempat yang cukup baik untuk membina kerjaya,” kata Datuk Izham.

McDonald’s Malaysia Turun Padang


Baru-baru ini, McDonald’s telah menerima anugerah Majikan Terbaik di Malaysia 2018 daripada AON, Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) daripada HR Asia, dan Majikan Francais Terbaik 2018 daripada Anugerah Francais Malaysia. 

Pengiktirafan yang diterima ini berkait rapat dengan Usul Nilai Pekerja (EVP) McDonald’s – Keluarga & Rakan-rakan (Family & Friends), dimana syarikat menganggap kakitangannya bukan sekadar rakan sekerja, tetapi sebagai ahli keluarga dan kawan. 

McDonald’s juga memberi Fleksibiliti (Flexibility) kerana mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan akhir sekali, McDonald’s menjanjikan Masa Hadapan (Future) yang cerah untuk warga kerjanya dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran diri dan menyediakan peluang pembangunan kerjaya.

“Hari McD Turun Padang merupakan acara tahunan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 12,000 warga kerja restoran kami di Malaysia. Komitmen tidak berbelah bahagi mereka telah banyak menyumbang kepada kejayaan berterusan jenama McDonald’s sehingga kini,” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.




Menurut Azmir, McDonald’s Malaysia telah melabur lebih RM8 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan modal insan, selaras dengan matlamat syarikat untuk menyediakan laluan kerjaya yang mampan untuk warga kerjanya.

Inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan oleh McDonald’s kearah memperkasakan warga kerjanya membantu syarikat untuk menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat – yang merupakan elemen penting kearah mencapai sasaran pertumbuhan syarikat membuka 500 restoran di Malaysia menjelang tahun 2020.

Mengenai McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 270 restoran di seluruh negara. 

McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

KIsah Tragedi 6 Anggota Bomba Lemas

Kisah Tragedi 6 Anggota Bomba Lemas 

Sayu hati tengok gambar dan berita tentang tragedi 6 anggota penyelam bomba yang mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang berusia 17 tahun di Tasik Putra Perdana Puchong Selangor.

Remaja tu katanya tergelincir semasa nak pergi memancing. Dalam banyak-banyak perkongsian, video wawancara isteri salah seorang anggota Bomba yang menetap di Kelantan betul-betul buat Diah kagum. 

Masa wartawan tanyakan hal peribadi arwah suami nya dengan muka bangga dia bercerita arwah seorang yang berani. 



Kalau ada kebakaran arwah la yang sanggup masuk dalam api nak selamatkan orang. Tabah betul isteri dia. Tak menangis pun, mata tak bengkak sikit pun.  yelah itu luaran kan, dalam hati siapa yang tahu. 

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan ditempatkan di syurga. Ramai yang doa kan mereka. Allah pilih khas untuk mereka. 


Tragedi 6 Bomba Lemas Puchong

credit picture to Berita Harian Online


Kisah Sebenar Tragedi Bomba Lemas


Kisah sebenar yang berlaku dipercayai enam anggota bomba yang bertugas lemas ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa di Tasik Putra Perdana Puchong Selangor. Ajal menjemput mereka, walaupun pada masa tu mangsa masih gagal di jumpai. Mangsa akhirnya berjaya ditemui berhampiran dengan tempat dia terjatuh. 

Khabarnya semasa operasi menyelamat dipercayai ke enam-enam anggota bomba terbelit tali yang dipakai antara satu sama akibat arus deras, yang datang secara tiba-tiba dan peralatan menyelam yang dipakai tertanggal. 

Anggota bomba yang berada di atas tebing cuba menarik tali dan membantu namun tak berjaya. bayangkan selepas 30 minit baru mereka berjaya menarik mangsa pertama tapi kesemua anggota penyelam dah tak sedarkan diri. Sedihnya memikirkan 30 minit bergelut menyelamatkan diri dan nyawa di tarik. 

Kalau dulu jarang orang faham dan hargai jasa dan pengorbanan ahli bomba. Sekarang syukur masyarakat semakin prihatin dan bijak. Adik ipar Diah pun bekerja sebagai Bomba.

Faham sangat bila dia korbankan masa yang sepatutnya untuk keluarga tapi kena keluar bertugas di waktu yang tak di sangka. Kalau Hari Raya lagi la sedih, orang dah sibuk anyam ketupat dan pasang langsir di malam raya dia baru nak bertolak balik ke kampung. Pernah juga dah lepas solat raya baru dapat bercuti. 

Mentaliliti Dan Pandangan Masyarakat Malaysia


Dan faham sangat mentaliti sesetengah rakyat Malaysia yang akan cuba mempertikai, yang menghina, yang mencari salah dan juga cari kelemahan bila jadi bencana macam ni. come on people. 

Tukar lah pemikiran tu. Make sense, bila orang di timpa musibah bukan di tambah lagi penderitaan orang tu, tapi hulurkan bantuan dan bagi sokongan.

Diah emosi bila ada yang terlalu celupar mempertikai kemahiran ahli penyelam dalam operasi menyelamat. Kita tidak berada di tempat mereka dan Diah percaya masyarakat bukan arif tentang standard operating procedure (SOP) ahli penyelamat. Jadi simpan la segala pendapat jika tak mendatangkan faedah. 


Salam Takziah 

Semoga kesemua arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman dan dikurniakan syurga buat mereka. Salam takziah untuk keluarga yang terlibat ini adalah salah satu ujian Allah untuk yang terpilih. Semoga pihak berwajib tampil membantu waris memandangkan mereka dah kehilangan ketua keluarga tempat bergantung harap. Alahai sedihnya.