Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan & Kesegaran

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan & Kesegaran  

Assalamualaikum. Kali ni Diah nak berkongsi tentang satu produk penjagaan feminin wanita yang tidak asing lagi, tak lain tak bukan rangkaian pembersih kewanitaan Sumber Ayu. 

Diah berpeluang mencuba pembersih kewanitaan Sumber Ayu Kayu Rapet dan Manjakani iaitu Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White. 

Untuk pengetahuan semua, sebelum ni Sumber Ayu telah pun memperkenalkan Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Daun Sireh dan juga Sumber Ayu Lulur Mandi dan peka dengan masalah utama wanita terutama masalah kulit gelap di sekitar kawasan intim

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White diperkenalkan yang dipercayai bukan sahaja dapat mencerahkan kulit di kawasan intim malah memberi kesegaran seterusnya membuatkan wanita tampil yakin.

Masalah bau dan kulit gelap di bahagian intim menyebabkan wanita menjadi kurang yakin dengan diri sendiri terutama untuk mereka yang sudah berkahwin. 

Awak tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim. Sudah pastinya awak tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. 

Sumber Ayu Product



Pelbagai faktor yang menyumbang kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan amalan bercukur. 

Kini, dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri awak semua. 

Produk Sumber Ayu diformulasi khusus dengan bahan-bahan semulajadi yang sesuai untuk kawasan kewanitaan dan kulit pengguna. Ia membantu merawat, melindungi dan mencerahkan kulit terutama di kawasan intim wanita. 

Ianya telah diuji oleh pakar kulit dan ia nya selamat digunakan pada bila-bila masa bagi pembersih kewanitaan dan lulur mandi boleh digunakan sebagai sebagai sabun mandian. 

Dengan nilai pH 3.5, ia membuat kawasan intim wanita terlindung dari infeksi dan bau yang tidak menyenangkan. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White khas untuk wanita

Kandungan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White


Tiga kandungan utama ekstrak pemutih semulajadi yang terdapat di dalam Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu

Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. 

Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar

Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.  

Kayu rapet dan ekstrak manjakani adalah merupakan ramuan tradisional yang terdapat di dalam Sumber Ayu 3X Whitening Pearly dan digandakan kuantitinya memberikan faedah yang lebih kepada wanita. 

Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.


Tahap Kesimbangan pH 3.5 Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White


Amat penting untuk memilih pembersih feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH yang tepat kerana ianya dapat menyumbang kepada keselesaan wanita. 

Kandungan pH yang dicadangkan adalah dari 3.5 sehingga 4.5 pH. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa. 

Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly Halal lagi Suci 

Bagi pengguna yang beragama Islam tidak perlu risau dan ianya selamat apabila menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly kerana ianya telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. 

Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari.

Sumber Ayu Triple Whitening


Harga Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. 

Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50. 

Rangkaian Produk Sumber Ayu ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.


Review Diah tentang Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White 

Diah boleh dikategorikan sebagai wanita yang mempunyai kulit agak sensitif tapi tidaklah sampai ke tahap kronik. Sebelum ni Diah pernah mencuba pembersih feminin yang ada di pasaran dan bila di gunakan terasa gatal walaupun dah di cuci bersih. 

Jadi sedikit serik nak mencuba yang lain. Tapi selepas menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White yang prihatin dengan keperluan kulit wanita sensitif memang Diah berpuas hati. 

Terasa segar sepanjang hari dan memang bebas bau yang kurang menyenangkan. Dah tak rasa gatal lagi. Kalau awak nak cuba boleh beli botol yang kecil dahulu, dan kalau ada simtom yang merbahaya cepat-cepat jumpa jumpa doktor ya. 

Penutup 

Dengan ramuan-ramuan yang terpilih dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. 

Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. Sumber Ayu rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.  Jom dapatkannya. 

LATAR BELAKANG WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

Antara jenama terkemuka daripada 24 jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh setanding jenama hebat yang lain sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan diciptakan untuk pengguna Asia

Rezeki Menang Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai

Rezeki Menang Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai 

Assalamualaikum. Hi korang. Yeayyy Diah bersyukur dan gembira sangat bila nama Diah tersenarai sebagai pemenang hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai. 

Blog bajuwarnacoklat.com merupakan blog kepunyaan Cik Puan Rrai dan dia buat giveaway pada bulan September lepas. Baru-baru ni dia telah umumkan para pemenang bertuah (semestinya iols) dan hadiah telah pun selamat sampai ke tangan Diah. Alhamdulillah. 

Perasaan gembira tak habis lagi jadi izinkan Diah berkongsi kegembiraan dengan korang semua. Memang wajar la Islam amat menggalakkan memberi hadiah dan bersedekah. Memang terbaik la amalan ni. Semoga Cik Puan Rrai dimurahkan rezeki, dilapangkan fikiran dan berjaya dunia akhirat. Aamiin. 

Pemenang Hadiah Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai


Diah sertai Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai sebab tertarik dengan cara Cik Puan Rrai pilih pemenang. Diah terpilih untuk memenangi kategori Kreatif. Ada dua kategori iaitu Random dan Kreatif. Antara syarat dia juga kena kongsi tips atau nasihat kepada ibu yang sedang mengandung. 


Pemilihan Pemenang 


6 Tips Legakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung


Almaklumlah dah merasa lahirkan dan alahan masa mengandung amat mencabar jadi berbesar hati sangat kalau dapat kongsi dan bantu ibu mengandung dekat luar sana. Diah pernah kongsi 6 tips pedih ulu hati semasa mengandung sebab itu antara cabaran utama masa tengah mengandung. 

Memang dah jadi kemestian, asal mengandung je akan pedih ulu hati. Masa mengandung anak ketiga segala tips pernah cuba tapi kurang berkesan juga akhirnya Diah cuba tips tambahan ni Diah ada cerita dalam entri ni  

Lagi satu Diah selalu rujuk website Baby Centre untuk baca tips dan juga ilmu pasal mengandung ni bagus untuk yang bergelar ibu dan juga bakal ibu. 

Pengumuman Pemenang Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai

Pengumuman Pemenang Giveaway Tudung Bawal By Cik Puan Rrai di umumkan pada Cuti Deepavali yang lepas. Alhamdulillah lepas di umumkan terus bagi detail yang diperlukan pada Cik Puan Rrai. 

Bertambah seronok Cik Puan Rrai ada bagi hadiah tambahan iaitu diberikan 1 pcs Face Mask Canola Honey. Lagi melompat kegembiraan. Rezeki. Nanti Diah kongsi hadiah tu dengan korang ok. Kongsi gambar la bukan kongsi tudung lol. 


Apa pun terima kasih wahai pemilik blog Bajuwarnacoklat. Korang pun sila la follow blog Cik Puan Rrai sebab dia banyak kongsi benda best. Semoga maju jaya dan kalau ada giveaway confirm Diah nak join lagi. 

Selamat berblogwalking. 

Semak Kelajuan Blog Guna Pagespeed Insights

Entri kali ni Diah berkongsi tentang page speed atau kelajuan blog sebab lepas semak prestasi blog sendiri dekat https://website.grader.com/ rasa geram sebab skor page speed cam hampes. 

Skor untuk Page size dan page requests masih boleh dimaafkan lagi tapi skor untuk Page Speed amatlah mendukacitakan.

Ok sebelum pening apa itu Website Grader dan kegunaannya boleh baca entri yang Diah pernah kongsi sebelum ni tutorial-semak-seo-performance-blog.html

Semak Kelajuan Blog Guna Pagespeed Insights 

Walaupun Diah bukan lah orang yang arif dalam dunia blogging tak kira dari aspek apa pun (terutama SEO) tapi izinkan Diah nak berkongsi serba sedikit ilmu yang Diah ada. Mana tahu bermanfaat untuk yang membaca.

Rujuk Pakar SEO Blogspot 


Maafkan Diah kalau sepanjang perkongsian ini Diah tidak menggunakan kata kunci yang tepat atau salah label atau gagal menjawab persoalan anda. 

Untuk ketahui tips nak jadi kan blog power SEO Diah selalu rujuk Pakar SEO Malaysia yang amatlah ramah dan tak kedekut ilmu iaitu Saudara Hasrulhassan.com

Dah jadi rutin biasa setiap bulan, bila dah sayangkan blog memang setiap minggu akan dimanfaatkan masa untuk semak prestasi dan kelajuan blog. 

Banyak online tools percuma yang ada dan diakui memang sangat membantu. nak subscribe yang berbayar masih belum mampu.

Berbalik kepada Website Grader, blog yang bagus mestilah berkelajuan tinggi apabila dibuka. Mesti dalam tempoh masa bawah 3 saat, blog kita dah terpampang sepenuhnya. Itu dah kategori super hebat. Banyak benda kena ambil tahu kalau nak laju dan ringankan blog.


Kenapa Blog Perlu Laju? 


Kenapa nak kena ada blog yang bersaiz kecil dan berkelajuan tinggi? Secara mudahnya supaya blog mesra SEO dan mudah sangkut di carian Google. 

Baru la meningkat earning adsense dan dapat pikat pihak pengiklan. Itu kefahaman Diah sendiri. Kak Maria Firdz ada kongsi tips tentang blog saiz dan format gambar terbaik untuk blog

Diah follow blog Kak Maria sebab suka baca perkongsian dia dan cara penulisan yang kena dengan hati. 

Bila kita dah tahu berapa skor yang Website Grader beri untuk blog awak, maka rajin kan lah diri nak faham bahagian mana yang harus dibaiki. 

Kalau awak ada masalah seperti Diah, page speed yang hazab maka boleh teruskan membaca. Kita faham sama-sama ya. 

Diah gunakan PageSpeed Insights iaitu tools dari Google yang boleh anda guna secara PERCUMA bila nak semak masalah blog anda berkaitan kelajuan blog. 

Mudah je nak semak, masukkan URL laman web anda dan tekan analisis. Hasilnya PageSpeed Insights akan mencadangkan cara nak tingkatkan kelajuan blog. 

PageSpeed Insights melaporkan performa nyata halaman untuk perangkat seluler dan desktop serta memberikan saran tentang cara meningkatkan performa halaman tersebut. Boleh baca lebih tentang PageSpeed Insights dekat sini

Macam gambar dekat bawah ni, ini adalah skor page speed blog Diah selepas Diah ikut saranan yang diberikan oleh PageSpeed Insights. Skor bila view blog melalui mobile dan juga desktop. 

Skor kelajuan blog Diah ialah 58 (mobile) termasuk dalam kategori sederhana dan 98 untuk view dari desktop. Sebelum tu skor Diah dalam kategori merah tau. 

Apa Diah buat adalah pergi edit HTML blog dan buang apa yang patut. Skor sebelum adalah berwarna merah ya, dan selepas di buang dah improve jadi moderate (warna kuning). Lepas tu Diah semak semula performance blog di Website Blogger, skor blog meningkat dan Page Speed berubah lebih baik. Alhamdulillah. 

Semak Kelajuan Blog Guna Pagespeed Insights
Speed Score Blog Melalui Mobile


Semak Kelajuan blog
Speed Score Blog Melalui Desktop

Berbalik kepada PageSpeed Insights, setelah blog berjaya di analisis sepenuhnya, nanti dia akan cadangkan Opportunities, Diagnostics dan juga Audit report. 

Boleh tekan pada opportunities dan ikut sahaja cadangan yang diberikan. Sebagai contoh Diah tekan Opportunities, No 1 tu nanti keluar detail. 

Diah copy dan cari di HTML blog (dashboard – theme – edit HTML) dan buang apa yang patut. Sebelum buat apa-apa sila buat back up template blog. 

Sebelum save preview dulu. Kalau elok baru tekan save ye kawan-kawan. Nanti menyesal tak berguna. Apa yang Diah buat adalah try and error.

Salah satu punca blog jadi berat adalah sebab saiz imej dan juga widget yang di pasang dekat blog. kadang-kadang bila kita tukar template, kita tak sedar masih ada widget yang terselindung jadi sampah dalam tu. 

Jadi ni antara penyebab blog jadi berat. Kalau ikut saranan otai, widget Google Follower, Chat Box dan lain-lain akan buat blog jadi berat. Jadi terpulang pada pilihan masing-masing.


PageSpeed Insights Score



Lepas selesai buang kod yang berkaitan, dan semak semula performance blog dekat Website Grader skor dah pun menaik. Page speed yang awal nya tadi berwarna merah dan bertukar jadi hijau. Suka hati. 

Web Grader Score
Cara Semak Kelajuan Blog
Page Performance
Penutup

Kalau nak performance blog sentiasa cantik kena la rajinkan diri buat semakan sekurangnya dua kali sebulan. Skor pun sentiasa berubah-ubah setiap hari. 

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk yang membaca. Kalau ada perkongsian ilmu lain berkaitan blog, sudi-sudi lah berkongsi nanti Diah baca. 

Selamat mencuba. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

Alhamdulillah, Jumaat lepas pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 dimana murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan telah di raikan. 

Juga meraikan graduasi murid-murid yang bakal menamatkan persekolahan darjah 6 dan seterusnya melangkah ke sekolah menengah pula. Turut diraikan graduasi murid-murid Prsekolah dan Pendidikan Khas. 

Masing-masing tersenyum lebar bila pakai topi dan jubah graduasi. Kecil lagi dah merasa graduasi, berbeza la zaman Diah dahulu bersekolah. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 

Majlis Anugerah Kecemerlangan memang ada la tapi graduasi tu merasa waktu tamat belajar peringkat diploma dan ijazah. Waktu tu baru merasa naik pentas terima sijil dan pakai jubah graduasi. 

Apa pun budaya yang elok dan dapat beri semangat dan tanamkan sifat cintakan ilmu supaya terus belajar Diah sokong sepenuhnya. Zaman kita dengan murid-murid sekarang berbeza. 

Majlis Anugerah bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Majlis berjalan lancar dan cuaca sangat baik. Berangin je duduk dekat dewan. Alhamdulillah.


Ikhwan di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan Guru Besar, dan kemudian perasmian oleh YDP PIBG sekolah. Tak meleret, penuh motivasi dan paling penting pendek dan tepat. 

Kemudian barulah penyampai graduasi murid Prasekolah, murid Pendidikan Khas, dan murid Tahun Enam. Memang comel kalau tengok keletah anak-anak terima sijil. Bersemangat je. 

Bangga la tu. Murid-murid Tahun Enam pula kalau tengok riak wajah tu macam dah tamat segala-galanya. Kemain gembiranya dan muka eksyen (muka berlagak akulah senior hahahha) 

Rasanya setiap majlis memang tak sah kalau tiada persembahan dari murid-murid. Dah jadi adat untuk menyerikan majlis murid-murid akan dipilih untuk melakukan persembahan tak kisah secara berkumpulan mahupun secara solo. 

Ada tiga persembahan berkumpulan dalam majlis pada hari tu. Persembahan dari Murid Arus Perdana, persembahan murid Prasekolah dan juga persembahan dari murid Pendidikan Khas. 


Persembahan Khas Daripada Murid-Murid 

Murid Arus Perdana buat persembahan nyanyian Lagu Ragaman, ala lagu Faizal Tahir kisah isteri sekejap nak makan lasagna sekejap nak cendol tu. 

Berbakat betul murid-murid ni menyanyi dan di iringi oleh alunan muzik menggunakan barang-barang terpakai. 

Sambil menari sambil ketuk baldi, botol, dulang dan macam-macam la. Sedap la di halwa telinga mendengar nya. 

Murid Prasekolah pula buat persembahan tarian lagu dari filem Kuch Kuch Hota Hai. Memang comel la tengok gelagat anak-anak umur 6 tahun lompat-lompat atas stage. 

Dressing ala-ala nak sambut Deepavali. Menari tak ingat. Kalau Shah Rukh Khan dan Kajol tengok boleh menangis la. 

Alhamdulillah sekolah Ikhwan memang tak pernah membezakan murid-murid dan sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pelajar baik dari segi akedemik dan kokurikulum. 

Sabar je cikgu-cikgu pimpin dan ajar murid-murid. Memang terbaik. 

Anugerah yang diterima


Penerima Hadiah Tahun Satu

Masa Ikhwan bawa balik surat jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 hati memang dah berbunga-bunga. 

Bersyukur terpilih juga dia menerima hadiah tahun satu hasil usaha dia belajar. Walaupun baru tujuh tahun, kami sedaya upaya tanamkan minat untuk dia belajar bersungguh-sungguh. 

Hai macam baru je semalam lahirkan dia. Pengalaman bersalin kan dia masih segar dalam ingatan. Selalu ingatkan dia kejayaan bukan datang bergolek. 

Ilmu itu penyuluh hidup. Ilmu tu la harta paling bernilai yang orang lain tak dapat curi. Ikhwan Hafeez merupakan murid cemerlang aliran dan dapat beberapa anugerah untuk Mata Pelajaran terbaik.

Alhamdulillah atas semua rezeki. 
Ucapan tahniah kepada anak mama, Ikhwan Hafeez bin Zamri atas pencapaian dia merangkul: 

  • Anugerah Kecemerlangan Sebagai Murid Cemerlang Aliran Tahun 1 dan Tempat Pertama 1 Cemerlang
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Matematik
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Sains
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 – Bahasa Arab

Bangganya mama dan abah bila nama Ikhwan dipanggil untuk naik ke pentas. Walau kecil bagi orang lain tapi satu pencapaian yang membanggakan buat keluarga kecil kita. 

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk Ikhwan terus berusaha untuk berjaya. Cabaran seterusnya semestinya nak kekalkan momentum untuk dia buat yang terbaik dalam masa yang sama biar dia suka dan dia tak rasa terpaksa. 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2018


Penerima Anugerah Khas Kecemerlangan

Antara anugerah yang dinantikan dan merupakan acara kemuncak dalam majlis tersebut semestinya Anugerah Khas Kecemerlangan. 

Ada empat tokoh murid yang telah dipilih untuk menerima anugerah khas terbabit. Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Sahsiah dan Tokoh Pendidikan Khas. 

Tokoh-tokoh dipilih berdasarkan pencapaian memberansangkan dalam bidang masing-masing. Sebelum nama dipanggil untuk menerima hadiah, biodata murid dibaca kan. 

Kejayaan mereka turut dikongsi dan mereka di arak berjalan ke pentas bersama dengan ibu bapa. Semoga satu hari nanti ada rezeki Ikhwan pula terpilih. In sha Allah. 


Penutup 

Sesungguhnya perkongsian di blog Diah bukanlah bertujuan untuk membangga diri. Jauh sekali nak bermegah. Sekadar satu perkongsian yang bila di masa hadapan andai kata ada rezeki boleh baca semula dengan perasaan gembira. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 merupakan salah satu kenangan manis kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah.