Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah

Ayah Meninggal Sehari Sebelum Majlis Akad Nikah 

Assalamualaikum. Sebelum Diah bercerita lebih panjang, minta pembaca sedekah kan AlFatihah buat arwah Pakcik Diah yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis lepas 29 November 2018. 

Arwah meninggal akibat serangan jantung. Kehilangan yang amat mengejutkan semua terutama kaum keluarga dan sahabat terdekat. 

Perit kan kalau kita di uji dengan ujian kehilangan. Kehilangan orang tersayang pula tu. Memang kita sedar yang mati itu pasti berlaku dan ia nya janji Tuhan kepada umatNya. 

Lumrah setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali bertemu Penciptanya. Baru-baru ni sepupu Diah telah kehilangan ayahnya, tempat dia bergantung atau lebih tepat lagi Pakcik Diah, adik arwah abah paling bongsu telah menghembuskan nafas pada usia 55 tahun.

Lepas 10 Tahun Baru Aku Kuat Cerita tentang Abah meninggal - Baca Sini



Gambar dari Facebook Sepupu

Meninggal Sebab Serangan Jantung

Arwah disahkan terkena serangan jantung ketika bersukan pada petang Khamis tu. Menurut cerita kawan-kawan yang ada bersama arwah, dia kepenatan selepas bersukan dan bersandar pada dinding untuk berehat. 

Arwah minta air, dan tak lama selepas tu dia dipanggil menghadap Ilahi. Sungguh mudah pemergian arwah. Sekelip mata. 

Perkhabaran sedih kami terima di dalam group Whatsapp keluarga. Pendek je mesej dari anak arwah yang sulong. “abah dah tiada” dan semua seakan tidak percaya. 

Masing-masing rasanya masih baru berjumpa arwah sebelum dia meninggalkan kami. Masa mesej dihantar waktu tu Maghrib dan jenazah masih berada di hospital. 

Tambah memilukan arwah meninggal sehari sebelum anak sulongnya di ijab kabulkan. Anak perempuan pula tu. Berat sungguh dugaan. Segala persiapan telah dibuat, semua tetamu dah habis di undang hanya tinggal majlis akad nikah dan kenduri sahaja. 

Majlis akad nikah masih diteruskan tapi cuma kenduri kahwin sahaja dibatalkan dan diganti kan dengan kenduri tahlil. 

Diah sempat menziarah makcik sekeluarga. Memang lembik lutut dia. Hanya diam duduk di satu sudut, menerima tetamu yang melawat untuk sampaikan salam takziah. Makcik menerima tamparan paling besar. 

Dia dimasukkan ke wad kerana serangan darah tinggi dan kerap pengsan. Masih terkejut dengan kehilangan. Yelah pasangan sendiri. Kalau kita di tempat dia. Entah bagaimana pula. 

Menurut makcik arwah seorang yang berdisiplin dalam menjaga kesihatan. Aktif bersukan, menjaga pengambilan ubat-ubatan dan tidak merokok. Mungkin faktor kerja yang membuatkan arwah tertekan. Apa pun itu hanyalah asbab kepada kematian. Ajal dan maut memang telah ditetapkan. 

Keluarga ambil keputusan untuk teruskan majlis akad nikah pada Jumaat malam, dan di ikuti dengan majlis tahlil untuk pakcik. Majlis kenduri yang sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu dibatalkan. 

Keluarga hanya sempat war-warkan pada yang terdekat sahaja. Dewan, katering dan seangkatan dengannya turut dibatalkan. 

Ketabahan Pengantin

Tabah betul bakal pengantin. Setitik air mata pun Diah tak nampak masa kami datang menziarah. Cekal hati dia. Mungkin dia kena kuat untuk emak dan adik-adik yang lain. Tugas anak sulong begitulah. Nak menangis pun bila orang tiada. Kita nampak dia ok, tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. 

Dugaan sebesar ini pasti akan dikenang sampai bila-bila. Tarikh pemergian insan tersayang dan juga tarikh permulaan kehidupan yang baru. 

Takdir Allah, tarikh pemergian pakcik adalah 29 November 2018 manakala arwah abah pada 29 Disember 2010. Tarikh awal yang sama di bulan dan tahun yang berbeza. 

Masih teringat saat Diah sendiri yang terima berita pemergian arwah abah di telefon. Panggilan dari kakak yang kebetulan balik bercuti di kampung. 

Waktu tu hampir pukul 1 pagi dan kakak beritahu selepas mendapat pengesahan dari Klinik Kesihatan di kampung. Suami yang ada di sebelah hanya mampu genggam tangan dan minta bersabar. Sungguh, masih terkesan dengan detik kehilangan tu. 

Semoga arwah abah dan pakcik ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman, dikasihi Allah, golongan yang mendapat syafaat dari Rasulullah dan ditempatkan ke dalam syurga. 

Satu hari kami semua pasti akan dipanggil jua. Hanya belum tahu bila dan ketikanya. Tenanglah kamu di sana. 

Alfatihah. 

Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20%

Assalamualaikum. Hi. Kali ni Diah nak kongsi berita baik dengan peminjam PTPTN di seluruh Malaysia. Siapa yang pinjam dan dah pun mula buat bayaran balik PTPTN kita memang geng. 

Tahniah di ucapkan sebab korang melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar hutang. Bukan apa untuk kesenangan generasi akan datang juga kan dan paling utama hutang itu WAJIB dibayar. 

Berita baiknya ialah kalau korang adalah peminjam PTPTN yang sudah bekerja dan sudah pun mula buat pembayaran semula pinjaman, korang berpeluang untuk rebut diskaun sebanyak 20%. 

Korang layak jika korang buat penyelesaian penuh hutang pinjaman tu sekarang. ya betul dalam tempoh yang ditetapkan. 


Bayaran Balik PTPTN & Rebut Diskaun 20% 

Tambahan lagi, kalau agak-agak nak buat pembayaran penuh tu bukan kemampuan korang, jangan risau sebab kalau nak buat penyelesaian separuh hutang pun korang masih layak rebut 10% diskaun. 

Pembayaran penuh boleh, pembayaran separuh pun boleh. 

Ikut kemampuan masing-masing. Diah ni kalau ada duit lebih mesti dah buat sebab suami sendiri dah lama selesaikan hutang PTPTN dia. 


REBUT DISKAUN 20% PTPTN!!!


Ada dua cara untuk korang buat bayaran dan rebut tawaran diskaun tu. 

Pertama ialah kalau korang memang ada lebihan tunai di tangan lepas lama menabung boleh la gunakan duit tersebut dan menuju ke PTPTN untuk buat bayaran. 

Boleh baca jenis-jenis saluran pembayaran semula PTPTN. Cara kedua ialah dengan menggunakan duit KWSP korang. 

Korang boleh buat pengeluaran Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Mudah kan? 


Bayaran Balik Pinjaman PTPTN


Diah banyak buat study pasal bayaran balik pinjaman PTPTN semasa mohon penukaran pinjaman konvensional kepada Ujrah dulu. Ala yang tukar kadar pinjaman dari 3% kepada 1% sahaja. 

Apabila pihak PTPTN buat pengiraan semula, pinjaman semasa Diploma dan Ijazah telah pun digabungkan menjadi satu pinjaman sahaja. 

Pengiraan bayaran balik termasuklah kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.


Peringatan kepada peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. 

Pesanan dari pihak PTPTN, bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. 

Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. 

Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Jadi untuk semua penggelar pinjaman, jom kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai penghutang. Lagi pun memang dalam Agama Islam dah didik umatnya, hutang hukumnya wajib dibayar. Selamat membayar. 

Welcome Disember Please Be Nice To Me

Welcome Disember Please Be Nice To Me

Assalamualaikum. Hai Disember dah kan? pejam celik pejam celik setahun dah nak berlalu. Macam baru sangat je bersalin January lepas. Perlu ke buat entri throwback sepanjang tahun 2018 eh? Macam kena buat je ni sebab tahun 2018 tahun bermakna buat diri sendiri tapi busy kemahin.  

Tahun ni tahun yang banyak di uji dari segi kerjaya dan juga konflik dalam diri. Alhamdulillah berjaya juga tempuh dan masih lagi mencari jalan terbaik nak kenal diri. Niat sebelum tahun 2018 labuhkan diri nak penuhkan diri dengan ilmu. Jadi dapat sambut 2019 dengan lapang dada dan semoga ada la rezeki dipanjangkan umur terus berbakti pada keluarga.

4 Punca Anak Meracau Sewaktu Tidur Dan Cara Atasinya

4 Punca Anak Meracau Sewaktu Tidur Dan Cara Atasinya 

Assalamualaikum. Pernah tak alami keadaan tiba-tiba je anak yang sedang tidur terbangun menjerit-jerit meracau sambil mata terpejam rapat. Pertama kali Diah berhadapan situasi anak meracau ni memang terkejut juga tapi lama kelamaan Diah semakin biasa dan mula mencari punca kenapa anak meracau sewaktu tidur. Kadang-kadang rasa geram pun dan hilang sabar sebab badan penat tapi lama kelamaan jadi satu kebimbangan pula. 

Anak meracau sewaktu tidur dan menangis sewaktu tidur berlaku kepada anak kedua Diah. Dia baru je berusia dua tahun. Jarak setahun dengan adik dia. Kadang-kadang dalam satu malam dengar la dua sehingga tiga kali dia meracau. Tak lama tempoh dia meracau, dalam seminit dua tapi cukuplah terganggu waktu tidur dia. 

Cara Atasi Anak Meracau