MAIWP Didik Anak Kenali Zakat

Selalu bila kita sebut tentang zakat, kita hanya akan teringat zakat waktu nak raya je. Paling popular dalam bulan puasa sebab waktu tu semua orang akan mula membayar zakat fitrah. 

Dulu masa kecil, bila balik je dari solat terawih arwah abah akan beri kami resit pembayaran zakat. Gembira nya sebab dekat resit tu ada nama masing-masing. 

Waktu tu masih belum faham apa itu zakat, kenapa kena bayar zakat? Zakat tu apa sebenarnya? 
Dah menginjak dewasa baru la faham kenapa zakat tu wajib dibayar. 

MAIWP Didik Anak Kenali Zakat 


Bila terpandang orang yang lebih susah lepas tu tonton pula kisah orang yang di uji dengan kemiskinan dalam rancangan BersamaMu dekat TV3 tu memang terasa indah betul agama Islam. Agama yang pemurah dan ajar penganutnya supaya tak pentingkan diri sendiri. 

Jadi bila adanya kempen tabung didik zakat anjuran PPZ-MAIWP, Diah berpendapat bahawa ianya memang satu inisiatif yang baik untuk ajar anak-anak tentang apa itu zakat. Bila anak-anak faham baru la mereka akan sedar kepentingan zakat. 

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat” – Surah An-Nur Ayat 56


Tabung Didik Zakat


Zakat Tu Apa? 


Zakat membawa maksud suci, bersih, subur dan berkembang. Kalau kita nak bersihkan pakaian kita kena cuci pakaian tu kan? Ha kalau nak bersihkan hati pula kena keluarkan zakat la. ok? 

Ada dua jenis zakat yang perlu kita tahu. Zakat Fitrah dan juga Zakat harta. Zakat Fitrah adalah zakat untuk diri sendiri manakala zakat harta pula ada banyak pecahannya. Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian, zakat ternakan dan juga zakat takaful.  


Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan keatas setiap lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 

Zakat Harta 

Zakat harta ialah pengeluaran sebahagian daripada harta yang dihimpun dalam masa satu tahun serta cukup sukatannya. 


|  Selain Zakat boleh bayar Fidyah secara online juga  |


Program Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP


Diah menyokong sepenuhnya idea PPZ-MAIWP yang telah memperkenalkan program Tabung Didik Zakat iaitu satu program yang bertujuan untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan menunaikan zakat khas untuk mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Program ini mensasarkan anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah. Program Tabung Didik Zakat turut mendapat sokongan daripada selebriti-selebriti tempatan seperti Nasrizal Ngasri @ Bell, Amar Baharin dan juga PU Azman untuk mempromosikan kepentingan zakat.  


Duta Program Zakat


Nak dapat kan Tabung Zakat? Tapi bagaimana? 

Hanya buka akaun Zakat untuk anak dengan serendah RM10 ringgit di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP dan Tabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA!


Senarai Kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Jom serbu kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP berhampiran anda!
  • Shamelin 
  • Kg. Baru 
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju 
  • Putrajaya Presint 9 
  • Putrajaya Presint Diplomatik
  • Taman Tun Dr. Ismail 
  • Jalan Puchong
  • Kepong
  • UTC Pudu Sentral 
  • Labuan

Jom sama-sama laksanakan tanggungjawab kita sebagai Muslim dengan membayar zakat. Dan ingatlah setiap rezeki yang kita dapat, ada terselit rezeki untuk orang lain juga. PPZ-MAIWP menyeru ibu bapa supaya sama-sama mendidik anak-anak untuk kenali zakat di usia muda demi kesejahteraan ummah pada masa hadapan. 

“Semai Zakat Tuai Berkat” 

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut boleh ikuti Pusat Pungutan Zakat MAIWP di saluran di bawah:

Twitter Rasmi PPZ: https://twitter.com/ppzwp
Website: www.zakat.com.my

Cara buat Best Nine Instagram 2018

Cara buat Best Nine Instagram 2018 

Dah masuk bulan terakhir setiap tahun untuk siapa yang aktif di Instagram mesti tak lepaskan peluang nak buat Best Nine Post untuk Instagram kan? Sama la dengan Diah bila tengok orang dah mula upload masing-masing punya Best Nine mula la nak buat juga. Dah ada yang buat ke?

Apa Best Nine Instagram ni? Best Nine adalah 9 gambar yang dipilih daripada gambar-gambar yang kita upload di Instagram kita sepanjang tahun 2018. Kiranya hanya 9 gambar yang terpilih tu dapat paling banyak engagement daripada followers kita dari segi likes dan juga comments. 

Tak wajib pun buat. Heehehehhe. Untuk suka-suka sahaja.

Best Nine Instagram 2018 Rodiahamir
Best Nine 2018 Rodiahamir

8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Jika anda pernah mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh, terhantuk atau apa sahaja bentuk kemalangan yang melibatkan anggota kepala anda perlu memberi perhatian jika terdapatnya peningkatan tahap kecederaan yang di alami.

Diah sempat mendapatkan panduan perawatan berkenaan dengan kecederaan kepala semasa Diah membawa anak bongsu ke hospital akibat jatuh katil beberapa bulan lepas. 

Doktor berkongsi beberapa tips dan Tanda yang perlu di perhatikan jika kecederaan kepala bertambah serius. 


8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Memang seram bila fikir balik apa yang jadi. Airis terjatuh dari katil waktu tu kami sibuk nak solat Subuh. 

Jadi tak sedap hati bila Airis muntah selepas jatuh dari katil. Sebab tu kami dapatkan rawatan di bahagian Kecemasan HKL. 
8 Tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Tanda-tanda Peningkatan Tahap Serius Kecederaan Kepala

Apabila seseorang pesakit sudah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang oleh doktor, tetapi pesakit dikehendaki datang serta merta ke hospital jika terdapat tanda-tanda berikut timbul:
  • Sakit kepala yang keterlaluan dan berterusan. 
  • Berasa pening, loya dan muntah-muntah. 
  • Bingung, kurang sedar atau resah. 
  • Pengsan
  • Perangai atau tingkahlaku berubah. 
  • Tidak dapat dikejutkan dari tidur. 
  • Mengalami sawan. 
  • Pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak.  
  • Tempoh Pemantauan Kecederaan kepala

Doktor ada terangkan iaitu, tempoh 6 jam pertama adalah tempoh kritikal dan perlu di ambil serius jika baru mengalami kecederaan kepala. 

Salah satu Tanda yang biasa terjadi adalah seseorang itu akan muntah. Muntah yang perlu dirisaukan adalah muntah dengan kadar yang banyak dan tidak berhenti. 

Masa anak bongsu Diah jatuh katil beberapa bulan lepas, memang tiada benjolan kepala mahupun kecederaan lain tetapi itu merupakan kali ke tiga dia jatuh melibatkan anggota kepala dan kebetulan dia ada muntah sedikit jadi kami nekad untuk berjumpa doktor.  

Untuk elak perkara tidak di ingini Diah bawa anak untuk mendapatkan rawatan di hospital Kuala Lumpur. 

Banyak ilmu baru yang Diah dapat. Doktor juga periksa keadaan tengkorak anak bongsu dan Alhamdulillah dari pemeriksaan tidak berlaku sebarang retakan. 

5 Langkah Dan Tindakan Penting 

  1. Elakkan / tidak harus dibiarkan pesakit berseorangan. Mesti ditemani agar dapat memantau keadaan kecederaan. 
  2. Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor seperti yang diarahkan. 
  3. Jangan makan dan minum dengan banyak terutama minuman keras. 
  4. Jangan memandu kenderaan atau motosikal sendiri. 
  5. Haruslah dibawa ke hospital dengan segera jikalau terdapat Tanda peningkatan tahap serius kecederaan kepala seperti yang diterangkan di atas. 
Semoga bermanfaat!