Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP Didik Anak Kenali Zakat

by - December 21, 2018

Selalu bila kita sebut tentang zakat, kita hanya akan teringat zakat waktu nak raya je. Paling popular dalam bulan puasa sebab waktu tu semua orang akan mula membayar zakat fitrah. Dulu masa kecil, bila balik je dari solat terawih arwah abah akan beri kami resit pembayaran zakat. Gembira nya sebab dekat resit tu ada nama masing-masing. Waktu tu masih belum faham apa itu zakat, kenapa kena bayar zakat? Zakat tu apa sebenarnya? 

Dah menginjak dewasa baru la faham kenapa zakat tu wajib dibayar. Bila terpandang orang yang lebih susah lepas tu tonton pula kisah orang yang di uji dengan kemiskinan dalam rancangan BersamaMu dekat TV3 tu memang terasa indah betul agama Islam. Agama yang pemurah dan ajar penganutnya supaya tak pentingkan diri sendiri. 

Jadi bila adanya kempen tabung didik zakat anjuran PPZ-MAIWP, Diah berpendapat bahawa ianya memang satu inisiatif yang baik untuk ajar anak-anak tentang apa itu zakat. Bila anak-anak faham baru la mereka akan sedar kepentingan zakat. 

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat” – Surah An-Nur Ayat 56

Tabung Didik Zakat
Tabung Didik Zakat

Zakat Tu Apa? 

Zakat membawa maksud suci, bersih, subur dan berkembang. Kalau kita nak bersihkan pakaian kita kena cuci pakaian tu kan? Ha kalau nak bersihkan hati pula kena keluarkan zakat la. ok? Ada dua jenis zakat yang perlu kita tahu. Zakat Fitrah dan juga Zakat harta. Zakat Fitrah adalah zakat untuk diri sendiri manakala zakat harta pula ada banyak pecahannya. Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian, zakat ternakan dan juga zakat takaful.  

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan keatas setiap lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 

Zakat Harta 

Zakat harta ialah pengeluaran sebahagian daripada harta yang dihimpun dalam masa satu tahun serta cukup sukatannya. 

Program Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Diah menyokong sepenuhnya idea PPZ-MAIWP yang telah memperkenalkan program Tabung Didik Zakat iaitu satu program yang bertujuan untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan menunaikan zakat khas untuk mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Program ini mensasarkan anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah. Program Tabung Didik Zakat turut mendapat sokongan daripada selebriti-selebriti tempatan seperti Nasrizal Ngasri @ Bell, Amar Baharin dan juga PU Azman untuk mempromosikan kepentingan zakat.  

Duta Program Zakat
Barisan Duta Program Zakat 

Nak dapat kan Tabung Zakat? Tapi bagaimana? 

Hanya buka akaun Zakat untuk anak dengan serendah RM10 ringgit di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP dan Tabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA!


Senarai Kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Jom serbu kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP berhampiran anda!
  • Shamelin 
  • Kg. Baru 
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju 
  • Putrajaya Presint 9 
  • Putrajaya Presint Diplomatik
  • Taman Tun Dr. Ismail 
  • Jalan Puchong
  • Kepong
  • UTC Pudu Sentral 
  • Labuan

Jom sama-sama laksanakan tanggungjawab kita sebagai Muslim dengan membayar zakat. Dan ingatlah setiap rezeki yang kita dapat, ada terselit rezeki untuk orang lain juga. PPZ-MAIWP menyeru ibu bapa supaya sama-sama mendidik anak-anak untuk kenali zakat di usia muda demi kesejahteraan ummah pada masa hadapan. 

“Semai Zakat Tuai Berkat” 

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut boleh ikuti Pusat Pungutan Zakat MAIWP di saluran di bawah:

Twitter Rasmi PPZ: https://twitter.com/ppzwp

You May Also Like

23 Comments

  1. wah !! menarik ni.. mendidik anak-anak supaya faham konsep berzakat.. hee~ tabung tu pun comel kan..

    ReplyDelete
  2. Didik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.

    ReplyDelete
  3. Program yang bagus.. Mendidik dari usia yang muda..

    ReplyDelete
  4. Memang bagus diadakan program Tabung Didik Zakat di kalangan anak anak kita sebab sambil diorang menabung diorang juga didedahkan dengan hikmah bila menunaikan zakat. Saya memang sokong penuh program yang bermanfaat macam ni

    ReplyDelete
  5. Kejap tak faham. maknanya zakat dah jadi bank la eh? bleh simpan duit macam tabung haji gitu eh. bila cukup masa, bleh tolak beberapa amaun untuk bayar zakat fitrah atau zakat harta. gitu ke kak?

    ReplyDelete
  6. Good info. Can share with my friends.

    ReplyDelete
  7. Nnt sy kongsi maklumat ni kat kwn2 ya. Ramai yg ada ank2 kecil. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. suka dengan program yang diperkenalkan oleh pihak zakat ni...mendidik anak2 untuk fahami dengan lebih jelas tentang zakat dan kewajipan untuk menunaikannya....mmg akan buka akaun utk anak2

    ReplyDelete
  9. ah this is nice. kempen tabung didik zakat anjuran PPZ-MAIWP is so useful for people. Good job to kempen tabung didik zakat anjuran PPZ-MAIWP

    ReplyDelete
  10. Menarik ni siap ada tabung lagi kan. Betul la kita as parents yg main peranan utk ajar anak2 kita keindahan agama Islam kita ni kan

    ReplyDelete

  11. AM suka dgn tagline 'semai zakat tuai berkat' . Banyak keberkatan kita bila berzakat nie kan selalu bantu golongan yg lebih memerlukan...

    ReplyDelete
  12. Bagis ada program mcm ni
    Setidaknya boleh didik anak2 menabung dan berzakat dari kecil lagi
    Bukan bila da besar baru nak ajar
    At least diorang tahu zakat ni sbenarnya sangat penting utk buka pintu rezeki.

    ReplyDelete
  13. Akak pun support sepenuhnya program yang di anjurkan tu.
    Memang betul kebanyakan kita hanya tahu zakat mesti dibayar pada setiap bulan Ramadan saja.
    Maka dengan adanya program sedemikian, generasi terkini akan lebih peka, lebih mengetahui jenis2 zakat yang wajib dibayar dan semoga mereka menunaikan kewajiban zakat mereka in sha Allah

    ReplyDelete
  14. Program ni bagus untuk mendidik parents supaya alert dalam mendidik anak. Cuma tertanya memang kaunter terhad ke? Hope memudahkan semua. Ena sangat menyokong.

    ReplyDelete
  15. bagus untuk didik anak tentang zakat sedari mereka kecil lg kan

    ReplyDelete
  16. Bagusnya dapat mendidik anak-anak menunaikan zakat :)

    ReplyDelete
  17. Zakat menjadi lebih mudah tiada lagi alasan. Semoga kita semua di murahi rezeki

    ReplyDelete
  18. bagusnya ada program macam ni.. senang nak didik anak2 tentang kepentingan menunaikan zakat..

    ReplyDelete
  19. Bagus sangat ni.. Didik anak menabung dan belajar byr zakat.. Tabung pun comel.. Mesti anak-anak suka

    ReplyDelete
  20. Bagus kita galakkam anak2 menabung dari kecik dan dedahkan mereka tentang zakat juga.

    ReplyDelete
  21. Jom tunaikan kewajipan bayar zakat, sucikan harta sebelum masuk tahun baru

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.