Sinopsis Drama Leftenan Zana Slot Lestary TV3

Tengok drama Leftenan Zana episode satu minggu lepas sebab terpengaruh dengan iklan dia tu. Macam menarik untuk ditonton. 

Asyiklah budak kecik tu ulang “dah besar nanti Zana nak jadi askar macam abah. Zana nak jadi Kapten Zana binti Kapten Abah”.

Semangat betul dia nak jadi askar. Betul la peribadi ayah akan mempengaruhi perwatakan dan minat anak perempuan. 

Watak utama dalam drama Leftenan Zana dilakonkan oleh Janna Nick. Sesuai dengan perwatakan dia yang boyish tu. 


Sinopsis Drama Leftenan Zana Slot Lestary TV3

Oleh sebab drama kali ni tema utama dia bukan tema cinta anak orang kaya dengan si miskin jadi kami teruja nak tengok episod seterusnya. 

Lagi pun, pelakon dan pengacara kegemaran Diah, kak Sheila Rusli ada berlakon sekali. Harus la kena tonton setiap minggu. 

Lagi satu drama ni ketengahkan isu ibu bapa yang sering buat keputusan untuk anak-anak mereka. Zana nak masuk tentera tapi ayah dia fikir perempuan lebih sesuai jadi doktor. 

Ayah dia harapkan abang Zana untuk masuk tentera tapi abang dia langsung tak minat tentera. 



Shiela Rusli berlakon Drama Leftenan Zana Slot Lestary TV3



Kalau ikut sinopsis, nanti Zana akan lari dari kem tentera sebab tak tahan di buli. Jadi sedikit excited nak tahu perjalanan dan juga ending drama ni. 

Kuat ke semangat dia nak capai cita-cita atau dia akan bangkit semula? Lepas tu ayah dia selama-lamanya tak suka dan akan salahkan dia ke? nak tahu kena la tengok. 





Sinopsis Drama Leftenan Zana

Mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. 

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. 

Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. 

Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.



Drama Leftenan Zana


Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah. 

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. 

Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. 

Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. 

Zana seorang yang manja dan rapat dengan ayahnya, Rahmat. Sejak kecil, Zana bercita-cita untuk menjadi seorang tentera seperti ayahnya dan Rahmat hanya tersenyum mendengarnya. 

Apabila Zana semakin besar dan meningkat remaja, Rahmat mula risau dengan kecenderuan Zana yang masih mahu menjadi tentera. 

Rahmat tidak menyukainya dan dia ada sebab sendiri tapi tak mahu jelaskan. Sebenarnya Rahmat mahu menanamkan sikap ketenteraan dalam diri Zaidi, akan tetapi Zaidi tidak menyukainya. 

Malah dia sudah berikrar dengan dirinya akan jadi apa sahaja tapi bukan sebagai askar.


Barisan pelakon drama Leftenan Zana

  • Janna Nick sebagai Leftenan Zana
  • Tunku Hanis sebagai Leftenan Raz
  • Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
  • Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
  • Zarul Husin sebagai Arul
  • Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
  • Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
  • Nazrief Nazri sebagai Zaidi
  • Aprena Manrose sebagai Tisya
  • Izzat Mushtaq sebagai Faiz
  • Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra
  • Sue Sophie sebagai Mah
  • Annie Mosha sebagai Abby

Drama Leftenan Zana yang bersiaran di slot Lestary bersiaran setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada pukul 9 malam di TV3. 

Elok sangat la anak-anak kecil yang teruja jadikan askar sebagai cita-cita untuk tengok drama ni. Sekurang-kurangnya dia dapat bayangkan la jadi askar tu macamana. 

Salute kepada pengarah dan penerbit kerana masih peka nak terbitkan drama ber genre macam ni. 

Cri-Ciri Kematian Yang Dicemburui Ramai

Ciri-Ciri Kematian Yang Dicemburui Ramai

Assalamualaikum. Hai semua. Sedih dan seronok dalam masa yang sama bila baca perkongsian tentang Hero Negara, arwah Abdul Bari Asyraf yang mana kematiannya dicemburui oleh ramai orang. Sungguh ramai yang mendoakan syurga buatnya. Kuasa Allah, tak pernah tahu kewujudan dia sebelum ni tapi pengakhiran hidup dia begitu indah.

Wangi nya nama dia dah pun disebut-sebut kerana keberanian dan kebaikkan di dunia. Nama yang menjadi bualan selepas tamat hayatnya di dunia. Sekarang Abdul Bari dah seronok di alam sana. Nasib kita bagaimana pula?  

Memang insan terpilih kan? Abdul Bari Asyraf terkorban ketika usaha dia menyelamatkan lima sekeluarga yang mana kenderaan mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan di Kuala Terengganu. Masa kejadian berlaku dia sedang memancing bersama rakan-rakan.

Dia turut serta menghulurkan bantuan bersama lima lagi lelaki lain yang turut berada di lokasi kejadian. Menurut laporan akhbar, dalam usaha menyelamat, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Abdul Bari Asyraf hero negara mati syahid


Setiap Jiwa Pasti Akan Merasakan Mati

Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Bertuahnya arwah, sehinggakan berita tentang keberanian dia menyelamatkan nyawa lain mendapat perhatian dari tokoh agama, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada.

“Pengorbanan Allahyarham Abdul Bari adalah mulia dan dengan izin Allah SWT termasuk dalam kategori syahid berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW bahawa ada lima kategori bagi orang yang mati syahid.

“Antaranya adalah mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah,” – Facebook Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma kita tak pasti bila waktunya kita akan dipanggil menghadap Ilahi. Jom sama-sama berdoa semoga pengakhiran kita dapat Khusnul Khatimah in sha Allah. Semoga kita juga berpeluang mendapat kematian yang dicemburui. 

Cooking Right Looking Good 2019

Buat pertama kali nya Diah berpeluang menyertai pertandingan memasak anjuran 100comments dan Alce Nero yang bertempat di Berjaya Universtiy College Berjaya Times Square

Bila sertai pertandingan macam ni baru lah faham perasaan sebenar memasak macam dalam televisyen tu. 

Acara Cooking Right, Looking Good 2019 turut ditaja bersama oleh Oilum, Nutriva dan juga EUBOS. 

Terasa macam dalam mimpi pula, sambil bertanding secara tak langsung dapat peluang belajar memasak dibawah bimbingan Chef Professional.


Pertandingan Memasak  Cooking Right, Looking Good 2019 

Acara ini telah disertai oleh blogger dan juga influencer Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat melalui pemilihan makanan organik dan selamat. 

Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan kemudian diberi tugasan untuk menyiapkan tiga hidangan dalam masa 3 jam (pembuka selera, menu utama dan juga pencuci mulut). 

Diah berganding bahu dengan blogger hebat Dboy Studio dan juga Mommy Blogger Kathy Wui untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 


Cooking Right, Looking Good 2019 Berjaya University College

Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung

Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung 

Assalamualaikum. Baca berita tentang artis wanita yang akhirnya tak pakai tudung sebab tak tahan kecaman daripada netizen yang selalu cari pasal tentang imej dia sebagai wanita yang bertudung. 

Itu komen dari artis tersebut dalam satu temubual dengan wartawan hiburan yang Diah tonton dekat Youtube. Dia terangkan yang sejak dari awal dia bertudung netizen dah melemparkan pelbagai komen yang sah-sah meninggalkan kesan di hati dia. 

Sebab tu, bila dia ambil keputusan untuk terus buka tudung dan dia salahkan netizen. Rasa sedih dan terkilan pula bila dia terang-terangan dia salahkan orang lain bila diri sendiri memilih jalan yang salah. 

Dia tak tahu ke mulut tempayan tak boleh ditutup. Komen yang tak bawa kebaikkan tak perlu la ambil pusing. Eh awak senang la awak bukan artis. Eh!


Emma Maembong buka tudung


Diah tak kecam pilihan dia cuma risau dengan trend yang cuba dia ‘bawa’. Ini bukan kes pertama yang mana artis tunjuk contoh tak baik pada untuk pengikut mereka. Siapa pengikut-pengikut artis ni? 

Semestinya anak-anak muda yang baru nak belajar erti hidup. Bila ada contoh depan mata ni seolah membenarkan apa sahaja perbuatan salah itu adalah betul dan konsep ‘salahkan orang’ untuk tutup salah diri sendiri boleh diguna pakai. 

Come on! Dah besar kot. Kalau ikut logik akal, patut ke kita mengamuk dan salahkan iklan makanan yang sedap-sedap dekat tv? 

Kita tergoda nak makan, kemudian kita makan dengan gembiranya lepas tu kita jadi gemuk. Adakah kita akan kecam restoran-restoran yang jual makanan sedap sehingga menjilat jari dan viral bila kita terjebak nak makan kat situ? Patut ke? itu semua pilihan diri sendiri. 


Tak Guna Ikut Apa Orang Kata

Pernah juga berada dalam situasi buat pilihan yang salah dan akhirnya faham bila terlalu ikut apa orang kata akhirnya makan diri. Apa kita buat, apa kita pilih semuanya akan beri kesan. Hatta kita pilih berdiam diri pun ada akibatnya. 

Sedihnya, artis ni atau sesiapa sahajalah yang sekapal dan berada dalam situasi yang sama satu je Diah nak kongsikan. Jangan pernah berubah, eh macam lirik lagu. 

Jangan pernah buat sesuatu dan salahkan orang lain. Sebelum otak tu fikir nak tunding jari dekat orang lain, apa kata tunding kat diri sendiri dulu. Audit diri. 

Sekali lagi, entri ni bukan nak hentam artis atau sesiapa sahaja dekat luar sana tu tapi sebagai muhasabah diri dan fikirkan sama-sama. Andai ujian tu Allah berikan pada diri kita atau orang terdekat dengan kita. Apa kita buat? Apa reaksi kita? Apa cara terbaik untuk terangkan apa yang mereka pilih ni salah. 

Nanti akan tiba satu saat waktu hari kita bertemu Pencipta kita, Allah yang satu. Boleh ke kita beri jawapan apa yang berlaku adalah salah orang lain. Orang lain yang hasut? Boleh ke? 

Betul, setiap orang mencuba untuk jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tak siapa pun akan memilih untuk hancurkan diri. Setiap manusia tak sempurna tapi kita boleh berusaha. 

Mari lah kita sama-sama doa agar setiap yang terlibat termasuk netizen yang bijak berkata-kata ni masing-masing dapat belajar atas ujian ni. 

Kita sedap mengeluarkan kata-kata sebab kita belum di uji macam orang yang kita kata. Jom doa andai Allah uji kita, kita mampu sabar. Kita tak melatah dan kita cepat sedar. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata ada hati yang merana. Wassalam.