Meriahnya Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel

Meriahnya Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel 

Assalamualaikum. Memandangkan bulan Ramadhan dah semakin hampir maka memang meriah la promosi bufet Ramadhan di mana-mana sahaja. Baru-baru ni aku berkesempatan menghadiri Bufet Ramadhan preview di Restoran Funtasia yang terletak di Bangi Resort Hotel. 

Jadi untuk entri kali ni aku nak kongsikan tentang apa menarik yang terdapat dalam menu buffet Cahaya Ramadhan yang mereka tawarkan. 

Bangi Resort Hotel


Hidangan Citarasa Malaysia Dalam Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel


Bagi mereka yang tinggal di sekitar Bangi, Putrajaya, Cheras dan Kajang yang tercari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga, sahabat handai, dan kawan pejabat, aku cadangkan korang berbuka di Restoran Funtasia ni. 

Orang Kuala Lumpur dan lain-lain tempat pun kalau sudi datang apa salahnya. Parking adalah percuma dan Kemudahan surau ada disediakan di tingkat satu dan dua. 

Bufet Ramadhan Bangi Resort Hotel
Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel 1

Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel


Terdapat lebih 200 pilihan hidangan Malaysia termasuklah hidangan antarabangsa. Aku totally enjoy masa makan dekat sana dan restoran ni amat mesra keluarga. 

Dari segi pilihan menu untuk anak-anak pun tak risau sebab banyak yang mereka boleh cuba. Sedap pula tu. Puas hati sebab tempat selesa, banyak pilihan makanan sedap, dan staff yang mesra pelanggan. 

Pilihan Hidangan Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel


Kalau nak tahu, restoran Funtasia terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan bufet yang menyediakan hidangan tempatan, barat dan bermacam lagi gerai yang mana Chef-Chef berpengalaman akan beraksi dan menyediakan hidangan yang diminta pelanggan di depan mata. 

Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel




Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rojak pasermur sebagai pembuka selera, kambing golek bakar, Satay Malaysia dan juga hidangan BBQ ala Mongolia. Daging kambing dan Satay dia memang lembut. 

Tu menu wajib kena cuba kalau datang sini. Selain tu, hidangan kegemaran di Restoran Funtasia adalah seperti Gyoza Jepun, Nasi Goreng Robo-wok, Sup Tulang dan Sup Kambing serta Kari Kepala ikan. 

Menu pemanis mulut yang terkenal dekat sini ialah serawa durian, ais kacang dan cendol, kuih ketayap yang dimasak secara langsung dan gelato berlainan perisa setiap hari. 

Tarikan Robo-Wok & Robbie

Aku sedikit jakun bila pertama kali makan nasi goreng Robo-Wok yang disediakan oleh robot. Nasi goreng yang hanya ambil masa satu minit untuk dimasak dan disediakan depan mata korang. Kagum weh. Walaupun robot yang goreng tapi masih lagi sedap. 





Tahun ni juga buat julung kalinya, bufet Ramadhan di Bangi Resort Hotel menampilkan Robot barista bernama Robbie diperkenalkan kepada pengunjung. Robie akan menyediakan aiskrim dan minuman berasaskan kopi. 

Robot ni adalah sebahagian dari mesin layan diri yang disediakan oleh hotel khas untuk peminat kopi. Aku sempat cuba kopi Hazelnut dan juga aiskrim vanilla. Memang sedap dan mudah je cara nak buat pesanan. Kalau ada Robbie dekat rumah alangkah indahnya dunia. 



Bangi Resort Hotel



Harga Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel

Digalakkan untuk buat tempahan secara online untuk mendapatkan penjimatan harga yang lebih berbaloi berbanding tempahan melalui telefon mahupun walk in. 

Harga Pembelian secara online dan boleh beli di www.bangiresorthotel.com
RM85++ untuk dewasa 
RM42.50 untuk kanak-kanak

Harga Melalui Tempahan Telefon dengan pra-bayar minimun 24 jam 
RM90++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak

Harga Walk in bufet di lobby level 3
RM120++ untuk dewasa 
RM60++ untuk kanak-kanak

Sebarang tempahan dan pertanyaaan boleh hubungi no 03-82102222


Bangi Resort Hotel akan menyumbangkan sebanyak RM3.50 dari setiap tempahan pelanggan dewasa untuk promosi bufet Cahaya Ramadhan disalurkan ke tabung Islamic Relief Malaysia sempena tanda sokongan Care 4 Hunger Programme. 


Restoran Aroma D’AnCasa, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalamualaikum, selagi tak masuk bulan Ramadhan selagi itu lah review bufet Ramadhan akan dikongsikan di blog aku. 

Harap pembaca tak bosan. Kali ni aku nak kongsikan bufet Ramadhan di salah satu hotel yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. 

Jom sama-sama buka puasa dan merasai gabungan citarasa Malaysia di Restoran Aroma D’AnCasa yang terletak di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. 



Restoran Aroma D’AnCasa, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 

Memang dah jadi tradisi dalam bulan Ramadhan, setiap hotel akan memperkenalkan menu Ramadhan masing-masing. Tahun ni, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur telah memilih tema “Aroma D’Ancasa”.


Merujuk kepada gabungan selera citarasa rakyat Malaysia yang mengangkat menu popular dari Utara, Selatan dan juga Pantai Timur dan bakal disajikan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadhan. 





Rasai Pengalaman Buka Puasa Suasan Kampung di Tengah Bandar


Istimewanya menu-menu yang telah dipilih merupakan gabungan idea chef-chef dari AnCasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu serta seni kulinari akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada tahun ini. 


Seperti tahun sebelumnya, konsep gerai masih diteruskan dan ‘live cooking’ di mana 14 gerai dihias bertemakan konsep tradisional Melayu dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘home dining experience’ semasa berbuka puasa di sini. 


Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan chef hotel hebat yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda.


Kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Tarikan 200 menu Buka Puasa Bufet Ramadhan Termasuk Kambing Golek & Pais Ikan Patin


Restoran Aroma D’AnCasa akan menyajikan lebih dari 200 menu kepada pengunjung sepanjang buffet Ramadhan berlangsung. 

Antara sajian masakan Melayu yang diperkenalkan di antaranya adalah Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Kambing, Sotong Sumbat Tiga Rasa dan Sambal Goreng Jawa.

Semestinya hidangan yang bakal menjadi hidangan tumpuan dan istimewa pada kali ini adalah Kambing Golek yang diperap bersama campuran rempah rahsia dan dipanggang selama 2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan juicy. 

Selain itu, terdapat juga Pais Ikan Patin dari Pekan, Pahang dan Masak Lemak Cili Api Aneka Laut dari Negeri Sembilan yang disediakan khas oleh Chef AnCasa Hotels.

Antara menu lain yang dijangka mendapat sambutan dari pengunjung termasuklah menu seperti Mee Kari Gear Box, Rendang Itik, Sup Ayam Kampung yang dihidangkan bersama Roti Bengali, Ayam Panggang PD, Daging Opor Pahang dan banyak lagi. 



Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Menu Pencuci Mulut

Tidak sah sesuatu bufet jika tidak diakhiri dengan pemanis mulut. Pengunjung boleh merasai keenakan pelbagai kuih muih tradisional seperti Apam Balik, Serawa Durian, Kuih Ketayap, Lempeng Kelapa, Kole Kacang dan pelbagai manisan yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman.



Menu Istimewa – Tandoori Chai

Istimewanya pada tahun ini AnCasa Hotels & Resorts turut menampilkan minuman lain dari yang lain iaitu Tandoori Chai. 

Kalau nak tahu Tandoori Chai ialah merupakan sejenis teh campuran herba yang dimasukkan ke dalam tembikar kecil dan dipanaskan sehingga menggelegak. Buat penggemar minuman Teh pasti suka sebab aromanya yang cukup memikat. 








Harga Bufet Ramadhan Restoran Aroma D’AnCasa & Cara Membuat Tempahan 

AnCasa Hotel & Spa menawarkan harga yang amat berpatutan iaitu:

RM70.00 untuk dewasa 

RM40.00 untuk kanak-kanak (5–12 tahun)

*Early Bird Promotion*

Baucar awal boleh didapati pada harga RM60.00 bersih setiap seorang dewasa sebelum 30 April 2019. 

Untuk tempahan, sila hubungi 03- 20266060 sambungan 7703. 





Di bawah adalah harga bagi rangkaian hotel AnCasa:-

AnCasa Royale, Pekan, Pahang
Baucar awal RM58.00 bersih
RM70.00 bersih (Dewasa)
RM40.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun)


AnCasa Residences, Port Dickson, Negeri Sembilan
Baucar awal RM45.00 bersih
RM55.00 bersih (Dewasa)
RM30.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun)


Bagi tetamu yang memilih untuk mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa bermula dari RM90 seorang untuk sekurang-kurangnya 60 orang. 

Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Sarimah di talian 03-20266060 sambungan 7700

Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese

Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese ni aku reka lepas ketandusan idea nak makan apa pada waktu lunch untuk jamu anak-anak. 

Oleh sebab dah ambil heavy breakfast kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak telur rebus dan bukan telur mata untuk jaga kesihatan maka perut masih kenyang sehingga jam satu petang. 
Tak kan dengan jarak yang singkat nak makan nasi juga kan? Jemu la hai. 

Cara Buat Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese 

Nak masak untuk anak-anak pun kena ikut piawaian diaorang. Tak boleh pedas, tidak terlalu masam (baca tomyam) kena ada sup (baca ber air) dan kena sedap. Wow payahnya. Memang mencabar jadi mak. Siapa kata mudah meh aku luku kepala kau. 




Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese


Memang dah jadi kewajipan kena ada stok pasta dekat rumah. Tak kisah Spaghetti, angel hair, atau bentuk yang orang selalu buat Mac & Cheese tu. 

Paling kurang mendapat sambutan pasta bentuk Spiral tu. Tak boleh telan nok. Masa shopping groceries kebetulan ada sale Pasta Prego Buddies ni jadi beli la juga dengan sos Bolognese dalam botol tu. 

Ada banyak shape Pasta Prego Buddies ni, ada bentuk Space, sport dengan animal tak silap aku. kalau silap abaikan je lah ye. 

Sos blognese dah lama habis maka timbul lah idea nak buat kuah Carbonara. Ala kuah putih pekat lemak tu. Jadi jom tengok resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese. 


Pasta Prego Buddies


Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese

Kalau ikut resepi Carbonara Cheese bahan perlu ada ialah susu segar dan sos carbonara dah siap dalam tin dan botol. Oleh kerana dua-dua benda penting ni tiada maka aku gigih nak buat dia terasa ala-ala carbonara juga tapi gantikan dengan keju. Ye keju keping tu. Menjadi jugak. 

Resepi Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese sedap


Sebelum aku teruskan kongsi cara-cara serta bahan-bahan diperlukan jadi baca tips di bawah ni supaya korang tak terlepas bahagian penting. 

*masa rebus pasta sila simpan air rebusan pasta untuk kita nak pekatkan kuah pasta tu nanti. 
*boleh masukan cendawan, ayam, sosej atau apa sahaja bahan anda suka. lagi sedap. 
*makan semasa kuah panas untuk dapatkan kesedapan tertinggi. 

Dah la tu jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat Pasta Prego Buddies Ala Carbonara Cheese. 

Dua genggam Pasta Prego Buddies atau sebanyak mana korang suka. 
Satu biji bawang merah, guna bawang Holand dikatakan lebih manis dan sedap. 
2 ketul bawang putih
Satu ketul Egg Tofu
Satu biji tomato 
Tiga keping keju jenama terpulang anda suka
Serbuk pati ayam



Cara-caranya ialah:

Rebuskan pasta sehingga el dente. Perghh sehingga lembut yang korang suka. dan asingkan dalam 3 seduk besar air rebusan. Kalau nak banyak kuah lagi banyak senduk la korang simpan. 

Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang dicincang sehingga garing dan jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap. Ganggu rasa dia. 

Masukan tomato yang juga di cincang. Tumis sehingga dia layu. Kemudian masukkan Egg Tofu dan hancur-hancur kan dalam kuali. 

Lepas beberapa ketika masukkan air rebusan pasta tadi dan kacau sehingga mendidih. Masukan serbuk pati ayam secukup rasa. Dah mendidih masukan pula kepingan cheese tadi biarkan dia cair. 

Semakin banyak keju dimasukan semakin lemak berkrim la kuah korang. Baru masukan garam sebab cheese aku guna ada rasa masin dan bau salai. 

Biarkan mendidih dan kemudian siap. 
Boleh dihidang untuk anak-anak. Selamat mencuba. 

Ini resepi aku buat versi ada letak Udang & Lada benggala pun sedap. 



Dalam kehidupan aku yang tak tentu arah waktu bekerja. Sambil siapkan entri blog sambil jaga anak dan kemas rumah dan memasak dan sapu sampah dan basuh kain. 

Aku akan pastikan anak-anak agar tetap kenyang perut. Ikut hati yang malas memang aku tapau je atau pun suh akak Café bawah rumah buat delivery. Setel. Apa pun menjadi mak adalah tentang menjaga keluarga dan memastikan mereka gembira. Chewah. Ok bye. 


Suri Rumah Bukan Penamat Segala-Galanya

Setiap hari dalam kehidupan walaupun aku hanya seorang suri rumah aku akan pastikan aku bercampur gaul dengan isu semasa dan juga persekitaran. 

Walau dah duduk di rumah dan fokus aku kepada anak-anak sahaja, hubungan dengan kawan-kawan aku akan jaga. 

Kalau jarang bertemu muka di alam nyata aku pastikan akan menyapa di alam maya. Mana yang sempat. 

Tidaklah aku jadi suri rumah bawah tempurung. Isu-isu terkini pula aku akan cuba baca dan ambil tahu. Cukuplah sebagai pengetahuan bukan sampai ke tahap jadi pengulas. 


Suri Rumah Bukan Penamat Segala-Galanya

Jadi aku selalu ingatkan jadi suri rumah bukan lah penamat bagi segala-galanya. Sebelum ni aku agak seram dengan title Suri Rumah sepenuh masa. Aku risau aku bosan.




Tahun ni tahun kedua aku menyarung topi suri rumah sepenuh masa. 

Setahun lepas aku cuba sibukan diri dan yakinkan keputusan untuk berhenti bekerja adalah keputusan paling betul pernah aku buat dalam kehidupan. 

Kalau siapa yang kenal aku macamana aku ni sejenis yang cepat bosan. Payah aku nak stick kepada sesuatu dalam jangka tempoh yang lama. 

Dah jadi suri rumah sepenuh masa ni, nak tak nak aku pastikan aku akan hilangkan perasaan bosan tu. 



Setiap Benda Pasti Ada Harganya


Mungkin bagi sesetengah orang akan fikir, keluarlah kalau bosan. Pergi bersuka ria. Cari “Me Time”. Kita tak sama kan? 

Tapi aku hargai sangat-sangat orang-orang yang setia memberi pandangan, kata-kata semangat, pujian dekat aku. 

Well tiada yang sempurna dalam dunia ni. Tak dapat cari yang sempurna kita cuba jadi sedekat mungkin yang sempurna eh?

Aku dah start nak menulis kisah-kisah macamana aku survive sebagai suri rumah sepenuh masa. Cara aku hilangkan bosan, apa aku buat kalau aku stress. 

Jangan tak tahu aku pernah rasa diri aku useless. Aku tak fikir peranan aku sebagai ibu penting. 

Aku jadi sedih dan aku hilang arah tuju. Adakah aku hanya bangun siapkan makan pakai suami dan anak-anak? Masak dan cuci najis mereka? Apa beza aku dengan pembantu rumah? 

Benda-benda negatif macam tu selalu datang pada aku. Itu dulu la, sekarang masih ada tapi setiap kali benda tu datang menghasut aku akan counter semula dengan sifat syukur. 
Ibu sepenuh masa

Ibu Tunjang Keluarga

Dalam agama Islam sendiri dah sebut, Ibu ni bakal mencorakan sebuah keluarga. Menentukan jatuh bangun institusi kekeluarga tu sendiri. 

Pendek kata ibu jadi tunjang sebuah keluarga. 

Kalau seorang ibu yang sepatutnya berada di tempat yang tinggi dan mulia tapi dia sendiri menjatuhkan martabat dia akibat tertekan, maka ahli keluarga yang lain patut bantu dia. 



Maaf kepada pembaca blog aku baik yang selalu rajin drop comment mahupun silent reader. Aku dah terlalu bosan baca blog yang hanya berbentuk review. Tiada sentuhan peribadi. 

Aku faham sebab aku juga terbabas kadang-kadang atas tuntutan kerja. Yelah orang bayar kita kan? Tak kan nak melalut hal peribadi. 

In sya Allah aku cuba selang selikan dengan entri berbentuk personal semoga aku sendiri tak hilang minat nak menulis. 

Sedikit throwback, dulu aku pernah follow blog yang pemiliknya tersepit dalam cinta tiga segi. Dia sukakan duda, yang mamat single pula sukakan dia. 

Mamat single sentiasa ada tak kira apa situasi dia berada.  

Si duda juga sama tapi si duda banyak buat dia terluka. Jadi ketagih kalau dia tak update blog kisah percintaan dia. Macam novel la kiranya. Nama pena pun sangat moden lain dari yang lain masa tu. 

Setelah beberapa tahun kantoi yang pemilik blog tu hanya berkongsi imiginasi dia. cerita tu rekaan. Patut la indah weh. Aku lupa cara dia kantoi tapi terjumpa kisah dia di Forum la. 

Haishh melalut sudah. Berbalik kepada apa aku rasa tentang suri rumah bukan penamat segalanya tapi sebenarnya suri rumah a.k.a ibu lah punca bermula segala-galanya. Berat sebenarnya nak galas tanggungjawab tu. 


Bayangkan kalau kita ada anak, nak asuh dan didik jadi manusia. Berpeluh la bila fikir. Kalau kata besarkan anak-anak, semua orang boleh buat rasanya. 

Bagi cukup makan dan pakai selesai urusan. Berlainan sangat kalau nak asuh dan didik. Jadi dekat sini la peranan utama ibu yang bergelar suri rumah ni.

Aku tak kata ibu bekerja tak bagus ya, kena fahami kedudukan kewangan dan masalah lain jika pilih nak jadi suri rumah. 


Doa Memohon Pertolongan 


Apa sahaja pilihan kita buat semua ada kesan baik buruk dia. Aku doakan doa korang yang nak jadi suri rumah Allah makbulkan. 

Satu doa yang selalu aku amalkan masa aku dalam dilema dan masa tu masih bergelar pekerja. 


“Ya Allah aku mohon petunjuk dan hidayah-Mu. Jika apa yang kau atur dan kirimkan adalah yang terbaik untuk ku maka aku pohon Kau lapangkanlah dada ku menerima setiap takdir yang Kau utuskan. Jika keputusan yang aku minta ini menjauhkan diri aku dari-Mu maka jauhkanlah.”


Setiap kali aku solat, setiap kali ada waktu makbul untuk berdoa aku tak lupa nak selit sekali doa ni. 

Aku tak ada basic Bahasa Arab jadi kita minta seikhlas hati berdoa dalam Bahasa Melayu cukuplah. Asal Allah makbulkan. 

Oleh sebab Bulan Ramadhan semakin menghampiri, maka demi menalu-alukan aura-aura bulan suci murni ni jom tengok waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Mana tahu makbul doa kita kan? 

10 Waktu mustajab berdoa di bulan Ramadhan adalah seperti berikut: 

  1. Sepertiga Malam Terakhir
  2. Waktu Bersahur
  3. Sepanjang Waktu Puasa
  4. Menjelang Berbuka Puasa
  5. Malam Lailatul Qadar
  6. Saat Azan
  7. Di Antara Azan Dan Iqamah
  8. Ketika Sujud Dalam Solad
  9. Ketika Hujan Lebat
  10. Pada Hari Jumaat

Tak kira la apa pangkat kita di dunia ni, suri rumah sepenuh masa ke, doktor ke, cikgu ke hatta Perdana Menteri sekali pun yang penting adakah kita berjaya menyempurnakan tugas kita dengan sebaik mungkin. 

Kelak di akhirat Allah akan tanya kembali, apa yang jadi kepada semua benda yang Allah beri pinjam. Adil ke kita? 

Untuk golongan suri rumah yang satu kapal dengan aku, jom sama-sama kita tinggikan martabat kita sebagai seorang suri rumah. Hargai diri sendiri sebelum kita minta orang hargai kita. Sekian. Jumpa lagi.