Sambut Raya Haji & Bila Anak Tak Sihat

Sambut Raya Haji & Bila Anak Tak Sihat 

Entri Raya yang tertangguh. Baru-baru ni anak tak sihat. Minggu ni baru ada kesempatan duduk depan laptop dan menulis macam biasa. Sebelum Raya Haji hari tu kesihatan satu keluarga tak memuaskan.

Bila anak tak sihat mula la semuanya tergendala. Tahu je lah bila anak tak sihat nak perhatian lebih dan manja tu jadi berkali ganda.

Raya Haji kali ni pun macam biasa. Walau tak semeriah sambutan Aidilfitri tapi amalan balik beraya ke kampung masih diteruskan. Balik kampung Pahang.

Oleh sebab cuti tak panjang, ada adik beradik yang tak dapat balik. Dah bekerluarga faham sangat batasan bila ada yang tak dapat beraya. Kekangan cuti, kekangan kewangan, kekang kesihatan. Eh macam-macam la.

Rezeki.

Bila Anak Tak Sihat Mak Pun Terpalit Sama


Anak bongsu aku mula kurang sihat masa umur dia setahun enam bulan. Sepatutnya cucuk vaksin terakhir masa tu. Dah ada tarikh temujanji dengan klinik kesihatan pun. Tapi, sebab suhu badan dia terlebih 0.01 celcius, jururawat tak benarkan untuk cucuk vaksin.

Menurut jururawat, suhu maksimum dibenarkan ialah sehingga 37.2 celcius. Tapi suhu Airis ketika tu 32.3 celcius. Tak mahu ambil risiko takut demam dia semakin tinggi. Masa temujanji tu juga Airis kena jumpa dengan doktor.

Alhamdulillah walau Airis demam dia tetap aktif cuma selera makan on off. Dah memang dia ada masalah berat badan tak cukup ditambah demam selesema lagi dia kurang makan. Tunggu aku kongsi kisah jumpa Pegawai Sains Pemakanan.

Masa Raya Haji Airis dah semakin sihat, dan bila balik ke KL badan dia dah start suam-suam. Kami sampai KL hari Selasa dan kebetulan aku ada event esoknya. Tinggalkan dia dekat rumah pengasuh dan sehari lepas tu dia demam teruk.

Badan terkejut agaknya. Aku perasan Airis manja sangat. Almaklumlah anak yang dijaga dari kecil tak pernah berenggang. Susah juga bila sesekali nak lepas kan dia bila ada event.

Alhamdulillah, dari hari ke hari kesihatan dia bertambah baik. Beberapa kali melawat doktor dan makan ubat.

Sepanjang dia kurang sihat aku masih lagi sibuk dengan tugas seharian ditambah tugas “tukang hebah”. Tak banyak mana tapi perlukan komitmen juga.

Ada masa juga aku sendiri ‘sakit’. Tekanan, tak cukup rehat, mental letih, badan lemah. Semua tu mendorong aku jadi negatif.

Mujur tak lama. Aku sangat bermasalah kalau berada dalam keadaan negatif lama-lama. Semua akan terpalit. Paling teruk anak. jadi tak boleh biar lama sangat sakit.

Bersyukur sangat-sangat dah kembali. Moga semangat semakin terus membuak-buak nak buat terbaik untuk diri, keluarga dan demi masa depan.

Doa untuk korang jugak.


Char Kuew Teau sedap di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara

Char Kuew Teau sedap di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara 

Kerinduan nak makan Char Kuew Teau sedap akhirnya tercapai lepas suami belanja makan Char Kuew Teau di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara cawangan Melawati.

Cawangan Restoran Langgaq ni baru je dibuka dekat Taman Melawati tapi memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Dah banyak pun cawangan diaorang buka.

Aku ni kalau jumpa tempat makan sedap mula la excited nak kongsi dekat blog. Dah memang jadi tabiat.

Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga

Hari tu masa food hunting, suami ajak makan Mee Celup di Medan Selera Bukit Naga yang terletak di Shah Alam Selangor. 

Kebetulan tengahari tu melawat kakak di Klang, dah alang-alang terus lajak ke Medan Selera Bukit Naga. Memang selalunya unexpected plan. 

Dalam setengah jam je dari Jalan Yadi Klang. Sebenarnya food hunting kali ni lebih kepada sesi reunion suami dengan kawan Diploma dia dekat UiTM Pahang dulu merangkap senior aku juga lah.

Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga 


Kami kenal dia dengan panggilan mesra Pak Lah sebab muka dia ada iras bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pak Lah pula jadi barisan utama Perwakilan Pelajar masa tu.

Semua orang panggil dia camtu jadi betul lah agaknya. Okay kalau ada sekitar Shah Alam boleh cuba Nasi Arab Aroma Hijrah. 



Mee Celup Jalan Kebun Shah Alam

Gerai Mee (Mi) Celup ni merupakan kedai kedua Pak Lah lepas dia buka gerai Mee Celup di Jalan Kebun Shah Alam. Peminat setia Mee Celup mereka dah biasa makan di Jalan Kebun.

Ada banyak gerai makanan dalam Medan Selera Bukit Naga ni, jadi banyaklah pilihan yang boleh pengunjung cuba. Selain Mee Celup, ada kepak ayam madu bakar, Sata & Otak-Otak, masakan panas Thailand, makanan berasaskan Cheese viral, Char Kuew Teaw goreng dan banyak lagi.


Aku sempat cuba Mee Celup Maggi, Somtam, Kerang Rebus dan Kepak Ayam. Semua sedap. Memang dasar kuat makan.


Berbalik kepada Mi Celup Delima tadi, Pak Lah kata kebanyakan pelanggan yang cuba suka kan rasa Mee Celup mereka sebab rasa dia seakan-akan Mee Celup yang mereka makan dia kampung halaman mereka di Kelantan.

Mana taknya, resepi Mee Celup tu memang resepi tradisi keluarga yang asalnya orang Kelantan juga. Orang Kelantan boleh pergi cuba dan bagitahu aku nanti eh.



Selain Maggi Celup Special, korang boleh cuba Mee Celup, atau pun Bihun Celup Special. Hari tu aku cuba Maggi Celup Special. Korang boleh makan dengan sambal dan kicap yang disediakan untuk bagii lagi kick rasa kuah dia.



Banyak lagi sebenarnya menu yang aku belum sempat cuba. In sya Allah ada kelapangan aku nak repeat lagi sekali ke Medan Selera Bukit Naga. 

Kita cuba yang ada unsur cheese pulak. Kalau ada tempat makan menarik share la dekat comment. Boleh aku pergi pulak.

Untuk yang nak cuba Mee Celup Medan Selera Bukit Naga boleh follow update di Facebook mereka.


Kisah Misteri kehilangan Nora Anne Quorin

Kisah Misteri kehilangan Nora Anne Quorin 


Sedih dan masih banyak tanda tanya tentang misteri kehilangan Nora Anne Quorin. 
Remaja berusia 15 tahun, warganegara Ireland yang bercuti bersama keluarga di Resort The Dusun Pantai Hill Seremban yang terletak di Negeri Sembilan. 

Kalau baca comment di Twitter, memang ramai lah yang suarakan pendapat tentang tempat dia hilang tu. Sebelum kes Nora dah ramai yang jadi korban. Tapi semua berlaku pasti ada hikmah kan. 

Cuma, bila dia hilang lebih kurang 10 hari dan ditemui tidak lagi bernyawa yang membuatkan orang tertanya-tanya cara kematian dia. 

Dalam berita melaporkan dia kebocoran usus sebab tekanan dan tak makan dalam masa yang lama. Ada juga yang syak dia di rogol tapi hasil bedah siasat tiada kesan dia dicabul. 

Dalam agama Islam dah ingatkan yang Musibah berlaku ke atas orang lain, merupakan ujian bagi orang sekelilingnya. 

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga dipermudahkan segala urusan. 


Kredit Sinar + Sumber Bernama