Char Kuew Teau sedap di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara

Rodiah Amir
5

Char Kuew Teau sedap di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara 

Kerinduan nak makan Char Kuew Teau sedap akhirnya tercapai lepas suami belanja makan Char Kuew Teau di Restoran Langgaq Bihun Sup Utara cawangan Melawati.

Cawangan Restoran Langgaq ni baru je dibuka dekat Taman Melawati tapi memang sentiasa penuh dengan pelanggan. Dah banyak pun cawangan diaorang buka.

Aku ni kalau jumpa tempat makan sedap mula la excited nak kongsi dekat blog. Dah memang jadi tabiat.

Restoran Langgaq Taman Melawati

Apa aku suka konsep Restoran Langgaq ni ada nasi, lauk-pauk, mee & bihun sup, cucur udang, laksa dan macam-macam lagi. Pelbagai jenis sup ada dekat sini jadi banyak la pilihan.

Semestinya semua makanan sini di inspirasi dari Negeri Jelapang Padi, Negeri Kedah Darul Aman. Masuk sini automatik nak bercakap bahasa Utara. Kuning Hijau sungguh.

Aneka Sup ada dekat sini weh. Memang terbaik. Ada sup daging, paru, perut, dan banyak lagi. Tapi yang rare bagi aku ialah Sup Lidah dan Sup Urat Keting.



Aku baru cuba Sup Perut dan memang padu. Kena selera aku. Selain sup, ada Mee Rebus Tulang, laksa dan Char Kuew Teau.

Oleh sebab masa tak mengizinkan, kami bungkus makan dekat rumah. Kami order Char Kuew Teau Kerang dan Bihun Sup Perut. Walaupun kami makan agak lambat tapi Char Kuew Teaw tu tak lembik weh even terendam dalam kuah. Terbaik lah.


Oleh sebab terbaca menu air yang aneh jadi kami bungkus Air Kedah. Lepas soal siasat Air Kedah tu rupa-rupanya campuran air jagung dan pandan. Warna hijau kuning.


Kalau korang suka kan jagung, bau aroma pandan dan jagung tu memang saling melengkapi sangat. Lemak manis secukup rasa. Satu bungkus RM3. Padan la dengan harga.

Dari segi kualiti, harga, kebersihan, kepantasan servis dan tahap mesra pelanggan boleh diterima bagi aku. Mungkin untuk korang yang ada anak kecil mungkin kurang selesa sebab Restoran ni memang selalu penuh dengan pelanggan. 

In sya Allah akan cuba menu lain pula lepas ni.


Langgaq Melawati
9173, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor






Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Okey x tengok makanan..kang terliur..hahaha...

    BalasPadam
  2. Sedap kalau beli bungkus, makanan still sedap.. memang repeat lagilah kan..

    BalasPadam
  3. kena try ni ... thank you for sharing :)

    BalasPadam
  4. kak liez biasa makan yang dekat keramat tu.. maybe branch dia jugak ke... suka sup kedah style sbb dah sebati dgn jiwa kot.. duk kedah 11 tahun dulu..

    BalasPadam
Catat Ulasan