Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga

by - August 19, 2019

Makan Mi Celup Delima di Medan Selera Bukit Naga | Hari tu masa food hunting, suami ajak makan Mee Celup di Medan Selera Bukit Naga yang terletak di Shah Alam Selangor. Kebetulan tengahari tu melawat kakak di Klang, dah alang-alang terus lajak ke Medan Selera Bukit Naga.

Dalam setengah jam je dari Jalan Yadi Klang. Sebenarnya food hunting kali ni lebih kepada sesi reunion suami dengan kawan Diploma dia dekat UiTM Pahang dulu merangkap senior aku juga lah.

Kami kenal dia dengan panggilan mesra Pak Lah sebab muka dia ada iras bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pak Lah pula jadi barisan utama Perwakilan Pelajar masa tu.



Gerai Mee (Mi) Celup ni merupakan kedai kedua Pak Lah lepas dia buka gerai Mee Celup di Jalan Kebun Shah Alam. Peminat setia Mee Celup mereka dah biasa makan di Jalan Kebun.

Ada banyak gerai makanan dalam Medan Selera Bukit Naga ni, jadi banyaklah pilihan yang boleh pengunjung cuba. Selain Mee Celup, ada kepak ayam madu bakar, Sata & Otak-Otak, masakan panas Thailand, makanan berasaskan Cheese viral, Char Kuew Teaw goreng dan banyak lagi.


Aku sempat cuba Mee Celup Maggi, Somtam, Kerang Rebus dan Kepak Ayam. Semua sedap. Memang dasar kuat makan.


Berbalik kepadaMi Celup Delima tadi, Pak Lah kata kebanyakan pelanggan yang cuba suka kan rasa Mee Celup mereka sebab rasa dia seakan-akan Mee Celup yang mereka makan dia kampung halaman mereka di Kelantan.

Mana taknya, resepi Mee Celup tu memang resepi tradisi keluarga yang asalnya orang Kelantan juga. Orang Kelantan boleh pergi cuba dan bagitahu aku nanti eh.


Selain Maggi Celup Special, korang boleh cuba Mee Celup, atau pun Bihun Celup Special. Hari tu aku cuba Maggi Celup Special. Korang boleh makan dengan sambal dan kicap yang disediakan untuk bagii lagi kick rasa kuah dia.


Banyak lagi sebenarnya menu yang aku belum sempat cuba. In sya Allah ada kelapangan aku nak repeat lagi sekali ke Medan Selera Bukit Naga. Kita cuba yang ada unsur cheese pulak. Kalau ada tempat makan menarik share la dekat comment. Boleh aku pergi pulak.

Untuk yang nak cuba Mee Celup Medan Selera Bukit Naga boleh follow update di Facebook mereka.


You May Also Like

5 Comments

  1. Kuat makan pun Diah still kurus lagi.. oke la tu.. sedap2 la makanan dia.. Chicken wing tu kemain lagi..

    ReplyDelete
  2. macam sedap ja ... hujan2 sejuk2 sedap makan mee celup ni hehe

    ReplyDelete
  3. aduhhh terliur la tengok mee celup dia.. sini xada jual uwaaaa

    ReplyDelete
  4. Lapar weii tgk makanan2 ni semua. Terseksa jiwa raga aku. Kenapa lah jauh dr selayang.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.