Sambut Raya Haji & Bila Anak Tak Sihat

By Rodiah Amir - August 24, 2019

Sambut Raya Haji & Bila Anak Tak Sihat 

Entri Raya yang tertangguh. Baru-baru ni anak tak sihat. Minggu ni baru ada kesempatan duduk depan laptop dan menulis macam biasa. Sebelum Raya Haji hari tu kesihatan satu keluarga tak memuaskan.

Bila anak tak sihat mula la semuanya tergendala. Tahu je lah bila anak tak sihat nak perhatian lebih dan manja tu jadi berkali ganda.

Raya Haji kali ni pun macam biasa. Walau tak semeriah sambutan Aidilfitri tapi amalan balik beraya ke kampung masih diteruskan. Balik kampung Pahang.

Oleh sebab cuti tak panjang, ada adik beradik yang tak dapat balik. Dah bekerluarga faham sangat batasan bila ada yang tak dapat beraya. Kekangan cuti, kekangan kewangan, kekang kesihatan. Eh macam-macam la.

Rezeki.

Bila Anak Tak Sihat Mak Pun Terpalit Sama


Anak bongsu aku mula kurang sihat masa umur dia setahun enam bulan. Sepatutnya cucuk vaksin terakhir masa tu. Dah ada tarikh temujanji dengan klinik kesihatan pun. Tapi, sebab suhu badan dia terlebih 0.01 celcius, jururawat tak benarkan untuk cucuk vaksin.

Menurut jururawat, suhu maksimum dibenarkan ialah sehingga 37.2 celcius. Tapi suhu Airis ketika tu 32.3 celcius. Tak mahu ambil risiko takut demam dia semakin tinggi. Masa temujanji tu juga Airis kena jumpa dengan doktor.

Alhamdulillah walau Airis demam dia tetap aktif cuma selera makan on off. Dah memang dia ada masalah berat badan tak cukup ditambah demam selesema lagi dia kurang makan. Tunggu aku kongsi kisah jumpa Pegawai Sains Pemakanan.

Masa Raya Haji Airis dah semakin sihat, dan bila balik ke KL badan dia dah start suam-suam. Kami sampai KL hari Selasa dan kebetulan aku ada event esoknya. Tinggalkan dia dekat rumah pengasuh dan sehari lepas tu dia demam teruk.

Badan terkejut agaknya. Aku perasan Airis manja sangat. Almaklumlah anak yang dijaga dari kecil tak pernah berenggang. Susah juga bila sesekali nak lepas kan dia bila ada event.

Alhamdulillah, dari hari ke hari kesihatan dia bertambah baik. Beberapa kali melawat doktor dan makan ubat.

Sepanjang dia kurang sihat aku masih lagi sibuk dengan tugas seharian ditambah tugas “tukang hebah”. Tak banyak mana tapi perlukan komitmen juga.

Ada masa juga aku sendiri ‘sakit’. Tekanan, tak cukup rehat, mental letih, badan lemah. Semua tu mendorong aku jadi negatif.

Mujur tak lama. Aku sangat bermasalah kalau berada dalam keadaan negatif lama-lama. Semua akan terpalit. Paling teruk anak. jadi tak boleh biar lama sangat sakit.

Bersyukur sangat-sangat dah kembali. Moga semangat semakin terus membuak-buak nak buat terbaik untuk diri, keluarga dan demi masa depan.

Doa untuk korang jugak.


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Biasa la tu Diah .x semestinya kita senang selalu kan..kita kita akan terus di duga ikut kemampuan kita especially di duga bab kesihatan..macam akak gak..akak x sihat, mak x sihat..last week anak dara demam...dh la nak PT3 dh

    ReplyDelete
  2. bila anak sakit si ibu kena kuat.. semoga semua sihat2 ye

    ReplyDelete
  3. semoga sis sekeluarga sihat selalu

    ReplyDelete
  4. bila anak-anak tak sihat memang risau.

    ReplyDelete
  5. semoga Diah dan keluarga diberikan kesihatan yang baik.. aamiin..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.