Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Pertama kali makan Marrybrown masa umur aku 12 tahun waktu ikut rombongan sekolah rendah ke Menara Kuala Lumpur. Dekat Pahang tak ada weh. Datang ke Kuala Lumpur baru jumpa Marrybrown. 

Nama pun budak-budak, memang excited la memandangkan kali pertama cuba. Seingat aku makan nasi lemak Marrybrown.

Lepas tamat pengajian aku kerja dekat Kuala Lumpur. Banyak lagi pilihan fast food yang ada jadi memang jarang la aku singgah Marrybrown. Dan faktor utama ialah Marrybwon tak buka banyak cawangan padahal makanan dia not bad dari segi rasa dan harga.



Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat

Aku mula makan Marrybrown semula bila ada branch dia buka dekat sangat dengan rumah tak lain tak bukan Marrybrown dalam Melawati Mall. Yes. Anak aku paling excited nak makan sebab dia nampak promosi Korean Chicken.

Kalau ikut suami dia akan ikut je selera anak isteri. Selalu pilihan dia kurang kena selera kami dan memandangkan aku food blogger tersohor maka dia kena ambil kira pandangan aku. Nasib la suami eh. Untung tau kahwin dengan aku. eh!

Set Korean Sensasi Ayam Terhangat

Dalam set Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat ni ada enam ketul ayam goreng, kentang goreng dan juga minuman ringan. Apa yang sedapnya, ayam goreng ni diselaputi sos melekit Korean yang manis dan pedas dan ditabur dengan bijan.

Untuk yang tahan pedas, level kepedasan kepak ayam ni sedang-sedang aje. Bagi aku yang tak tahan pedas, skala pedas adalah 2.5/5. Lidah aku agak manja tapi aku suka la makan. Rasa sos dia agak terlalu manis bagi aku dan melekit.

BACA JUGA ~ Ayam Korea Chicken Plus


Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat


Anak aku suka sangat makan sambil kesat air mata lepas tu selang seli dengan air manis. Walaupun pedas dia teruja nak habiskan. 

Kena la tu dengan tekak dia. Kalau ikutkan tekak aku yang biasa juga makan makanan Korea, sos dia lebih kepada selera orang Malaysia.

Kalau makan Set Korean Sensasi Ayam Terhangat ni waktu lunch semestinya aku perlukan nasi sebagai sampingan. Lebih sesuai makan waktu tea time sekadar alas perut. 

Kalau tanya berbaloi atau tidak untuk di cuba, semestinya harus la cuba kalau korang peminat makanan Korea dan open untuk cuba benda baru.

Masa makan tu juga kami cuba Nasi Ayam Marrybrown, Mee Kari dan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Nasi ayam tu sesuai untuk anak-anak tak makan pedas dan mee kari tu kuah pekat tapi kurang masin bagi tekak aku. Tapi habis je aku makan. 

Sedikit kecewa dengan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Rasa dia pelik. Korang nak cuba silakan, mana tahu sedap kat tekak korang. 



Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia

Semalam aku sempat memenuhi jemputan dari Acson Malaysia, jenama penghawa dingin tempatan yang melancarkan spray Anti VOC pertama di Malaysia. Apa tu VOC? 

Ha VOC merujuk kepada Volatile Organic Compound. Meh aku terangkan lebih lanjut tentang Acson Anti VOC Spray ni.

Kalau majoriti sana sini dengan kempen pencemaran udara dekat luar sana (outdoor) yang disebabkan oleh kebakaran dan asap kenderaan, Acson Malaysia dalam kempen meningkatkan kualiti hidup terus menerus menyebarkan kesedaran tentang bahaya pencemaran di dalam rumah (indoor).

Pelancaran Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia

Ok jangan pelik dan panik, duduk dalam rumah pun terdedah kepada pencemaran udara tau. VOC inilah merupakan ancaman dalam diam dan tersembunyi yang ada dalam kediaman kita. 

VOC yang sudah sebati dengan udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Dalam jangka masa panjang, boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.

“Persekitaran dalaman adalah dua sehingga lima kali lebih tercemar daripada persekitaran luar” – Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat


Pelancaran Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia


VOC merupakan bahan kimia yang terdapat dalam produk rumah seperti:
  • Cat
  • Varnis
  • Karpet
  • Lantai Vinil
  • Produk Kayu Komposit
  • Penyegar Udara
  • Produk Pembersihan
  • Rokok
Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan lebih parah lagi kanser.

Spray Anti VOC direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman dan penting kerana kebanyakan orang banyak menghabiskan masa berada di rumah. 

Korang juga tak perlu risau sebab Acson Anti VOC Spray ni tidak bertoksik serta tidak berbahaya kepada kesihatan kita.

Spray Anti VOC Pulihkan Kualiti Udara Dalaman

Disamping perlindungan yang tahan lama VOV dan bakteria, Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai.

Acson Anti VOC Spray


Cara Guna Acson Anti VOC Spray

Mudah je nak guna spray Anti VOC ni dan lebih menguntungkan semburan Acson Anti VOC Spray boleh kekal sehingga 2 tahun lamanya. Acson Anti VOC Spray digunakan untuk meminimumkan pendedahan kepada ancaman VOC.

#1 Acson Anti VOC Spray boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi. Bersihkan dan pastikan permukaan kering sebelum spray Anti VOC.

#2 Goncang dahulu Acson Anti VOC Spray dan sembur dalam jarak 30 ke 40 cm untuk mendapatkan semburan yang rata.

#3 Elakan dari menggosok atau menyentuh bahagian yang di spray kerana lapisan salutan akan terbentuk dalam masa 24 jam selepas semburan.

#4 Melalui teknologi Nano Titanium Dioxide Technology, Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran cahaya matahari atau cahaya lampu.

#5 Pastikan pintu dan tingkap dibuka selepas semburan untuk memberikan pengudaraan yang bagus dan memberi kesan yang lebih baik.

* Tidak boleh digunakan untuk peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakas makanan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi.
* Tanpa gosokan yang kuat dipermukaan, lapisan fotokatalis mampu bertahan sehingga dua tahun.

Bagi meraikan pelancaran Anti VOC Spray, Acson bermurah hati menawarkan harga promosi dan boleh mendapatkan Acson Anti VOC Spray secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula dari 23 Oktober 2019 sehingga 29 Oktober 2019.

Harga Promosi RM159
Harga Asal RM209


Aroma Diffuser Acson

Dalam majlis yang sama juga Acson memperkenalkan Aroma Diffuser yang telah dilancarkan sempena meraikan ulang tahun ke-35 Acson Malaysia. Aroma diffuser adalah untuk individu yang mengutamakan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Acson Malaysia mengeluarkan dua jenis model Aroma Diffuser:

Aroma Diffuser: Dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk mengaktifkannya. Mudah dibawa kemana-mana dan cuma sambungkan ke power bank atau laptop. Boleh juga di pasang di dalam kereta.

Aroma Diffuser Speaker: Didatangkan dengan tangka 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai.

Uniknya, kedua-dua Aroma Diffuser bersaiz kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh mereka yang suka travel terutama pelancong.
Aroma Diffuser
Harga Promosi RM129
Harga Asal RM169

Aroma Diffuser Speaker
Harga Promosi RM189
Harga Asal RM229

Set Minyak Aromaterapi Lavendar, Eucalyptus dan Lemongrass dijual secara berasingan.

Harga Promosi RM49
Harga Asal RM87

Pembeli boleh membuat tempahan awal dan menikmati harga promosi di PrestoMall. Produk-produk ini juga akan mula dijual pada 29 Oktober di Acson online store. Untuk keterangan lanjut, sila lawati, https://acson.com.my


Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Sepanjang aku mengandung dan melahirkan anak, aku bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong pemberian susu ibu kepada bayi. 

Aku memang berdoa dan tanam cita-cita nak susukan anak sehingga dua tahun. Alhamdulillah diperkenankan.

Dekat tempat kerja pun, kami ramai-ramai akan berkumpul buat stok susu masa waktu rehat. Kelakar bila ingat semula kenangan tu.

Dulu aku selalu tengok drama ada babak melahirkan anak, mesti doktor akan terus letak bayi ke pangkuan atau dada ibu sebaik sahaja bayi lahir. 

Masa tu wondering sangat kenapa la kena buat semua tu. Masa ketiga-tiga anak aku lahir pun perkara sama doktor buat.

Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Korang yang pernah melahirkan anak pun mesti alami benda yang sama kan? Untuk yang belum merasa peluang tu dan nak tahu kenapa bayi diletakan ke pangkuan ibu sejurus dilahirkan, sebenarnya adalah untuk tujuan ‘bonding’ antara ibu dan anak.

Itu merupakan sentuhan pertama diantara ibu dan juga anak dan moment penting yang membantu proses penyusuan bayi. Kira sesi pengenalan ibu dan anak la.
 

Khasiat Susu Ibu


10 Sebab Penting Perlu Beri Susu Ibu

Perlu ke beri susu sebaik sahaja bayi lahir? Ini 10 sebab kenapa pentingnya perlu beri susu kepada bayi sejurus dia lahir.

  1. Sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas lahir membantu penyusuan.
  2. Menggalakkan jalinan kasih sayang anak & ibu
  3. Pemberian susu awal (kolostrum) menguatkan sistem imun anak
  4. Bahaya pemberian susu gentian selain susu ibu
  5. Bayi tidak mahu menghisap susu ibu kerana susu gentian telah mengenyangkan
  6. Susu ibu lambat terhasil keraan kurang rangsangan
  7. Bayi tidak dapat kolostrum
  8. Bayi akan keliru puting sekiranya diberikan melalui botol
  9. Ibu boleh mengalami bengkak payudara yang menyakitkan
  10. Ibu sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu


Susu Ibu pilihan terbaik untuk anak serta susu ibu mempunyai lebih kebaikan terhadap keperluan bayi. Antara kelebihan anak yang menyusu susu ibu adalah mempunyai IQ Tinggi, Antibodi tinggi melawan penyakit, mengurangkan risiko obesiti & diabetes, jangkitan telinga, cirit-birit, & pneumonia. 

Susu Ibu juga mudah dihadam dan engkap kesemua nutrient yang diperlukan untuk pembesaran anak-anak.

Kepentingan susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Peranan Suami


Sokongan suami dalam menjayakan penyusuan suami:
  • Menyokong isteri menyusukan bayi dengan susu ibu
  • Mendapatkan bantuan jika ibu mengalami masalah penyusuan.
  • Menyediakan keperluan isteri dan bayi
  • Membantu kerja rumah, mengurangkan stress isteri dan pastikan isteri dapat rehat yang secukupnya
  • Sendawakan anak apabila sudah kenyang menyusu
  • Mengeratkan kasih sayang anak dengan mandikan anak, tukar lampin, bermain dengan anak dan sebagainya.
Baca Juga ~ Rawatan Bengkak Susu

Perbandingan susu ibu dan susu formula

Susu ibu mengandungi: antibodi, hormone, antivirus, anti alahan, anti-parasit, faktor tumbesaran, enzim, mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air

VS

Susu formula: mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air

Semoga semua ibu dan bakal ibu di luar sana dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menyusukan anak. Semoga apa jua usaha yang kita lakukan mendapat redha Allah.


Celebrate Birthday di Swensens Melawati Mall

Kali pertama makan di Swensens adalah masa celebrate birthday Ikhwan yang ke lapan tahun. Agak lambat berkongsi sambutan ringkas birthday anak bujang dekat blog. 

Dekat Facebook pun tak kongsi. Waktu ni sibuk betul kami dengan urusan keluarga dan juga waktu ni juga mak masuk hospital.

Mood nak celebrate birthday dan makan-makan pun tiada. Tak sampai hati nak bersuka ria bila mak tak sihat. Tapi sekarang Alhamdulillah mak beransur pulih.

Celebrate Birthday di Swensens Melawati Mall

Alhamdulillah kami celebrate birthday Ikhwan simple sangat, no balloon and no cake. Kek pon sebab mama je yang suka. Bersyukur Ikhwan tak meminta. In sya Allah nanti ada rezeki lebih boleh la repeat ulang belanja.
 

Celebrate Birthday


Celebrate Birthday Lapan Tahun Ikhwan Hafeez

So far dia suka dan puas hati. Tarikh lahir Ikhwan jatuh pada 1 September 2011. Tahun ni genap dia berusia lapan tahun. Lapan tahun jugalah kami menjadi ibu bapa.

Perangai Ikhwan Hafeez menurun dari aku. Waktu birthday, tak perlu ada hadiah atau ucapan, cukup belanja makan makanan kesukaan dah boleh tersenyum lebar. 

Jadi kami ke Swensens cawangan Melawati Mall. Kebetulan masa kami ke sana pelanggan agak kurang jadi dapat makan dengan tenang.


Celebrate Birthday & Makan Ice Cream Swensens

Oleh sebab anak bujang tak minat sangat makan kek jadi kami tukar kepada Ice cream. Haruslah cari restoran atau café yang ada dessert sedap.

Lepas banyak kali mundar mandir, kami sepakat nak cuba makan di Swensens. Swensens memang terkenal dengan dessert terutama ice cream dia yang sedap. Boleh pilih ice cream scope atau ice cream cake.

Kami order makanan cukup-cukup je memandangkan pertama kali cuba. Risau membazir dan tak menepati selera anak beranak. Kami order medium pizza, ayam goreng, spaghetti blognese, soup & bread then ice cream.
 

Celebrate Birthday Anak di Swensen Melawati Mall


Tak cukup ok. Mungkin perut kami lapar dan bagi aku portion makanan dekat Swensens agak kecil. Kid menu dia memang sesuai untuk seorang kanak-kanak sahaja. 

Jadi korang yang nak makan dekat sini sila la order sorang satu. Dari segi harga, aku rasa agak mahal. Aku boleh dapat lebih kalau makan dekat restoran lain. Tapi, makanan dia semua sedap.

Selain menu aku sebut dekat atas ada banyak lagi menu menarik korang boleh cuba dekat Swensens. Mungkin boleh cuba yang lain di lain hari. Paling penting, birthday boy puas hati makan dan celebrate birthday dekat sini.


Doa Untuk Anak


Mama & abah doakan Ikhwan Hafeez menjadi anak berguna, anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Semoga membesar dengan sihat dan kenang jasa ibu bapa.

Lapan tahun yang lepas, di Syawal ketiga aku lahirkan dia tanpa banyak masalah. Tempoh berpantang juga satu nikmat bila dia tak meragam langsung. 

Tidur dan bangun untuk menyusu. Semoga kami ibu bapa dapat jadi BFF dia selamanya.

Surah Al-Baqarah Ayat 128

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

Ikutkan hati tak mahu lepas kan dia, nak suruh dia jadi anak kecil aku selamanya. Tapi, mana mungkin. Weh sedih. Nak stop sebelum mengalir air mata.

Selamat Hari lahir Anak Mama. Sentiasa nombor satu di hati mama.