Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Yang Ibu Menyusu Wajib Tahu

Cara mudah banyakkan susu badan yang ibu menyusu wajib tahu bermula dengan menjaga apa yang ibu makan sejak dari dalam pantang lagi. Memang diakui yang setiap orang mempunyai cara pantang tersendiri seperti pantang terhadap makanan selama 44 hari selepas kelahiran. Ada juga yang pantang selama setahun dan lebih dari tu. Antara makanan paling popular dikalangan ibu dalam pantang adalah laksa dan juga pulut. Makanan kontroversi tu. 

Bila sebut susu badan teringat kisah seorang artis yang menyusukan anak dan dia tertekan dengan komen-komen orang ramai tentang saiz badan dia. Pergi mana-mana orang asyik tegur dia gemuk, bila upload gambar di laman sosial pun sama dapat komen tegur badan dia dah naik. Oleh kerana stress dia nekad nak kuruskan badan sehingga menjejaskan pengeluaran susu badan. Alahai kasihan betul. Silap dia ialah dia nak kuruskan badan tapi tak jaga pemakanan dengan betul. 

Susu Badan
Cara Mudah Banyakkan Susu Badan 
Makanan Yang Perlu Di Ambil Oleh Ibu Menyusu

Sejak dari anak pertama lagi Diah memang jenis banyak susu badan dengan syarat kena makan nasi. Kena makan nasi dua kali sehari sekurang-kurangnya. Kalau ikutkan nasihat doktor dan pembacaan di internet, ibu menyusu kena pastikan ambil makanan yang seimbang. Semua yang ibu makan bakal dikongsi dengan anak kita melalui susu ibu. Makanan perlu ambil seperti nasi atau bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kaya protin, kalsium dan zat besi. 

Makanan sebagai milk booster
Makanan Yang Perlu Di Ambil Oleh Ibu Menyusu

Antara masalah yang sering berlaku di kalangan ibu menyusu ialah makan dalam kuantiti yang salah. Nak elak gemuk punya hal mereka akan hadkan pengambilan makanan dan cuba elak makan nasi. Yang sebetulnya kena tahu kuantiti yang harus diambil dalam satu sajian. 

Diah masih ingat pesan doktor kalau nak kuruskan badan secara semulajadi, tempoh penyusuan selama dua tahun itu lah adalah waktu terbaik. Awalnya tak percaya, tapi rupa-rupanya betul dan berkesan untuk anak kedua dan ketiga. Masa anak pertama Diah terlajak gemuk sebab makan ikut nafsu. Masa tu guna alasan makan untuk dua orang. Lepas tu terlajak gemuk punya la payah nak turunkan berat badan. Bertahun juga jadi badak. Fiuh. 

Makanan Yang Perlu Di Elak Oleh Ibu Menyusu

Doktor cadangkan untuk kurangkan makanan bergoreng dan juga makanan yang mengandungi minyak sapi dan santan kelapa. Boleh je makan tapi hadkanla. Gantikan snek harian dengan kekacang, yogurt, dan kalau makan sandwhich cuba gantikan dengan roti gandum penuh. Masa awal-awal mencuba memang payah betul tekak nak terima. Otak pula asyik persoalkan mana cukup makan kekacang je. Tapi lama-lama bila dah biasa kenyang je sebenarnya. 

Masa tempoh penyusuan juga Diah latih diri kurangkan pengambilan kafien. Memang mencabar sebab Diah penggemar kopi. Tak sah sehari kalau tak dapat kopi. Kalau ikut pembacaan kafien, alkohol, nikotin dari rokok dan ubat juga akan masuk ke dalam susu ibu walaupun jumlahnya kecil sahaja. Itu sebabnya setiap kali berjumpa dengan doktor bila demam Diah mesti minta ubat yang ibu menyusu boleh makan. Dos dia lebih rendah berbanding ubat untuk orang normal. 

Minum Air Putih Secukupnya

Paling penting kena disiplinkan diri untuk minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Berdasarkan pengalaman sendiri, Diah tak berapa suka minum air putih. Rasa pahit je bila lalu di tekak. Jadi selalu campurkan teh hijau atau sedikit glukos biar ada rasa. Baru boleh telan. Jika air cukup baru la badan dapat menghasilkan susu yang diperlukan untuk bayi. 
ibu harus berdoa
Doa Banyakkan Susu Ibu
Masa berpantang dulu mak la yang selalu ingatkan supaya jaga apa kita makan. Silap makan anak merana. Tapi memang betul, ada satu ketika dah lepas tempoh berpantang dan Diah makan ubi keledek. Malam tu bayi meragam kembung perut. Bila teringat anak tak selesa sebab kita teringin nak makan rasa macam ibu yang tak baik pula. Sejak tu Diah akan beringat kalau nak makan sesuatu. Selain kembung, korang kena bayi korang ada alahan dengan makanan. Kebiasaan akan kulit akan jadi gatal-gatal atau naik ruam, pernafasan berbunyi, atau perubahan warna najis. Tu semua akan buat bayi jadi resah dan meragam lepas menyusu. Jangan tunggu dan segera bawa jumpa doktor ya. 

Buat ibu hebat di luar sana yang menyusukan anak jom teruskan perjuangan kita. Diah kena tempuh sekurang-kurangnya lagi setahun untuk cukupkan tempoh penyusuan yang disarankan. Semoga urusan penyusuan anak kita dipermudahkan oleh Allah. Moga murah rezeki kita. Untuk yang kurang bernasib baik, Allah tahu yang terbaik. Asalkan kita dah mencuba Allah tahu niat kita. 

Post a Comment

3 Comments

  1. insyAllah. niat nak mnyusu ank sehingga dua tahun. ada sebulan lagi. yeay !

    ReplyDelete
  2. noted..boleh simpan buat pregnant next year...hihihi

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.