Kemaskini Blog Sempena Menyambut Tahun 2020

Kemaskini Blog Sempena Menyambut Tahun 2020

Hi korang. Untuk mengharungi tahun 2020 yang bakal menjelang dan jika masih Tuhan izinkan untuk hidup, jadi aku bersiap sedia kemaskini blog khas untuk menyambut tahun 2020. Masih bergema lagu Wawasan 2020 di gegendang telinga ok. Lagu favourite ketika di bangku sekolah pada satu masa ketika dahulu.

Kenangan lama kan? Momokan kereta terbang, jalan raya in a tube berlingkar di angkasa, no more traffic jam dan paling penting banyak robot dalam kehidupan seharian telah dipasak di dalam otak semua orang. Realitinya? Korang nilai sendiri lah.

December telah menjadi bulan paling busy, bulan paling slow dan bulan paling sikit update entri. Baik entri review, event, mahupun personal. What is wrong with you hah? Ok la kita chill ok. 11 bulan berhempas pulas, bagi peluang lah bulan terakhir tengok balik performance dan check record yang dah performed.




Slowly but surely aku dah tengok blog aku dan sedikit sebanyak dah improves dan betulkan mana patut. Segan seh, bila orang tanya apa niche blog awak? Awak tulis pasal apa? Aku macam krik krik krik. 

Aku tahu aku dah ada niche tapi belum tahap power dan aku belum yakin dengan apa aku pilih.
Oleh itu, rentetan dari ketidak puasan hati dengan apa yang aku telah buat selama ini aku godek blog semula, betulkan entri, betulkan tag, semak SEO setakat yang aku mampu dan faham. Banyak gila entri aku melalut.

Melalut in contact, bermula 2014 onwards aku suka tulis tentang hati perasaan aku tatkala aku berduka. Masa aku ada masalah aku suka tulis sajak pendek dan post dekat blog. 

Itu lah cara aku membesar dan lepaskan kesedihan. That’s how, banyak entri aku yang terhasil lebih kepada personal. Tak dilupakan entri resepi dan food review pon banyak sebab aku suka makan.

Masih releven ke Blog di Tahun 2020?

Jadi di bulan terakhir dalam tahun 2019 ni aku kumpulkan semula semangat untuk tengok semula mana yang kurang, tengok niche apa yang sesuai dan tengok masih releven tak kepenggunaan blog di tahun 2020.

Banyak pendapat kata yang blog semakin ketinggalan dan bakal dilupakan. Blog juga bakal dikalahkan oleh platform media sosial yang lain seperti Instagram, Youtube dan juga podcast. Tak relevant dan mana ada orang baca blog dah. Betul ke? Apa pendapat korang?

Personally bagi aku blog masih lagi releven. Masih ramai yang akan cari informasi dan baca pengalaman orang lain sebelum buat sesuatu keputusan. Paling mudah bila plan nak bercuti. Nak survey hotel, apa yang menarik dan apa perlu bawa etc selalunya orang akan cari di internet. Jadi, semestinya blog la akan dirujuk.

Practical atau tak blog depends on niche sesuatu blog. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab untuk niche travel contohnya, orang masih dan akan rujuk kepada blow, baca review di internet sebelum diaorang pergi travel. Second niche is makanan, dah jadi trend kan orang nak memasak, nak beli makanan semua rujuk internet terutama bila tiba bulan puasa. Senarai 30 menu buka puasa mesti meletop time tu.

Tidak lah aku kata niche lain tu tak bagus atau tak mendapat sambutan, kan aku kata itu pendapat aku sahaja. Korang boleh bersetuju untuk tidak bersetuju ya.

Apa Aku Buat Dengan Blog Aku?

Berbalik kepada cerita kemaskini blog tadi, antara perkara yang aku telah berjaya lakukan selama 3 minggu (Sabtu & Ahad) ialah kemaskini tag, update content, dan check saiz gambar. Hanya pada hari Sabtu dan Ahad aku bebas nak update sebab Celcom telah allocate weekends data jadi rugi la kalau aku guna weekdays data. Begitu.

#1 Kemaskini Tag – Buang mana tag yang mengarut dan cuba create tag yang nampak lebih elok, kena dengan niche dan kena dengan keyword. Alah muntah kalau sebut pasal keyword ni sebab aku tak pernah habis belajar pasal good keyword.

#2 Update Content – Apa yang berlaku adalah tahun-tahun sebelum ni banyak entri aku post dekat blog adalah blog yang kurang dari 200 patah perkataan sedangkan artikel yang bagus kena tulis panjang-panjang dan ada isi. Entri yang pendek ni la yang tak berapa bagus untuk blog. Korang gali lah lagi pasal ni ya. Aku pun masih belajar. Apa aku buat, mana aku boleh update dan tambah isi aku buat. yang mana mengarut dan tak relevent aku delete saja lah.

#3 Saiz Gambar – Antara masalah utama blog aku ialah page speed dan salah satu sebab dia ialah terlalu banyak gambar bersaiz besar aku masuk ke dalam blog. Dulu mana tahu nak kecilkan saiz gambar semua ni. Main buat je, sekarang dah faham jadi kena lah check entri yang buat page aku lambat loading.

Satu perkara yang aku belajar, semakin banyak aku dapat ilmu tentang blog ni, rupa-rupanya semakin banyak aku sedar yang aku tak tahu banyak benda. What? Faham tak? Buat-buat faham saja lah ya. Tentang Adsense, tentang SEO, tentang Keyword. Hoi banyak lagi lah. Untuk Menyambut Tahun 2020 dan sebagai persiapan aku dah listkan azam aku untuk blog.

Salah satu ialah nak jadikan blog sebagai medium aku berkongsi kebaikan. In sya Allah, aku dah lama bercadang nak tolong kawan-kawan yang berniaga untuk aku promot business mereka dalam blog aku. Semoga cita-cita aku yang tak seberapa ni dipermudahkan Allah.

Shopping Barang Murah Di Shopee Birthday Sale 12.12

Secara rasminya aku juga tergolong di antara jutaan pembeli yang telah berjaya digoda untuk shopping barang murah sempena Shopee birthday sale 12.12 ni.  

 Korang amacam? Lepas harungi dugaan tak? kalau tak shopping dekat Shopee mesti ada ter beli dekat platform lain juga kan? Restoren pun banyak buat tawaran masa tarikh 12.12 yang lepas.

Shopping Barang Murah Di Shopee Birthday Sale 12.12 

In conjunction with school holiday, then ada offer baik punya dekat Shopee aku memang ambil kesempatan beli barang-barang untuk anak-anak dan diri sendiri. 

Sale kali ni aku beli mainan untuk pembelajaran. Pendek kata Edutainment la, berhibur sambil belajar. Sekurang-kurangnya masa cuti sekolah ni tak la bosan dan asyik menghadap tv.



Shopping Barang Rumah Di Shopee

Sebelum ni suami pernah beli mainan di Shopee, boleh tahan la kualiti dia dan murah pula tu. Kira sesuai la dalam jangka pendek untuk anak-anak bermain. 

Masing-masing ganaih sangat kalau main, jadi kalau rosak tidak la terasa sangat nak marah. Waktu sale 12.12 ni aku tergoda dan dah selamat sampai pun barang-barangnya. 

Sebelum ni pun aku dah banyak beli barang di Shopee, barang-barang rumah, mainan, aksesori telefon dan banyak lagi la. jom baca apa aku beli.


#1 TENSO 2 in 1 Easel Wooden White & Black Board Series for kid

Easel ni aku dah lama aim untuk anak-anak conteng. Bila berikan buku untuk menulis dan melukis mesti aku kena kemas kertas yang terkoyak. 

Penat weh. Bila ada easel wooden white & black board ni aku suruh anak-anak main conteng-conteng dan padam.

Bertambah teruja anak-anak. Cuma kelemahan kena pastikan anak-anak tak conteng sofa atau dinding dengan marker pen. So far anak aku terkawal Alhamdulillah. 

Harga hanya RM26 dapat percuma kapur tulis, satu whiteboard marker dan pemadam papan hitam. Berbaloi semestinya.



#2 Early Learning Wooden Puzzle Board Montessori Wooden Jigsaw Puzzle

Panjangnya nama Wooden puzzle ni. lol. Kalau ikut ilmu parenting, wooden puzzle macam ni dapat merangsang perkembangan otak. 

Boleh latih kemahiran, daya ingatan dan supaya anak seronok belajar. Aku beli wooden puzzle board alphabet, number dan juga jawi.

Harga hanya RM5.30 setiap satu dan kualiti setanding la dengan harga yang aku beli. Ada la sedikit cacat cela tapi so far aku puas hati je. 

Anak-anak pun suka.  Sesuai untuk anak yang berumur 3 tahun ke atas tapi di bawah pemantauan ibu bapa.


#3 Stackable shoes Box foldable – Storage Box Organizer Case

Aku tak tahu pun yang Storage Box Organizer Case ni tengah trending dalam group Facebook #kemasrumahwithHani 

kebetulan aku beli sebab aku baru beli kasut dan sayang gila nak letak dekat rak kasut sebab berhabuk. Kasut dihadiahkan sang suami. Semestinya di jaga rapi.

Masa tengok mula-mula ragu la juga sebab nampak macam tak kukuh je. material dia plastik ye korang. Tapi plastik bukanlah cikai-cikai. 

Lepas siap pasang baru terasa keteguhan dia. Sengaja try ketuk kotak tu tak la mudah penyek. Sedikit kelemahan bab nak pasang. 

Sebenarnya mudah je tapi jadi sukar untuk orang yang tak sabar macam aku. tak sabar pun aku berjaya pasang 10 kotak tau. Harga satu unit hanya RM2.65 jadi aku beli 10 terus. Ikut hati nak beli lebih dari tu.


#4 Digital LCD Tempered Glass Weighing Scale

Aku dah lama berhajat nak beli digital scale ni sebenarnya. Pernah tengok harga scale di Watson mencecah hampir ratusan ringgit terus cancel niat nak beli. 

Niat utama semestinya sebagai pendorong untuk kawal berat badan. Dah menjangkau usia menuju 40 ni seriau berat terlebih. Badan nak pakai lama. 5 Jenis Diet boleh cuba

Masa cuci mata di Shopee ternampak Digital LCD Tempered Glass Weighing Scale yang murah ni terus tak fikir panjang. 

Dengan harga serendah RM18.88 untuk saiz 33 cm cukup memuaskan hati aku. jangan la kau rosak ye penimbang. Setakat review dan performance sehingga hari ni penimbang tu masih ok.



Bersyukur sangat aku berjaya tahan nafsu membeli. Kalau ikut hati aku, segala mala tok nenek coklat dan kacang aku beli. 

Berapa kali dan aku letak di chart lepas tu masa checkout aku untick. Kahkahkah. Tunggu rezeki lebih kita shopping kekacang, kimchi dan coklat pula la.


Tips Selamat Beli Barang Di Shopee


Aku nak kongsikan sedikit tip bila membeli barang di Shopee. Setakat hari ni aku belum pernah alami penipuan which is aku berdoa sangat dijauhkan dugaan yang macam tu. 

Scammer is everywhere dan bijak pula tu. Jadi sebagai pengguna kena pilih untuk jadi lebih bijak.


#1 Baca review bergambar & tengok rating kedai.

Please sangat-sangat sebelum nak beli sila lah baca review dan lagi bagus kalau rujuk review yang ada gambar. 

Atleast korang boleh imagine saiz, dan condition barang yang korang nak beli. Aku selalu akan beli dengan kedai yang ada high rating dan juga telah terjual banyak.


#2 Kena sabar kalau beli waktu sale, lagi bagus beli barang yang shipping dari Malaysia dan ready stock.

Kalau korang sejenis suka shopping dan grab tawaran murah sempena sale korang kena tanamkan sifat sabar yang tinggi. 

Faham sahajalah kalau ramai yang beli jadi peratusan nak dapatkan barang dengan cepat tu agak tipis. Tak boleh nak expect beli hari ni sampai esok ya. 

Macam sale 12.12 ni kira ok la dalam dua hari aku dah terima barang-barang. Bayangkan kalau korang beli barang dari oversea pastilah ambil masa kan? Jadi tengok dulu description barang di pos dari mana.


#3 Chat dengan penjual di dalam applikasi sahaja. Elak chat di whatsapp.

Banyak kes scammer menipu bila pelanggan mula berkomunikasi bukan di dalam aplikasi Shopee. Kena ingat ya, once korang dah berurusan di luar aplikasi memang payah nak suruh Shopee untuk bertanggungjawab. 

Sebab apa tau, ianya menjadi kesalahan anda dan macamana Shopee nak bantu kalau transaksi tiada dalam rekod mereka. Kisah benar ya, memang ada yang pernah ditipu bila buat urus niaga seterusnya melalui whatsapp.


Aku rasa setakat itu sahajalah tips dan pengalaman shopping di Shopee yang dapat aku kongsikan. Semoga korang bijak berbelanja sebab aku yakin lepas ni Year End Sale pula akan bermula. 

Jadi pengguna bijak. Ambil peluang beli barang yang perlu dan jimatkan masa dan tenaga untuk keluar ke kedai.

Selamat berbelanja.

Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez

Alhamdulillah masih ada rezeki Ikhwan Hafeez untuk naik ke pentas terima anugerah kecemerlangan sekolah untuk tahun 2019. Rezeki dia tersenarai dalam penerima hadiah tahun 2. 

Lima orang murid dari kelas 2 Cemerlang di pilih sebagai murid cemerlang pentaksiran bilik darjah. Semenjak sekolah laksanakan sistem pentaksiran bilik darjah ni aku sebagai ibu ni agak sedikit risau. 

Yelah kita dah terbiasa di nilai dengan peperiksaan dan markah. Nombor di dalam kelas dan sebagainya. 

Tapi, melalui sistem pentaksiran murid bukan sekadar di nilai di atas kertas malahan melalui sikap dan tauladan yang ditonjolkan sepanjang waktu persekolahan. 

Bayangkan kalau anak sejenis pendiam dan kurang bergaul. Entahlah.

Majlis Kecemerlangan Sekolah Ikhwan Hafeez

Dah janji dengan dia kalau dia buat yang terbaik dan dapat naik pentas (sekolah pagi) aku akan tunaikan apa dia nak, dengan syarat tambahan kena dapatkan keputusan yang baik untuk KAFA juga.


Dia minta belikan skate board. Nampaknya aku kena lah tunaikan hajat dia memandangkan dia cemerlang untuk sekolah pagi dan juga KAFA.



Murid Cemerlang Pentaksiran Bilik Darjah

Berbalik kepada pentaksiran bilik darjah, oleh sebab dah tiada nombor dalam peperiksaan jadi murid dinilai oleh guru melalui aktiviti semasa di dalam bilik darjah. 

Kebolehan memahami, menjawab dan mengaplikasi serta menjadi contoh kepada rakan sekelas adalah antara perkara yang dipantau oleh guru kelas. 

Berbalik kepada pencapaian Ikhwan, guru kelas ada terangkan yang dia cemerlang dalam subjek sains, dia dapat Tahap 5 dan mampu untuk menunjukan contoh kepada rakan.

Jika di ikutkan tahun lepas ialah Pertama Kali Naik Pentas terima hadiah kecemerlangan. 

Itu apa yang cikgu terangkan dekat aku. Nak terangkan lebih lanjut pun aku masih dalam fasa memahami sistem penilaian ni. 

Majlis kecemerlangan sekolah Ikhwan telah berlangsung pada 15 November 2019 yang lepas. Tahun ni suami kehabisan cuti jadi aku sahaja yang wakilkan untuk tengok dia naik pentas. 

As usual, perangai mak-mak bila nampak anak naik pentas je mula mengalir air mata. lol.


Pesanan Untuk Anak

Selalu aku pesan dekat Ikhwan, kalau teringin nak naik pentas, nak terima hadiah kena la rajin belajar. Memang aku tak paksa tapi jadi tanggungjawab aku kena selalu ingatkan. 

Maklumlah anak-anak ni mudah lupa, jadi mahu atau tidak memang berbuih mulut aku akan membebel ingatkan apa yang perlu dan patut.

Aku harap apa kami sampaikan dan ajar dia selama ni dia akan ingat sampai bila-bila. Dia anak sulong jadi aku selalu tekankan dia kena buat yang terbaik. 

Dia ada dua orang adik lagi yang bakal ikut jejak langkah dia. Jadi dia kena jadi anak contoh. Alhamdulillah setakat ni Ikhwan masih on track.

Sesungguhnya setiap anak itu amatlah berbeza. Dengan Ikhwan aku boleh bercakap dan beri nasihat. Berbeza sangat dengan Raudah. 

Yelah kan, apa aku nak harap dia baru tiga tahun. Mungkin sama jantina, atau aku dah meningkat usia. Sabar aku dah semakin susut. 

Harap sangat kami dianugerahkan ketabahan mendidik anak-anak sampai putus nyawa. Harapan aku sebagai ibu bapa terhadap sistem pendidikan negara, agar jangan lah asyik duk tukar sistem pendidikan. 

Kalau perasan tukar Menteri atau tukar tampuk kepimpinan sedikit sebanyak ada je yang diubah. Kalau benar diubah untuk kebaikan, aku boleh lapang dada tapi kalau ubah sekadar memenuhi pihak berkepentingan aku harap la pihak bertanggungjawab buka mata.


Untuk anakku Ikhwan Hafeez, mama dan abah ucapkan berjuta lemon tahniah di atas pencapaian kamu. 

Biarlah orang kata pencapaian kamu tak seberapa tapi di saat nama kamu disebut dan dipuji oleh guru kelas dah buat mama dan abah bangga. 

Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kamu di jalan kebenaran, dilapangkan dan dicerahkan hati untuk menimba ilmu dan jadi anak soleh.

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34


Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34

Syukur aku masih diberikan peluang bernafas dan menyambut ulang tahun kelahiran ke 34. Sambutan ulang tahun kelahiran tahun ni aku rasa semakin kurang seronok. Sumpah bukan tak bersyukur. Tapi semakin bertambah usia aku semakin bertambah juga usia ibu tercinta. Perasaan tu lain sungguh berbanding sambut ulang tahun kelahiran masa muda.

Entah macamana aku nak describe perasaan tu. Makin kita membesar semakin kita faham kehidupan bukan tentang kita sahaja. Ianya tentang mereka yang ada di sekeliling kita. Kalau hidup sekadar hidup, cacing dalam tanah juga hidup. Tapi Allah jadikan manusia hidup bertujuan.

Sepanjang 34 tahun aku di izinkan hidup, tahun ni paling aku terasa betapa lelahnya maksud kehidupan. Benar Allah telah kata, dunia ini tempat kita bersusah payah buat amal ibadah. Hasilnya nanti kita tuai di akhirat. Kena buat bekalan secukupnya.