Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Semenjak tersebarnya penyakit berbahaya seperti COVID19, Laman sesawang dan juga akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara top page yang sentiasa aku jenguk. 

Bukan apa, dengan peratus yang tinggi orang salah guna Whatsapp dan sebarkan benda tak betul aku jadi takut nak percaya.

Jadi marilah kita sebarkan maklumat yang sahih sahaja ya. Pesanan untuk kita semua, tak pasti jangan kongsi. 

Baru-baru ni KKM ada kongsikan tentang lokasi untuk dapatkan topeng muka (face mask). Benda paling sukar nak jumpa sekarang tak lain tak bukan topeng muka dan juga had sanitizer.

Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Serius semua habis stok, kalau ada pun di jual dalam kuantiti yang terkawal. Setiap orang boleh beli dalam kuantiti minimum yang dibenarkan sahaja. 

Aku pernah tanya hand sanitizier yang kecil saiz kurang dari 100ml harga mencecah RM20.



Cara Periksa Tempat Jual Topeng Muka

Sebenarnya wujud satu kaedah untuk periksa premis yang menjual topeng muka dan hand sanitizer secara atas talian. Selalu kalau walk in ke farmasi pasti akan kecewa sebab tiada stok kan? 

Rupa-rupanya korang boleh semak premis yang ada stok topeng muka sebelum keluar rumah. Bagus kan?

Face Mask Checker Map” membolehkan orang ramai memeriksa premis berdekatan yang mempunyai stok topeng muka dan hand sanitizer bagi mereka yang memerlukan melalui wheremymask.com Memang bagus sebab menjimatkan masa dan korang tak perlu lagi mencari dari satu farmasi ke farmasi lain.




Boleh rujuk FB My Pharmacist House untuk keterangan lanjut. Kalau ikut contoh gambar di bawah, Warna Kuning menunjukan Tiada Stok, dan Warna Merah Ada Stok, manakala Biru mewakili Status Tidak Pasti.



Pesanan Kementerian Kesihatan Tentang Penyakit COVID19

Banyak sebenarnya kempen-kempen dan juga poster yang telah KKM kongsi di internet dan televisyen menasihatkan agar rakyat Malaysia menjaga kebersihan dan kesihatan tidak kira walau dimana sahaja kita berada. Rakyat diminta untuk tidak mementingkan diri dan ambil kesempatan di atas musibah yang melanda.

Perhatian harus diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti:


1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit dgn penyakit kronik 
4.  Wanita hamil.

Nah aku kongsikan artikel dari https://kpkesihatan.com/ tentang langkah-langkah pencegahan perlu korang tahu: 

Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta;

Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.


Kesimpulan

Harapnya dengan keadaan situasi yang kritikal sekarang tiada pihak yang akan ambil kesempatan dan jual barang-barang tersebut dengan harga yang mahal. Setiap orang memainkan peranan penting untuk memastikan kita agar dapat membendung wabak penyakit ini dari terus berleluasa. 


Beli Perabot Di IKEA Cheras

Memang dari awal tahun lagi mood aku nak kemas rumah sangat berkobar-kobar. Aku dah siap senaraikan barang dan perabot perlu beli untuk capai impian aku nak cantikan rumah. 

Bukanlah nak cantik apa pun, cukup sekadar selesa aku nak buat kerja dan nampak kemas. Target aku yang pertama adalah nak beli meja untuk aku guna sebagai mini office dalam bilik nombor dua. 

Beli Perabot Di IKEA Cheras

Bilik komputer sedia ada digunakan oleh suami untuk kerja Trade dia. Malas nak kacau sebab kerja dia melibatkan fokus yang tinggi manakala aku kadang-kadang kerja kena pasang musik kuat utnuk seru idea datang.

Jadi kami ke IKEA seperti biasa untuk cari idea dan beli kelengkapan ikut minimal bajet yang aku tetapkan. Oleh sebab suami yang bayar maka final decision datang dari dia juga. 

Bagus juga ada second opinion, kalau tak aku akan ambil sesuka hati, lepas tu menyesal sebab ikut nafsu.




Shopping, Makan Meatball & Balik

Plan kami macam biasa, right after breakfast untuk alas perut dan kami menuju ke IKEA Cheras. Faktor jarak yang lebih dekat dengan rumah menjadikan IKEA Cheras pilihan tempat beli belah selain tempat makan meatball. Entah apa yang sedap sangat memang anak-anak aku suka makan meatball IKEA.

IKEA memang tak pernah lengang terutama dekat cafĂ© dia. Aku rasa rakyat Malaysia datang IKEA semata-mata untuk makan. lol. Aku adalah antara mereka yang datang IKEA untuk makan. 

Walaupun terpaksa beratur agak panjang tapi servis dia laju. Konsep layan diri dan bayar di kaunter tu aku suka. Laju je. Setakat ni semua menu yang aku pernah beli kami anak beranak suka. Next nak cuba Salmon pula.



Selain meatball, kesukaan kami adalah ribs. Ya ampun masa menaip ni pun terbayang kesedapan sos BBQ dan daging dia yang lembut, luruh dari tulang tu. Ok kumpul duit nanti repeat. 

Ni aku beli Kek Almond sebab teringin tapi sangat tak kena dengan tekak. Almond tu tak crunchy so agak kecewa. Agaknya memang kek tu rasa macam tu la kot kan.

Aku Makan smoked bbq Beef Rib Dekat IKEA

Beli Meja Untuk Mini Office

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat beli meja berharga RM99, yang mana masih dalam bajet aku dan almari baju untuk anak-anak terpaksa kami hold sebab tiada rekaan yang kami suka. 

Maybe next time boleh tengok online katalog IKEA sebelum pergi untuk jimat masa. Selain meja, rutin setiap kali pergi sana akan beli plastic zip lock. Aku guna plastik ni sebagai storage bahan-bahan mentah. 

Saiz aku pilih tu sesuai untuk enam ketul bahagian ayam saiz sederhana. Jadi kalau defrost dan masak memang cukup la lauk untuk satu hari.

Kali ini aku beli laptop supporter dan juga tempat letak kaki. Murah je semuanya bawah RM20 setiap satu. Sangat-sangat membantu supporter kaki tu, sebab kebiasaan aku buat kerja di meja pasti kaki terjulur ke bawah. 

Dalam waktu yang lama kaki aku jadi bengkak sebab tergantung macam tu. Ada supporter kaki tu hilang lenguh. Lagi satu fungsi tempat letak kaki tu macam mesin jahit Singer mak aku pernah guna. Kira part of exercise masa gerakkan kaki.

Gambar tak sempat snap lagi nanti aku update.




Sepanjang dekat sana, anak-anak la yang paling tak sabar nak balik. Sejam terakhir dekat sana anak-anak dah start crancky. Untuk elak kejadian tak diingi kami balik selepas beberapa jam tawaf tempat sama. 

Aku tak pernah muak kot pergi sana. Terhibur weh tengok dekorasi bilik tidur, bilik air, pejabat dan ruang tamu. Ni perangai mak-mak kan? Berangan tak habis. Kalau lah kaya, aku beli kot. Tapi orang kaya shopping dekat IKEA ke? eh.


Tips Jika Datang Shopping Di IKEA

Aku bukanlah pandai bab sharing tips ni tapi ini berdasarkan pengalaman aku as parents yang bawa tiga anak kecil yang sentiasa mahukan hiburan dan cepat lapar. 

Setiap orang ada cara masing-masing, jadi jika tak bersetuju dengan cara aku cadangkan ni boleh abaikan ya.

1. Datang seawal pagi untuk elak crowd dan semangat serta tenaga korang masih tinggi untuk kawal anak-anak jika tiba-tiba mereka tantrum.

2. Pesan dekat anak-anak supaya behave dan kongsi apa plan bila ke IKEA. Suruh je anak-anak yang cari apa korang nak beli. Confirm dia akan teruja nak cari barang tu sampai jumpa. Bijak kan?

3. Bawa air dan juga snack yang mudah untuk korang suap anak-anak kalau mereka lapar. Masa ni aku akan standby roti jagung dan juga coklat untuk diamkan anak-anak. Jangan bagi berlebihan takut hyper. Air masak memang wajib bawa ya.

4. Kena selalu alert waktu makan anak. Agak-agak menghampiri waktu makan mereka sila lah bawa pergi makan. Perut yang kenyang membantu anak-anak bertenang. Itu anak aku lah.

5. Sentiasa cuci tangan, bawa hand sanitizer dan juga wet tissue yang mencukupi. Waktu banyak penyakit berbahaya ni elok ambil extra precautions. Tapi perasan tak yang amalan jaga kebersihan ni memang dari dulu cikgu ajar. Basuh tangan dengan sabun sebelum makan.

6. Rancang dan buat list barangan yang korang nak beli. Selalu plan terganggu sebab alasan nak survey sahaja dan tak tulis. Jadi terhibur tengok benda tak sepatutnya. Macam aku selalu buat.

7. Kena saling berpesan dan ingat mengingati bila sampai dekat sana. Selalu suami akan seru kalau aku terlalu lama di sesuatu bahagian. Masa itu emas gais.

8. Jangan lupa bawak beg shopping sendiri. Disamping menjaga alam sekitar kita dapat berjimat. Suami memang akan standby beg shopping dalam kereta.


Kesimpulan

Walaupun kali ni misi aku untuk beli barang dan perabot tak tercapai sepenuhnya tapi aku bersyukur sangat sebab dapat lepas craving nak makan meatball dan jalan-jalan cuci mata. 

Anak-anak pun dalam kawalan dan tak buat banyak perangai. Nikmat apa lagi mahu didustakan. Apa pun kami berjaya beli meja dan barang-barang yang semestinya berguna untuk aku.

Kena cari alasan kukuh nak ajak suami ke sana lagi. Kalau pergi sebelum raya ok kan? Masa tu mesti banyak promosi balang kuih kan? Wow alasan sangat. 
Setakat ini sahaja perkongsian santai aku. Jumpa lagi next entri. Salam sayang dan jaga diri.


Sebarkan Keseronokan, Sebarkan Hadiah Jack ‘N Jill Roller Coaster

Sebarkan Keseronokan, Sebarkan Hadiah Jack ‘N Jill Roller Coaster

Satu tabiat aku kalau makan snek Jack ‘n Jill Roller Coaster gegelang ubi kentang tu mesti akan sarung dekat jari jadi cincin. Kengkonon jadi mak Datin kaya makan sambil tengok televisyen. 

Berangan tak ingat sampai habis sepeket. Asyik weh. Korang pernah buat?

Selaku peminat makanan ringan snek Jack ‘n Jill Roller Coaster memang teruja sungguh bila Jack ‘n Jill telah melancarkan kempen ‘Jack ‘n Jill Roller Coaster Fun-tastic Day’ sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia selaku pemakan snek yang hebat.

Tujuan hari fantastik ini diadakan adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan keceriaan kepada seluruh rakyat Malaysia sambil menikmati snek gegelang ubi kentang yang rangup ini. 

Menariknya, idea di sebalik pelancaran ini adalah “SPREAD THE FUN, SPREAD THE GIFTS (SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH)”, dengan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berkongsi keseronokan yang tiada penghujung.
 




Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengadakan satu sambutan yang bertujuan untuk berseronok semata-mata sambil mengudap gegelang ubi kentang yang berperisa hebat dan enak ini.

“Selama ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya telah memiliki pengalaman istimewa terhadap Jack ‘n Jill Roller Coaster. 

Ini kerana caranya dimakan memberikan kenangan manis ketika zaman kanak-kanak. Antara kaedah memakan yang menyeronokkan termasuk menyusun gegelang ubi kentang dengan tinggi sebelum memasukkan sekeping demi sekeping ke dalam mulut.

Kini, anda boleh mengulangi keseronokan seperti dulu dengan berkongsi dan makan bersama sahabat anda gegelang ubi kentang yang enak ini,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.



Sertai Peraduan Dan Beri Kejutan Hadiah

Tambah Puno lagi “Keseronokan itu bagaimanapun tidak sepatutnya terhenti setakat mengunyah gegelang ubi kentang Jack ‘n Jill Roller Coaster sahaja. 

Ia harus berterusan ibarat tiada penghujungnya, dan keseronokannya pasti berganda apabila adanya hadiah menanti anda dan sahabat anda.

Didorong dengan semangat untuk menyebarkan keseronokan, Jack ‘n Jill Roller Coaster telah memperkenalkan satu peraduan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai keseronokan dan pada masa yang sama berpeluang membawa pulang satu hadiah KEJUTAN khas untuk anda dan sahabat anda.”

Dalam kehidupan seharian, ada kalanya hanya sedikit keseronokan pun sudah memadai untuk menjadikan hari kita lebih ceria dan rancak. 

Sementara ganjaran menunggu, ayuh sambut kempen Hari Fantastik ini bersama Jack ‘n Jill Roller Coaster dan menangilah HADIAH MENGEJUT untuk diri dan sahabat anda!



Rancakkan Hari Anda Dengan Jack ‘N Jill Roller Coaster Fun-Tastic Day!

Kejutkan sahabat anda dengan hadiah misteri dengan mengikuti DUA langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1

Beli sebarang produk Jack ‘n Jill Roller Coaster dengan nilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit.

Langkah 2

Ambil gambar resit pembelian anda, calonkan seorang sahabat yang anda hendak menangi bersama, jawab soalan yang disediakan dan Whatsapp ke +6011-1081 1878

Taip Jarak Jarak Jarak



Jom Jadi 45 Orang Bertuah

Kejutan Yang Menyeronokkan Menanti Anda. Seramai 45 pemenang bertuah bersama sahabat yang mereka calonkan akan menerima ganjaran berupa sebuah kotak misteri berdasarkan jawapan yang dihantar. 

Tunggu apa lagi, dapatkan Jack ‘n Jill Roller Coaster hari ini dan sama-sama kita berseronok!




Bersempena dengan pelancaran ini, Jack ‘n Jill Roller Coaster juga mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada beberapa personaliti tanah air seperti Wafiy Ilhan, pelakon dan pengacara TV di atas sumbangannya kepada rakyat Malaysia dengan membawakan keceriaan dan gelak ketawa untuk kita semua.




Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook kami (Jack ‘N Jill Roller Coaster).

SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH!

Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia

Terkesan aku membaca perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia selepas beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. 

Aku bayangkan kalau lah beliau ni ayah aku, di usia emas begini beliau masih teguh berdiri berjuang dan membanting tenaga berkhidmat untuk negara.

Di satu sudut ada yang menyokong dan tak kurang juga ramai yang membangkang. Aku menulis bukan sebagai rakyat yang faham tentang politik, tapi lebih kepada rakyat yang mahu kedamaian dan hidup muafakat.


Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia

Sengaja aku catitkan dalam blog ini sebagai satu tanda bahawa aku juga peduli tentang Negara tercinta Malaysia. 

Menjadi sebahagian sejarah yang pertama kali berlaku dalam Malaysia. Kelemahan negara tapi dalam masa yang sama memperlihatkan kepentingan sistem beraja. Daulat Tuanku. 




Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan- tuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.
Kesimpulan

Kesimpulan


Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini harapnya beliau mampu mentadbir negara sebaiknya. Kita tak pernah berada di tempat mereka, mungkin senang bagi kita yang dibawah ini berbicara tapi tak semudah mereka yang berada di atas. Semoga Negara Malaysia yang tercinta terus menerus dilimpahkan kurnia, sentiasa aman dan bebas dari segala bahaya. Saya Sayang Negara Saya!