Beli Perabot Di IKEA Cheras

Memang dari awal tahun lagi mood aku nak kemas rumah sangat berkobar-kobar. Aku dah siap senaraikan barang dan perabot perlu beli untuk capai impian aku nak cantikan rumah. Bukanlah nak cantik apa pun, cukup sekadar selesa aku nak buat kerja dan nampak kemas.

Target aku yang pertama adalah nak beli meja untuk aku guna sebagai mini office dalam bilik nombor dua. Bilik komputer sedia ada digunakan oleh suami untuk kerja Trade dia. Malas nak kacau sebab kerja dia melibatkan fokus yang tinggi manakala aku kadang-kadang kerja kena pasang musik kuat utnuk seru idea datang.

Jadi kami ke IKEA seperti biasa untuk cari idea dan beli kelengkapan ikut minimal bajet yang aku tetapkan. Oleh sebab suami yang bayar maka final decision datang dari dia juga. Bagus juga ada second opinion, kalau tak aku akan ambil sesuka hati, lepas tu menyesal sebab ikut nafsu.



Shopping, Makan Meatball & Balik

Plan kami macam biasa, right after breakfast untuk alas perut dan kami menuju ke IKEA Cheras. Faktor jarak yang lebih dekat dengan rumah menjadikan IKEA Cheras pilihan tempat beli belah selain tempat makan meatball. Entah apa yang sedap sangat memang anak-anak aku suka makan meatball IKEA.

IKEA memang tak pernah lengang terutama dekat café dia. Aku rasa rakyat Malaysia datang IKEA semata-mata untuk makan. lol. Aku adalah antara mereka yang datang IKEA untuk makan. walaupun terpaksa beratur agak panjang tapi servis dia laju. Konsep layan diri dan bayar di kaunter tu aku suka. Laju je. Setakat ni semua menu yang aku pernah beli kami anak beranak suka. Next nak cuba Salmon pula.


Selain meatball, kesukaan kami adalah ribs. Ya ampun masa menaip ni pun terbayang kesedapan sos BBQ dan daging dia yang lembut, luruh dari tulang tu. Ok kumpul duit nanti repeat. Ni aku beli Kek Almond sebab teringin tapi sangat tak kena dengan tekak. Almond tu tak crunchy so agak kecewa. Agaknya memang kek tu rasa macam tu la kot kan.

Aku Makan smoked bbq Beef Rib Dekat IKEA

Beli Meja Untuk Mini Office

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat beli meja berharga RM99, yang mana masih dalam bajet aku dan almari baju untuk anak-anak terpaksa kami hold sebab tiada rekaan yang kami suka. Maybe next time boleh tengok online katalog IKEA sebelum pergi untuk jimat masa.

Selain meja, rutin setiap kali pergi sana akan beli plastic zip lock. Aku guna plastik ni sebagai storage bahan-bahan mentah. Saiz aku pilih tu sesuai untuk enam ketul bahagian ayam saiz sederhana. Jadi kalau defrost dan masak memang cukup la lauk untuk satu hari.

Kali ini aku beli laptop supporter dan juga tempat letak kaki. Murah je semuanya bawah RM20 setiap satu. Sangat-sangat membantu supporter kaki tu, sebab kebiasaan aku buat kerja di meja pasti kaki terjulur ke bawah. Dalam waktu yang lama kaki aku jadi bengkak sebab tergantung macam tu. Ada supporter kaki tu hilang lenguh. Lagi satu fungsi tempat letak kaki tu macam mesin jahit Singer mak aku pernah guna. Kira part of exercise masa gerakkan kaki.

Gambar tak sempat snap lagi nanti aku update.



Sepanjang dekat sana, anak-anak la yang paling tak sabar nak balik. Sejam terakhir dekat sana anak-anak dah start crancky. Untuk elak kejadian tak diingi kami balik selepas beberapa jam tawaf tempat sama. Lol. Aku tak pernah muak kot pergi sana. Terhibur weh tengok dekorasi bilik tidur, bilik air, pejabat dan ruang tamu. Ni perangai mak-mak kan? Berangan tak habis. Kalau lah kaya, aku beli kot. Tapi orang kaya shopping dekat IKEA ke? eh.

Tips Jika Datang Shopping Di IKEA

Aku bukanlah pandai bab sharing tips ni tapi ini berdasarkan pengalaman aku as parents yang bawa tiga anak kecil yang sentiasa mahukan hiburan dan cepat lapar. Setiap orang ada cara masing-masing, jadi jika tak bersetuju dengan cara aku cadangkan ni boleh abaikan ya.

1. Datang seawal pagi untuk elak crowd dan semangat serta tenaga korang masih tinggi untuk kawal anak-anak jika tiba-tiba mereka tantrum.

2. Pesan dekat anak-anak supaya behave dan kongsi apa plan bila ke IKEA. Suruh je anak-anak yang cari apa korang nak beli. Confirm dia akan teruja nak cari barang tu sampai jumpa. Bijak kan?

3. Bawa air dan juga snack yang mudah untuk korang suap anak-anak kalau mereka lapar. Masa ni aku akan standby roti jagung dan juga coklat untuk diamkan anak-anak. Jangan bagi berlebihan takut hyper. Air masak memang wajib bawa ya.

4. Kena selalu alert waktu makan anak. Agak-agak menghampiri waktu makan mereka sila lah bawa pergi makan. Perut yang kenyang membantu anak-anak bertenang. Itu anak aku lah.

5. Sentiasa cuci tangan, bawa hand sanitizer dan juga wet tissue yang mencukupi. Waktu banyak penyakit berbahaya ni elok ambil extra precautions. Tapi perasan tak yang amalan jaga kebersihan ni memang dari dulu cikgu ajar. Basuh tangan dengan sabun sebelum makan.

6. Rancang dan buat list barangan yang korang nak beli. Selalu plan terganggu sebab alasan nak survey sahaja dan tak tulis. Jadi terhibur tengok benda tak sepatutnya. Macam aku selalu buat.

7. Kena saling berpesan dan ingat mengingati bila sampai dekat sana. Selalu suami akan seru kalau aku terlalu lama di sesuatu bahagian. Masa itu emas gais.

8. Jangan lupa bawak beg shopping sendiri. Disamping menjaga alam sekitar kita dapat berjimat. Suami memang akan standby beg shopping dalam kereta.

Kesimpulan

Walaupun kali ni misi aku untuk beli barang dan perabot tak tercapai sepenuhnya tapi aku bersyukur sangat sebab dapat lepas craving nak makan meatball dan jalan-jalan cuci mata. Anak-anak pun dalam kawalan dan tak buat banyak perangai. Nikmat apa lagi mahu didustakan. Apa pun kami berjaya beli meja dan barang-barang yang semestinya berguna untuk aku.

Kena cari alasan kukuh nak ajak suami ke sana lagi. Kalau pergi sebelum raya ok kan? Masa tu mesti banyak promosi balang kuih kan? Wow alasan sangat. Setakat ini sahaja perkongsian santai aku. Jumpa lagi next entri. Salam sayang dan jaga diri.


1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. klau pergi ikea mmg boleh hilang pedoman kejap.. klau boleh semua berkenan.. hihihi mostly pergi sana sbb nak makn meatball hihihi

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama