Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Semenjak tersebarnya penyakit berbahaya seperti COVID19, Laman sesawang dan juga akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara top page yang sentiasa aku jenguk. Bukan apa, dengan peratus yang tinggi orang salah guna Whatsapp dan sebarkan benda tak betul aku jadi takut nak percaya.

Jadi marilah kita sebarkan maklumat yang sahih sahaja ya. Pesanan untuk kita semua, tak pasti jangan kongsi. Baru-baru ni KKM ada kongsikan tentang lokasi untuk dapatkan toepng muka (face mask). Benda paling sukar nak jumpa sekarang tak lain tak bukan topeng muka dan juga had sanitizer.

Serius semua habis stok, kalau ada pun di jual dalam kuantiti yang terkawal. Setiap orang boleh beli dalam kuantiti minimum yang dibenarkan sahaja. Aku pernah tanya hand sanitizier yang kecil saiz kurang dari 100ml harga mencecah RM20.



Cara Periksa Tempat Jual Topeng Muka

Sebenarnya wujud satu kaedah untuk periksa premis yang menjual topeng muka dan hand sanitizer secara atas talian. Selalu kalau walk in ke farmasi pasti akan kecewa sebab tiada stok kan? Rupa-rupanya korang boleh semak premis yang ada stok topeng muka sebelum keluar rumah. Bagus kan?

Face Mask Checker Map” membolehkan orang ramai memeriksa premis berdekatan yang mempunyai stok topeng muka dan hand sanitizer bagi mereka yang memerlukan melalui https://wheremymask.com Memang bagus sebab menjimatkan masa dan korang tak perlu lagi mencari dari satu farmasi ke farmasi lain.



Boleh rujuk My Pharmacist House - https://www.facebook.com/MyPharmacistHouse/ untuk keterangan lanjut. Kalau ikut contoh gambar di bawah, Warna Kuning menunjukan Tiada Stok, dan Warna Merah Ada Stok, manakala Biru mewakili Status Tidak Pasti.


Pesanan Kementerian Kesihatan Tentang Penyakit COVID19

Banyak sebenarnya kempen-kempen dan juga poster yang telah KKM kongsi di internet dan televisyen menasihatkan agar rakyat Malaysia menjaga kebersihan dan kesihatan tidak kira walau dimana sahaja kita berada. Rakyat diminta untuk tidak mementingkan diri dan ambil kesempatan di atas musibah yang melanda.

Perhatian harus diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti:


1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit dgn penyakit kronik 
4.  Wanita hamil.

Nah aku kongsikan artikel dari https://kpkesihatan.com/ tentang langkah-langkah pencegahan perlu korang tahu: 
  1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);
  2. Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta;
  3. Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;
  4. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
  5. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
  6. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
  7. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.


Kesimpulan

Harapnya dengan keadaan situasi yang kritikal sekarang tiada pihak yang akan ambil kesempatan dan jual barang-barang tersebut dengan harga yang mahal. Setiap orang memainkan peranan penting untuk memastikan kita agar dapat membendung wabak penyakit ini dari terus berleluasa. 


4 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Thank you info sangat penting ni..baru tahu ada apps boleh check kat mana jual mask

    BalasPadam
  2. Mama.bari nak Cari Ni tq for info

    BalasPadam
  3. stock mask mmg susah nak cr.. hr tu g farmasi dekat rawang dapat la jugak tapi harga mahal.. beli je sbb keperluan dh skrg.. hand saniter just beli dettol

    BalasPadam
  4. Payah sangat nak cari mask skrg. Bab hand saniter tu rasa mcm ok lagi kot sbb kene rajin2 basuh tangan dengan sabun. Apapun semoga dipermudahkan urusan kita semua.

    Sy tag akak di https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama