Get To Know Me

Antara tajuk yang sekian lama dah duduk dekat draft akhirnya aku publish juga artikel Get To Know Me. 

Artikel kali ni lebih santai sempena hujung minggu. Dengan konsep ‘tak kenal maka tak cinta’ jadi aku terangkan lebih lagi tentang diri aku dalam entri kali ni.

Weh serius rindu nak baca blog yang tulis hal personal. Bukanlah hal membawang cuma artikel yang tak berunsurkan paid review. 

Dulu aku ketagih follow blogger sebab seronok baca kehidupan masing-masing. Lama-lama benda tu berubah kan.


Jom Get To Know Me Better

Faham je, ada yang nak maintain kan prestasi sebab blog jadi tempat cari makan, ada yang menjaga niche, ada yang tak selesa eh macam-macam lah. 

Apa pun alasan masing-masing kita hormati. Tak suka kita jauhkan, yang suka kita teruskan. Begitu.

Untuk kawan-kawan blogger dan kawan-kawan di alam maya yang mengenali aku secara sengaja mahupun tidak, terima kasih sudi berkawan dengan aku. Aku sejenis biasa-biasa sahaja. 

First impression orang jumpa aku dekat luar akan kata aku ni sombong sebab muka jenis muka garang. Tapi aku okeh je sebenarnya. Muka aku garang tu mungkin masa tu aku tengah berfikir.





Sebelum baca jawapan kepada soalan-soalan dibawah, boleh baca lebih tentang aku dekat ~ SINI 

1 - My Nickname

Semasa di sekolah rendah, kawan-kawan panggil nama penuh. Bila masuk sekolah Menengah orang dah mula panggil aku Odie. 

Idea kawan-kawan panggil Odie dan lama-lama serasi. Sesuai dengan perwatakan aku, melekat la nama tu aku bawa sampai ke Universiti. 

Masuk ke alam pekerjaan aku sedikit segan sebab nama nampak kurang professional dan selalu masuk mesyuarat aku perkenalkan diri sebagai Diah.

Betul la orang cakap, panggilan nama ni sedikit sebanyak mempengaruhi perwatakan kita. Bila orang panggil aku odie, perwatakan aku jadi boyish. 

Agak kasar, dan memang aku jenis gila-gila masuk air. Kalau pilih kawan pun sikit sangat kawan perempuan aku. Boleh bilang dengan jari.



2 - Where I’M From

Aku anak jati Pahang. Dilahirkan oleh ibu bapa yang juga anak Pahang, dibesarkan dan mendapat pendidikan pun di Pahang. 

Kampung aku terletak dalam Felda Gugusan Bera, which is Dato’ Ismail Sabri punya kawasan pentadbiran. 

Aku anak kelahiran Felda. Bangga betul jadi hasil produk Felda. Tanaman dekat Felda yang arwah abah usahakan adalah ladang kelapa sawit. Jadi aku sempat la merasa kutip buah relai, masuk ladang dan memancing dekat paya.

Habis tamat pengajian diploma di UiTM Jengka Pahang aku sambung pelajaran di UiTM Shah Alam. lepas graduate memang aku menetap di Kuala Lumpur dan cari rezeki. 

Berkahwin dengan suami yang juga merantau cari rezeki di Kuala Lumpur dan sehingga ke hari ini masih belum ada perancangan untuk bersara di negeri mana. Itu pun kalau panjang umur.



3 - Languages I Speak

Walaupun aku sempat belajar Bahasa Arab tapi aku hanya sempat berkomunikasi dalam Bahasa Arab masa minggu bahasa masa di Universiti. 

Itu pun berlakon drama jadi pembaca berita untuk markah Bahasa Arab. Kemahin kalau ulang balik pengalaman tu memang gelak sampai keluar air mata.

Bahasa pertuturan utama semestinya Bahasa Malaysia. Walaupun duduk di kawasan agak jauh dari bandar, aku tak la cakap loghat Pahang yang pekat. 

Loghat Pahang pun banyak jenis, suka dengar orang-orang tua berborak. Tak pandai tapi faham apa mereka borakkan. 

Dekat Felda ramai orang Utara okeh. Pelik tapi benar. Jadi nak dengar orang cakap loghat Pahang pekat kena pergi Temerloh.



4 - My Lucky Number

Aku tiada lucky number, kalau percaya kang syirik pula. Cuma aku ikut sunah Nabi sahajalah suka nombor ganjil. 

No kesukaan aku ialah 13 & 11 sebab aku lahir 13 haribulan 11. Lepas tu aku suka no berturutan. Contoh 22, 55, 44. Saja suka tiada sebab khusus.



5 - Things I Do When I’M Bored

Biasa kalau aku bosan aku akan layan cerita Korea, tapi kalau aku bosan dan lapar semestinya aku akan masak lepas tu tonton cerita Korea. 

Kalau masih lagi bosan aku akan menulis, kalau bosan lagi aku akan baca buku. Biasanya jarang aku akan bosan, cuma aku selalu hilang mood.

Jadi tajuk tu kena tukar, things I Do When I’M No Mood. Lol.

Memang sejenis suka makan, ni aku makan Mee Celup Delima 


6 - What is My Dream

Aku dah siapkan aku punya 100 impian untuk aku capai sebelum aku meninggal dunia. Bila aku meninggal dunia aku pun tak tahu jadi aku plan sajalah. 

Lepas ni aku nak print dan laminate supaya aku sentiasa ter motivasi untuk capai impian aku. Dari sekecil-kecil impian seperti makan di restoran mewah sehinggalah ke impian besar seperti melancong ke seluruh dunia.

Antara wish list nak teroka Pulau-Pulau cantik di Terengganu!

Itu sahaja enam soalan Get To Know Me yang boleh aku kongsikan. Harap terhibur membaca tentang aku. kalau korang nak buat tajuk yang sama silakan dan tinggalkan comment dekat entri ni nanti aku blogwalking ya. Selamat mengarang dan berkenal-kenalan.

Cara Reset Password Maybank2u Bila Lupa Kata Laluan

Boleh pula aku terlupa kata laluan Maybank2u hari ini. Macam biasa awal bulan mesti akan guna Maybank2u untuk selesaikan hutang bulanan. 

Memang dah bertahun aku bayar bil secara online, kalau tidak silap kali terakhir aku menapak ke Pejabat Pos masa anak dara dulu teman mak bayar bil Air dan bil Api.

Dijadikan cerita, aku terlupa kata laluan internet banking Maybank. Bulan lepas aku macam ada kesedaran la konon nak tukar kata laluan Maybank2u sebab lepas dengar cerita akaun kena hacked, duit dalam akaun hilang tiba-tiba. 

Terus seram.


Lupa Kata laluan Maybank2u  

Masa awal dulu, Maybank tak banyak songeh nak cipta kata laluan untuk Maybank2u, setakat guna yang ringkas dah mencukupi. 

Tapi semenjak banyak kes kehilangan duit jadi semua bank menaik taraf sistem perbankan dan tingkatkan keselamatan, jadi kriteria kata laluan lebih panjang dan rumit. Jadi bagus lah kan.

Jadi tak bagus bila aku cipta kata laluan yang baru lepas tu aku lupa nak salin dalam buku. Huwaaa. Lepas tu bila log in terus panik tak tahu apa nak buat. 

Aku tak pernah tukar walau sekali pun rasanya. Jadi kata laluan lama tu memang dah sebati dalam otak aku, yang baru aku lupa teruk.






Cara Reset Kata Laluan Maybank2u  

Kalau korang terlupa kata laluan Maybank2u jangan risau dan panik. Perkara pertama korang kena buat ialah korang kena cuba ingat dan masukan kata laluan macam biasa. 

Korang ada tiga kali peluang untuk masukan kata laluan yang betul.

Selagi tak cukup cubaan sebanyak tiga kali korang tak boleh nak reset kata laluan okeh. Ingat tu! 

Aku la yang mereng, belum cuba tiga kali aku dah tekan forgot kata laluan. Memang Maybank tak boleh trace username kau nanti dan akan cipta lebih banyak masalah.

Seterusnya, setelah dah cukup tiga kali percubaan masukan kata laluan yang betul, korang kena tekan tab “FORGOT PASSWORD”. Sistem akan minta korang masukan No di belakang kad Maybank dan juga pin number ATM.

Ha ni kalau tak ingat nombor pin ATM aku tak mampu nak tolong la ya.




Bank akan keluarkan kotak mesej dia jumpa akaun korang dan korang ada dua pilihan samaada nak RESET PASSWORD atau Log In kalau korang kot tiba-tiba teringat kata laluan. 

Semestinya aku malas pisang berbuah dua kali jadi aku reset kata laluan terus.

Sila lah cipta kata laluan baru yang semestinya mencabar akal tu. Aku paling lemah cipta kata laluan minta ada huruf besar, nombor, special character semua tu. 

Jadi lepas cipta sila lah tulis, ni marah diri sendiri ni sebab hari tu aku lupa nak tulis. Tangguh konon ingat nak tulis lepas tu hurmm malas nak maki diri sendiri.




Langkah terakhir adalah korang kena tekan butang “Request OTP”. Isikan TAC number yang dihantar ke telefon bimbit yang berdaftar dengan Maybank. Selesai. 

Boleh la cuba log in dengan kata laluan baru. Jimat masa tak bercakap dengan customer service Maybank. Mereka pun tengah sibuk tu.

Tapi kalau ada masalah juga boleh cuba contact customer servive Maybank 1 300 88 6688 Ada rezeki dapat la bercakap dengan Customer Service Maybank. 

Aku sempat la call lima kali dan tidak dijawab, panik punya pasal. Akhirnya setel sendiri.

Kriteria Cipta Kata laluan Online Banking

Untuk memastikan tiada kejadian kecurian, kehilangan wang oleh penjenayah cyber, pihak bank menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mendedahkan maklumat penting seperti kata laluan, TAC dan lain-lain. 

Kebanyakkan bank mencadangkan pelanggan untuk cipta password internet banking mengikut kriteria yang bank sarankan seperti dibawah. Kata laluan mestilah:
  • Mesti sekurang-kurangnya 8 aksara panjang (maksimum 12)
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf huruf besar
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf kecil
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 nombor
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 watak istimewa
  • Mesti TIDAK mengandungi 3 aksara berturut-turut misalnya 123, abc
  • Mesti TIDAK mengandungi ruang
  • Mesti TIDAK sama seperti ID pengguna dan frasa keselamatan Maybank2u anda
  • Mesti TIDAK sama dengan 7 kata laluan anda yang terdahulu




Kesimpulan

Mak aku selalu pesan, semakin cerdik manusia semakin banyak jenayah akan tercipta. Jadi sentiasalah berhati-hati supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap penjenayah. 

In Sha Allah dengan mengikut langkah-langkah keselamatan yang pihak bank cadangkan, kita akan terselamat dari menjadi mangsa jenayah seterusnya. 

Artikel ini termasuk apa perlu buat jika terlupa password Maybank2U, cara reset password Maybank2U dan ciri-ciri kata laluan perbankan online yang dicadangkan oleh bank.



Info Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Semakin seram tempoh PKP sekarang bila kerajaan umumkan pula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau nama lain dia Enhancement Movement Control Order. 

Bermula dengan peningkatan kes di Kampung Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam Johor yang mana arahan perintah semua laluan keluar masuk ke kawasan ditutup.

Beberapa daerah sebelum ni sudah pun dilaksanakan PKPD dan paling terbaru semasa artikel ini ditulis adalah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Menurut Kementerian Kesihatan, PKPD akan dikenakan di satu-satu kawasan sekiranya berlaku peningkatan kes secara mendadak bagi mencegah jangkitan daripada merebak.

Tak pernah lagi sepanjang aku hidup 34 tahun berdepan dengan situasi PKPD ni weh. Kalau ada rezeki umur panjang boleh la bercerita kepada anak cucu. 

Cerita macamana aku separa gila berjuang untuk kekal positif duduk di rumah, tak lupa juga cerita tentang Makcik Kiah penjual Pisang Goreng.



Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Kalau sepanjang tempoh PKP, orang ramai masih lagi boleh keluar atas urusan penting, tapi kalau PKPD memang orang ramai tak boleh keluar sesuka hati. 

Bukan setakat PDRM je yang berkawal malah ATM, APM dan RELA akan turun padang untuk kawal seluruh kawasan memastikan tiada orang keluar rumah. Punya la serius kerajaan ambil tindakan.

Antara sebab PKPD dijalankan tak lain tak bukan adalah disebabkan sikap orang ramai yang degil tak mahu patuh arahan jangan keluar rumah. Tak boleh solat berjemaah, tak boleh buat kenduri, tak boleh melancong. 

Bila ingkar dan terkena jangkitan COVID-19 satu kampung terima akibat. Silap haribulan merebak ke kampung lain.

Kena faham, yang PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini diambil dan akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.

Arahan Sepanjang Tempoh PKPD

1 Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

2 Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

3 Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di bangunan tersebut.

4 Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan.

5 Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

6 Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Keadaan Aku Sepanjang Tempoh PKP Dilaksanakan

Jujurnya mental aku agak terganggu selepas masuk fasa kedua tempoh PKP dilaksanakan. Memang sepatutnya duduk di rumah ni tak jadi masalah buat aku sebab memang aku bekerja dari rumah sejak dua tahun lepas. 

Tapi, sejak dua tahun lepas aku akan pastikan aku ada ‘me-time’ dan akan keluar untuk release stress setelah penat menghadap rutin sama setiap hari.

Agak mencabar menghabiskan masa dengan anak-anak. Bergelut juga la nak menguruskan masa dan paksa diri berdisiplin untuk siapkan kerja. 

Pendek kata, PKP adalah tempoh aku berjuang menentang COVID-19 dan juga diri sendiri.

Penat memang tak terkira, tapi bila fikirkan bukan aku seorang je yang penat dan bosan duduk di rumah jadi aku positif semula. 

Lagipun banyak hikmah aku belajar, paling penting dulu aku selalu doa supaya suami lebih banyak masa dengan kami satu keluarga. Sekarang lah Tuhan bagi kesempatan berkasih sayang 24 jam. Ambik la guna.

Maka nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan wahai manusia.


Kesimpulan

Berdoa sangat supaya PKPD ni tak melarat dan semoga COVID-19 cepat hilang dari dunia. Tak sampai setengah bulan nak masuk bulan Ramadan.

Pesanan untuk orang ramai, tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Aku nak balik kampung nak beraya dengan mak okeh.



Tips Buat Kek Batik Confirm Jadi

Aku sebenarnya tak sengaja buat kek batik ni, kisahnya Mek Ayuni call aku mengadu dia buat kek batik kurang jadi. 

Aku faham stress buat kek tak jadi ni, rasa nak baling je periuk kuali semua. Teringat aku dulu buat kek batik pertama kali pun kurang menjadi.

Kalau ikut resepi dan tengok orang buat kemain senang, bila turn diri sendiri buat terus tak jadi. First time aku buat dulu masih boleh makan, coklat dia tak hangit pun tapi masalah dia ialah coklat tu tak cair. 

Resepi Kek Batik Confirm Jadi & Tak Guna Telur

Tekstur dia jadi pelik. Berketul-ketul. Aku pakai Milo elok kot, lepas tu aku buat rumusan serbuk koko aku bermasalah.

Suami dan anak-anak la jadi mangsa kena makan. Rasa dia masih kek batik, cuma itulah tak macam kek batik orang jual. Lol. 

Bila semakin berusia dan semakin teringin maka semakin gigih diri nak belajar buat sampai pandai.




Tips Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi

Bila aku compare resepi dulu aku pernah cuba dengan resepi yang aku baru cuba ni, banyak beza okeh. Dulu aku guna telur, serbuk koko dan bermacam bahan lagi. 

Apa yang merasuk aku masa tu eh? Hahahha boleh tengok resepi aku cuba dulu dekat sini ~ Cubaan Pertama Buat Kek Batik - Menjadi Ok

Kira resepi aku kali ni aku dah dapat ringkaskan dan tak guna banyak bahan. Bebas telur weh. Kalau lidah kau teringin nak makan kek batik yang biasa-biasa, resepi aku guna kali ni memang cukup dah. 

Aku kongsikan juga tip supaya bila korang buat kek batik ni hasilnya akan jadi In Sha Allah.

1 Jangan buat terburu-buru. Kena bertenang dan enjoy baking.

2 Guna api perlahan supaya bahan tidak hangit dan sentiasa kacau adunan di atas dapur supaya adunan tidak berketul-ketul. Ini penting ya!

3 Kena kurangkan susu kalau tak mahu terlajak manis. Milo dan biskut Marie tu memang dah manis ya. Aku letak sedikit sahaja. Elok je kejadian kek batik tu.

4 Aku letak plastic wrap supaya senang aku nak keluarkan kek batik.

5 Letak dalam fridge kalau nak makan Kek Batik yang keras bahagian luar, lembut bahagian dalam. Aku tak masuk dalam fridge sebab lebih enjoy makan lembut melekit gituh.  




Resepi Kek Batik Mudah Dan Confirm Jadi

  • 400gram Biskut Merry (aku guna Jenama Roma)
  • 250gram Butter (Anchor butter)
  • 1 cawan milo
  • ½ Cawan Tin Susu Pekat







Cara-Cara membuat kek Batik:
  • Cairkan butter dalam kuali guna api perlahan. Masukan susu pekat dan kacau sehingga sebati. kemudian masukan milo sedikit demi sedikit dan jangan berhenti kacau.
  • Kacau sehingga milo betul-betul sebati dan adunan dah jadi cecair warna coklat. Tutup api.
  • Dengan pantas patahkan biskut Merrydan masukan ke dalam adunan coklat tadi.
  • Gaul sebati dan ratakan ke dalam Loyang / Tupperware dan lenyekkan supaya mampat.
  • Biarkan dua ke tiga jam dah boleh makan. terpulang nak letak dalam fridge atau tidak ok.

Dah siap.




Kenapa Suka Kek Batik?

Kesimpulan, akhirnya aku temui jawapan yang buat kek batik ni memang lah teramat mudah. Nak buat pun kurang dari 20 minit weh dah siap. 

Ni yang tak ada layer tau, basic aje. Tapi ok la yang basic ni pun suami dan anak-anak impress aku boleh buat so sedap. Lol.

Nah Resepi Cheese Cake Mudah ~ Unbaked Strawberry Cheese Cake

Next time kalau ada high tea, jamuan office, jamuan sekolah anak dah boleh buat. Bahan-bahan pun tidak la mahal sangat. 

Selamat mencuba untuk yang tak pernah buat, tapi aku yakin la mesti ramai pandai buat. aku je baru nak mahir. Jumpa lagi di lain resepi.