Pulau Terbaik Di Terengganu Perlu Korang Kunjungi

Rodiah Amir
1

Siapa pernah bercuti di Terengganu? Dah berapa banyak pulau dekat Terengganu yang korang dah pergi? Yang memang menetap atau ada memang orang Terengganu tak aci la jawab ya. 
Sempena menyokong misi nasional tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia aku nak kongsikan pulau-pulau terbaik yang ada di Terengganu yang patut korang kunjungi.
Personally aku belum berjaya habiskan melawat pulau-pulau popular Terengganu yang bakal aku kongsikan selepas ini. Moga lepas perkongsian ni tercapailah cita-cita nak bercuti dengan keluarga di Terengganu.

Pulau Terbaik Di Terengganu Perlu Korang Kunjungi 

Kali terakhir aku bercuti di Terengganu adalah pada tahun 2017. Masa tu anak baru dua orang. Kami hanya sempat melawat Taman Tamadun Islam (Taman Monumen), naik River cruise serta buat aktiviti food hunting.
Terkilan juga tak sempat ke pulau- pulau di Terengganu. Memang dari dulu, Terengganu menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri kerana keindahan pulau dan juga aktiviti menyelam kerana pantainya yang indah dan bersih serta hidupan laut yang menarik.  
(Pulau Kapas. Credit: IZZ HAZEL/Shutterstock)




5 Pulau Terbaik Terbaik Di Terengganu

Antara pulau yang terkenal dengan aktiviti pelancongan adalah Pulau Perhentian dan juga Pulau Redang, tapi tahukah korang sebenarnya ada lagi pulau-pulau yang sebenarnya awesome yang menjanjikan keindahan pantai yang perlu korang kunjungi. 
Jadi untuk entri kali ini khas untuk korang yang suka bercuti ke pulau, aku kongsikan 5 pulau yang terkenal kerana kecantikan alam semula jadi sesuai untuk aktiviti keluarga dan snorkelling.
Untuk orang KL dan kawasan sekitar yang malas nak memandu ke Terengganu boleh naik flight untuk mudahkan perjalanan korang. Kurang penat dan jimat masa. Mudah sangat nak ke KLIA dengan pengangkutan awam. 
Boleh dapatkan perkhidmatan train ke lapangan terbang KLIAEkspres promo di website Traveloka ini. Dah namanya pun promo seharusnya tawaran menarik. Tetapi jika korang ingin lebih mudah dan inginkan privacy untuk ke airport, korang boleh book airport taxi dari Traveloka. 
Booking hanya di hujung jari gitu. Baik lah. Korang dah bersedia untuk mengetahui pulau-pulau yang menarik yang ada di Terengganu? Jom baca selanjutnya.
Nak makan Ikan Celup tepung sedap di Terengganu? - Cuba tengok dekat sini

Pulau Kapas
Korang ingin bercuti di pulau tetapi inginkan ketenangan dan tidak mahu terlalu ramai orang? Inilah salah satu daripanya. Pulau ini merupakan antara yang terdekat dengan tanah besar. 
Tidak menerima pengunjung yang ramai seperti pulau-pulau yang lain dan itu membuatkan alam semulajadi di sekitarnya sangat terjaga dan tidak tercemar. Air laut masih membiru dan pantai yang bersih.
Pulau ini juga merupakan lokasi terbaik untuk penyelam dan snorkeling. Pelbagai jenis hidupan laut dan korang berpeluang meneroka terumbu karang yang masih dijaga oleh alam semulajadi. Kalau korang inginkan percutian honeymoon, pulau ini adalah yang terbaik. 
(Pulau Kapas. Credit: IZZ HAZEL/Shutterstock)



Pulau Gemia
Inginkan Maldives? Tapi kos terlalu tinggi? Korang tak perlu pergi jauh. Datang sahaja ke Pulau Gemia. Pulau ini menjanjikan suasan pantai dan pulau yang sangat menenangkan. 
Sangat sesuai bagi korang yang inginkan rehat yang cukup sambil menghirup udara laut, sangat sesuai bagi korang yang inginkan honeymoon dengan persekitaran yang lebih private.
Kedudukan Pulau Gemia tidak jauh daripada Pulau Kapas. Keindahan air lautnya juga tiada tandingan, korang masih boleh melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling untuk melihat hidupan laut dan meneroka terumbu karang di dasar laut. 
Terdapat satu sahaja tempat penginapan di Pulau ini iaitu Gem Wellness Spa & Island Resort. (Pulau Gemia: credit Agoda) 


Pulau Rhu Hentian
Jika sesuatu Pulau itu terletaknya di perairan Terengganu, sudah tentu and dapat menjangkakan keindahan laut dan pantainya. Begitu juga yang korang boleh rasai di Pulau Rhu Hentian ini. 
Walaupun pulaunya lebih kecil berbanding Perhentian dan Redang, ia masih menawarkan keunikan hidupan laut yang masih terjaga. 
Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk melihat pelbagai jenis ikan, siput, terumbu karang dan rumpai air yang ada di sekitar pulau ini. (Hentian. Credit Besuttourism)


Pulau Lang Tengah

Walaupun kedudukan pulau ini di tengah-tengah antara Redang dan Perhentian, ia masih belum mencapai tahap pengunjung yang ramai dan itu adalah sesuatu perkara yang baik. 
Ini kerana jika sesuatu kawasan itu belum terjejas dengan kedatangan pengunjung yang melebihi had, alam semulajadi di sekitarnya akan lebih terjaga dan lebih kelihatan neutral. 
Dan kerana itu juga lah kualiti air di pulau ini boleh dikatakan bertaraf dunia. Jika korang bercuti ke sini, jangan lupa untuk melihat sendiri penyu-penyu yang datang ke pantai untuk bertelur. (Pulau Lang Tengah. Credit: Francesca Cerretani/Shuttterstock)


Pulau Tenggol
Jika ingin ke Pulau Tenggol ini, korang boleh mendapatkan bot di jeti Dungun dan masa perjalanan yang diambil adalah sekitar 1 jam sahaja. 
Walaupun nama pulau ini jarang didengari, tetapi ia bukanlah satu pulau yang jarang dikunjungi oleh penyelam-penyelam profesional. 
Pulau ini menjanjikan antara lokasi menyelam yang terbaik yang ada di semenanjung Malaysia. Antara lokasi yang menarik untuk melakukan aktiviti menyelam di sekitar pulau ini ialah di Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Batu Chanang, Tokong Burung dan beberapa lagi lokasi menarik. 
Ketika menyelam di sekitar pulau ini, korang pasti akan melihat pelbagai jenis ikan, penyu dan kapal karam. (Pulau Tenggol. Credit: Azzudin Abdul Aziz/Shutterstock)


Kesimpulan

Ha banyak bukan pulau-pulau yang ada? Jadi, macam mana? Korang dah dapat keputusan tak untuk bercuti ke mana-mana pulau yang ada di Terengganu ni? 
atau masih keliru nak pilih pulau yang mana? Meh aku tolong ringkaskan. 
Kalau korang nak honeymoon Pulau Hentian dan Pulau Gemia merupakan lokasi yang tepat patut korang pilih. 
Tak nak pergi pulau yang sesak dengan orang, korang bercuti la di Pulau Rhu Hentian atau pun Pulau Lang Tengah. 
Kalau bernasib baik dapat juga tengok Penyu bertelur di Pulau Lang Tengah. Tapi kalau snorkelling merupakan tujuan utama korang bercuti ke Terengganu maka wajib pergi ke Pulau Tenggol.
Jika korang dah pilih, apa lagi, boleh la book cepat-cepat resort dan pakej yang sesuai. Aku yakin korang pasti puas hati dengan apa yang korang dapat semasa bercuti nanti. 
Aku pun teruja dan mula rancang nak bercuti ke Pulau Gemia. Jom la siapa nak ikut. Hiks. Setakat ini sahaja perkongsian kali ini, jumpa lagi nanti di lain entri.
Salam sayang dari aku untuk korang. muahh.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Singgah sini.. MasyaAllah geram aje tengok keindahan pulau-pulau itu. Harapnya tahun ini dapat bercuti ke pulau. Dah rindu clear blue water itu!

    BalasPadam
Catat Ulasan