Cara Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta Khutbah

Istimewanya puasa dan Raya tahun ni Tuhan beri banyak kesempatan untuk kita ambil peduli dan belajar berdikari. 

Aku nak kongsikan cara solat raya Aidilfitri di rumah memandangkan kita masih lagi dilarang untuk solat berjemaah di masjid.

Jangan la sedih ini cakap dekat diri sendiri sebab tak dapat beraya bersama keluarga yang lain. aku dah siap sediakan diri supaya tak bersedih dan menangis di pagi raya.

Panduan Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta Khutbah 

Entahlah jadi ke tidak apa aku rancang. Siapa tak sedih tak dapat salam tangan mak di pagi raya. Moment paling aku rindu adalah makan semeja bertentang mata dengan mak. 

Seronok nak bergurau dengan mak tu. Mak aku kuat bahan anak menantu tau. Gurau-gurau manja sambil berseloroh. Itulah yang menguatkan hubungan kami adik beradik. Alhamdulillah.



Solat Raya Aidilfitri Di Rumah

Walaupun PKPB sedang berlangsung maka kita guna kemudahan yang agama Islam beri supaya kita masih dapat merasa kemeriahan dan moga tercalit sedikit pahala atas usaha yang kita buat. 

In sha Allah. Setiap tahun jadi rutin akan tunggu suami dan anak balik dari masjid, lepas solat raya Aidilfitiri baru kami akan mula dengan sesi bermaafan dan kemudian akan makan bersama-sama.

Tahun ni tak dapat ke masjid tapi masih boleh tunaikan solat raya Aidilfitiri di rumah. Ramai ustaz-ustaz yang dah kongsikan panduan asas solat raya Aidilfitiri dan di imamkan oleh ketua keluarga. 

Mudah kan? Jadi aku nak kongsi panduan solat raya Aidilfitiri yang telah ditulis oleh Ustaz Khairul Anuar. Simple je.

Tapi kalau nak yang lengkap sedikit boleh rujuk panduan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh download khutbah solat Aidilfitri di rumah dekat situ.  Aku yang terlebih excited ni.


Panduan Asas Solat Aidil Fitri Di Rumah Buat Imam Interim

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. 

Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. 

Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai tetapi oleh sebab kita tak dapat keluar berziarah maka buat panggilan video dan bermaafan secara dalam talian sahaja lah.

️  Solat Sunat Aidilfitri
  1. Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
  2. Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  3. Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  4. Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
  5. Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
  6. Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  7. Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  8. Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
  9. Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!

Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.

❤ Rukun Asas Khutbah Solat Raya Aidilfitri

Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol .

️ Khutbah pertama.
Ucap “Alhamdulillah”.
Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

️ Khutbah kedua.
Ucap “Alhamdulillah”.
Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
Baca 1 potong ayat Al-Quran;”.” Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal mukminat”
Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Kemudian, boleh la bersurai.

Macam aku explain dekat atas tadi, kalau ikut panduan ustaz bagi tu paling asas which is aku rasa objektifnya untuk menunjukkan Islam itu agama yang mudah, asalkan cukup rukun ibadah kira sah la. Diterima atau tidak ibadah kita itu biarlah Tuhan saja tentukan ya.

Kalau nak meriah sedikit dengan penyampaian ala-ala khatib boleh rujuk link panduan dari JAKIM, ada juga aku kongsikan teks khutbah untuk dibaca pada tahun ni. Tajuk “Berbeza Namun Bermakna” tu memang kena la dengan situasi kita sekarang ni.

Selamat menyambut Hari Raya korang. Ucapan Raya kita buat next entri la.

Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Biskut raya kedua aku untuk tahun ni dan biskut pertama aku cuba guna Corn Flakes. Rancangan awal sebenarnya nak buat biskut cornflakes sira madu tu.  

Dapat resepi biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes dari kotak pembungkusan Corn Flakes tu sendiri. Ala kan biasa setiap kotak bijirin dicetak dengan resepi yang dicadangkan. 

Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Semestinya aku berminat nak cuba sebab ada elemen kopi dalam biskut ni. Bukan senang nak pilih biskut dekat rumah ni, kena cari biskut yang International gitu. 

Semua orang makan terutama anak-anak. Belajar dari kesilapan lepas, kuih Tart Nanas yang terbiar kaku lama dalam botol sebab hanya aku dan suami je makan. Kecewa sungguh. 



Jadi, tahun ni kena la cari biskut dan kuih raya yang semua makan. Pastilah kena ada unsur rangup, coklat, dan berwarna warni paling tidak. 

Tapi tahun tekak aku teringin nak makan biskut kelapa weh, nampak tak taste warga emas dah timbul. Lol. Faktor usia.

Biskut Raya Pertama Tahun 2020 ~ Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous Confirm Jadi

Suami pula request kuih bangkit, tapi aku cuba lengahkan buat biskut tu. Kalau setakat dia nak makan sorang baik beli jelah sebotol. Tak penat buat. kahkahkah. 

Ok berbalik kepada biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes, resepi dia super mudah. Tak melibatkan penggunaan oven, tak payah pakai mixer, dan tak perlu tepung. Cuma perlukan kesabaran dan menahan diri dari makan sahaja.

Resepi Biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Serius weh biskut ni buat jadi ketagih nak mengunyah. Manis yang sedang-sedang je di pandangan tekak aku la. 

Jadi marilah kita tengok cara penyediaan Biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes. Waktu penyediaan sekitar 15 minit dan boleh dapat anggaran dalam 50 biji bebola saiz mini.
 



Bahan-Bahan

  • 180g Corn Flakes (hancurkan sedikit)
  • 180g ketulan badam (aku ganti dengan biji kuaci)
  • 8 sudu besar sirap kencana (aku guna madu)
  • 8 sudu besar gula aising
  • 6 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu kecil serbuk kopi Segera
  • 8 sudu besar mentega
  • cawan kertas mini


Cara-cara Penyediaan adalah seperti berikut:

  1. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam kuali dan biarkan gula larut.
  2. Pastikan api dibuka perlahan, kemudian masukkan pula madu, serbuk koko, dan serbuk kopi.
  3. Seterusnya, masukkan Corn Flakes dan juga kuaci yang disangai ke dalam kuali. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Alihkan adunan ke dalam bekas lain. Bentukkan menjadi bebola dan letak ke dalam cawan kertas mini.
  5. Sejukkan dalam fridge dalam 10-15 minit dan kemudian boleh simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes dicadangkan untuk buat pada hari-hari terakhir puasa sebab peluang biksut ni nak survive sehingga hari raya sangat nipis. Anak-anak aku asyik mencari lepas siap buat. lol. 

Selamat mencuba dan selamat hari raya in advance. 

Pengalaman Pertama Masak Corn Dog Tepung Bestari

Akhirnya aku beranikan diri masak Corn dog Tepung Bestari yang pernah viral satu masa dulu. Sekarang masih mendapat sambutan ke? Entahlah tak pasti tapi aku selalu terliur kalau nampak orang makan Corn dog ni.  

Sebenarnya aku dah beli lama dah pun bahan-bahan yang diperlukan macam mozzarella` cheese, lidi sate, tepung memang ada dekat rumah dan bahan terakhir yang diperlukan. 

Breadcrumb pun suami baru beli. Jadi, buka puasa yang lepas aku pun rajinkan diri buat. Lah senang sangat rupanya.

Salah satu sebab aku lambat nak cuba adalah aku bayangkan Corn dog ni menyerap minyak macam kita goreng roti sardine tu. 

Rupa-rupanya tidak ya. Kira makan ok lah tak rasa berminyak sangat. Apa yang penting kena makan waktu dia masih panas supaya cheese masih bertali bila ditarik.

Pengalaman Pertama Masak Corn Dog Tepung Bestari

Ikut resepi banyak orang kongsi, mereka guna tepung Cucur segera Adabi perisa Udang. Aku prefer untuk buat sendiri tepung sadur dia tu. 

Aku guna campuran tepung Bestari Spicy, Tepung Bestari Original dan juga tepung Gandum. Aku tak letak garam sebab tepung Bestari dah masin. Lepas tu letak baking powder dan soda bikarbonat.




Oleh sebab aku nak makan semasa berbuka jadi aku goreng di saat-saat terakhir sebelum berbuka puasa untuk pastikan ianya masih panas. Tak lama la masa nak goreng, so senang. Jom tengok cara-cara untuk sediakan Corn dog.

Resepi Corn Dog Tepung Bestari Bertali

Bahan-Bahan
  • Sosej Ayam
  • Mozarella Cheese
  • 2 Sudu Tepung Tepung Bestari Spicy
  • 1 Sudu Tepung Bestari Original
  • 3 Sudu Tepung Gandum
  • 1 sk Baking Powder
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • Breadcrump
  • Sedikit Air
  • Lidi sate
  • Minyak Untuk Menggoreng


Sebenarnya untuk semua bahan-bahan di atas aku agak-agak sahaja. Aku buat untuk lima cucuk Corn dog.

Cara-cara untuk membuatnya:
  • Satukan segala tepung, baking powder & soda bikarbonat dan bancuh dengan air sehingga menjadi adunan sebati. Masukkan sedikit demi sedikit air dan jangan terlalu cair.
  • Agak-agak adunan boleh melekat bila salut sosej kira ok la. Tekstur adunan lebih pekat daripada adunan cekodok. Ha begitu perbandingan.
  • Potong sosej dan juga mozzarella cheese menjadi kiub dan saiz tu terpulang ikut kehendak masing-masing.
  • Cucuk sosej dan Mozarella secara selang seli.
  • Dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak kena betul-betul panas ya.
  • Celupkan sosej dan mozzarella ke dalam bancuhan tepung dan salut dengan breadcrump kemudian goreng sehingga masak.
  • Satu minit setiap bahagian. Siap.



Sedikit tips yang aku boleh kongsi ialah, tepung salutan pastikan tidak terlalu cair dan harus melitupi sosej dan cheese. 

Untuk mudahkan kerja mencelup boleh letak di dalam gelas yang tinggi. Goreng api sederhana dalam minyak yang panas sebab bredcrumb cepat hangus.

Nak makan corn dog sedap boleh cuba makan di Restoren Korean Halal. Resepi ni berjaya membuatkan anak aku pandang tinggi terhadap aku. ceh poyo kan? 

Realitinya bila libatkan makanan orang putih ni sedikit sebanyak akan timbulkan rasa kagum, macam hebat sangat padahal resepi orang Melayu lagi susah nak buat.

Selamat mencuba.

Syarikat Gergasi Telco China Sasar Syarikat Telco Malaysia Tersenarai di Bursa Bangunkan Tekonologi 5G di Malaysia


Syarikat Gergasi Telco China Sasar Syarikat Telco Malaysia Tersenarai di Bursa Bangunkan Tekonologi 5G di Malaysia

Syarikat Gergasi Telco yang berpengkalan di China menyasarkan syarikat Telco bersaiz sederhana yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk bekerjasama membangunkan pasaran teknologi generasi kelima (5G) di Malaysia. 

Dipercayai, pemilihan adalah berdasarkan kebolehan syarikat yang mempunyai kemampuan mengembangkan lagi perniagaan Teknologi 5G.

Menurut sumber, “syarikat Telco China itu mungkin menyasarkan dua syarikat telco Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Green Packet Bhd dan XOX Bhd. 

XOX merupakan saham telco termurah di Bursa Malaysia dan merupakan antara syarikat telekomunikasi yang paling pesat berkembang di Malaysia”.



XOX mempunyai kira-kira RM35 juta tunai dan kini menawarkan pelan data 4G yang paling kompetitif dan inovatif serta menumpukan pembinaan infrastruktur 5G di rantau ini.

Antara kelebihan Teknologi 5G yang dijangka memberi manfaat kepada umum ialah:

  • 5G diatur untuk mengubah landskap telekomunikasi kerana menjanjikan kelajuan muat turun yang lebih cepat dan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi.
  • Ini akan membuka peluang untuk perkhidmatan baru, operasi rangkaian dan peningkatan pengalaman pelanggan.
  • Dengan penggunaan teknologi 5G ke dalam gambar, penyedia akan dapat meningkatkan kelajuan muat turun dan kapasiti data bulanan pada rancangan tanpa had.
  • Peralihan ke 5G diharapkan dapat menghasilkan kejutan bagi vendor rangkaian, infrastruktur, dan peralatan.


Credit foto dari pixabay.com

Tiga bulan yang lalu XOX telah bekerjasama dengan Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) untuk melancarkan telefon pintar 4G dan 5G, dengan keupayaan komunikasi satelit tambahan yang disebut XPLORE.

 XOX bakal menjadi telco pertama yang memasarkan dan mengedarkan produk tersebut kepada penggunanya di seluruh Asia Tenggara. Telefon pintar, dilengkapi dengan sambungan satelit dan radio mudah alih digital, akan dilancarkan oleh ATC kepada pengguna XOX.

 “Syarikat mempunyai rancangan rangkaian terpadu dengan mengintegrasikan rancangan prabayar dan pesanan pesanan XOX dengan perkhidmatan kecemasan satelit ATC yang luas, kata Pengarah eksekutif XOX Steve Tan.

Tambahnya lagi, XOX cukup kuat sebagai sebuah syarikat. Ia menerapkan strategi pemasaran yang tepat serta idea dan produk inovasi untuk melihatnya melalui pandemi Covid-19 semasa dan mendorong syarikat ke hadapan.


Credit foto dari pixabay.com

Faktor kejayaan XOX tercapai dengan memanfaatkan jenama, saluran pengedaran dengan pertumbuhan asas pelanggan yang kukuh, - sumber yang dekat dengan XOX.

 Hasilnya, Saham XOX melonjak 11.11 peratus di tengah perdagangan aktif pada hari Jumaat untuk ditutup 5 sen menjadikannya permodalan pasaran sebanyak RM54.62 juta. Kaunter itu meningkat satu sen dengan 154 juta saham diniagakan.

Sebagai rekod, XOX menduduki tempat kelima dalam sektor telco dan merupakan syarikat MVNO nombor satu di Malaysia dengan pangkalan pelanggan semasa hampir mencecah tiga juta, termasuk pengguna telefon bimbit prabayar dan pos.

Bulan lalu XOX menandatangani perjanjian dengan DGB Asia Bhd untuk bekerjasama dalam penggunaan sehingga 1,000 mesin layan diri generasi akan datang.

Langkah ini sejajar dengan strategi XOX untuk memusatkan perhatian pada perniagaan yang berlainan untuk membangun aliran pendapatannya.

Penganalisis percaya saham telco akan naik kerana sektor ini mengaut keuntungan lumayan, di tengah pandemi Covid-19.

Penilaian terhadap syarikat telekomunikasi di Malaysia menjadi lebih menarik dan sektor ini dijangka berkembang pantas sejajar dengan peralihan semasa yang berlaku di landskap digital seperti Teknologi 5G, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).