PKP Fasa 4 Boleh Keluar Berdua

Masuk PKP fasa 4 akhirnya kerajaan beri kebenaran 2 orang keluar dalam satu kereta namun ia perlu dari rumah yang sama atau keluarga terdekat sahaja. Sebelum ini hanya wakil atau ketua rumah sahaja yang dibenarkan keluar atas urusan penting. Mungkin PM kita prihatin dengan keluh kesah para suami yang mengalami kesukaran membeli barangan keperluan yang diminta isteri dan gagal mencari barang yang diminta. Lol.

PKP fasa 4 secara rasminya telah bermula pada 29 April sehingga 12 Mei 2020. Harapnya janganlah ada lagi sambungan PKP, biarlah ini jadi yang terakhir. Tetapi jauh di sudut hati dah terasa PKP ni bakal diteruskan sehingga Raya. Korang rasa?

Bagusnya usaha kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan beri kesedaran, Majlis Keselamatan Negara (MKN) selalu hantar mesej peringatan berkaitan COVID19 kepada rakyat Malaysia. Rasa disayangi bila dapat mesej ingatan macam tu. Kerajaan menekankan 4 pelan tindakan utama dalam membendung penularan COVID19 dalam negara iaitu Kawalan Pergerakan, Kawalan Sempadan, Penjarakan Sosial dan Menjaga Kebersihan.




Ketua Keluarga Boleh Tarik Nafas Lega

Ketua Keluarga mesti gembira sebab urusan membeli makanan dan keperluan harian akan jadi lebih mudah selepas ini, tapi kesan dia semakin ramai keluar semakin lama lah kena beratur bila di pasaraya. Kalau masing-masing ikut peraturan, jaga kebersihan dan jaga penjarakan sosial in sha Allah jadi mudah.

Menurut berita, kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai 29 April hingga 12 Mei depan.



Arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.
  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)

Kebenaran Perjalanan Semasa PKP

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.

Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah, selaras Seksyen 4(1)(b)(ii) peraturan sama.


Walaupun kerajaan benarkan untuk keluar berdua, tetapi peraturan hanya dibenarkan bergerak tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing masih dikekalkan. Namun, orang ramai diberi kelonggaran bergerak melebihi 10km jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak berkenaan dari rumah masing-masing.

Seksyen 5 pula memperuntukkan orang ramai perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari balai polis berhampiran kediaman masing-masing, jika mahu melakukan pergerakan jarak jauh atau bagi sebab selain keperluan harian dan perubatan.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu boleh didenda maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.


Kesimpulan

Semoga dengan kemudahan kebenaran keluar berdua yang kerajaan beri kepada rakyat dapat memudahkan serta meringankan tekanan orang ramai. Ketua keluarga boleh tarik nafas lega dan sentiasalah mematuhi arahan-Arahan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Denda wang ringgit dan hukuman penjara menanti pesalah-pesalah PKP. 

2 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Suami aku happy betul bila tau dah boleh keluar berdua sekarang, aku cakap 'bang, walaupun dah boleh keluar berdua, tetap lagi kita tak boleh keluar bersama. Anak2 saper nak jaga'. Lalu ku tengok air mukanya berubah (ayat last ni baca dalam bentuk lagu)..

    ReplyDelete
  2. Haraplah virus ni terus lenyap lepas ni..

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post