Panduan Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta Khutbah

Istimewanya puasa dan Raya tahun ni Tuhan beri banyak kesempatan untuk kita ambil peduli dan belajar berdikari. Aku nak kongsikan cara solat raya Aidilfitri di rumah memandangkan kita masih lagi dilarang untuk solat berjemaah di masjid.

Jangan la sedih ini cakap dekat diri sendiri sebab tak dapat beraya bersama keluarga yang lain. aku dah siap sediakan diri supaya tak bersedih dan menangis di pagi raya. Entahlah jadi ke tidak apa aku rancang. Siapa tak sedih tak dapat salam tangan mak di pagi raya.

Moment paling aku rindu adalah makan semeja bertentang mata dengan mak. Seronok nak bergurau dengan mak tu. Mak aku kuat bahan anak menantu tau. Gurau-gurau manja sambil berseloroh. Itulah yang menguatkan hubungan kami adik beradik. Alhamdulillah.


Solat Raya Aidilfitri Di Rumah

Walaupun PKPB sedang berlangsung maka kita guna kemudahan yang agama Islam beri supaya kita masih dapat merasa kemeriahan dan moga tercalit sedikit pahala atas usaha yang kita buat. In sha Allah. Setiap tahun jadi rutin akan tunggu suami dan anak balik dari masjid, lepas solat raya Aidilfitiri baru kami akan mula dengan sesi bermaafan dan kemudian akan makan bersama-sama.

Tahun ni tak dapat ke masjid tapi masih boleh tunaikan solat raya Aidilfitiri di rumah. Ramai ustaz-ustaz yang dah kongsikan panduan asas solat raya Aidilfitiri dan di imamkan oleh ketua keluarga. Mudah kan? Jadi aku nak kongsi panduan solat raya Aidilfitiri yang telah ditulis oleh Ustaz Khairul Anuar. Simple je.

Tapi kalau nak yang lengkap sedikit boleh rujuk panduan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh download khutbah solat Aidilfitri di rumah di sini Berbeza Namun Bermakna  Aku yang terlebih excited ni.


Panduan Asas Solat Aidil Fitri Di Rumah Buat Imam Interim

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai tetapi oleh sebab kita tak dapat keluar berziarah maka buat panggilan video dan bermaafan secara dalam talian sahaja lah.

️  Solat Sunat Aidilfitri

  1. Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
  2. Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  3. Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  4. Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
  5. Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
  6. Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  7. Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  8. Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
  9. Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!
Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.

❤ Rukun Asas Khutbah Solat Raya Aidilfitri

Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol .

️ Khutbah pertama.
Ucap “Alhamdulillah”.
Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

️ Khutbah kedua.
Ucap “Alhamdulillah”.
Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
Baca 1 potong ayat Al-Quran;”.” Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal mukminat”
Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Kemudian, boleh la bersurai.

Macam aku explain dekat atas tadi, kalau ikut panduan ustaz bagi tu paling asas which is aku rasa objektifnya untuk menunjukkan Islam itu agama yang mudah, asalkan cukup rukun ibadah kira sah la. Diterima atau tidak ibadah kita itu biarlah Tuhan saja tentukan ya.

Kalau nak meriah sedikit dengan penyampaian ala-ala khatib boleh rujuk link panduan dari JAKIM, ada juga aku kongsikan teks khutbah untuk dibaca pada tahun ni. Tajuk “Berbeza Namun Bermakna” tu memang kena la dengan situasi kita sekarang ni.

Selamat menyambut Hari Raya korang. Ucapan Raya kita buat next entri la.

6 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Terimakasih atas perkongsian ini kak :) Selamat Hari Raya. Stay safe.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    BalasPadam
  2. Huhu camne la raya tahun ni kan.. pertama kali dalam sejarah terjadi..

    BalasPadam
  3. Semoga mendapat keberkatan dan amalan diterima..

    BalasPadam
  4. tu lah tu.. rindu family, kengkawan semua.. em.. diharapkan semua sihat dan baik2.. malam ni dah takbir raya..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum puan. merujuk artikel saya di sini
    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/05/panduan-solat-sunat-aidilfitri-dan.html?showComment

    saya telah memadam gambar hak milik puan, sebenarnya gambar tersebut saya ambil daripada google images . Sekali lagi, saya memohon kemaafan jika ia membuat puan tidak selesa. Selamat hari raya

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama