Jenn Ortho Mid Valley Megamall: Periksa Kesihatan Kaki Secara Percuma

Aku ke JennOrtho beberapa hari lepas untuk buat pemeriksaan kaki lepas tengok promosi pemeriksaan kaki percuma di Facebook mereka. 

Ini merupakan pengalaman pertama aku dan awalnya memang aku agak cuak. 

Oleh sebab aku selalu rasa tak selesa dan sakit di bahagian tumit ketika berjalan jadi aku beranikan diri untuk buat pemeriksaan kaki.

Hasil pemeriksaan kaki yang dibuat di JennOrtho amat memeranjatkan ya. Baru lah aku tahu yang kaki aku sebenarnya tidak normal. 

Jenn Ortho Mid Valley Megamall: Periksa Kesihatan Kaki Secara Percuma

Setelah melakukan pemeriksaan kaki di Jenn Ortho, rupa-rupanya saiz kaki kanan dan juga kaki kiri aku tidak sama dan kaki kiri low arch, Omg.

Berdasarkan laporan analisis yang diterangkan oleh staff Jenn Ortho, baru lah aku faham tentang lengkungan (Arch) dan juga jenis tapak kaki aku. 

Paling penting akhirnya aku tahu punca-punca kaki dan tumit aku sakit.





Untuk makluman, JennOrtho telah dibuka pada Jun 2020 di tingkat Dua, di pusat membeli belah Mid Valley Megamall menawarkan rawatan dan juga penyelesaian menyeluruh yang melibatkan produk ortotik, penjagaan kaki serta penjagaan kesihatan bagi dewasa dan juga kanak-kanak.

Ortotik - Bidang yang melibatkan sains dan seni dalam perawatan pesakit melalui penggunaan ortosis.

* Ortosis Alat yang dipasang pada bahagian luar anggota manusia bagi mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuscular. (International Society of Prosthetic & Ortotic (ISPO))


Punca-Punca Sakit Tapak Kaki

Masalah sakit kaki tidak muncul dalam masa satu hari dan ianya dipengaruhi oleh gaya hidup dan cara seseorang menjaga kesihatan kaki. 

Perlu di ingat juga yang setiap orang mempunyai tapak kaki yang berbeza-beza. Antara punca-punca jika korang sering sakit tapak kaki adalah seperti berikut:

  • Berat badan berlebihan atau masalah obesiti.
  • Bagi mereka yang selalu bersukan dengan terlampau aktif juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat sakit pada tapak kaki.
  • Memakai kasut tinggi dalam jangka masa yang lama kerana ia menyebabkan tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.
  • Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh sebabkan tekanan tidak dapat disebarkan dengan sama rata dipermukaan tapak kaki.



Punca-punca inilah yang akan menyebabkan sakit tulang belakang, keletihan kaki, sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggul, ketidakstabilan pergelangan kaki dna banyak lagi dalam masa jangka panjang. 

Antara sakit tumit yang sering terjadi ialah, Plantar Fasciitis, Heel Spur, Flat Feet, Severe Pronated Feet, dan High Art Feet.


Pemeriksaan Kaki Percuma di Jenn Ortho

Sebab itu penting untuk korang buat pemeriksaan kaki dan kenal pasti jenis tapak kaki anda. Secara amnya ada lima jenis tapak kaki iaitu normal, pronated, flat, severe flat, high art. 

Jika korang datang ke Jenn Ortho, sila lah buat pemeriksaan kaki terlebih dahulu dan rawatan akan dicadangkan berdasarkan laporan analisis masing-masing.



Penting juga untuk tahu saiz lengkung tapak kaki (arch) kerana lengkungan memberi sokongan kepada badan semasa kita bergerak. 

Sekiranya lengkungan tapak kaki sangat tinggi atau rata, ia boleh menyebabkan tekanan pada otot dan sendi anda, terutamanya jika anda terlibat dalam aktiviti sukan lasak, atau jika anda berdiri untuk jangka masa panjang sewaktu bekerja.





Apa yang berlaku ialah ketinggian lengkungan akan mempengaruhi cara pergerakan kaki kita. 

Sekiranya lengkungan anda terlalu tinggi atau tidak cukup tinggi, kemungkinan besar kita akan menggunakan bahagian kaki secara berlebihan, dan penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kecederaan. 

Itu yang berlaku pada kaki kiri aku sekarang.





Bayangkan kita berjalan dan melakukan aktiviti lasak dan bersukan tapi tak beri perlindungan kaki yang betul dan dalam diam menyebabkan kecederaan pada badan. 

Aduh sakitnya. Akibatnya ada yang mula rasa sakit di usia muda dan lebih teruk bila usia semakin meningkat.


JennOrtho 3D Medical Orthotics Custom (Sol ortotik Custom 3D)

JennOrtho menawarkan penyelesaian 3D Medical Orthotics custom (Sol ortotik Custom 3D) yang memberi sokongan kaki yang direka khas untuk menyokong kaki anda dengan betul berdasarkan keperluan kaki korang. 

3D Medical Orthotics custom akan membantu memperbetulkan cara anda berdiri dan berjalan dan korang boleh guna sehingga lima tahun. 

Bagi aku memang berbaloi. Sol ortotik ada juga yang ready-made ya.





Selain daripada itu, ini adalah masa terbaik untuk korang kunjungi Jenn Ortho Mid Valley kerana banyak promosi menarik sedang berlangsung:
  • Pemeriksaan kaki secara PERCUMA
  • Konsultansi secara PERCUMA bersama Dr. Edmund (Setiap hari Ahad, pukul 2 sehingga 5 petang)
  • Jualan Pembukaan Store Diskaun sehingga 50% untuk kasut Ortotik dan juga custom ortotik



Latar Belakang Dr Edmund Lee

Dr Edmund Lee merupakan profesional perubatan yang sangat dihormati; berpengetahuan dalam bidang ortotik dan prostetik. 

Beliau berjaya mendapat banyak pengiktirafan kerana kemahirannya dalam rawatan diagnostik, kemampuan merancang ortotik & prostetik kepada pesakit yang cedera dan mengalami gangguan neurologi.





Dato Dr Edmund K H Lee, DIMP AMP, PKT, Phd (USA) Bsc (Kepujian)
Ahli Ortotis & Prostetik Berdaftar Negeri (UK)
Pakar Klinikal dalam Biomekanik Kaki (AUS)
Mengkhususkan diri dalam Foot Manipulation & Lower Limb Dry Needling (AUS)

Minat khasnya adalah dalam bidang Foot & Ankle Biomechanics and Scoliosis Management.
  • Ahli British Association of Prosthetist and Orthotist (BAPO)
  • Ahli Persatuan Pedorthic Footwear Association
  • Ahli Persatuan Prescription Foot Orthotic Laboratory Association (PFOLA)
  • Ahli Persatuan International Society of Prosthetics & Orthotics (ISPO)
  • Ahli Persatuan Australian Pedorthic Medical Grade Footwear Association

Jadi nasihat aku untuk korang yang ada rasa sakit-sakit kaki, tumit, lutut, tulang belakang dan lain-lain sila datang ke Jenn Ortho di Mid Valley Megamall ni. 

Jangan pandang remeh dan dalam masa yang sama terus menerus amalkan penjagaan kaki yang sihat, pilih kasut yang betul. 

Nak tahu maklumat lanjut berkaitan promosi boleh tengok laman sosial JennOrtho dibawah:

Instagram                |                  Facebook

JennOrtho

Alamat: JennOrtho, S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall.
Waktu Operasi: 10:00 Pagi hingga 10:00 malam



PG Mall: Jualan Mega 8.8 Sale, Shopping Secara Online

Semenjak PKP lagi ramai sungguh rakyat Malaysia yang terjebak dengan shopping online.  Aku pun tak terkecuali. 

Bila kerajaan mula kawal pergerakan rakyat akibat COVID ni jadi nak shopping macam kebiasaan tu agak terhad. 

Kalau korang kaki shopping dan suka membeli belah secara dalam talian, meh aku nak kongsikan satu platform online yang menawarkan pelbagai barangan keperluan iaitu PG Mall.

PG Mall: Jualan Mega 8.8 Sale, Shopping Secara Online

Aku pun tahu tentang PG Mall ni lepas tengok kawan-kawan update status shopping online di sana. Tak mahu ketinggalan aku pun buat sedikit research tentang PG Mall. 

Kena la jadi pengguna yang bijak, buat perbandingan harga dan tengok diskaun yang ditawarkan.




Apa PG Mall tu?


PG Mall ni merupakan platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. 

PG Mall merupakan platform e-dagang Msia No.1 yang ditubuhkan sejak 2017 dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. Jadi ayuh tunjuk semangat sokong syarikat tempatan okeh. 

PG Mall juga disenaraikan sebagai laman web e-dagang 3 teratas di laporan wawasan Iprice  

Antara barangan yang terdapat di PG Mall ialah seperti Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. 

Untuk pembayaran pula, PG Mall menerima e-wallet dan payment gateway.

Pendek kata semua yang korang perlukan ada di PG Mall. Harga pun mampu beli. Barangan yang menarik perhatian aku adalah emas. 

Weh korang boleh beli emas secara online di PG Mall dan tunggu je emas sampai depan pintu rumah. Bab keselamatan pula jangan risau warranty serta terma dan syarat ada jika berlaku apa-apa yang tidak dingini. 


Jualan Mega 8.8 Pre Sale Sempena Bulan Kemerdekaan

Bulan Ogos merupakan bulan istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, PG Mall berbesar hati melancarkan Jualan Mega 8.8  Pre Sale bermula 3 sehingga 7 Ogos 2020

Jualan Mega 8.8 – Pre Sale menawarkan Daily Flash Deals serendah RM8 dan menawarkan diskaun menarik khas untuk pelanggan baru dan pelanggan setia PG Mall.

PG Mall menawarkan RM5 off dengan pembelian minimum RM38 untuk pengguna baru sahaja. Dan RM15 off dengan minimum pembelian RM88 untuk semua pengguna PG Mall. 


Jualan Mega 8.8 PG Mall

Khas sempena Jualan Mega 8.8, PG Mall menawarkan diskaun 8% untuk barangan terpilih dan korang boleh jimat dengan diskaun sehingga RM88 dengan pembelian minimum sebanyak RM188. 

Untuk pengguna baru boleh nikmati diskaun RM 5 dengan perbelanjaan pembelian minimum RM38. 

Manakala untuk semua pengguna (baru & lama) boleh nikmati tawaran diskaun diskaun Rm15 dengan perbelanjaan pembelian minimum RM 88. 




Tawaran Untuk Pelanggan Maybank QRPay

Khas untuk pelanggan Maybank, korang boleh menikmati penjimatan hebat secara eksklusif dengan Maybank QRPay bila buat bayaran. 

Dapatkan DISKAUN RM5 apabila anda membeli-belah di PGMall atau MAE sah sehingga 31 Julai 2020. Gunakan kod promo: FLASH

Selain menawarkan barang-barang berkualiti dan pelbagai kepada pengguna, PG Mall juga bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.

PG Mall mengalu-alukan peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai mereka dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi. Dah boleh survey dan rancang apa nak beli sempena jualan Mega 8.8 yang akan datang ni. Selamat membeli belah. 

Untuk tahu lebih lanjut dan tahu promosi yang sedang berlangsung boleh follow laman sosial PG Mall seperti di bawah:


    Facebook       |         Instagram

Sebaik-Baik Doa Adalah Doa Di Hari Arafah, Jom Doa

Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah kemuncak ibadah Haji. Amalan yang dianjurkan semasa hari Arafah ialah berdoa. 

Seperti yang kita tahu, doa itu adalah senjata orang Islam dan sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah. Tahniah juga untuk mereka yang berpuasa sunat Hari Arafah kerana menghidupkan Hari Arafah. 

Sebaik-Baik Doa Adalah Doa Di Hari Arafah

Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)."

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)



Doa Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah #khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah.

Boleh berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

|  30 Doa Harian Di Bulan Ramadan  |


Senarai Doa Hari Arafah

Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).

Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.

Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.

Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.

Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.



Sumber: JAKIM


Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga

Semakin menjadi-jadi pula kes keganasan rumah tangga semenjak dua menjak ni. Ramai tertekan dengan keadaan ekonomi dan masing-masing gagal nak kawal emosi. 

Terperanjat bila terbaca berita tentang selebriti Youtuber masakan Malaysia yang terkenal juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Mungkin bagi dia itu hanya perselisihan faham dalam perkahwinan sebab khabarnya laporan polis terhadap suami dia telah pun ditarik balik. Kita doakan yang terbaik sahaja. 

Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga

Pagi ini aku terbaca lagi, tentang keganasan rumah tangga melalui status Facebook Uncle Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) yang sangat aktif dalam melakukan kerja amal.




Seperti biasa, wanita dipukul suami dan lebih perit disaksikan oleh anak-anak. Setelah lebih 14 tahun bertahan dipukul suami dan mendatangkan kecederaan kepada diri akhirnya wanita ini lari bersama empat orang anaknya.


Hancur luluh aku baca kisah macam ni. Wanita terbabit dibelasah sehingga pipi pecah sehingga perlu di jahit dan kaki kanan patah. Anak-anak juga jadi mangsa dan dipukul. Bayangkan kudrat orang lelaki memukul wanita dan anak kecil. Kejam betul manusia.

Kalau ikut perkongsian Uncle Kentang, lelaki tu sudah ditangkap polis. Masa aku menaip ni darah aku naik sampai ke kepala, aku ketap gigi rapat-rapat. Aku doakan Tuhan saja beri hukuman kepada lelaki tiada otak tu.





Bagaimanakah Caranya Untuk Melaporkan Kes Keganasan Rumahtangga?

Aku kongsikan cara untuk dapatkan bantuan bagi mangsa keganasan rumah tangga. Kalau bukan korang atau korang kenal sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tolonglah mereka. Sebarkan maklumat kepada yang memerlukan. Jasa baik korang hanya Tuhan je dapat membalasnya.

Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke: Boleh juga rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran. 
  • Menghubungi Talian Kasih 15999
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan


Contoh-contoh Keganasan Rumah tangga perlu korang tahu:

  1. Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
  2. Mencederakan secara fizikal
  3. Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
  4. Mengurung / menahan tanpa kerelaan
  5. Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.



Kebanyakkan kisah yang aku jumpa dan banyak ditayangkan dalam drama ialah apabila pasangan terlalu sayang dan takut untuk bertindak. Wanita biasanya lembut hati dan beri peluang dengan harapan agar suami akan berubah satu hari nanti.

Hari berganti minggu, bulan bertukar tahun tapi perangai baran suami masih sama. Ada yang nekad, terus ambil keputusan untuk hentikan keganasan yang berlaku, tapi ada juga yang ambil masa untuk kumpul keberanian.

Walau apa jua keputusan aku doakan supaya urusan mereka yang di uji ni dipermudahkan. Sesetengah wanita bertahan kerana dalam otak dia mengimpikan keluarga yang bahagia dan sempurna. 

Bertahan juga kerana tak mahu anak hidup tanpa kasih sayang seorang bapa, ada juga yang malu kalau bergelar janda dan ada juga yang tak mahu digelar isteri derhaka.

Apa jua alasan, apa jua tindakan banyakkan berdoa, minta nasihat dan bantuan. Langkah pertama adalah rujuk kepada keluarga terdekat. Kadang kita tak nampak apa yang di depan mata jadi keluarga lah yang akan bantu kita. Kalau segan boleh juga rujuk ke pejabat agama.