PG Mall: Jualan Mega 8.8 Sale, Shopping Secara Online

Semenjak PKP lagi ramai sungguh rakyat Malaysia yang terjebak dengan shopping online.  Aku pun tak terkecuali. Bila kerajaan mula kawal pergerakan rakyat akibat COVID ni jadi nak shopping macam kebiasaan tu agak terhad. Kalau korang kaki shopping dan suka membeli belah secara dalam talian, meh aku nak kongsikan satu platform online yang menawarkan pelbagai barangan keperluan iaitu PG Mall.

Aku pun tahu tentang PG Mall ni lepas tengok kawan-kawan update status shopping online di sana. Tak mahu ketinggalan aku pun buat sedikit research tentang PG Mall. Kena la jadi pengguna yang bijak, buat perbandingan harga dan tengok diskaun yang ditawarkan.



Apa PG Mall tu?


PG Mall ni merupakan platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. PG Mall merupakan platform e-dagang Msia No.1 yang ditubuhkan sejak 2017 dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. Jadi ayuh tunjuk semangat sokong syarikat tempatan okeh. PG Mall juga disenaraikan sebagai laman web e-dagang 3 teratas di laporan wawasan Iprice 

Antara barangan yang terdapat di PG Mall ialah seperti Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. Untuk pembayaran, PG Mall menerima e-wallet dan payment gateway.

Pendek kata semua yang korang perlukan ada di PG Mall. Harga pun mampu beli. Barangan yang menarik perhatian aku adalah emas. Weh korang boleh beli emas secara online di PG Mall dan tunggu je emas sampai depan pintu rumah. Bab keselamatan pula jangan risau warranty serta terma dan syarat ada jika berlaku apa-apa yang tidak dingini. 

Jualan Mega 8.8 Pre Sale Sempena Bulan Kemerdekaan

Bulan Ogos merupakan bulan istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, PG Mall berbesar hati melancarkan Jualan Mega 8.8  Pre Sale bermula 3 sehingga 7 Ogos 2020. Jualan Mega 8.8 – Pre Sale menawarkan Daily Flash Deals serendah RM8 dan menawarkan diskaun menarik khas untuk pelanggan baru dan pelanggan setia PG Mall.

PG Mall menawarkan RM5 off dengan pembelian minimum RM38 untuk pengguna baru sahaja. Dan RM15 off dengan minimum pembelian RM88 untuk semua pengguna PG Mall. Boleh shopping di sini (bermula pada hari PRE SALE tersebut!!) 

Jualan Mega 8.8 PG Mall

Khas sempena Jualan Mega 8.8, PG Mall menawarkan diskaun 8% untuk barangan terpilih dan korang boleh jimat dengan diskaun sehingga RM88 dengan pembelian minimum sebanyak RM188. 
Untuk pengguna baru boleh nikmati diskaun RM 5 dengan perbelanjaan pembelian minimum RM38. 

Manakala untuk semua pengguna (baru & lama) boleh nikmati tawaran diskaun diskaun Rm15 dengan perbelanjaan pembelian minimum RM 88. Boleh shopping di sini (bermula pada hari PRE SALE tersebut!!) 




Tawaran Untuk Pelanggan Maybank QRPay

Khas untuk pelanggan Maybank, korang boleh menikmati penjimatan hebat secara eksklusif dengan Maybank QRPay bila buat bayaran. Dapatkan DISKAUN RM5 apabila anda membeli-belah di PGMall atau MAE sah sehingga 31 Julai 2020. Gunakan kod promo: FLASH

Selain menawarkan barang-barang berkualiti dan pelbagai kepada pengguna, PG Mall juga bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.

PG Mall mengalu-alukan peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai mereka dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi. Dah boleh survey dan rancang apa nak beli sempena jualan Mega 8.8 yang akan datang ni. Selamat membeli belah. Untuk tahu lebih lanjut dan tahu promosi yang sedang berlangsung boleh follow laman sosial PG Mall seperti di bawah:


Website   |         Facebook       |         Instagram

1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Haa baru tahu PG Mall syok juga kan.. Jom shopping 🛒

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama