Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

Aku kenal Kuih Bakar setelah berkahwin dengan suami dan tahu tentang kewujudan Kuih Bakar sebab mak mertua aku suka sangat makan kuih ni. 

Kuih Bakar atau nama lain dia Kuih Kemboja merupakan salah satu kuih tradisional kebanggaan orang Melayu.

Betulkan aku kalau salah ya, ni ikut pembacaan aku sahaja.


Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

Kakak ipar aku pernah berniaga Kuih Bakar satu ketika dahulu jadi sempat la tengok proses penyediaan bahan-bahan sehingga la proses nak bakar. 

Orang kata semakin tradisional cara bakar kuih tu semakin sedap rasa dia.

Betul lah tu. Dapat beza tau rasa garing dan bau asap tu. Sedap sangat. Jarang sangat dah jumpa penjual kuih bakar masak kuih ni dengan menggunakan arang. Sekarang nak mudah je guna oven je. 




Kuih Bakar Kuih Rasmi Negeri Melaka

Sepanjang Kakak ipar aku menjual, dia banyak dapat tempahan Kuih Bakar Berempah Melaka dari golongan berusia sebab dia menggunakan resepi turun temurun keluarga dan guna rempah sebagai salah satu bahan kuih bakar.

Ikut aku bertekak orang muda ni kurang minat bau rempah tu. Selera orang tak sama kan. Ahaks. Aku lebih prefer Kuih Bakar bau pandan tu. Selalu kalau rindu nak makan beli je dekat Pasar Malam.

Menurut sumber Melaka TV, Negeri Melaka akan mengangkat Kuih Bakar sebagai kuih tradisional rasmi sekaligus memastikan ia terus releven sepanjang zaman. 

Wah makin dikenali la Kuih Bakar selepas ni. Baguslah sekurang-kurangnya tidak lah pupus ditelan zaman.

Usahawan-usahawan kuih bakar kena ambil peluang ni untuk menonjolkan lagi Kuih Tradisi seperti Kuih Bakar ke peringkat antarabangsa.

Kalau bercuti ke Melaka jangan lupa bawa anak-anak ke Zoo Melaka tengok Dinosour Encounter atau ke Oceanarium tengok binatang laut . A Famosa Resort pun best. 

Kalau tengok resepi Kuih Bakar sukatan cawan yang dikongsi Tg Khuzanika di Facebook memang mudah sangat dan tak banyak sangat bahan dia guna. Lagi mudah tak perlu penimbang tapi guna cawan je. Lepas ni boleh cuba.


Resepi Kuih Bakar Ikut Sukatan Cawan

1 cawan telur (Bilangan telur bergantung kepada saiz cawan)

1 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula pasir

6 helai Daun Pandan (Blend dengan sedikit air)

2 cawan santan

Secubit garam

Sedikti pewarna hijau epal

Sedikit emulco pandan (Terpulang nak letak atau tidak)

Bijan yang disangai.

Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga sebati kecuali bijan. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.


Kalau tiada acuan kuih bakar boleh beli di Shopee. Selalu menghampiri bulan puasa acuan ni cepat sold out. Macam last year acuan kuih Cara berebut orang beli.




Menyesal Ke Cuba Mamee SLRP! Perisa Kari Xtra Pedas?

Makan mee segera extra pedas merupakan idea yang teruk kalau kita makan di waktu malam ya hadirin sekalian sebab ia menyebabkan kita menggelupur mencari air dan minum sehingga kembung. Jadi pukul berapa kita nak tidur kalau macam tu?

Ok maafkan aku sebab emosi terlebih minum air sejuk. Realitinya waktu tengah malam la waktu paling teringin nak makan benda mengarut dan kurang berfaedah kepada diri contohnya mi segera.


Menyesal Ke Cuba Mamee SLRP! Perisa Kari Xtra Pedas?

Masa topup barang dapur baru-baru ni suami beli mi segera extra pedas. Dia ada dua tau level pedas dia, Mi segera perisa kari dan Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Masa beli mi Mamee SLRP ni tak letak harapan tinggi pun.

Sebab apa tau selalu tertipu dengan iklan mi segera dekat TV, kata pedas tapi bila dah cuba sebenarnya tak pedas pun. Punah harapan. Berlagak tak mahu kalah ambil xtra pedas.




Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas

Seperti biasa akibat pengaruh media sosial, kami beli mi segera perisa Kari Xtra pedas jenama Mamee SLRP. Kebetulan stok mi segera dah habis. Biasanya kami akan standby mi segera sebab selalu bosan makan nasi.

Bosan makan nasi, tapi tak kurus pun. ceh.

Salah satu perkara aku suka Mamee SLRP adalah mi dia kenyal dan tak cepat lembik. Aku paling tak suka makan mi yang cepat lembik dan kena makan cepat-cepat.



Berbalik kepada tajuk entri kali ni, aku menyesal ke tidak? Semestinya tidak. Walaupun berhelai tisu dan segelas air sejuk aku minum perasaan menyesal belum timbul. 

Tak pastilah kalau esok pagi aku akan sakit perut. Setakat ni baik-baik sahaja. Sedap weh Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas ni. 

Kena sangat dengan selera aku. Daya tahan pedas aku tidak lah hebat mana. Level sedang-sedang tahan pedas. Dari skala 5, bagi aku pedas dia di tahap 3.5 punya pedas (aku makan tanpa letak chili flakes).

Dalam paket tu ada mi, serbuk perencah dan satu paket chili flakes. Aku tak letak langsung chili flakes tu, kalau kau orang letak mungkin level pedas boleh pergi ke skala 4 atau 4.5 pedas. Sepanjang aku makan aku berkipas dan ditemani oleh tisu dan air sejuk.




Pedas dia jenis pedas dalam mulut tapi tidak peritkan bibir kau orang. Kalau aku makan Samyang, bibir aku automatik bengkak pedih. 

Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas pedas berair mata tapi lepas minum air sejuk, pedas tu cepat hilang.

Masa makan kepala aku rasa berangin je. Tak pastilah orang lain, kalau aku makan makanan pedas mesti rasa sejuk berangin kepala aku.

Waktu sediakan mi ni aku tambah ketulan isi ikan Dory dan tambah ketulan jagung frozen serta sekeping cheese. Saja nak nampak menarik untuk dimakan. Cheese tu konon nak bagi kuah dia rasa berlemak.




Alhamdulillah berbaloi rasanya kalau kau orang nak cuba Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas. Jangan tanya harga sebab aku lupa. Tak silap masa tu Giant ada buat promosi jadi harga aku beli lebih murah.

Sedikit pesanan kalau nak makan, jangan makan depan anak-anak. Kasihan nanti sakit perut. Aku dah nasihat tau. 

Lagi satu, tolong jangan amalkan sebab makan lewat malam atau sebelum tidur akan meningkatkan risiko penyakit diabetes, risiko sakit jantung dan lain-lain penyakit bahaya lagi. 

Okey lepas ni kita insaf ramai-ramai ya. Nama pun manusia, benda yang tak boleh buat itulah yang seronok untuk kita buat. 

Mamee SLRP! Mi Segera Perisa Kari Xtra Pedas sesuai sangat jadi bahan kalau kau orang nak buat Mukbang challenge ke, sesuai juga dimakan masa tengok drama Korea.

Ok lah aku nak sambung tengok drama. Selamat makan dan comment lah kalau dah pernah cuba. Amacam menangis tak masa cuba?


Kubis Gulung Inti Ayam Menu Diet Mudah Disediakan

Disebabkan bosan makan nasi hari-hari aku cuba buat pertama kalinya menu ringkas tapi confirm kenyang iaitu kubis gulung berintikan ayam. 

Aku pernah tengok resepi ni dekat Youtube dan popular sebagai menu orang diet.

Bahan utama dia ialah Kubis dan isi ayam hancur. Cara nak buat pun mudah. Suami pun layankan saja selera isteri yang jemu nasi. 

Jadi lagi bersemangat nak kurangkan pengambilan nasi. Kata nak kurangkan berat badan kan?


Kubis Gulung Inti Ayam Menu Diet Mudah Disediakan

Kalau ikut tekak aku Kubis Gulung Inti Ayam atau Rolled Cabbage ni sesuai sebagai hidangan minum pagi dan minum petang. 

Boleh kenyang sehingga waktu tengahari. Rasa dia seperti makan Vietnamese Roll. Jom tengok resepi Kubis Gulung Inti Ayam.




Resepi Kubis Gulung Inti Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut: 

  • Kubis
  • Isi ayam
  • Lobak Merah
  • Cili Merah
  • Daun Bawang
  • Sos Tiram
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa

Cara-caranya :

#1 Kebanyakkan resepi guna kubis bulat, tapi aku guna kubis panjang sebab dekat rumah ada yang tu, sedap juga.

#2 Relaikan helaian kubis dan cuci sehingga bersih. Serangga kecil banyak tersembunyi dekat celah-celah kedutan kubis tu jadi rendam la sekejap dengan air garam.

#3 Boleh celur atau kukus untuk melembutkan kubis supaya mudah nak gulung nanti.

#4 Isi ayam boleh lah diblend sehingga lumat. Malas nak blend kau orang hiris la kecil-kecil kemudian perap dengan sos tiram, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Lobak dan cili dipotong dadu dan gaul sekali.

#5 Susun kubis yang dicelur tadi di atas pinggan kemudian susun bahan-bahan perapan yang disediakan tadi.

#6 Lipat macam kita buat popia. Kemudia ikat dengan daun bawang. Aku tak ada daun bawang tak wajib pun.

Sesungguhnya aku bukan tangan halus berseni jadi aku gulung jelah asal dia tertutup. lol. Nak buat bite size ke, nak buat besar tangan ke terpulang. 



#7 Sediakan pengukus dan kukus 10 – 15 minit.

Siap dan boleh hidangkan bersama sos pilihan. 

Sos Thai pun sedap, sos keropok lekor pun sedap. Serius mudah sangat nak buat kubis gulung ni. Aku buat saiz kecil molek, makan 5 ketul pun dah kenyang. 

Sedap, mudah dan mengenyangkan. Memang menjadi pilihan aku yang tak pandai masak dan mereka yang nak diet.

Kalau sebelum ni kalau beli kubis tak habis mesti akan hitam dan buang je, tapi sekarang setiap kali beli kubis dah tak membazir. Alhamdulillah.

Selamat mencuba ya.  




Persiapan Sambut Raya 2021

Kalau ikutkan trend semasa kebenaran semasa PKP/PKPB macam cerah je peluang kita balik beraya di kampung kan? 

Kalau perasan dah banyak pelepasan diberikan terutama kebenaran pemilik perniagaan beroperasi. 

Walaupun jumlah jangkitan kes Covid turun naik tetapi memandangkan vaksin dah mula diberikan kepada rakyat Malaysia jadi peluang nak hidup tanpa sekatan yang ketat tu agak cerah. 


Persiapan Sambut Raya 2021 

Aku nak fikir positif je ni, mana tahu Allah berikan rezeki tahun ni satu Malaysia boleh balik beraya di kampung. 

Beraya dengan selamat dan Covid terkawal la semestinya. Aamiin. Doakan please. Tahun lepas Raya dekat KL tanpa mak dan adik beradik memang terasa hambar je. 

HUKUM AMBIL SUNTIKAN VAKSIN COVID-19




Tarikh Puasa Ramadan & Raya Puasa 2021

Tarikh dijangkakan umat Islam di Malaysia akan mula puasa jatuh pada 13 April 2021 iaitu pada Hari Selasa. 

Raya Puasa Aidilfitri pula dijangka jatuh pada 13 Mei 2021 iaitu Hari Khamis.  Teruja sebab ramai ahli keluarga aku lahir pada bulan Mei. 

Termasuklah suami pada 14 Mei, anak kedua aku Raudah Sakinah 20 Mei, arwah Abah 23 Mei dan kakak Sulong aku 25 Mei. 

Dah Mula ke Persiapan Raya? 

Kalau perasan masa cepat betul berlalu sekarang ni. Tak lama lagi Februari dah nak melabuhkan tirai, dan kita dah masuk bulan Rejab pun. 

Tinggal Sya’ban dan kemudian datanglah Ramadan. Aku excited dan dalam masa yang sama sayu. Emosi setahun lebih ni turun naik disebabkan pandemik. Anak-anak tak usah cakap lah. 

Memang setiap kali telefon Wan dekat kampung mesti terselit dialog nak balik kampung. Jadi tahun ni semangat aku nak beraya dan buat persiapan Raya tu ada. 

Haruslah excited walaupun nasib beraya dan merentas negeri tu masih kabur-kabur. Persiapan Raya aku lebihkan untuk anak-anak. 

Selain nak sambut Raya, hati ni teruja nak sambut Ramadan jadi aku lebih readykan diri untuk sambut puasa. Nak kena jaga kesihatan supaya dapat puasa dan dapat melakukan ibadah lain dengan mudah. 

Resepi Kuih Raya Viral 



Trend Baju Raya 2021 

Untuk tahun 2021, Pantone mengumumkan bahawa 17-5104 Ultimate Grey dan 13-0647 Illuminating akan menjadi trend warna bagi tahun ini.

Selama lebih dari 20 tahun, Pantone’s Color of the Year telah mempengaruhi keputusan bagi pengembangan produk dan pembelian di pelbagai industri. 

Termasuk fesyen, perabot rumah, dan reka bentuk industri, serta pembungkusan produk dan reka bentuk grafik.




Lepas google baru tahu Illuminating tu warna kuning rupanya. Ha dah dapat bayangkan baju raya warna kuning dan kelabu ke belum? 

Atau pun boleh guna grey untuk cat rumah pon cun jugak kan? Not bad juga lah warna yang dijangka trending ni. 




Tapi jangan lah sedih kalau tak suka dua warna yang dijangka meletup tahun 2021 ni, boleh je beli baju ikut warna yang kau orang suka. nak tengok warna lain boleh rujuk entri aku yang sudah tentang warna tema Raya dekat sini. - Baju Raya warna apa tahun ni?


Giliran beraya Turn Isteri 

Kalau ikut giliran beraya sepatutnya tahun lepas, tahun 2020 adalah giliran beraya di kampung aku. Disebabkan tidak dapat pulang beraya secara automatik giliran beraya tahun lepas di bawa ke tahun 2021. 

Tapi ini semua belum muktamad lagi. Masih belum duduk berbincang dengan suami dan takut juga nak berharap. 

Segala keputusan bercuti kena tengok jadual bertugas suami juga. Mesti semua orang teruja nak bercuti. 

Jadi secara automatik mood nak raya is on. 

Untuk tahun ni aku tak plan nak buat biskut Raya. Ikutkan tahun-tahun sebelum ni biskut Raya yang mendapat sambutan anak-anak ialah 

  1. Biskut Popia Nestum Bersalut Coklat 
  2. Biskut Brownies Cookies Viral 
  3. Biskut Crunchy Caramel Almond 


Jadi kebarangkalian biskut ni sahaja yang akan dibuat ikut tahap kerajinan aku. Kalau malas kita order jelah. Macam tak biasa lol. 

Okey sebelum aku stop menulis, ayuhlah kita berdoa semoga Negara Malaysia cepat pulih dan sembuh dari Covid19. 

Memang kita tahu lambat lagi nak bebas, tapi sekurang-kurangnya dapat balik jenguk ibu bapa dekat kampung pun dah syukur sangat. Aaamiin Ya Mujib. 

Jangan leka atau alpa. Kita belum menang. Amalkan Penjarakan fizikal 1 meter daripada orang lain. Jangan lupa pakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan bawa hand sanitizer jika keluar rumah.