Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan Pakcik

Kehilangan ahli keluarga di waktu kes Covid tengah mencanak naik ni sangat menyedihkan. Terkilan sebab tak boleh melawat dan beri penghormatan terakhir kepada si mati. 

Maghrib semalam dapat panggilan dari sepupu, Pakcik telah kembali ke Rahmatullah. Pakcik yang tinggal di Klang Selangor, adik emak. 

Daripada empat beradik sekarang tinggal berdua sahaja. Perginya Pakcik agak mengejut. Sampai saat ni aku masih terkejut dengan berita kehilangan ni. 

Pedih hati yang bagai di siat-siat. 


Kematian Yang Mengejut Selamat Jalan Pakcik

Jumaat lepas kami sempat buat bacaan Yassin melalui Google Meet. Itulah kali terakhir aku tengok wajah Pakcik, itupun secara online sahaja. 

Wajah arwah nampak susut. Dia mengadu tentang kesihatan dia yang agak teruk. Batuk yang agak teruk tetapi beransur pulih dan katanya badan terasa seram sejuk. 

Berdasarkan perbualan dengan sepupu, Pakcik baru je bebas Covid tapi kesannya masih ada. Kami pun lambat diberitahu sebab tak mahu risaukan saudara mara. 

Sebab tu aku takut sangat kalau orang berumur terkena Covid. Golongan berisiko tinggi dan tak terjangka. 




Setiap tahun sebelum wujudnya Covid, pada Hari Raya Pakcik dan keluarga akan singgah beraya di rumah mak di kampung. Dah jadi kebiasaan bagi kami yang bekeluarga besar ni. memang meriah. 

Dari semalam kami tak putus-putus buat video call dengan sepupu. Aku bersyukur masa mak terima berita mengejut ni abang dan kakak ipar ada di sisi mak. 

Waktu buat video call, mak memang menangis semahunya. Sebagai anak aku rasa sedih tak dapat peluk dan berada di sisi emak. 

Makcik adalah orang paling terkesan dengan pemergian Pakcik. Berkali-kali dia pengsan sebab terperanjat. Mujur anak-anak kuat untuk tenangkan dia. 

Paling menyedihkan, salah seorang sepupu aku yang disahkan positif Covid sekarang berada di Maeps dan seorang lagi sepupu aku sedang bertugas di UAE sebagai jururawat. 

Hanya panggilan video sahajalah yang menjadi penyambung sekarang. Masing-masing sedang hebat diuji tak dapat tatap wajah yang tersayang. 

Disebabkan PKP banyak perkara yang biasanya kita dapat buat sekarang dah tak boleh. Urusan pengebumian tak boleh ramai-ramai. 

Saudara mara yang di luar daerah, luar negeri belum tentu dapat perlepasan pihak polis untuk datang melawat. Ditambah lagi risiko Selangor merupakan antara Negeri penyumbang kes Covid jadi pihak polis memang agak tegas untuk benarkan rentas negeri. 

Pesanan aku, tolonglah jaga diri dan kesihatan. Kalau ada ahli keluarga yang berisiko tinggi dijangkiti atau merupakan kontak rapat, tolonglah pantau dan rujuk ke hospital kalau keadaan kesihatan menurun. 

Aku yakin ibu bapa berumur ni agak takut nak ke hospital tapi sebagai anak cubalah sebaik mungkin pujuk dan dapatkan rawatan di hospital. 

Mohon untuk korang semua yang sedang membaca ni, minta sedekahkan AlFatihah. 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. 

"Ya Allah, Kau kasihanilah dia. Muliakanlah dia. Permudahkan urusannya di sana. Kau tempatkanlah dia di kalangan mereka-mereka yang Kau janjikan syurga dan mereka yang mendapat keredhaanMu."

Amin.


Senarai Terkini Biasiswa Lepasan SPM

Senarai Terkini Biasiswa Lepasan SPM

Permohonan biasiswa berikut terbuka kepada semua pelajar lepas SPM 2020

Dinasihatkan supaya menyemak maklumat terkini, terma dan juga syarat permohonan di laman web rasmi setiap organisasi.




Biasiswa Dalam Bidang Kejuruteraan 




Biasiswa Dalam Bidang Komputer Sains & Pertanian



Biasiswa Dalam Bidang Seni Bina & Matematik



Biasiswa Dalam Bidang Perakaunan & kewangan 



Biasiswa Dalam Bidang Sains 
 

Biasiswa Dalam Semua Bidang




Biasiswa Dalam Bidang Undang-Undang


sumber: ansarataiping.com

Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Kecoh kan sekarang tentang kejadian tertukar bayi di hospital yang berlaku kepada Puan Siti Jamumall dan Puan Diana. Ingatkan perkara tertukar anak ni berlaku dalam drama sahaja.

Itu apa yang selalu aku fikir dulu, tak mungkin kecuaian macam tu boleh berlaku. Tapi bila kejadian sama berlaku pada diri sendiri lima tahun lepas, aku boleh relate apa ibu-ibu terlibat ni rasa.


Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi Di Hospital

Puan Siti Jamumall ni aku kenal sewaktu aku tulis artikel mengenai adik beliau pada tahun 2019. Menariknya adik beliau merupakan orang kelainan upaya tetapi dikenali sebagai usahawan berjaya.

Boleh google tentang ‘Nizam tiga jari’.  Boleh baca kisah inspirasi dekat sini Kisah Usahawan OKU Berjaya




Pengalaman Diri Sendiri Tertukar Bayi

Berbalik kepada tajuk di atas, aku sempat merasa pengalaman tertukar anak sendiri waktu melahirkan anak kedua di sebuah hospital swasta.

Mujurlah aku bukan artis atau golongan yang dikenali, kalau tak mesti netizen kecam aku sibuk nak buat live sampai anak sendiri tak cam, sama macam apa yang berlaku kepada Puan Siti.

Budaya cyber bully, kecam mengecam ni serius kena stop la wahai rakyat Malaysia. Tak baik judge orang sedangkan kita tak tahu kehidupan dia yang sebenar.

Pengalaman aku pula lebih kurang sama cuma tempoh aku sedar bayi tu bukan anak aku berlangsung dalam 10 – 15 minit macam tu.

Sekadar throwback, aku bersalin normal dan selesai urusan melahirkan anak kemudian aku dimasukkan ke wad. Memang suami tempah bilik seorang untuk keselesaan kami.

Waktu mendaftar masuk hospital, nurse dah minta baju, pampers & selimut bayi awal-awal supaya senang bila anak lahir je nurse akan pakaikan baju sebelum diserahkan kepada ibu bapa.

Aku ingat lagi baju yang aku siapkan dalam bag bersalin ialah baju belang Kuda Belang.

Apa yang berlaku pada kami ialah waktu nurse serahkan anak aku tengah berehat setelah penat meneran. Walaupun penat aku tak sabar nak jumpa dan susukan anak.



Nurse Mohon Maaf Tertukar Bayi

Dalam keadaan yang penat selepas bertarung nyawa memang kita harapkan dan letak kepercayaan sepenuhnya kepada pihak hospital.

Moment pegang anak kali pertama tu sangat-sangat berharga. Lepas nurse keluar bilik perkara pertama kami buat adalah cium dan belek anak.

Laju je ambil handphone nak rakam memori indah tu.

Waktu ni bayi kemas berbalut dan dibedung. Hanya nampak muka sahaja. Masa pegang bayi yang disangkakan anak sendiri waktu tu memang terasa lain sangat tapi cepat-cepat tepis perasaan tak sedap hati tu.

Hilang rasa sakit meneran waktu bersalin bila nampak anak depan mata. Perasaan sayang tu kalau boleh digambarkan macam seluas lautan lah.

Tapi masa ni kami dah mula pelik, hidung bayi tu mancung sedangkan hidung kami biasa-biasa je. Hidung Melayu. Ahaks.

Lagi satu bayi ni berkulit cerah dan banyak bulu pada jari dan bahagian muka. Perkara paling best dapat cium jari jemari baby. Terapi sungguh bau bayi baru lahir.

Sayang punya pasal, segala ‘kelainan’ pada bayi aku tolak tepi. Sambil peluk erat sambil tu mulut aku bercakap-cakap dengan bayi.

“hey awak anak siapa ye?” dalam nada berseloroh.

Elok kami tengah bercakap-cakap dengan anak, nurse masuk dan sampaikan berita tertukar bayi.

Mata aku automatik pandang baju yang nurse pakaikan pada bayi. Bukan baju Kuda Belang yang aku bekalkan tu. Nurse minta maaf atas kemalangan yang tidak disengajakan.

Mulut terus laju tanya mana anak aku?

Nasib lah waktu tu aku belum sempat susukan bayi tu lagi.

Dijadikan cerita rupa-rupanya bayi yang diserahkan pada kami tu emak dia masih belum sedarkan diri (mak dia bersalin caeser).

Reaksi kami masa tu kosong sangat, semestinya kami blur. Belum hilang penat terkejar-kejar uruskan hal bersalin tiba-tiba kejadian macam ni berlaku.  

Jadi aku faham sangat bila Puan Siti & keluarga lambat sedar tertukar anak. Lepas bersalin dalam otak hanya fikir nak balik dan berehat.

Nak pula bersalin di zaman Covid ni, prosedur dia lebih panjang berbanding waktu normal dahulu. Pasti lebih penat.

Untuk kes aku, kami decide tak ambil tindakan lanjut. Nurse pun banyak kali minta maaf, sebelum keluar hospital banyak kali aku minta nurse pastikan kami tak tersalah ambil anak orang.

Bagi kes Puan Siti khabarnya dia nak ambil tindakan undang-undang. Kalau itu pilihan dia terpulanglah kan. Sekurang-kurangnya ianya akan jadi iktibar kepada pihak hospital supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

 

Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan TikTok

Jangan terperanjat sekiranya ada antara kawan anda yang mengatakan bahawa kita boleh menjana pendapatan melalui TikTok. Ianya adalah benar sama sekali. 

Sebenarnya dah ramai content creator yang mula terjebak menjana pendapatan di TikTok. Di dalam artikel kali ini aku akan terangkan tentang cara-cara buat duit di TikTok hanya dengan membuat video.


Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan TikTok

Lepas ni kalau ada yang marah dan kata anda hanya buang masa di TikTok mungkin boleh kongsi dan suruh mereka baca artikel ini. 


Jom Kenal Dengan Aplikasi TikTok?

TikTok merupakan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteDance, iaitu syarikat yang berpangkalan di Beijing dan diasaskan oleh Zhang Yiming. 

Zhang Yiming merupakan usahawan internet jutawan China. Beliau telah menubuhkan ByteDance pada tahun 2012 dan melancarkan aplikasi TikTok pada tahun 2017. 


Pada asalnya, TikTok ni digunakan untuk buat lip sync, komedi, tarian & video pendek serta video bakat lain. 

Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini trend TikTok terutama di Malaysia sudah mula berubah. Kalau dulu memang orang kita terikut-ikut dengan budaya menari gelek, tetapi kini mula dipenuhi dengan video konten ilmiah atau nama lainnya edu content. 

Ini sebab kenapa orang bisnes kena ada akaun TikTok




Buat duit dengan TikTok Melalui Content Creator's Program

Itu yang cuba TikTok Malaysia promosikan iaitu melahirkan lebih banyak ‘content creator’ dan menawarkan bayaran kepada content creator yang ada potensi menghasilkan video yang ada konten berkualiti. 

Untuk menjadi "Selected Creators" yang dipilih oleh TikTok, anda mestilah consistent dalam menghasilkan video dan video anda kena ada value. Maksudnya video anda haruslah memberi manfaat kepada penonton serta kena kreatif.   

Jadi kalau korang ada ilmu tak kira ilmu memasak, kraftangan, tip sosial media, editing dan banyak lagi perkara yang korang boleh kongsi. 

Semakin ramai orang sukakan video anda semakin tinggi peluang anda untuk dipilih menyertai Content Creator's Program ni. 

Apa yang aku suka di TikTok, tak kisah siapa pun anda asalkan anda ada otak yang kreatif dan berbakat pasti anda akan berjaya. 

Cara lain untuk buat duit dengan TikTok ialah melalui sesi Live. Anda perlu mempunyai minimum 1000 orang pengikut di akaun TikTok barulah anda layak untuk buat live. 

Jika topik live anda menarik minat dan memberi manfaat kepada pengikut anda, anda berpeluang untuk terima 'gift' dari pengikut anda. 

Ada pelbagai nilai gift yang berbeza dan macam aku terangkan di atas, gift ini bukan paksaan tetapi hadiah daripada pengikut anda. 


                                            | Boleh juga buat duit dengan jadi TikTok Affiliate | 



Jenis-Jenis Content Di TikTok

Aku kongsikan jenis-jenis content yang anda boleh cuba untuk dijadikan niche sekiranya anda nak cuba buat video di TikTok:

  1. Education 
  2. Science 
  3. Teknologi
  4. Tip & Tutorial 
  5. DIY
  6. Lifehacks 
  7. Fitness & health 
  8. Art
  9. Motivation


Kelebihan menyertai TikTok Content Creator's Program

  • Layak menerima TikTok merchandise 
  • Terima jemputan eksklusif dari TikTok
  • Peluang mengembangkan konten dan juga audience sehingga ke peringkat antarabangsa
  • Hadiah wang Tunai


Bayangkan hanya dengan buat video sahaja kita dapat macam-macam faedah. Bila dah dikenali semestinya follower pun akan bertambah, waktu tu memnag mudahlah kalau content creator nak bekerjasama dengan brand-brand berjenama. 


Pesanan untuk Newbie di TikTok

Untuk yang baru berjinak-jinak di TikTok, anda kena ingat pesanan ini.

Jangan buang masa dan tenaga macam apa aku buat masa mula-mula join TikTok. 

>  Cari guru untuk belajar. Banyak je kelas-kelas yang ajar tentang TikTok. Kenapa aku nasihatkan belajar dulu sebelum mula ialah TikTok ni tak sama dengan platform sosial media yang lain. 

Antara guru Tiktok pernah aku belajar ialah Abang Naz - King of TikTok dan juga Chemell - Make It Fachun. 

>  Ada rules yang TikToker kena patuhi yang dipanggil Community Guidelines, contohnya TikTok melarang keras sebarang bentuk hard sell. Silap haribulan akaun anda akan di delete selamanya. Banyak lagi rules dia. 

>  Cari satu niche dan konsisten buat video tentang niche anda sebab anda cepat grow kalau fokus dengan satu niche berbanding buat random content. 

>  Hasilkan video yang bermanfaat, yang ada value dan kreatif tanpa melanggar hukum syarak terutama kaum muslimah. Jagalah aurat dan elak konten yang memudaratkan kita di dunia dan akhirat. 


Dapat sesuatu? 

Kalau dapat boleh komen dan share artikel ni dengan yang lain.