Rawat Kulit Muka Berparut Dan Berjerawat Dengan Crystal Skin

Masalah kulit muka berparut dan berjerawat adalah antara masalah utama yang sering di alami baik lelaki mahupun wanita. 

Selain daripada faktor cuaca, banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah kulit muka seperti faktor pemakanan, rutin tidur, senaman serta banyak lagi. 

Aku tak terkecuali pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk selepas melahirkan anak. Maklumlah bila badan terlalu penat, sibuk dengan kerja harian dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sehinggakan kesihatan diri sendiri terabai.  


Rawat Kulit Muka Berparut Dan Berjerawat Dengan Crystal Skin

Muka aku yang dulunya sukar sangat jerawat nak singgah tapi akhirnya tumbuh macam cendawan. Lepas tu jari aku gatal nak garu dan kupas kulit kering di muka. Akibatnya, muka jadi comot dan kusam. 

Sesungguhnya bila muka kusam dan berparut pasti menjadi tarikan orang untuk melihat. Masa tu perasaan malu tu tak usah la nak cakap, sampaikan aku tak akan keluar jumpa orang jika tak pakai make up. 


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Kisah Di Sebalik Kewujudan Crystal Skin

Bila aku baca kisah pengasas Cyrstal Skin, En Airiey Sayuti dari Rish Beauty Cosmetic, aku boleh kaitkan dengan pengalaman diri sendiri. En Airiey Sayuti nekad untuk menyebarkan manfaat Crystal Skin kepada orang ramai selepas dia berpuas hati produk itu ternyata berkesan dan selamat. 

Semasa zaman remaja, beliau kerap merasa rendah diri dan seorang yang pemalu. Sering menjadi bahan usikan kawan-kawan kerana badannya yang berisi dan kulit muka berjerawat serta mempunyai kulit yang agak gelap.

Melangkah masuk ke alam pekerjaan, beliau mula serius dalam menjaga penampilan diri dan kesihatan. Beliau mula mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam, makan makanan seimbang serta mengawal perkara yang menjadi punca stress. 


Rawat kulit muka kusam dan berparut


En Airiey juga tidak lokek untuk berbelanja demi mendapatkan kulit yang sihat. Bermacam-macam produk dan juga suplemen kesihatan telah dicuba, termasuklah mendapatkan khidmat dari klinik estatik di Ibu Negara. 

Malangnya, beliau berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan dan mengakibatkan kecederaan di kulit muka seperti kemerahan yang teruk, kulit berkuping, mengelupas dan akhirnya menjadi parut.

Pelbagai cara dan usaha telah beliau lakukan tetapi masih belum mendapat keputusan yang diidamkan. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang ada, beliau menghasilkan Crystal Skin untuk membantu mereka di luar sana yang senasib dengannya. 


Crystal Skin Kaya Dengan Bahan Semulajadi

Crystal Skin merupakan suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi penuh berkhasiat menjadikan anda lebih menawan. Ianya terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit anda dari luar dan dalam agar anda lebih sihat, dan tampil berkeyakinan.  

Antara ramuan utama yang digunakan ialah: 

  • Tomato Kristal -Anti-oksidan terkuat, mengurangkan jeragat & melindungi kulit dari kerosakan sinar matahari
  • Habbatus Sauda - Anti-radang, mengurangkan jerawat & membunuh kuman
  • Vitamin C -  Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat
  • Collagen - Menambah keanjalan kulit & mencegah kedutan
  • Ekstrak Biji Anggur -  Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka
  • Jus Blackcurrant -  Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Produk Crystal Skin mempunyai mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. Kesemua bahan Crystal Skin adalah dari gred AAA dan kilang juga berstatus halal. 

Lebih membanggakan ianya merupakan produk tempatan Bumiputera Muslim. Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal.  

Bahan-bahan yang digunakan terkenal kerana khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kebaikkan Crystal Skin 

  • Merawat masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan muka berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Menambah kelembapan kulit


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Cara Pengambilan Crystal Skin

Minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Kena ikut saranan di bawah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik apabila mengambil Crystal Skin:


1) Elakkan minuman yang berkafein, beralkokol dan berkarbonat. 

2) Minum 2 sehingga 3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.

3) Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak serta bersenam dengan kerap.


Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian di bawah ataupun mengikuti perkembangan Crystal Skin di laman sosial dibawah: Tel : +60-11-62000032    

5 Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten

Pernah tak rasa sukar nak pilih kombinasi font yang bagus dan sesuai semasa menghasilkan konten? Atau anda tergolong dalam golongan yang asal boleh sahaja. Tak pernah terfikir pon yang kombinasi font tu penting. 

Kalau ya, sila hentikan tabiat tu sebab ianya bakal memberikan kesan buruk dalam jangka masa yang panjang. 


5 Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten

Berdasarkan pengalaman sendiri menghasilkan konten, kesilapan memilih font menyebabkan usaha terbuang sia-sia kerana mesej tak sampai pun kepada audience. 

Buat konten tapi tak ada impak, mesej tak sampai. Sedih kan? 


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten

Baca - Cara Susun Feed Instagram Supaya Kemas


Kenapa Pemilihan Font Itu Penting? 

Kalau anda rasa memilih font itu tidak penting semasa menghasilkan konten untuk bisness anda, sila baca artikel ini sampai habis. 

Dalam menghasilkan konten antara elemen penting adalah pemilihan font yang kemas dan bersesuaian. 

Ini bertujuan supaya target audience memahami mesej yang kita sampaikan. Tak kira anda ialah seorang content creator, pemilik business dan lain-lain. Kombinasi font yang bagus dapat menarik audience untuk membaca sekaligus memahami mesej yang cuba disampaikan dengan baik. 

Jadi tak rugi kalau kita luangkan sedikit untuk semak kembali konten-konten kita yang terdahulu. 


Senarai Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Menghasilkan Konten

Antara kombinasi font yang bagus ialah seperti di bawah; 


#1 Josefin Slab + Josefin Sans 

Reka bentuk Josefin Slab diilhamkan dari font sans-serif geometri dari tahun 1930-an. Josefin Sans: elegan, geometric, vintage. Sesuai dipadankan dengan font Cardo, Abril Fatface, Yeseva One, Lato, dan Playfair.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten


#2 Cardo + Raleway

Cardo adalah font Unicode besar yang direka khusus untuk keperluan klasik, sarjana Alkitab, abad pertengahan, dan ahli bahasa. 

Raleway adalah dari jenis sans-serif web fonts. Ia mempunyai keperibadian yang sedikit lebih daripada jenis huruf sans-serif klasik seperti Arial atau Verdana, dengan huruf bergaya geometri.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten


#3 Zilla Slab + Lato

Font yang dibina dengan lekuk halus dan miring sejati, yang memberikan teks rupa industri yang luar biasa canggih dan mudah didekati dengan mesra.

Lato adalah keluarga jenis huruf sans serif yang dimulakan pada musim panas 2010 oleh pereka yang berpangkalan di Warsaw Ɓukasz Dziedzic ("Lato" bermaksud "Musim Panas" dalam bahasa Poland).


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten


#4 Oswald + Open Sans 

Oswald adalah penambahbaikan semula gaya klasik yang secara historis diwakili oleh jenis huruf 'Alternate Gothic' sans serif. Karakter Oswald pada awalnya dilukis semula dan direformasi agar lebih sesuai dengan grid piksel skrin digital standard.

Open Sans adalah jenis huruf sans serif humanis yang direka oleh Steve Matteson.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk MenghasilkanKonten


#5 Playfair Display + Montserrat

Playfair adalah reka bentuk peralihan. Di Eropah pada akhir abad ke-18, pena lebar lebar digantikan oleh pena besi runcing sebagai alat penulisan yang popular pada masa itu.

Merupakan fon serif dengan lekukan yang indah dan sudut yang bulat, yang sesuai untuk laman web tradisional dan juga moden.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk MenghasilkanKonten


Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di YEG Academy

Perhatian untuk pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sedang mencari kerja, jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan eksklusif bersama Tun Mahathir berkongsi tips peluang kerjaya di platform YEG Academy.

Jika dibandingkan waktu aku ambil SPM pada tahun 2002, program seumpama begini amat terhad. Kesedaran pun agak kurang waktu tu. 


Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di YEG Academy

Jadi, pelajar-pelajar sekarang seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memanfaat apa yang ditawaran oleh YEG Academy.

Istimewanya Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp 2021, tokoh yang disegani dan terkenal di Malaysia, Tun Mahathir Mohamad sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Aku pernah kupas tentang peluang kerjaya selepas SPM di sini

Tip Kerjaya Tun Mahathir


 

Sembang Santai Bersama Tun Mahathir di Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi.

Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Mengenai YEG Academy

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023, Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd.

Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar.

YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.

Tip Kerjaya Tun Mahathir


Kolaborasi YEG Academy Bersama Selebriti Tanah Air

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi.

Dalam masa yang sama, YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. 

Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

 

Tip Kerjaya Tun Mahathir

Tips Peluang Kerjaya Elak Salah Pilih

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi.

Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang.

Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM.

 

Program Percuma Bernilai RM 1999 Selama 21 Hari

“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. 

Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. 

Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. 

Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. 

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Oleh sebab kes Covid mencanak naik dan seram nak ke pasar beli barang basah jadi aku nekad nak cuba khidmat Ayam Aji Express Delivery barang basah ke rumah. 

Aku dapat tahu tentang Ayam Aji Express melalui iklan mereka di Facebook. 

Menurut info di page mereka, Ayam Aji Express adalah merupakan pembekal ayam segar di atas talian yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam Industri Pembekal Ayam ke pasar-pasar di sekitar KL & Lembah Klang.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Sekarang bukan setakat ayam je, Seafood, barang kering dan sayur pon dia jual. Kisahnya sebelum ni aku banyak je survey kedai-kedai yang buat penghantaran barang basah ke rumah, dan dah pernah pun cuba beberapa penjual sebelum ni.

Tertarik nak cuba service delivery Ayam Aji lepas baca testimoni dan juga komen-komen yang positif. Setakat yang aku baca komen tidak la ada yang terlalu teruk. 

Jadi, akhirnya baru-baru ni aku beranikan diri beli secara online.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah


Macam mana cara nak order dengan Ayam Aji Express?

Cara nak order barang basah dengan Ayam Aji Express memang teramat mudah, hanya klik link dan landing page Ayam Aji pun mesra pengguna. Cuma jadual & masa penghantaran adalah mengikut tarikh yang mereka cadangkan.

Mungkin sebab banyak permintaan, jadi ada kemungkinan tarikh yang kita nak dah penuh. Jadi, untuk elak sebarang masalah lebih elok rancang dan buat pesanan lebih awal.

 

Caj & Kawasan Penghantaran Ayam Aji Express area mana je?  

Setakat ini, Ayam Aji Express buat penghantaran ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja. Dengan minimum pesanan adalah RM50 dan tidak dibenarkan untuk walk in ke premis. Pick up pun tak boleh ya.

Caj penghantaran pula ada dua: Standard Delivery (Flat Rate) dan Express Delivery. Untuk standard delivery pelanggan perlu membayar sebanyak RM10 manakala express delivery adalah sebanyak RM20.

Beza standard dengan express delivery caj ialah waktu penghantaran tempahan kepada pelanggan. Untuk standard delivery, waktu penghantaran adalah tidak tetap iaitu bermula 10 pagi sehingga 10 malam manakala express delivery pula pelanggan akan diberi keutamaan dan bakal terima barang sebelum pukul 12.59 tengahari.

Jika pesanan melebihi RM300, pelanggan tak perlu bayar caj penghantaran.

Pengalaman aku memilih standard delivery agak baik. Aku terima barang lebih kurang 10 minit sebelum pukul 3 petang. Lauk masih dalam keadaan baik walaupun ais dah cair.

Beli Barang Online 

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Info tambahan: memandangkan aku duduk di apartment jadi aku perlu turun ke lobi dan ambil sendiri barang-barang. 

Kalau aku nak barang dihantar ke depan pintu aku perlu pilih express delivery. Itu apa yang runner beritahu aku. Kalau korang stay di rumah landed perkara ni tak jadi masalah.

Aku beli ikan keli (ikan bersaiz kecil), ikan pekasam kerisi, ayam tua, tulang isi ayam, Ikan Bawal Mas, Salmon Belly, Ikan Kerapu, Sotong, Udang Galah. Jumlah pembelian RM106. Ok lah harga tu bagi aku.

Binatang yang aku tak akan repeat ialah sotong B dan juga Salmon Belly.


Review Ayam Aji Express Delivery

Ini adalah review aku tentang Ayam Aji Express bermula dari saat aku hantar whatsapp, buat pesanan dan pembayaran sehinggalah aku selamat terima barang. 

Whatsapp pertanyaan aku dibalas agak cepat dan proses nak pilih barang-barang basah sangat mudah.

Landing page dia kemas dan ada banyak pilihan ikan, seafood, ayam, sayur dan juga makanan ready to eat. Setiap pilihan lengkap dengan gambar dan juga maklumat seperti berat dan juga harga. Membantu sangat. 

Menariknya, Ayam Aji Express selalu sangat buat promosi tak munasabah dan berbaloi untuk di beli. Masa aku beli tu aku sempat grab promosi Ikan Siakap RM0.88 dan saiz dia tidak lah terlalu kecil. Ayam pencen separuh dan udang galah juga berharga RM0.88.

Promosi sempena Bulan Merdeka pula adalah Salmon Slice, Ketam Bunga & Udang Galah berharga RM0.64 sahaja. Seperti aku beritahu, lauk masih fresh dan berbaloi lah harga promosi dengan saiz yang kita dapat.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah


Aduan Barang Kurang / Rosak

Waktu penghantaran barang, runner akan beri salinan customer order dan ada dinyatakan jika terdapat barang kurang atau pun rosak, pelanggan boleh buat aduan dalam tempoh 24 jam selepas terima barang.

Pelanggan boleh isi aduan di link yang diberikan. Pihak Ayam Aji Express tidak akan bertanggungjawab jika aduan dibuat selepas 24 jam dari masa barang diterima. Nak senang lepas terima barang terus semak apa yang tak okay.

No customer service Ayam Aji Express – 013-3802585.

Korang yang berada di sekitar Lembah Klang dan nak cuba perkhidmatan Ayam Aji Express boleh la rujuk Facebookmereka. Apa pun jadi lah pengguna bijak, nilai sendiri dan baca komen-komen pelanggan yang pernah guna servis mereka.