Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Rodiah Amir
2

Oleh sebab kes Covid mencanak naik dan seram nak ke pasar beli barang basah jadi aku nekad nak cuba khidmat Ayam Aji Express Delivery barang basah ke rumah. 

Aku dapat tahu tentang Ayam Aji Express melalui iklan mereka di Facebook. 

Menurut info di page mereka, Ayam Aji Express adalah merupakan pembekal ayam segar di atas talian yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam Industri Pembekal Ayam ke pasar-pasar di sekitar KL & Lembah Klang.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Sekarang bukan setakat ayam je, Seafood, barang kering dan sayur pon dia jual. Kisahnya sebelum ni aku banyak je survey kedai-kedai yang buat penghantaran barang basah ke rumah, dan dah pernah pun cuba beberapa penjual sebelum ni.

Tertarik nak cuba service delivery Ayam Aji lepas baca testimoni dan juga komen-komen yang positif. Setakat yang aku baca komen tidak la ada yang terlalu teruk. 

Jadi, akhirnya baru-baru ni aku beranikan diri beli secara online.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah


Macam mana cara nak order dengan Ayam Aji Express?

Cara nak order barang basah dengan Ayam Aji Express memang teramat mudah, hanya klik link dan landing page Ayam Aji pun mesra pengguna. Cuma jadual & masa penghantaran adalah mengikut tarikh yang mereka cadangkan.

Mungkin sebab banyak permintaan, jadi ada kemungkinan tarikh yang kita nak dah penuh. Jadi, untuk elak sebarang masalah lebih elok rancang dan buat pesanan lebih awal.

 

Caj & Kawasan Penghantaran Ayam Aji Express area mana je?  

Setakat ini, Ayam Aji Express buat penghantaran ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja. Dengan minimum pesanan adalah RM50 dan tidak dibenarkan untuk walk in ke premis. Pick up pun tak boleh ya.

Caj penghantaran pula ada dua: Standard Delivery (Flat Rate) dan Express Delivery. Untuk standard delivery pelanggan perlu membayar sebanyak RM10 manakala express delivery adalah sebanyak RM20.

Beza standard dengan express delivery caj ialah waktu penghantaran tempahan kepada pelanggan. Untuk standard delivery, waktu penghantaran adalah tidak tetap iaitu bermula 10 pagi sehingga 10 malam manakala express delivery pula pelanggan akan diberi keutamaan dan bakal terima barang sebelum pukul 12.59 tengahari.

Jika pesanan melebihi RM300, pelanggan tak perlu bayar caj penghantaran.

Pengalaman aku memilih standard delivery agak baik. Aku terima barang lebih kurang 10 minit sebelum pukul 3 petang. Lauk masih dalam keadaan baik walaupun ais dah cair.

Beli Barang Online 

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Info tambahan: memandangkan aku duduk di apartment jadi aku perlu turun ke lobi dan ambil sendiri barang-barang. 

Kalau aku nak barang dihantar ke depan pintu aku perlu pilih express delivery. Itu apa yang runner beritahu aku. Kalau korang stay di rumah landed perkara ni tak jadi masalah.

Aku beli ikan keli (ikan bersaiz kecil), ikan pekasam kerisi, ayam tua, tulang isi ayam, Ikan Bawal Mas, Salmon Belly, Ikan Kerapu, Sotong, Udang Galah. Jumlah pembelian RM106. Ok lah harga tu bagi aku.

Binatang yang aku tak akan repeat ialah sotong B dan juga Salmon Belly.


Review Ayam Aji Express Delivery

Ini adalah review aku tentang Ayam Aji Express bermula dari saat aku hantar whatsapp, buat pesanan dan pembayaran sehinggalah aku selamat terima barang. 

Whatsapp pertanyaan aku dibalas agak cepat dan proses nak pilih barang-barang basah sangat mudah.

Landing page dia kemas dan ada banyak pilihan ikan, seafood, ayam, sayur dan juga makanan ready to eat. Setiap pilihan lengkap dengan gambar dan juga maklumat seperti berat dan juga harga. Membantu sangat. 

Menariknya, Ayam Aji Express selalu sangat buat promosi tak munasabah dan berbaloi untuk di beli. Masa aku beli tu aku sempat grab promosi Ikan Siakap RM0.88 dan saiz dia tidak lah terlalu kecil. Ayam pencen separuh dan udang galah juga berharga RM0.88.

Promosi sempena Bulan Merdeka pula adalah Salmon Slice, Ketam Bunga & Udang Galah berharga RM0.64 sahaja. Seperti aku beritahu, lauk masih fresh dan berbaloi lah harga promosi dengan saiz yang kita dapat.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah


Aduan Barang Kurang / Rosak

Waktu penghantaran barang, runner akan beri salinan customer order dan ada dinyatakan jika terdapat barang kurang atau pun rosak, pelanggan boleh buat aduan dalam tempoh 24 jam selepas terima barang.

Pelanggan boleh isi aduan di link yang diberikan. Pihak Ayam Aji Express tidak akan bertanggungjawab jika aduan dibuat selepas 24 jam dari masa barang diterima. Nak senang lepas terima barang terus semak apa yang tak okay.

No customer service Ayam Aji Express – 013-3802585.

Korang yang berada di sekitar Lembah Klang dan nak cuba perkhidmatan Ayam Aji Express boleh la rujuk Facebookmereka. Apa pun jadi lah pengguna bijak, nilai sendiri dan baca komen-komen pelanggan yang pernah guna servis mereka.


Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Wah, boleh try servis diorang nie.. musim² sekarang nie ditambah plak nak beratur panjang masuk dalam mall membuatkan rasa malas nak beli barang²...

    BalasPadam
  2. Menarik ni. Senang ada service macam ni

    BalasPadam
Catat Ulasan