Beli Barang Online Ketika Tempoh PKP

Rodiah Amir
0
Aku nak kongsikan coretan pengalaman beli barang secara online ketika tempoh PKP berlangsung. Dah masuk fasa PKPD di sesetengah tempat dan sedikit kelonggaran untuk sektor ekonomi telah pun dibuka. 

Harapnya ini adalah fasa terakhir kita dikurung secara berjemaah. Walaupun dikurung dan tidak dibenarkan sesuka hati keluar rumah tapi realitinya PKP tidak dapat mengurung semangat shopping secara online.

Pengalaman Shopping Online Ketika PKP 

Rasanya semua seronok shopping untuk hilangkan stress tak dapat keluar rumah. Aku semestinya tidak terkecuali, tapi bukanlah beli benda mengarut lebih kepada barang keperluan rumah. Gitu alasan. Lol.

Bila semua orang shopping secara online maka sedikit sebanyak perkhidmatan kurier dalam Malaysia jadi kucar kacir. 

Mula lah berlaku penghantaran barang lambat, barang diperam, barang tawaf satu Malaysia dan banyak lagi lah.



Pengalaman Beli Barang Online Semasa PKP

Setakat ni aku berjaya kawal diri dan beli barang hanya dari aplikasi Shopee sahaja. Fiuhh. Puas tahan nafsu woi. 

Sepanjang PKP aku memang elak beli barang dari luar negara dan beli dari kedai di Malaysia yang ada stok sahaja.

Untuk rekod aku beli sebanyak empat kali, kali pertama aku beli secara mengejut sebab vacumm cleaner aku rosak jadi memang wajib beli. 

Semua smooth dan barang sampai dalam masa singkat 3 ke 4 hari macam tu, guna perkhidmatan kurier J&T Express.


Review Vacumm Cleaner Beli Di Shopee

Kali kedua aku beli barang-barang keperluan rumah khas untuk kegunaan di dapur yang memang dah lama aku idamkan. 




Alang-alang ada promosi aku beli terus. Juga tiada masalah dan masih guna perkhidmatan kurier J&T Express. Tak lebih dari 5 hari aku dah dapat barang yang aku beli.

Secara tak sengaja aku terbeli:

  1. SEOKO 2 LAYER Double Plastic Wash Vegetables Basin Drain Warna Biru
  2. SEOKO Electric Meat Mincer Chopper Food Processor MINI BLENDER
  3. SEOKO Magic Hanger Laundry Sunshine Hanger Drying Rack
  4. SEOKO Rice Storage Box With Wheels -10 kg
  5. 6 in 1 Fruit & Vegetable Cutter Tool





Paling puas hati aku beli Electric Meat Mincer Chopper ni yang sangat-sangat membantu kerja mengisar bawang dan ayam. Lumat dan cepat. 

Blade dia tajam, dan cara nak bersihkan pun senang je. Highly recommended untuk yang berniaga dari rumah, nak memasak dalam kuantiti yang besar. Aku buat stock bawang memang guna chopper ni je. 




 


Kali ketiga aku beli makanan tapi bukan dari aplikasi Shopee tapi beli dari individu. Oleh sebab dia buat promosi menarik dan konon-konon nak support bangsa berniaga maka gigih la beli. 

Pembelian kali ketiga paling mencabar sebab hampir cecah 10 hari dari tarikh barang di post, baru barang sampai dekat aku. Kurier yang digunakan adalah Pos Laju.




Terharu masa terima parcel dari abang Pos laju, masa tu anggaran dalam pukul 6.30 petang di saat aku tengah sibuk bancuh air untuk berbuka tapi abang Pos Laju masih menjalankan tanggungjawab dia dan bekerja. 

Dahla masa tu hujan renyai-renyai sekali guruh. Terkilan aku tak sempat nak bagi air kotak. Masa di tekan loceng rumah rasa terkejut sebab dia masih bekerja, dia dah berjalan ke lift baru aku terfikir kenapa aku tak bagi air kotak ye.

Paling terbaru aku beli lampin pakai buang PetPet untuk anak bongsu. Beli sebab suami malas nak beratur panjang dan kedai yang selalu kami beli tu tidak dibuka. 

PetPet sangat laris jualannya di Shopee ya, kebanyakan kedai sold out untuk saiz yang aku nak. Kalau beli di PetPet Mall pula kena pre order 12 hari. 

Malas fikir banyak dan nak guna cepat aku beli dari kedai yang dapat review bagus. Harapnya tiada masalah. Penjual ni pun menggunakan khidmat kurier J&T Express.


Masalah Postage & Peram Barang?

Aku ada juga terbaca posting di Facebook kecoh barang-barang terlalu banyak hendak dihantar dan J&T Express tak cukup kakitangan. Tumpang sedih sajalah siapa yang terlibat. 

Alhamdulillah untuk kawasan rumah aku ni setakat ini kurier J&T Express tiada masalah. Barang pun elok tak kemek atau rosak.

Same goes to Pos Laju. Aku faham la sekarang PKP jadi tempoh barang sampai kalau 4 ke 5 hari bagi aku tu memang laju dah. 

Kasihan juga untuk pekerja-pekerja kurier tapi itu kira rezeki mereka la kan? Ke tidak? Setakat ni pengalaman aku membeli dan guna perkhidmatan kurier J&T Express masih indah dan cerah secerah sinaran Matahari. 

Harapnya tiada perkara buruk berlaku antara kita ya J&T Express. Biasanya apa aku lakukan sebelum beli barang, aku akan baca review pelanggan yang dah pernah beli. 

Kalau dia ada tulis penghantaran laju, barang selamat dan bagus memang aku beli terus. Tak berani ambil risiko beli barang dari luar negara walaupun harga murah nak mams, sebab pernah aku nak beli barang harga murah tapi kualiti hauk. Insaf okeh.

Pesanan akhir dari aku, untuk korang yang beli barang-barang secara online tak kira dari platform mahupun mana-mana website kena pastikan korang buat belian bijak ya. 

Semak, baca dengan teliti, dan jangan membazir. Kalau nak jadi kawan syaitan sila lah buat. Penting juag untuk chat dengan seller (Shopee) untuk pastikan barang masih ada stok dan sekadar berbasa-basi untuk elak ditipu scammer.

Didoakan semoga PKP ni tidak lah disambung kepada fasa 6,7, dan seterusnya. Aku dah tak tahan nak keluar hirup udara segar weh. 

Tak lupa pesanan khidmat masyarakat dari aku; lakukan penjarakan sosial, jaga kebersihan dengan cuci tangan, pakai mask dan pakai hand sanitizer. Kuman tu kecil kita tak nampak dia jadi buat yang terbaik ya.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)