KITKAT Berkongsi Rezeki Dengan Rumah Kebajikan Sempena Ramadan

Perkara yang baik haruslah di kongsi dengan orang lain. Bersempena bulan Ramadan dan Syawal yang mulia, KITKAT mengajak penggemarnya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Sinonim dengan bulan keberkatan, kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu-alukan nilai-nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi, serta sifat sentiasa bersyukur.


KITKAT Berkongsi Rezeki Dengan Rumah Kebajikan Sempena Ramadan

Bulan yang suci ini sering disambut bersama mereka yang tersayang oleh orang Muslim di seluruh dunia, selain menggalakkan sifat-sifat murni buat diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita.

Rezeki-dikongsi-bersama-Raya-bersama-Kitkat


Dalam usaha untuk terus mengukir senyuman, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para penggemarnya pada musim perayaan ini.

KITKAT menghayati kebaikan Ramadan melalui kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh negara mulai 1-April hingga 31-Mei 2022.

Sepanjang tempoh ini, dengan setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.

 

Beli-Kitkat-dan-derma


Kerjasama Kempen KITKAT Rezeki Dikongsi Bersama

Kempen #RezekiDikongsiBersama turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan.

Salah satunya ialah “BINGKA”, sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia. Kolaborasi ini bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT rekaan BINGKA.

bingka.kl


Perniagaan kedua pula ialah "Sugar and I", sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual bombolini berperisa KITKAT.

sugarandi-bombolini


Sejajar dengan misi kempen, kedua-dua rakan kongsi hebat ini akan turut mengambil bahagian untuk mendermakan seperatus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Yayasan Food Bank Malaysia pula mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik manakala Dignity for Children Foundation sedang berusaha untuk membasmi kitaran kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar melalui pendidikan berkualiti.

EPIC Homes pula membantu mempertingkatkan taraf hidup dengan membina dan menyediakan tempat perlindungan, dengan tumpuan khas buat masa ini terhadap komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

 

unboxing-Rezeki-dikongsi-bersama-Raya-bersama-Kitkat

“Sebagai sebuah jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini.

Pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan baik yang dipamerkan. Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat masyarakat yang memerlukan”

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan

(Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia & Singapura)

 

Produk KITKAT Edisi Raya

KITKAT meraikan perayaan ini bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya dengan reka bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya.

Produk-produk istimewa inspirasi Raya ini termasuk Balang Kaca KITKAT Luminarc dengan 2 Beg Kongsi Mini KITKAT, Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan Sarung Raya KITKAT Senses.

Rezeki-dikongsi-bersama


KITKAT juga menawarkan cara baharu untuk anda berkongsi keseronokan Raya!

Tunjukkan bagaimana anda Berkongsi Rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama, dan jangan lupa saksikan video muzik Raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.

#KITKATEasyRecipeasy

Terokai kreativiti di dapur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. KITKAT menjemput para peminatnya untuk mencuba resipi-resipi yang sesuai untuk musim perayaan ini.

 

KITKAT Nestum Cookie Cups 

KITKAT Kuih Cara Manis Pandan 

 

Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan disiarkan di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia

Lawati https://www.facebook.com/kitkatmalaysia atau https://www.dearnestle.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Berbuka Puasa Di Kampung Dengan Emak Sempena Ramadan

Alhamdulillah setelah seminggu berpuasa dapat juga balik berbuka dengan emak di kampung. Memang dah jangka hari pertama puasa orang berebut balik kampung jadi kami balik pada minggu kedua. 

Setelah dua tahun tak dapat berpuasa dan berbuka di kampung disebabkan PKP, akhirnya kemeriahan tu dapat dinikmati semula. Alhamdulillah. 

Kebetulan minggu pertama tu kakak aku sekeluarga dari Puncak Alam balik dan lama juga dia tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. 


Berbuka Puasa Di Kampung Dengan Emak Sempena Ramadan 

Berbaloi bila bersabar sebab waktu kami balik jalan masih dipenuhi kereta tetapi masih terkawal. Lancar je perjalanan. 

Walaupun balik waktu tu singkat je tapi bersyukur sangat dapat berbuka dan bersahur dengan emak. Alhamdulillah. 

Ambil kesempatan menikmati Ramadan sementara masih ada peluang. Emak pun bukan sihat sangat sekarang ni. Anak-anak paling teruja dan gembira bila aku cakap nak balik kampung. 

Terbayang keseronokkan rumah kampung yang luas, dapat berlari bebas dan paling penting kalau balik kampung semua sepupu layan mereka macam anak raja. 

Maklumlah kakak-kakak sepupu dah remaja, seronok melayan adik sepupu yang sedang membesar. Ringan beban aku. 


Berbuka-Puasa Di-Kampung-Dengan-Emak-Sempena-Ramadan


Berbuka Puasa Di Kampung Lebih Meriah? 

Berbuka dekat kampung dekat kampung lebih meriah? Ye betul sangat. Itu kalau ditanya pendapat aku. Meriah dengan bilangan juadah dan ramai-ramai berbuka bersama. 

Bukan itu sahaja, setiap kali sediakan juadah berbuka walaupun menu dia simple je tapi terasa sedap sangat. 

Dekat kampung biasanya kami bergotong royong sediakan juadah berbuka dan bersahur. Jadi kerja tu jadi lebih mudah dan paling penting aku dapat skip memasak. 

Penat sangat hari-hari masak untuk berbuka dekat rumah sendiri, jadi bila di kampung aku tolong sediakan bahan dan kakak ipar yang masak. 

Terima kasih kakak ipar yang sporting sangat layan karenah dan selera kami sekeluarga. Balik kampung dapat la request nak makan apa yang teringin. 


Juadah-Berbuka-Puasa-Di-Kampung


Keluarga Harta Paling Berharga

Balik kali ini aku ambil kesempatan berborak dan beri kata-kata sokongan memandangkan keadaan kesihatan emak agak tak stabil. 

Terkesan dengan peralihan cuaca yang terlampau panas dan juga hujan petir setiap petang memberi kesan terutama kepada emak. 

Ditambah usia emak yang semakin bertambah. Lagi lah emak cepat penat dan sakit badan. InshaAllah jika di izinkan Tuhan emak bakal sambut ulang tahun kelahiran ke 71 tahun pada November ini. 

Emak sedang & berada dalam tempoh menerima rawatan dari Hospital Klang dan Hopsital Mizan disebabkan oleh penyakit Gout, kencing manis, dan juga darah tinggi. 


Meriah-Berbuka-Puasa-Di-Kampung

Satu perkara aku perasan, bila kita sakit di usia emas perkara paling penting adalah mendapat sokongan emosi dan pastikan mereka tak putus asa untuk sihat. 

Entah berapa kali emak luahkan yang dia bosan asyik kena makan ubat dan badan senantiasa sakit. Penyakit pun dah lama jadi bukan mudah nak hilangkan begitu sahaja. 

Jadi anak-anak memainkan peranan penting supaya emak gembira dan positif menghadapi ujian yang Tuhan beri.  

Tahun ini harapnya tiada drama cedera macam tahun lepas tergunting telinga waktu gunting rambut

Bersyukur sangat masih diberikan peluang untuk berpuasa dan berbuka dengan emak di kampung. Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, hargai sementara ada. Jenguklah mereka. Buat yang telah dijemput Ilahi, semoga ditempatkan ayah dan ibu di syurga Firdaus. 


Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT Tawarkan Hadiah Lumayan RM200,000

Teruja nak berkongsi berita baik terutama kepada peminat minuman malt coklat paling popular di Malaysia tak lain tak bukan iaitu, MILO.

Tahu tak sekarang ni MILO® UHT mengadakan peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” serta menawarkan hadiah lumayan bernilai RM200,000.

Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, MILO mengambil peluang untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya melalui peraduan yang berlangsung selama 8 minggu khas untuk peminat MILO di Malaysia.


Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT Tawarkan Hadiah Lumayan RM200,000

Sebut je MILO® semua orang kenal sebagai minuman pemberi tenaga yang padat dengan kebaikkan barli malt, susu dan koko dengan Activ-Go.

Terbayang keenakkan Milo dinosaur diminum sejuk-sejuk waktu cuaca panas, jadi juadah berbuka puasa pun menarik.

Aku pernah kongsi resepi kek Batik guna Milo juga. Menjadi weh. 

 

Contest-Raya-Ria-Bersama-Kebaikan MILO


Tempoh Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®

Peraduan telah pun bermula pada 4 April 2022 lepas dan bakal berakhir pada 29 Mei 2022 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk duit raya, dengan nilai keseluruhannya mencecah RM200,000.

Antara hadiah yang menanti bakal pemenangnya termasuklah peti sejuk Samsung 620L 2-Pintu, Mesin Basuh Pengering Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan TV Pintar Samsung UHD 43’.

Peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah.

 

Cara-Penyertaan-Peraduan-Raya-Ria-Bersama-Kebaikan-MILO


Cara Sertai Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®


Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:

Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO® UHT yang terlibat (MILO® UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.

Langkah 2:  Catat nama penuh dan nombor dokumen pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Tangkap satu gambar Resit Asal lengkap dengan butiran peribadi, butiran kedai, tarikh pembelian dan jumlah pembelian.

Sekiranya ruang pada resit tidak mencukupi, anda boleh menulis maklumat di sehelai kertas dan mengambil gambar berserta dengan resit.

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantar gambar melalui WhatsApp dari mana-mana nombor yang berdaftar di Malaysia ke +6018 388 2455.

 

Hadiah-Peraduan-Raya-Ria-Bersama-Kebaikan-MILO

Terma dan Syarat Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®


1) Resit boleh didapati dalam bentuk:

• Resit bercetak dari Sistem Point of Sales

• Resit bertulis

• Invois cukai untuk pembelian dalam talian

 

2) Resit mesti menunjukkan pembelian Produk, tarikh pembelian, nombor resit dan nama dan/atau logo kedai di mana pembelian dibuat. Sekiranya nama dan/atau logo kedai tidak tertera, Resit perlu dicop dengan cap syarikat rasmi kedai di mana tempat pembelian dibuat.


3) Penganjur akan mencetak semua penyertaan yang diterima untuk proses selanjutnya. Gambar yang tidak jelas, tidak boleh dibaca dan tidak lengkap dalam format imej akan dibatalkan.


4) Peserta boleh menghantar lebih daripada 1 penyertaan. Tetapi Resit HANYA layak untuk satu penyertaan WhatsApp. Setiap satu resit hanya boleh digunakan sekali.

Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan sebarang penyertaan WhatsApp dengan Resit yang digandakan dan/atau mengandungi lebih daripada satu Resit.


5) Untuk semua pembelian dalam talian (platform e-dagang), wajib hantar invois rasmi dari penjual dan tangkapan skrin butiran pesanan tidak akan diterima.


6) Untuk Penyertaan WhatsApp yang diterima, Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian (BP) asal untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan BP asal apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kemenangan dan hadiah.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh layari https://www.milo.com.my/


Peraduan-Raya-Ria-Bersama-Kebaikan-MILO

 


Fun fact Tentang MILO® UHT


➤ Telah diperkenalkan pada 1950 dan selama ini dikenali kerana keunikkan rasanya yang disukai ramai.

➤ Membekalkan Vitamin B2 yang bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil.

➤ Jadi pilihan kerana gabungan susu sebagai sumber protein dan kalsium, dan koko yang memberi keenakkan rasa coklat serta barli malt sebagai sumber tenaga.

➤ Formula adunan unik antara vitamin dan mineral, barli malt, susu dan koko dengan Activ-Go®.

 

Jangan lepaskan peluang untuk sertai Peraduan Raya Ria Bersama Kebaikan MILO®, mana tahu anda antara mereka yang bertuah terpilih menang hadiah sehingga RM200,000. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya in advance.

 

Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

Kejadian gas dapur berbunyi sewaktu aku cuba pasang tong gas baru baru-baru ni jadi an eye opener untuk aku supaya lebih berhati-hati terutama melibatkan bahan mudah terbakar.

Kisahnya, aku beli tong gas baru memandangkan gas dekat rumah habis waktu tengah goreng roti canai untuk makan pagi. Memang setiap empat bulan gas kena beli baru.

Cepat habis sebab hari-hari aku masak. Beza betul waktu aku bekerja dulu, setengah tahun baru gas habis. 


Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

Kalau dah namanya suri rumah, segala perkara berkaitan rumah kau kena tahu. Bukan setakat uruskan anak-anak dan suami tapi lebih dari itu ya.

Kalau tiba-tiba terputus bekalan elektrik, modem Unifi kena sambar petir atau tiba-tiba mesin basuh tak berfungsi atleast kena tahu apa perlu buat bila berada dalam situasi kecemasan macam tu.

Tak perlu tunggu suami balik atau terpaksa merana tunggu bantuan. Pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa selama hampir empat tahun ni banyak mengajar aku untuk bersedia bertindak sepantas kilat. Ha gitu.

Bagi aku, setiap orang perlu tahu basic survival skill sebab hidup kita ni macam roda. Bukan setiap masa kita berada dekat atas sahaja. Pentingnya supaya kita boleh teruskan kehidupan.

 

Cara-check-tong-gas-bocor

Tong Gas Berbunyi Dan Keluar Gas

Macam biasa kalau kehabisan gas aku akan hubungi kedai runcit berdekatan rumah minta dia buat penghantaran. Sebelum ni aku selalu minta bantuan untuk pekerja tu pasangkan tong gas.

Lama kelamaan aku rasa kurang selesa dan beranikan diri untuk belajar cara pasang gas dapur sendiri. Mudah sahaja caranya, cuma yang penting kena ada keberanian.

Banyak kali juga aku berjaya sambungkan tong gas yang baru dibeli, cuma baru-baru ini bila aku cuba pasang tong gas aku dengar bunyi berdesir.

Bunyi gas tu keluar dan beserta dengan bau. Sedikit panik dan cepat-cepat aku tanggalkan semula kepala gas. Risau keracunan gas jadi aku buka tingkap supaya udara dapat keluar masuk.

Aku pernah tengok scene dalam movie, rumah meletup disebabkan kebocoran gas karbon dioksida bila orang cuba buka suis lampu. Masa ni dah fikir macam-macam.

Jadi bila kita rasa ada berlaku kebocoran gas dekat rumah jangan sesekali hidupkan barangan elektrik, buat panggilan telefon serta kena buka pintu dan tingkap supaya ada pengaliran udara keluar masuk.

Oleh sebab perut lapar dan memang aku nak guna dapur gas jadi aku tak putus asa nak cuba apa yang patut sebelum aku hubungi kedai tu semula untuk minta bantuan.

Seperti biasa, tutorial di Youtube sangat membantu. Lepas pastikan keadaan selamat dan terkawal aku cari video tentang gas dapur berbunyi.

Aku jumpa beberapa video yang berkaitan tentang kebocoran gas dan cara untuk baiki. Dua minit boleh selesai katanya.

Dalam video lain juga ada kongsikan beberapa tips yang aku rasa sangat berguna tentang kebocoran gas yang orang perlu tahu.

Kadang-kadang kebocoran gas karbon dioksida berlaku tanpa kita sedar. Kita kena selalu peka dengan perubahan termasuklah deria bau. Antara tanda kita boleh tahu berlakunya kebocoran gas ialah:

✅ Kalau kita ada letak pokok hidup di bahagian dapur, pokok akan layu jika ada kebocoran gas.

✅Perhatikan juga semut suka datang apabila terbau gas dapur. Jadi kalau bilangan semut banyak daripada biasa elok check tong gas anda.

✅Warna api juga memainkan peranan. Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik. Kalau warna selain itu, sebaiknya tukar tong gas.


warna-Api-dapur-gas-yang-selamat


 

Cara Baiki Gas Bocor, Tong Gas Berbunyi

Aku cuba ringkaskan ayat sebaik mungkin supaya korang faham apa aku maksudkan. Benda pertama perlu check adalah keadaan valve dia dalam tong gas.

Valve tu apa? Valve tu adalah getah berwarna biru yang diletakkan di dalam muncung di permukaan atas tong gas tu.

Kalau salah aku minta maaf. Tak arif terutama benda-benda teknikal macam ni. 


tong-gas-rumah


Korang kena cungkil valve tu supaya keluar menggunakan benda tajam seperti test pen atau screw driver. Hati-hati jangan sampai valve tu rosak/koyak.

Cungkil berhati-hati semasa keluarkan. Valve dia berkemungkinan telah rosak atau terkoyak sebab telah lama digunakan.


Valve-getah-tong-gas


Seterusnya masukkan kembali valve dengan cara terbalikkan valve dari kedudukan asal. Tak susah pun dan semestinya tidak membahayakan.

Selepas tu boleh cuba pasangkan gas seperti biasa.

Cara ini berkesan hanya jika berlaku kerosakan pada tong gas bukan kepala gas ya. Kalau berlaku kebocoran kepala gas memang kita kena tukar terus kepala gas tu.


screwdriver

 

Gas Dapur Masih Berbunyi Walau Telah Dibaiki

Untuk kes aku pula, walaupun aku cuba cara di atas tong gas aku masih keluar dan mengeluarkan bunyi serta ada bau gas. Masa ni aku hampir nak putus asa.

Memang aku dah niat kalau tak berjaya memang aku masak guna pressure cooker je. Putus selera nak makan.

Percubaan terakhir kali masih juga gagal dan di saat genting itu lah aku terpandang yang suis dapur aku terbuka. Cepat-cepat aku tutup dan cuba sekali lagi.

Baru lah tong gas dapur aku berhenti berbunyi dan keluarkan bunyi. Bersyukur sangat semuanya okay. Benda kecil je penyebab dia tapi kesan dia Tuhan saja yang tahu.

Sebelum itu aku dah pastikan memang aku dah tutup kedua-dua suis dapur. Aku syak anak aku main suis tu atau aku betul-betul cuai tak tutup.

Kalau korang kurang yakin dengan apa korang buat, hubungi je kedai dan minta mereka datang baiki.

 

Kesimpulan

Jadi pesanan aku, untuk semua sebelum buat apa-apa untuk baiki tong gas berbunyi, tolong ambil langkah pencegahan. Tak terbayang benda buruk yang jadi kalau aku tersilap langkah.

Sepanjang tempoh percubaan aku memang buka tingkap dan sebelum tu aku dah hubungi suami beritahu keadaan aku.

Risau weh tiba-tiba dia balik kami dah dijemput Ilahi. Syukur nyawa masih panjang.