Bazar Ramadan Taman Melawati - Nasi Beriani Chek’s Catering

Food hunting kali ni Diah mencuba nasib, beratur nak beli Nasi Beriani yang popular di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Antara bazar Ramadan yang terkenal di KL dan menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang sedap dan banyak pilihan.

Sejak mula dibuka awal Ramadan hari tu memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Ada beberapa gerai, pukul lima petang dah kemas barang nak balik. Makanan mereka habis awal.

Punyalah panjang barisan di beberapa gerai jadi tak pelik kalau pukul empat petang bazar ni dah penuh dengan pengunjung.

Tahun ni lagi meriah disebabkan kehadiran peniaga baru iaitu Influencer Isaac Osman. Ala Youtuber – Isaac Osman TV yang ada lebih satu juta pengikut dan suka buat mukbang tu.

Dia jual Nasi Ayam Mak Chili. Kalau bukan bulan puasa dia buka kedai nasi ayam dekat Maxim Citylights @ Sentul KL.

Diah belum sempat merasa lagi nanti kot hujung-hujung puasa orang tak ramai boleh la cuba.


Bazar Ramadan Taman Melawati - Nasi Beriani Chek’s Catering

Dalam entri kali ni Diah nak kongsi tentang Chek’s Catering.

Peminat Nasi Beriani dan Nasi Tomato kalau datang Bazar Ramadan Taman Melawati tolong cari Chek’s Catering.

Kedudukan khemah dia betul-betul dekat tengah-tengah. Terkenal di kalangan penduduk setempat kerana kesedapan makanan mereka. 

Setiap kali mesti dah panjang barisan orang beratur nak beli.


Nasi-Beriani-Kambing


Makan Nasi Beriani Chek’s Catering

Pakcik yang jual nasi Beriani ni nama dia Ramli tapi mesra dipanggil dengan nama Chek. Maka lahirlah Chek’s catering. Pakcik Ramli berniaga dibantu oleh anak-anak.

Berpengalaman 30 tahun meniaga Nasi Beriani dan lauk pauk. Layak sangat orang panggil ‘otai’. Setiap kali Ramadan, dia akan meniaga Nasi Tomato dan juga Nasi Beriani.

Lauk pula ada pelbagai jenis dan bertukar setiap hari. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah Ayam Masak Merah, Lamb Shank, Daging Kicap dan Ayam Kurma.

Bulan selain Ramadan Chek’s Catering buka kedai makan di Taman Keramat, dekat kawasan AEON AU2. Nama kedai dia Chek's Bawal Hangat Keramat.

Chek_s-Bawal-Hangat-Keramat

credit google pic

Jual nasi set Ikan Goreng. Set lengkap nasi, Ikan Goreng, Sambal & ulam. Macam Ikan Siakap, Ikan Bawal, Ikan keli, ada ayam goreng juga.

Nanti ada rezeki boleh pergi Diah kongsi lagi sekali ya.

 

Review Nasi Beriani Chek’s Catering

Berbalik kepada kisah Nasi Beriani Chek’s Catering, gerai Chek sentiasa penuh dengan pelanggan. Orang sanggup beratur walaupun panjang dan tak kisah menunggu lama.

Kebetulan hari Khamis lepas suami cuti sebab ada hal yang perlu di uruskan. Selepas selesai semua urusan sekitar jam empat petang kami ambil peluang singgah di Bazar Ramadan Taman Melawati.

Itu pun dah ada pelanggan yang mula beratur di gerai Chek’s Catering. Gerai mula di buka pada pukul 3.30 petang.

Bayangkan hari bekerja pun sesak inikan pula cuti hujung minggu. Waktu Diah pergi hari Sabtu, pukul tiga petang bazar dah sesak, parking tak usah cakap lah memang tiada.

Diah termasuk antara yang terawal beratur dan waktu tu sekitar empat petang. Oleh sebab dah bersusah payah beratur di bawah terik panas matahari maka peluang tidak harus disia-siakan.

Diah beli Nasi Beriani Daging (RM10), Nasi Beriani Kambing (RM14) dan juga Nasi Beriani Lamb Shank. Rasa bersyukur sangat sebab menjadi orang terakhir yang berjaya beli Lamb Shank.


Lamb-shank

Oleh sebab stok tak banyak jadi memang kena berebut. Terpampang jelas kekecewaan kakak yang beratur di belakang Diah.

Tiada rezeki dia jadi PakCik Ramli cadangkan untuk dia tempah awal dan datang keesokkan harinya. Satu lamb shank bersaiz sederhana di jual pada harga RM29 seketul.


Nasi-Beriani-Chek’s-Catering

Nasi Beriani dia lembut, aroma dia wangi, banyak dan berwarna keemasan. Lauk dia semua cukup rasa. Daging dan kambing pun lembut. Cukup pakej dapat papadom dan juga acar timun.


Nasi-Beriani


Dari segi harga bagi Diah memang murah. Diah pernah jumpa nasi Beriani yang dijual lebih mahal. Portion nasi pun banyak.

Overall puas hati. Ada rezeki lepas bulan puasa kita support kedai makan Chek's Bawal Hangat Keramat.

 

Review Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

Akhirnya selepas bertahun sambal Nyet Khairul Aming ni viral, baru sekarang ada rezeki Diah nak cuba. Ya, mamat yang suka cakap “Hei, whatsapp gais” bila buat video masak tu.

Terkenal di kalangan makcik-makcik, suri rumah dan juga wanita-wanita yang suka save video masakan tapi entah bila nak buat, macam Diah.

Berjaya beli sambal Nyet secara tak sengaja, waktu dia ‘live’ dia di TikTok. Dia buat live beberapa hari sebelum puasa.

Kiranya antara batch parcel terakhir yang bakal di post kepada pembeli sebelum masuk bulan puasa. Kalau tak silap lebih seribu botol habis dijual dalam masa kurang setengah jam.

Pernah kongsi kisah kejayaan Khairulaming sebelum ni. 


Review-Sambal-Nyet-Berapi


Review Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

Punyalah power personal branding Khairul Aming ni. Sekejap je habis terjual. Berebut orang beli. Itu pun ada yang masih tak dapat beli.

Perasaan dapat beli mestilah seronok. Walaupun tak tahu lagi rasa sambal tu macamana tapi dah bayangkan kalau kurang kena dengan selera Diah pun rasanya tidak la teruk sangat. Kot.

Kalau bulan puasa mesti akan cuba resepi yang KA selalu kongsi, aritu aku buat Ayam Kukus Sambal Embe - sedap woi. 

Review-Sambal-Nyet-Berapi-Khairul-Aming


Beli dua botol sebab geram sebelum ni nak beli dekat Shopee asyik sold out. Konon niat di hati nak makan sambal Nyet waktu sahur.

Sekarang semakin banyak stok sambal jadi boleh beli dekat sini kalau nak beli Dendeng Nyet dekat sini

Biasa kalau makanan yang viral ni Diah agak teruja nak cuba, tapi disebabkan Sambal Nyet Berapi ni kalau nak beli kena berebut jadi kita guna konsep tunggu tak berebut.

Pujian layak diberikan kepada team postage sebab pembungkusan baik, cermat, botol tak pecah, sambal tak tumpah.

Disertakan juga kad lengkap dengan nombor telefon untuk pembeli jika ada masalah dengan pembungkusan sambal dan sebagainya.

Dari segi customer service memang terbaik. Tidaklah pembeli terkapai-kapai jika ada masalah dengan produk yang dibeli.


Sambal-Nyet-Berapi-Khairul-Aming

 

Sambal Nyet Berapi Khairul Aming – Pedas Sangat

Bila parcel sambal sampai memang teruja nak makan. Dalam fikiran terbayang kesedapan sambal dia sebab ramai gila kot beli mestilah sedap.

Oh sambal sampai waktu bulan puasa jadi Diah cuba waktu berbuka makan dengan nasi. Suapan pertama berjaya tahan lagi.

Masuk suapan seterusnya Diah minum air. Weh pedas sambal Nyet ni. Memang kena la dengan nama dia Sambal Nyet Berapi.


Sambal-Nyet-Berapi


Pernah baca review ada yang minta Khairul Aming buat sambal kurang pedas. Diah pun setuju. Please buat yang kurang pedas.

Semenjak usia semakin meningkat, toleransi terhadap makanan pedas amat rendah. Lepas cuba, dapat Diah simpulkan yang Sambal Nyet ni tak kena dengan selera Diah.

Bagusnya pedas sambal ni dia cepat hilang. Bukan macam pedas makan sos Korea tu. Bila minum air sejuk terus hilang pedas tu.

Ha itu yang bagus sambal Nyet ni. Boleh je makan sambal ni, cuma sambal Nyet tiada ‘kick’ yang Diah suka. Bukan tak sedap ya.

Mungkin tekak dan selera orang lain sedap agaknya. Kalau tidak, tak kan sampai sekarang orang berebut nak beli kan?

 

Khairul Aming Jadi Inspirasi Anak Muda Nak Berjaya

Untuk anda yang belum pernah cuba sambal Nyet Berapi, pergi lah beli. Sokong anak muda yang gigih membina nama, berbangsa Melayu dan Islam pula tu.

Cukup pakej sebagai menantu idaman. Pandai masak pandai cari duit.

Kisah perjalanan dia bangun kembangkan perniagaan Sambal Nyet Berapi memberi inspirasi kepada ramai orang. Personal branding dia di media sosial pun bersih dari kontroversi.

Jadi layaklah dijadikan mentor dan rujukan untuk anak muda yang berniaga.

Sebotol sambal seberat dijual pada harga RM13.99. Pembelian terhad kepada 4 botol setiap pembeli. Ada kes orang beli banyak-banyak lepas tu jual pada harga lebih mahal.

Untuk yang belum cuba, semoga dimurahkan rezeki nak beli. Diah teringin nak rasa Acar Ikan Masin Ume Cikin, ala TikToker yang cakap banyak senafas tu. Itu pon kena berebut juga tu.

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 kembali mencipta sejarah baru 100 jam tanpa henti dan bukan setakat itu sahaja. 

Turut menawarkan hadiah utama sebiji Kereta Mitsubishi Xpander untuk dimenangi untuk pengunjung bertuah. 

Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi, bakal berlangsung pada 13 hingga 17 April ini di lokasi berprestij iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec). 


Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023

Setelah mencipta rekod terdahulu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Longest Non-Stop Festival” selama 75 jam tanpa henti kini Starvendors bakal mencatat nama pula di “Guinness World Book” memecahkan rekod dunia Festival Raya 100 jam tanpa henti!

Starvendors-KLCC-Mega-Raya-Festival-2023


Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 pada tahun ini merupakan penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. 

Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.

Selain itu, Starvendors telah menganjurkan Minggu Usahawan Negara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Malaysian Grand Baazar, Lalaport. 

Diikuti Starvendors Kedah Raya Fest di Alor Setar, Starvendors Perak Fest di ICC Ipoh, dan yang baru berlansung akhir tahun 2022 iaitu Starvendors Foodstival X Travelperaklah. 

Inisiatif yang telah dilakukan di Ipoh adalah kerjasama bersama Tourism Perak dan juga Sekreteriat Usahawan Perak (STEP).


Starvendors, Platform Niaga eksklusif Untuk Solopreneur (Celebrity + Entrepreneur) 

Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

Ifa berkata, khabar gembira bahawa StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam Negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak. 

Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan bermula pada bulan Mac iaitu Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. 

Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. “Tahun lepas menandakan satu sukses untuk Starvendors kerana dapat melaksanakan ‘road tour’ seperti yang di rancang ke Kedah dan Perak. 

Justeru untuk tahun 2023, Starvendors akan menjelajah Negara bermula di Johor dan akan bergerak ke negeri lain termasuklah Kuala Lumpur, event terbesar kami,” katanya.

Starvendors-KLCC-Mega-Raya-Fest-2023


“Seperti yang semua maklum, baru-baru ini kejadian banjir yang melanda di beberapa daerah di Johor yang kini melibatkan lebih dari 50 ribu orang mangsa telah pun dipindahkan ke pusat pemindahan. 

Oleh itu, dengan inisiatif kami sendiri, kami telah membuat tabung bantuan banjir sepanjang perlaksanaan Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival yang bertempat di Pasir Gudang, Johor pada minggu lalu. 

Kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM4,615.50 dan telah diserahkan kepada Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, selaku Pengarah Tourism Johor. 

Semoga dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang terjejas.”


Tapak Baru Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023

“Seterusnya, kami sungguh bebesar hati menjadi pilihan eksklusif oleh pihak Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convec) untuk mengadakan Festival Raya tahun ini,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekaligus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu.

“Starvendors Mega Raya Fest 2023 akan bermula dari jam 9 malam pada 13 April dan terus sehingga 12 tengah malam pada 17 April nanti. Kita tak tutup ‘booth’, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa,”

Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkain emas.

Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. 

Antaranya, Dato Sri Siti Norhaliza, Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin, Sharifah Rose dan ramai lagi.

“Seramai 100 artis turut bergabung bersama kita selama 100 jam ini termasuk juga vendor Usahawan dari seluruh tanah air. 

sidang-media-Starvendors-KLCC-Mega-Raya-Fest-2023

Tawaran Sakau Duit & Goodies Bag bernilai RM111,111

Selain itu, 100 pengunjung terawal dapat “Sakau” duit raya dan goodies bag bernilai RM111,111. Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.”

“Selain artis, usahawan terkenal juga turut bersama kita. Kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. 

Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjanaan minima RM50.”

Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial.

Starvendors-KLCC-Mega-Raya-Festival


“Daripada pengalaman dari tahun-tahun sebelum ini, kita juga mahu mempertengahkan pembaruan dan mengambil berat akan pengalaman pengguna. 

Besar hati kami bila Setel turut serta sebagai rakan kongsi premier yang akan melancarkan pengalaman pembayaran tanpa tunai kepada para pengunjung.

Saya anjurkan semua untuk melayari Setel yang mempunyai pelbagai ciri aplikasi merentasi sepanjang perjalanan seharian termasuk pengisian minyak dan pengecasan EV di stesen, pembayaran parkir dan insurans dan bayaran tanpa tunai di kedai-kedai dan secara online. 

Dengan penglibatan Setel bersama kami di Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, saya pasti Setel Raya Kita!” 


Penampilan Istimewa, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Mengenai pengisian Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Ifa berkata acara kemuncak bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

“Hari kelima adalah hari kemuncak, di mana pada jam 10 atau 11 malam kita menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan malam kemuncak dan kita juga akan jemput beliau untuk membuat cabutan bertuah Hadiah Utama yang kita anjurkan. 

Kita juga akan bersama dengan Perdana Menteri dalam satu sesi lawatan bagi usahawan yang berniaga sepanjang malam itu.

“Kita juga akan mengadakan konsert bersama selebriti terbabit pada malam kemuncak itu. Dalam perancangan juga, kita mahu buat takbir raya bersama Perdana Menteri sekiranya ia diluluskan.

Jika tidak diluluskan mungkin kami akan buat sendiri satu rakaman takbir raya khusus untuk Starvendors,”katanya.

“Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers. 

Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon,” katanya. 

“Apabila kita buat acara ini sudah pasti semua orang akan melepaskan dendam masing-masing untuk membeli-belah bersama keluarga kerana tahun ini adalah tahun semua orang bersama- sama. 

Harapan saya, ia boleh melebihi rekod kita pada 2022 dengan jangkaan lebih tiga juta pengunjung selama 100 jam itu.

“Kita sudah buat pelbagai pemasaran seperti billboard, iklan di radio dan video muzik bersama barisan artis atau selebriti yang mempunyai pengikut berjuta. 

Begitu juga vendor yang mempuntai pengikut mereka tersendiri. “Jadi harapan saya pada tahun ini adalah tahun kita bangkit bersama termasuklah usahawan- usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan kerana tagline Starvendors KLCC

Mega Raya Fest 2023, Lebih Havoc, Lebih Meriah, Starvendors pasti Mega!


Surprise Bachelorette Party Untuk Kawan Di Palmierra 28 Cafe

Setelah beberapa bulan berbincang nak buat surprise bachelorette party untuk kawan kami; Rica Zaireen, akhirnya terlaksana juga. 

Ini pengalaman & bachelorette party pertama yang Diah hadiri. Yelah kan, zaman dulu mana ada buat party macam ni. Kalau ada pun sekadar keluar makan dengan kawan rapat. 

Rica merupakan kawan satu pejabat Diah sewaktu masih bekerja dulu. Tempat terakhir bekerja sebelum Diah ambil keputusan jadi suri rumah sepenuh masa

Surprise-Bachelorette-Party-Palmierra28


Surprise Bachelorette Party Untuk Kawan Di Palmierra 28 Cafe

Dari tahun lepas lagi struggle nak pilih tarikh yang sesuai untuk semua jemputan supaya boleh hadir. Tetamu jemputan pun berlainan background. 

Nama pun kejutan untuk pengantin perempuan jadi tetamu jemputan terdiri daripada kawan sekolah, kawan Universiti dan kawan satu pejabat yang rapat dengan bride to be. 

Sebelum majlis berlangsung, beberapa bulan sebelum tu kami ramai-ramai berbincang untuk pilih tema, lokasi, menu dan aktiviti yang nak dibuat. 

Kami putuskan untuk buat sendiri dan tak melibatkan event planner. Rasa leceh la pula nak libatkan orang luar. 

Memandangkan masing-masing ada pengalaman dan jadi tulang belakang kalau ada event dekat pejabat jadi kita buat sama-sama. 

Surprise-Bachelorette-Party-untuk-kawan


Celebrate Bachelorette Party Di Palmierra 28 Cafe

Masing-masing dah janji sehabis baik menjaga rahsia supaya bakal pengantin tak syak apa-apa memandangkan kebanyakkan mereka bekerja di pejabat yang sama dan selalu keluar makan bersama. 

Apa yang seronok semua kawan-kawan yang terlibat sporting sangat. Tak berkira, sentiasa berikan idea untuk pastikan surprise berjalan lancar. 

Lokasi yang kami pilih untuk adakan bachelorette party adalah di Palmierra 28 Café yang terletak di Petaling Street. Betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. 

Senang je nak cari café ni sebab ianya terletak berhadapan dengan Hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, di Chinatown. 

Nak mudah naik je pengangkutan awam. Diah guna LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Pasar Seni. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.  

Café di cat dengan warna hijau Turquoise yang ceria seakan memanggil orang untuk datang ke sini. Hiasan dalaman pun cantik, sedap mata memandang. Antara cafe instagrammable dalam KL patut korang kunjungi. 


Kejutan Untuk Bakal Pengantin

Seronok tak terkata bila kejutan untuk pengantin berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan berlaku pada saat akhir. 

Memang di luar jangkaan dan masing-masing dah buat sehabis baik. Di hari kejadian, kawan kami yang ditugaskan bawa belon hiasan / prop terlambat sedikit sebab terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas. 

Belon helium yang sepatutnya kami letak di kerusi pengantin untuk menambah seri majlis. Tapi tu semua tak mencacatkan majlis pun. 

Bakal pengantin senyum lebar sebab kami berjaya kumpulkan kawan-kawan yang dia rapat dan lama tak jumpa. 

Ikut plan asal, kami semua (sepuluh orang kesemuanya) akan sampai dulu dan tunggu bride to be dekat café. Kiranya bila Rica sampai dan kami akan jerit “surprise” ramai-ramai. 

Bakal pengantin terharu tapi berjaya kawal muka dan tahan diri dari menangis. Antara moments manis yang baik untuk dikenang di masa hadapan. 

Surprise-Bachelorette-Party-games


Permainan & Aktiviti Menarik - Bachelorette Party

Lepas semua dah reda baru kami mula dengan aktiviti. Sebelum tu masing-masing dah pesan air dan makanan ringan untuk alas perut. 

Aktiviti pertama kami permainan ‘Cuba Teka Siapa Saya’. Bakal pengantin kena teka individu yang digambarkan melalui klu yang diberikan. 

Bachelorette-Party


Beberapa hari sebelum majlis, masing-masing kena beri lima klu berkaitan diri. Untuk mudahkan kami print klu atas kertas. 

Memang seronok. Pendek kata kami enjoy sangat. Ada beberapa tekaan yang tak perlukan pengantin nak ambil masa yang lama untuk di teka dan ada juga klu yang tak disangka-sangka. 

Palmierra28-cafe

Kemudian kami berhenti sekejap untuk makan dan kemudian sambung dengan permainan kedua iaitu Bachelorette Bingo. 

Seperti game Bingo yang biasa tu cuma kami tukar Bride To Be akan baca senarai pernyataan yang disediakan. Kami hanya boleh lorek kotak jika pernyataan tu berkaitan dengan diri. 

Memang kena jujur bila main permainan ni lepas tu kena tunjuk bukti. Pemenang ditentukan oleh mereka yang paling cepat habiskan 5 kotak yang berderet. 

Masing-masing tak mahu kalah ya. Café tu meriah dengan gelak tawa kami. Café pula sentiasa penuh dengan pelanggan. 

Salute lah walaupun pelanggan café ramai tapi mereka masih mampu handle pesanan walaupun sedikit lambat. 

Aktiviti terakhir kami hadiahkan kek kegemaran pengantin. Ditempah khas dari Gula Cakery mengikut perisa kegemaran bride to be. 

Gula Cakery KL East Mall dah jadi venue Diah untuk celebrate birthday family. Suka makan dekat sana. 

Celebrate Birthday Airis Lima Tahun   |     Birthday Lunch


Surprise-Bachelorette-Party-at-Palmierra28-cafe

Berbaloi sebab sedap. Sebelum balik kami ambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai.