Review Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1

Setelah banyak kali Diah guna dan berpuas hati dengan hasil dia, baru berani nak kongsi di blog dan tulis review tentang mini waffle maker ni.

Waffle merupakan antara makanan Diah suka makan sebagai alas perut sementara tunggu suami dekat train dan balik sama-sama.

Dulu setiap kali balik kerja memang suka beli di kiosk Waffle dalam LRT Wangsamaju. Dah bertahun lamanya, akak yang jual tu masih setia kerja dan buat waffle.

Perisa kegemaran Diah adalah butter dan coklat. Selalu minta versi waffle coklat butter kurang manis dan paling penting kena garing. Baru sedap makan.

Teringat makan waffle dengan Aiskrim dekat Gula Cakery. Sedapnya!


breakfast


Review Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1

Diah beli waffle maker ni beberapa bulan yang sudah. Itu pun lepas terpengaruh tengok orang buat Mini Croffle guna waflle maker.

Memang viral dekat TikTok. Nak buat Croffle pun mudah je. Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1 antara top item yang laris.

Diah dah buat dengan anak-anak dan memang jadi. Jadi untuk korang yang berminat dengan Mini Waffle Maker 3 in 1 kena baca entri ni sampai habis.


Mugen-Waffle-Maker



Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1

Untungnya kalau beli Mugen Mini Waffle Maker 3 in 1 ni korang akan dapat bukan satu tapi tiga plate berlainan iaitu Donut, grill dan juga waffle.

Boleh buat bentuk waffle, donut dan juga kalau nak buat resepi nak letak telur, sosej atau pepperoni boleh guna plate grill tu.


donut-plate


Jadi tidak lah bosan dan ada pilihan. Lebih menguntungkan beli 3 in 1 sebab beli pada satu harga je. dapat jimat ruang dekat dapur juga.

Saiz waffle maker ni sama besar dengan roti keping Gardenia putih yang orang selalu buat sandwhich tu. Kalau plate donut boleh buat empat biji donut pada satu masa.

Nak guna pon mudah hanya ada butang on / off. Anak-anak pun boleh buat sarapan sendiri lepas ni.

Dari segi nak mencuci memang jadi lebih mudah sebab plate tu boleh ditanggalkan. Kalau waffle maker yang jenis lama tu kan plate dia melekat sekali jadi hanya boleh lap dengan tisu basah.


waffle-plate


Antara kelebihan lain ialah dia boleh hasilkan waffle yang garing sebab ada rod besi dia kedua-dua bahagian. Atas dan juga bawah.

Jadi waffle masak lebih sekata. Plug dia plug mata tiga, sesuai untuk kegunaan orang Malaysia.




 

Resepi Mini Croffle Guna Puff Pastry

Hanya perlukan Puff Pastry, Gula Perang dan Waffle maker. Puff pastry boleh guna saiz yang kecil dan dibahagi kepada dua bahagian.

Potong kepada bentuk tiga segi dan kemudian gulungkan. Taburkan gula dan masak guna waffle maker.

Boleh buat sos coklat atau sedap makan macam tu je pun dah cukup. Sesuai dijadikan snek makan petang atau bekal untuk anak ke sekolah.

Diah ada kongsi resepi lengkap cara Buat Croffle Guna Puff Pastry 


croffle


 

Beli Dekat Mana?

Untuk korang yang ada akaun TikTok boleh beli guna link ini. Dekat Shopee pun ada 

Ikut la mana yang mudah. Nak jimat beli waktu ada Sale dan voucher. Baru berbaloi-baloi.

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun

Alhamdulillah selesai sudah perjumpaan ibu bapa dan guru sempena Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun bagi sesi akademik 2023/2024.

Tahun ini sedikit berbeza sebab Ikhwan darjah Enam jadi laporan pentaksiran diberi seminggu lebih lebih awal. Jadi lebih mudah sebab boleh fokus kepada Raudah sahaja.

Pelaporan pentaksiran atau nama lain, sesi Dialog Kemenjadian Kualiti Murid. Penilaian ini berdasarkan keputusan pertengahan tahun.

Nanti boleh bandingkan result pertengahan tahun dengan akhir tahun. Artikel ini agak panjang tapi sangat-sangat berguna terutama untuk ibu bapa yang ada anak yang bersekolah.

Jom kita sama-sama fahamkan dan baca sampai habis ya.


Dialog-Kemenjadian-Kualiti-Murid


Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun 2023/2024

Untuk kami yang dah ada anak yang bersekolah, Pelaporan Pentaksiran bukan perkara baru. Tapi, penting untuk kami lebih faham dan aspek mana kami perlu bantu anak untuk berjaya.

Waktu pertama kali hadap perkara ni memang agak sukar nak terima - Tahun 2019 terima laporan pentaksiran Ikhwan darjah 1

Bersyukur sangat pihak sekolah dan guru sentiasa memberikan usaha yang terbaik dan mengalu-alukan penglibatan ibu bapa.

Seperti tahun-tahun sudah ibu bapa dijemput ke sekolah untuk mendengar taklimat dari Guru Besar (GB) menerangkan kaedah terkini tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

GB terangkan dengan lebih lanjut aspek yang perlu ibu bapa cakna untuk bantu anak.

 

Apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

PBS merujuk kepada pentaksiran terhadapap murid yang bersifat holistic iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Ikut sistem pendidikan terkini, memang berbeza sangat cara sekolah menilai pencapaian anak-anak. Bagi Diah cara sekarang lebih menyeluruh dan beri banyak ruang untuk guru dan ibu bapa faham tentang potensi anak-anak.


Hari Pelaporan-Pentaksiran-Bilik-Darjah-Pertengahan-Tahun


Bila sebut menyeluruh bermaksud banyak kerja perlu dilakukan pada peringkat awal seperti memasukkan data ke dalam sistem, pemantauan setiap hari dan melakukan ujian tertentu.

Ini semua dilakukan oleh guru dan pihak sekolah ya. Walaupun banyak kerja tetapi bagusnya kaedah ini kita boleh faham keperluan anak.

 

Beza Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif

Dibawah PBS pula ada pentaksiran Formatif dan juga Sumatif. Awal-awal dulu rasa payah sangat nak faham. Nak pecah kepala nak telan segala info cikgu bagi.

Tapi sekarang bila dah nampak hasil dan cara kerja, kami sebagai ibu bapa rasa lega dan sokong usaha yang sistem pendidikan buat ni.

Perkembangan anak-anak akan dipantau dari darjah satu sehingga darjah enam. Penglibatan anak-anak bukan setakat dalam akademik sahaja, tapi melalui Badan Beruniform, Sukan dan Persatuan.

Ada graf dan carta perkembangan yang dipantau. Di akhirnya keputusan akan tunjukkan kecenderungan anak-anak termasuk pilihan kerjaya.


sistem-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah


Pentaksiran atau pun penilaian ni dibuat secara berterusan. Dekat bawah ni adalah perbezaan antara pentaksiran Formatif dan juga Sumatif:

Formatif -

  • Semasa PdP
  • Pelaporan dalam bentuk deskriptif
  • Dilaksanakan secara berterusan
  • Maklumat membantu meningkatkan kualiti PdP
  • Tindakan susulan

Sumatif -

  • Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran
  • Pelaporan dalam bentuk skor/gred
  • Berkala
  • Maklumat menunjukkan tahap pencapalan murid


Penilaian-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah


Bahasa nak mudah faham ialah formatif ni bila guru mengajar dalam kelas, guru akan nilai kefahaman murid berdasarkan kebolehan murid menjawab soalan berdasarkan apa yang diajar oleh guru.

Jadi pembelajaran tu lebih efektif sebab ada komunikasi dua hala. Pentingnya anak-anak fokus dan aktif semasa sesi pembelajaran berlangsung.

Jadi isu bila ada ibu bapa yang suarakan kebimbangan untuk anak yang extrovert. Anak yang pendiam dan kurang bercakap.

Risau jika tidak dapat markah sebab tak banyak bercakap. Sebab itu wujudnya pentaksiran Sumatif. Peperiksaan bertulis masih ada untuk pertengahan tahun dan akhir tahun.

Guru akan nilai kefahaman murid melalui markah kertas ujian. Jadi penilaian tu seimbang dan berterusan.

Banyak lagi aspek yang diambil kira, lebih elok pergi ke sekolah anak dan berbincang dengan lebih lanjut. 

 

Tahap Penguasaan Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik Ikhwan & Raudah 

Alhamdulillah, result Raudah untuk Darjah Satu on track. Sama juga dengan Ikhwan. Cikgu beri kertas penilaian jadi lebih mudah kami nak faham.

Penilaian diberi ikut gred TP 1 – TP 6. TP 6 paling tinggi bermaksud murid boleh jadi pembantu cikgu untuk bantu ajar murid lain.

Dinyatakan juga senarai Mata Pelajaran Teras, Tahap Penguasaan, Penyataan Tahap Penguasaan, Ulasan Guru Mata Pelajaran dan juga Usaha Murid.

Untuk bantu anak kena ambil kira ulasan Guru Mata Pelajaran dan juga Usaha Murid. Kongsi dekat sini Keputusan result Ikhwan dan Raudah. 

Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sebagai rujukan kenangan di masa hadapan.

Raudah / Tahap 1 (Darjah 1)

Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual – TP5

Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik – TP4

Bahasa Inggeris – TP3.


Ambil-report-card-anak


Ikhwan / Tahap 2 (Darjah 6)

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Reka Bentuk Dan Teknologi, Pendidikan Muzik - TP6

Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Bahasa Arab - TP5

Result Darjah Lima


Kesimpulan

Amatlah penting ibu bapa menghadiri Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah dan faham tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Kecenderungan setiap anak adalah berbeza. Bila kita kenal pasti dari awal, jadi mudah untuk kita bantu anak dari sudut yang mana.

Sebagai contoh, ada anak yang minat dengan nombor dan mengira. Ada pula anak yang cenderung untuk mendengar dan membaca.


impian-ibu-bapa


Jadi method untuk belajar tu berbeza. Bayangkan selama ni kita paksa anak belajar tapi bukan ikut kecenderungan mereka.

Memang payah ilmu nak masuk dalam otak sebab anak rasa susah dan tak minat nak belajar. Bukan sebab anak tak cerdik ya.

HUAWEI, Explore The Future of Timekeeping And Beyond

Pushing the boundaries between tech and fashion with the next generation of WATCH GT 4. Huawei has announced an exciting lineup of cutting-edge technology set to launch on 5 October 2023.

This impressive array of new products includes the HUAWEI WATCH GT 4, HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition, HUAWEI FreeBuds Pro 3 and more.

Embodying the "Fashion Forward" proposition, the HUAWEI WATCH GT 4 represents a significant milestone in Huawei's journey to unite technology and fashion expression.




HUAWEI, Explore The Future of Timekeeping And Beyond - Launch Event On 5 October

Designed to be the centerpiece of every conversation, it introduces inventive design elements while retaining the modern geometric aesthetics of its predecessors – creating statement pieces that complement each of the users’ style and preferences.

Available in 46mm and 41mm sizes, the HUAWEI WATCH GT 4 series reflects meticulous craftsmanship in every detail.


HUAWEI-WATCH-GT-4


The 46mm takes inspiration from brilliance diamond cuts and aerodynamic silhouettes found in performance cars while the 41mm exemplifies a harmonious blend of fashion forward elegance, with its intelligently designed pendant form elevating it to the status of statement jewelery.

The HUAWEI WATCH GT 4 is more than just a smartwatch; it's a fashion statement that seamlessly integrates technology into daily life, enhancing the overall look of its wearers.


HUAWEI-WATCH-GT-4 in-46mm-Grey

Something Remarkable Is Coming As Well!

Following its recent successful launch in Europe and China, a new generation of Huawei devices is set to redefine wearable fashion and workspace to empower users to personalise their health, sports journey and workflow without compromising on style and functionality.

Along with this new generation of WATCH GT, Huawei will also be launching a line of products which is set to bring a new perspective not just on your look, but also your lifestyle.


Improved Activity Rings on HUAWEI WATCH GT 4 series


This upcoming launch will feature the latest HUAWEI MATEPAD series – HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition, Huawei’s first PaperMatte Display Tablet that will provide users an unprecedented paper-like reading and writing experience.

Moreover, Huawei will also be introducing the all-new HUAWEI FreeBuds Pro 3 – giving you an elevated crystal-clear listening experience.

Make sure to keep your eyes glued to the screen and stay tuned for the official announcement on Huawei Official Website and HUAWEI Official pages on Facebook or Instagram

Cara Mohon MyKad Anak 12 Tahun

Setelah beberapa kali terpaksa ditangguhkan atas urusan yang tidak dapat dielakkan, akhirnya semalam selesai juga buat kad pengenalan anak sulong. 

Besar dah Ikhwan Hafeez, dah masuk umur 12 tahun jadi kena tukar MyKid kepada Kad Pengenalan (MyKad). Cepat betul masa berlalu. 

Kebetulan MyKad Diah pun rosak jadi sekali jalan la buat yang baru. Ada masalah dengan cip MyKad. Sedar cip tu ada masalah bila nak reload Touch N Go dekat LRT tapi tak boleh. 

Alhamdulillah urusan permohonan MyKad berjalan lancar walaupun kami tersilap faham tentang waktu operasi UTC. 


Jabatan-pendaftaran-Negara


Mohon MyKad Anak 12 Tahun 

Memang semalam agak terkejar-kejar sebab kami pergi pada waktu petang, selepas anak-anak balik sekolah. 

Kami sangka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tutup pada pukul 4.00 petang, kelam kabut siapkan anak-anak dan sampai sekitar jam 3.30 petang. 

Kami ke mini UTC Keramat sebab situ paling dekat dengan rumah. Orang memang ramai tapi servis dia pantas jadi tidaklah menunggu lama. 


buat-MyKad-12-tahun



Cara Mohon MyKad Anak 12 tahun

Diah nak kongsikan cara nak mohon MyKad terutama untuk anak yang dah mencecah umur 12 tahun. 

Penting supaya korang tak buat perkara yang sia-sia dan dapat elak perkara yang tidak di ingini. Bagus kalau buat persiapan awal. 

Jadi antara perkara yang perlu korang tahu bila nak mohon MyKad ialah dokumen yang perlu dibawa dan pantang larang perlu di elakkan. 

Proses dia mudah je. Ambil nombor giliran dan tunggu dipanggil. Ada kaunter khas untuk proses permohonan. 

Waktu ini lah korang kena semak betul-betul segala info termasuklah alamat dan dia akan suruh korang tandatangan jika betul. 

Selesai di kaunter proses, seterusnya akan dipanggil untuk ambil gambar. 


Ambil-gambar-MyKad


Staff tu beritahu yang MyKad ambil masa untuk siap dan kena datang esok hari. Berlainan dengan situasi ganti MyKad disebabkan kad rosak, boleh siap dalam masa setengah jam sahaja. 

Diah wakilkan suami untuk ambil MyKad kami yang dah siap jadi kena beritahu staff tu untuk tujuan pengesahan dan suami kena tunjuk MyKad dia waktu ambil nanti. 

Diah juga dapat Kad Pengenalan sementara dan harus dipulangkan semasa ambil MyKad yang baru. Kalau korang jadi wakil dan nak mudah urusan, bawa je kesemua dokumen / resit yang dapat semasa buat MyKad tu. 


Dokumen-Pengenalan-sementara

Resit-MyKad



Dokumen Diperlukan Untuk Mohon MyKad

Nak mudah semak je segala informasi di website JPN. Diah baca dekat situ dan baca juga pengalaman dari blog orang lain. 

Penting untuk bawa Sijil Kelahiran Anak yang asal untuk tujuan pengesahan. Kalau menetap di luar negara sila bawa passport. 

Anak kena datang dengan ibu bapa, kena tunjuk MyKad ibu bapa. Kalau datang dengan penjaga (datuk, nenek, abang, kakak) harus berusia melebihi 21 tahun ke atas. 

Semalam ada kes seorang lelaki dia datang bersama anak perempuan. Kalau tengok sekali imbas, sebaya Ikhwan je. 

Agaknya nak buat MyKad juga. Muka dia jelas kelihatan marah ditambah suara agak keras tengah bercakap di telefon. 

Bercakap dengan isteri agaknya. Sempat dengar perbualan pendek, si ayah tak bawa sijil kelahiran anak. Terpaksa patah balik ambil sijil kelahiran atau datang hari lain. 

Bawa juga dokumen sokongan. Jika nak tukar dan guna alamat yang berbeza dengan MyKid, korang kena bawa bil elektrik atau bil telefon atau bil air yang ada alamat yang korang nak letak dalam MyKad. 

Macam Diah, nak tukar alamat MyKad Ikhwan kepada alamat rumah sekarang jadi kami datang bawa bil api. Jangan lupa bawa satu salinan untuk kegunaan JPN. 


Bayaran Lewat Mohon MyKad Kanak-Kanak 12 Tahun

Untuk mohon MyKad 12 tahun tiada sebarang bayaran dikenakan kecuali korang lambat mohon dari tarikh yang ditetapkan. 

Ingat tau jika tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun akan dikenakan bayaran proses iaitu RM10. 


Perkara Lain Perlu Tahu Jika Mohon MyKad

Waktu nak ambil gambar ada etika pemakaian untuk semua tak kira agama mahupun bangsa. Kalau pakai pakaian tidak sesuai dari segi rekaan atau warna, nanti kakitangan tu suruh pakai blazer. 

Ada juga disediakan songkok untuk Muslim. Pilihan nak pakai atau tidak. Rambut pula kena warna hitam tak boleh warna selain hitam ya. 


kaunter-gambar


Mini UTC Keramat tutup pada pukul 6.30 petang hari bekerja dan pukul 4.30 petang pada hujung minggu. 

Rancang elok-elok kalau nak pergi. Parking bertingkat ada jadi tiada isu tak tahu nak park dekat mana. Kalau tak mahu memandu kereta boleh naik LRT berhenti di stesen LRT Dato Keramat. 

Mini UTC Keramat berada berhadapan dengan stesen LRT Dato Keramat. Boleh jalan kaki dan perlu lintas jalan je.