Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Minggu lepas, kami singgah makan di Restoran Lemang To'ki yang terletak di Bentong Pahang. Memandangkan masih awal pagi dan urusan di MRSM Bentong selesai lebih awal dari jangkaan.

Jadi, kami putuskan nak jalan-jalan makan angin di kawasan terdekat. Dekat tak dekat sangat. Kami ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Ambil masa 45 minit untuk sampai ke sana. Cerita tengok gajah nanti Diah kongsi dalam entri berasingan.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kami sempat singgah makan di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang. Tak jauh pun dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Ha biasa lemang orang makan time raya je, sekarang hari-hari dah boleh makan lemang tak perlu tunggu waktu raya. 

Lagi pun hati dah lapang sebab urusan UKKM Ikhwan lancar je. Kita tawakal setelah berusaha. 


Singgah-Makan-Di-Restoran-Lemang-To'ki-Bentong-Pahang


 

Singgah Makan Di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Ini kali kedua kami datang kesini. Kali pertama dapat dine-in sebab sebelum ni kami dapat bungkus dan makan dalam kereta je.

Waktu tu ramai sangat pelanggan, tempat duduk pun tiada jadi penyelesaian terbaik makan je dalam kereta. Kebetulan kami sampai sama waktu dengan geng-geng motor konvoi jadi memang tipis la harapan tu.

Rezeki kami dapat makan dekat sini dan memandangkan hari bekerja jadi masih ada meja kosong. Pelanggan tetap ada ya.

Senyuman masing-masing tak lekang kat wajah. Mana taknya, kami craving sangat nak makan  lemang To'ki yang lembut dan cukup santan.


Makan-Di-Restoran-Lemang-To'ki


 

Menu Baru To'ki - Ayam Bakar Cicah Air Asam

Dah sampai sini wajib la makan lemang. Kami ambil portion sepinggan agak besar. Ambil juga rendang daging.

Masing-masing tak mahu makan nasi campur jadi kami pesan juga Ayam Bakar To'ki. Menu baru mereka agaknya. Punya la lama tak datang sini.


Ayam-Bakar-Restoran-Lemang-To'ki-Bentong-Pahang


Sumpah sedap weh. Perapan ayam dia sedap, tak over light je rasa di cicah pula dengan air asam To'ki. Air asam dia pedas, masin, masam dan cukup rasa. Perghh sedap.

Tak cukup satu portion, kami pesan lagi dua pinggan. Masing-masing berebut makan. Sebelum balik beli satu botol pencicah air asam To'ki.


air-asam-To'ki



Menu Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Dekat sini ada pilihan nak makan lemang dengan rendang, ada juga kedai nasi campur dan kedai aneka mi. Ada juga pisang, keledek goreng. Jadi banyak lah pilihan.

Selain lemang dan Ayam Bakar, pesan juga Mi Kari. Nasib kami tak ikut perasaan tamak. Nak habiskan apa depan mata pun payah. Kenyang betul.


Mi-kari-Restoran-Lemang-To'ki


Apa pun Alhamdulillah sekali lagi dapat peluang makan lemang To'ki. Selesai makan kami teruskan perjalanan gerak balik ke Kuala Lumpur.

 

Review Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang

Alhamdulillah kami sekeluarga suka lemang To'ki. Rasa lemak, masin cukup semua dan nasi pulut tu tak keras. Tiada kerak.


Lemang-To'ki-Bentong-Pahang


Rendang dia pun sedap dimakan. Tapi bukan lah tahap sedap yang teringat-ingat. Rasa cukup enak untuk makan Bersama lemang.


rendang-daging-Restoran-Lemang-To'ki


Cara pembelian adalah layan diri. Jadi mudah dan cepat. Kawasan persekitaran restoran bersih, tidak berbau dan selesa tak panas sangat.

Pilihan makanan sesuai untuk semua peringkat umur dan restoran ni mesra kanak-kanak. Nak repeat? Of cos, kalua ada kesempatan nak datang lagi.

 

Kesimpulan

Kalau ada rezeki menuju ke Pantai Timur, korang kena singgah makan di Restoran Lemang To'ki Bentong Pahang ni dan cuba sendiri.

 


Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Semalam dari pagi hingga jam satu petang berada di sekolah sebab bantu cikgu mewakili PIBG sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun 2023.

Balik dari sekolah tu terus rasa nak demam. Penat sangat dan cuaca amatlah panas. Macamana cikgu-cikgu boleh bertahan ya?

Dengan cuaca, aktiviti sekolah yang padat, ragam anak-anak lagi. Tepat pilihan diri ini untuk tak teruskan cita-cita menjadi seorang guru.


Sambut-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


 

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Bila imbas semula, dulu waktu sekolah rendah pernah bercita-cita nak jadi cikgu sekolah. Entah itu atas sebab minat atau ikut kawan sebelah agaknya.

Doktor, Cikgu, dan Polis antara cita-cita pilihan waktu kecil dan paling banyak ditulis dalam karangan. Senang nak menulis sebab boleh bayangkan bidang kerja tu macamana.

Naik sekolah menengah, cita-cita Diah masih kabur. Tapi masa tu dah berangan nak kerja dalam pejabat jadi ada pendingin hawa dan jadi ketua.

Pengaruh drama dekat televisyen. Dalam drama Nampak gah kalau kerja dalam pejabat. Jadi, tercapai sudah cita-cita waktu kecil.

 


Tema Hari Kanak-Kanak - Cita-Cita

Berbalik kepada cerita sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah. Tema tahun ini adalah “Cita-Cita”. Cikgu galakkan anak-anak hadir dengan berpakaian mengikut tema.

Tidak ada paksaan, nak pakai baju sekolah pun boleh. Pakai baju biasa pun boleh asalkan sopan. Kasut pula kena pakai yang bertutup.

Untuk anak-anak siapkan awal kami beli costume Polis dari kedai mainan MRToy di AEON BiG Wangsa Maju. Cari apa yang ada supaya anak-anak rasa teruja cukuplah.


Sambutan-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kadang-kadang terfikir juga untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, kesiankan anak-anak. Tapi Alhamdulillah sekolah sentiasa peka, setakat ini belum ada isu murid rasa terpinggir.

Sambutan meriah tapi perjalanan majlis agak padat. Ikutkan dalam tentatif program ada pemberian Anugerah Murid tapi terpaksa ditangguh sebab tak sempat.


tema-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah


 

Sumbangan Hadiah Untuk Lucky Draw

Kisahnya seminggu sebelum majlis, sekolah ada minta sumbangan ibu bapa untuk hadiah ‘lucky draw’. Rezeki anak-anak banyak sangat sumbangan diterima.

Hadiah paling best semalam adalah dua buah skuter. Anak-anak PPKI yang bertuah dapat skuter tu. Paling banyak semestinya hamper dan juga set alat tulis.


kek-Hari-Kanak-Kanak


Lebih daripada separuh jumlah murid-murid yang bertuah mendapat hadiah. Ikhwan dapat Beach Towel, Raudah pula tiada rezeki.

Ikutkan Diah dan suami mana pernah bertuah bila ada Lucky Draw. Sedapkan hati selalu fikir yang masih ada orang yang lebih perlu dan layak dapat lucky draw.

Apa pun semua gembira dan tiada perkara tidak elok berlaku kecuali makanan sampai agak lewat. Perkara yang boleh dibaiki di masa hadapan.

Peringatan juga untuk diri pastikan anak-anak tidak kelaparan dan sarapan siap-siap dari rumah.

Acara paling seronok semalam adalah persembahan Clown dan juga gerai Aiskrim. Memang riuh rendah suara anak-anak terhibur.

 

anugerah-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah



Anugerah SUIT (Sahsiah Unggul Insan Terbilang)

Ikutkan sepatutnya ada juga acara penyampaian Anugerah SUIT. Pertama kali dengar dan pertama kali juga sekolah war-warkan.

Anugerah SUIT ada tiga; Kehadiran, Penampilan Bersih dan Sahsiah Terpuji. Kriteria dan pemilihan semua cikgu yang buat.

Semestinya berdasarkan pemerhatian oleh guru kelas. Ikutkan dah lama SUIT wujud, tapi sekolah baru je berjinak-jinak nak perkenalkan anugerah ni.

Nak baca tentang SUIT supaya lebih faham boleh rujuk sini - Apa itu SUIT

Raudah dan Ikhwan terpilih menerima Anugerah Penampilan Bersih untuk kelas masing-masing. Nak gelak pun ada.

Walaupun masing-masing langsung tak faham apa erti anugerah tu yang penting naik pentas terima sijil.


sijil-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kesimpulan

Sambutan Hari Kanak-Kanak tahun ini lebih bermakna sebab dapat cipta kenangan dengan anak-anak, dapat bantu cikgu dan sebagai ibu rasa bangga dengan pencapaian anak-anak.

 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Ilmu blogging baru untuk hari ini berkaitan widget – configure blog list.  Widget ni tak wajib pun letak dekat blog tapi boleh jadi sebagai tanda sokongan kepada kawan blogger yang lain.

Lagi satu, memudahkan Diah nak blogwalking kawan-kawan yang ada dalam senarai. InshaAllah akan lebih kerap drop komen lepas ni.

Semoga cita-cita tercapai la hendaknya. Amin.


cara-baiki-widget-blog-list


 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Teruja nak kongsikan sebab dapat belajar trick baru walaupun tidak faham sepenuhnya lagi. Rasa puas hati bila dapat kemaskan interface blog.

Macam entri sebelum ni Diah ada buat segmen “PencarianBloglist 2024 Rodiahamir.com”. Istimewa yang terpilih akan dimasukkan dalam blog list 2024.

Hari ni dah mula perlahan-lahan balas komen dan masukkan dalam senarai widget. Masih sempat lagi kalau  korang nak join sehingga 25 Disember ini sahaja tau.

 

Configure Blog List – Detail Tak Keluar

Waktu nak configure Blog List, Diah perasan yang result akhir tak mengikut apa yang Diah set kan. Jadi hodoh sudahnya. Sakit mata memandang walaupun kecil je kesalahan dia.

Di bahagian “Show blogs” kita boleh tentukan nak paparkan maklumat seperti “Title of most recent item, icon, Snippet of most recent item, Thumbnail of most recent item dan Date of last update”.


configure-blog-list


Walaupun dah set “on” tapi maklumat tu tak keluar. Jadi macam bawah ni. Entah la ini dikategorikan bug atau bergantung kepada template blog.





Cara Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Lepas godek beberapa tempat dan buat carian rupanya baru jumpa jawapan. Ikutkan kalau kita add bloglist dari list blog yang kita follow, widget akan detect nama blog sahaja.





Untuk buat blog paparkan maklumat yang kita pilih, kena tambah url dari macam ni; http://www.rodiahamir.com/ jadi macam ni http://www.rodiahamir.com/feeds/posts/default




Selepas tambah url feeds post dia bahagian akhir url, baru la paparan jadi macam apa yang Diah set kan sebelum ini.


configure-blog-list


Bersyukur dan seronok dapat belajar benda baru. Harap kawan-kawan dapat manfaat dari perkongsian kali ini tentang cara baiki widget blog – configure blog list.

Selamat mencuba.

 


Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Assalamualaikum,

 

Buat julung-julung kalinya Diah mengadakan segmen Pencarian Bloglist untuk diletakkan dalam blog. Sepanjang aktif menulis ni blog, ini kali pertama buat segmen macam ni.

Nampak ramai kawan-kawan yang dah buat jadi kita buat juga. Sambil kemaskan template blog. Harap ada yang sudi sertai.

Syarat penyertaan adalah seperti di bawah:

 

  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com". Guna banner dalam entri ini dan link kan URL dalam entri penyertaan.
  3. Wajib letak blog http://www.rodiahamir.com dalam bloglist korang juga.
  4. Untuk yang dah sertai, boleh tinggalkan komen nanti Diah akan blogwalking.
  5. Segmen berlangsung sehingga 25 Disember 2023.

 

Jom la join!

Pencarian-Bloglist-RodiahAmir