Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Rodiah Amir

Semalam dari pagi hingga jam satu petang berada di sekolah sebab bantu cikgu mewakili PIBG sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Tahun 2023.

Balik dari sekolah tu terus rasa nak demam. Penat sangat dan cuaca amatlah panas. Macamana cikgu-cikgu boleh bertahan ya?

Dengan cuaca, aktiviti sekolah yang padat, ragam anak-anak lagi. Tepat pilihan diri ini untuk tak teruskan cita-cita menjadi seorang guru.


Sambut-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


 

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah

Bila imbas semula, dulu waktu sekolah rendah pernah bercita-cita nak jadi cikgu sekolah. Entah itu atas sebab minat atau ikut kawan sebelah agaknya.

Doktor, Cikgu, dan Polis antara cita-cita pilihan waktu kecil dan paling banyak ditulis dalam karangan. Senang nak menulis sebab boleh bayangkan bidang kerja tu macamana.

Naik sekolah menengah, cita-cita Diah masih kabur. Tapi masa tu dah berangan nak kerja dalam pejabat jadi ada pendingin hawa dan jadi ketua.

Pengaruh drama dekat televisyen. Dalam drama Nampak gah kalau kerja dalam pejabat. Jadi, tercapai sudah cita-cita waktu kecil.

 


Tema Hari Kanak-Kanak - Cita-Cita

Berbalik kepada cerita sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah. Tema tahun ini adalah “Cita-Cita”. Cikgu galakkan anak-anak hadir dengan berpakaian mengikut tema.

Tidak ada paksaan, nak pakai baju sekolah pun boleh. Pakai baju biasa pun boleh asalkan sopan. Kasut pula kena pakai yang bertutup.

Untuk anak-anak siapkan awal kami beli costume Polis dari kedai mainan MRToy di AEON BiG Wangsa Maju. Cari apa yang ada supaya anak-anak rasa teruja cukuplah.


Sambutan-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kadang-kadang terfikir juga untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, kesiankan anak-anak. Tapi Alhamdulillah sekolah sentiasa peka, setakat ini belum ada isu murid rasa terpinggir.

Sambutan meriah tapi perjalanan majlis agak padat. Ikutkan dalam tentatif program ada pemberian Anugerah Murid tapi terpaksa ditangguh sebab tak sempat.


tema-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah


 

Sumbangan Hadiah Untuk Lucky Draw

Kisahnya seminggu sebelum majlis, sekolah ada minta sumbangan ibu bapa untuk hadiah ‘lucky draw’. Rezeki anak-anak banyak sangat sumbangan diterima.

Hadiah paling best semalam adalah dua buah skuter. Anak-anak PPKI yang bertuah dapat skuter tu. Paling banyak semestinya hamper dan juga set alat tulis.


kek-Hari-Kanak-Kanak


Lebih daripada separuh jumlah murid-murid yang bertuah mendapat hadiah. Ikhwan dapat Beach Towel, Raudah pula tiada rezeki.

Ikutkan Diah dan suami mana pernah bertuah bila ada Lucky Draw. Sedapkan hati selalu fikir yang masih ada orang yang lebih perlu dan layak dapat lucky draw.

Apa pun semua gembira dan tiada perkara tidak elok berlaku kecuali makanan sampai agak lewat. Perkara yang boleh dibaiki di masa hadapan.

Peringatan juga untuk diri pastikan anak-anak tidak kelaparan dan sarapan siap-siap dari rumah.

Acara paling seronok semalam adalah persembahan Clown dan juga gerai Aiskrim. Memang riuh rendah suara anak-anak terhibur.

 

anugerah-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Sekolah



Anugerah SUIT (Sahsiah Unggul Insan Terbilang)

Ikutkan sepatutnya ada juga acara penyampaian Anugerah SUIT. Pertama kali dengar dan pertama kali juga sekolah war-warkan.

Anugerah SUIT ada tiga; Kehadiran, Penampilan Bersih dan Sahsiah Terpuji. Kriteria dan pemilihan semua cikgu yang buat.

Semestinya berdasarkan pemerhatian oleh guru kelas. Ikutkan dah lama SUIT wujud, tapi sekolah baru je berjinak-jinak nak perkenalkan anugerah ni.

Nak baca tentang SUIT supaya lebih faham boleh rujuk sini - Apa itu SUIT

Raudah dan Ikhwan terpilih menerima Anugerah Penampilan Bersih untuk kelas masing-masing. Nak gelak pun ada.

Walaupun masing-masing langsung tak faham apa erti anugerah tu yang penting naik pentas terima sijil.


sijil-tokoh-Hari-Kanak-Kanak-Di-Sekolah


Kesimpulan

Sambutan Hari Kanak-Kanak tahun ini lebih bermakna sebab dapat cipta kenangan dengan anak-anak, dapat bantu cikgu dan sebagai ibu rasa bangga dengan pencapaian anak-anak.

 

Tags