Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Rodiah Amir
11

Ilmu blogging baru untuk hari ini berkaitan widget – configure blog list.  Widget ni tak wajib pun letak dekat blog tapi boleh jadi sebagai tanda sokongan kepada kawan blogger yang lain.

Lagi satu, memudahkan Diah nak blogwalking kawan-kawan yang ada dalam senarai. InshaAllah akan lebih kerap drop komen lepas ni.

Semoga cita-cita tercapai la hendaknya. Amin.


cara-baiki-widget-blog-list


 

Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Teruja nak kongsikan sebab dapat belajar trick baru walaupun tidak faham sepenuhnya lagi. Rasa puas hati bila dapat kemaskan interface blog.

Macam entri sebelum ni Diah ada buat segmen “PencarianBloglist 2024 Rodiahamir.com”. Istimewa yang terpilih akan dimasukkan dalam blog list 2024.

Hari ni dah mula perlahan-lahan balas komen dan masukkan dalam senarai widget. Masih sempat lagi kalau  korang nak join sehingga 25 Disember ini sahaja tau.

 

Configure Blog List – Detail Tak Keluar

Waktu nak configure Blog List, Diah perasan yang result akhir tak mengikut apa yang Diah set kan. Jadi hodoh sudahnya. Sakit mata memandang walaupun kecil je kesalahan dia.

Di bahagian “Show blogs” kita boleh tentukan nak paparkan maklumat seperti “Title of most recent item, icon, Snippet of most recent item, Thumbnail of most recent item dan Date of last update”.


configure-blog-list


Walaupun dah set “on” tapi maklumat tu tak keluar. Jadi macam bawah ni. Entah la ini dikategorikan bug atau bergantung kepada template blog.





Cara Baiki Widget Blog – Configure Blog List

Lepas godek beberapa tempat dan buat carian rupanya baru jumpa jawapan. Ikutkan kalau kita add bloglist dari list blog yang kita follow, widget akan detect nama blog sahaja.





Untuk buat blog paparkan maklumat yang kita pilih, kena tambah url dari macam ni; http://www.rodiahamir.com/ jadi macam ni http://www.rodiahamir.com/feeds/posts/default




Selepas tambah url feeds post dia bahagian akhir url, baru la paparan jadi macam apa yang Diah set kan sebelum ini.


configure-blog-list


Bersyukur dan seronok dapat belajar benda baru. Harap kawan-kawan dapat manfaat dari perkongsian kali ini tentang cara baiki widget blog – configure blog list.

Selamat mencuba.

 


Tags

Catat Ulasan

11Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. wah leh cuba ni.. MA memang lemah bab2 ni. tq tq!!

    BalasPadam
  2. wahhh...terima kasih share sis...Linda bab2 nie mmg x reti...kena ada org ajar, baru tahu...nanti free2 boleh lah godek...senang tgok semua kat bloglist je...

    BalasPadam
  3. Terima kasih kongsi ilmu baru :D

    BalasPadam
  4. rasanya once kita masukkan url blog..dia akan auto detect post/default tu. macam tulah kalau kat setting blog ammi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pemilik blog buat setting sendiri (feeds post) memang akan okay, yang ni kiranya kita tolong set kan semula. template tak recognize

      Padam
  5. Nasib baik boleh baiki kan, alhamdulillah

    BalasPadam
  6. terima kasih banyak diah atas perkongsian. selama ni jenuh fikir apa nak buat sama kes je tak keluar details. cuma nama blog je. walaupun dah klik semua. tu yang terus delete je sebab tak cantik. sampai la join segment diah tu terus la wujudkan semula bloglist dan hari ni bw kat blog diah terjumpa pulak entry ni memang sangat membantu :)

    BalasPadam
Catat Ulasan