As salam ini adalah entry tertangguh selepas beberapa ketika balik bercuti mingguan ke Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur.
Kenapa pilih bercuti di Gambang? Tujuan utama adalah kerana nak melawat Safari. Then dah tahu bila berjalan ke safari atau zoo mesti akan libatkan penggunaan tenaga yang banyak.
Sebab nak layan Ikhwan Hafeez yang tengah membesar perlukan ketenangan dan kawalan yang tinggi. Keselamatan, kebersihan, ketenangan jiwa keluarga yang bercuti.
Bercuti di Bukit Gambang Resort City
Kenapa pilih Bukit Gambang Resort
City Kuantan Pahang Darul Makmur?
Dari segi kos, Jarak yang bolehla
dikatakan dekat. Kl ke Gambang. Dengan minyak dan tol. Agak berbaloi jika
difikirkan bila check in pagi sabtu dan balik petang ahad.
Untuk penginapan aku survey kat
Groupon dan nampak pakej yang menarik hati terus beli dengan harga RM 225 + 50
bayar bila check in disana. Overall penjimatan hampir 60%.
Studio suite ni dia bagi bilik
ala apartment yang ada dua katil queen size, peti ais mini, tv, and bilik air
yang ada macam gambar aku ambil dari website Bukit Gambang Resort City.
Untuk urusan sebelum bercuti
untuk check availability dengan pihak hotel feedback yang diterima amatlah
pantas, tepat dan jitu. So after confirm bilik dengan hotel dan available terus
beli pakej groupon.
Sampai lunch dulu dekat kedai depan hotel then baru check
in. Alhamdulillah dapat masuk awal sikit. Masa check in staff dia advice pergi
safari dulu since masih sempat masuk safari siang punya.
Untuk kesenangan sila
ambil dan baca template waktu operasi safari dan waterpark. So rancang dengan
bijak.
Kami pergi safari siang nya
tengok semua haiwan yang memang nampak kat tv naik tramp. Cute tramp dia. Nak cerita
semua binatang yang ada memang tak dapat digambarkan keseronokkan.
Harus pergi.
Kami sekeluarga pencinta binatang so amatlah enjoy. Apa yang tak bagus ialah tramp
ni sangatlah lasak keadaannya. Amat tak sesuai bawak baby.
Pendek kata setahun
kebawah tidak digalakkan sebab keadaaan muka bumi akan terhentak-hentak. Bayangkan
masa pergi satu tramp dengan kami ialah baby yang tak sampai setahun dan masa
balik kebetulan jumpa warga emas menaiki kerusi roda.
Dengan keadaan
persekitaran dan kemudahan yang kurang untuk baby and warga emas friendly ni kena
fikir banyak kali.
Ikut pengalaman aku, nak dibandingkan lagi seronok ke
Zoo Melaka.
Ok safari ni ada siang and malam.
Pukul enam petang dah start night safari. Pendekkan cerita aku sempat tengok elephant
feeding sambal makan kat cafeteria, pastu tengok white tiger and binatang lain
kat wild nursery.
Pastu sambung tarzan show pada pukul 8 malam then continue lagi show
orang main api. Memang terbaik.
Even tak larat tapi masih ada hati aku nak
jalan-jalan sekeliling lagi. Memikirkan mak yang semakin berusia kami balik ke
bilik.
Esok pagi breakfast yang not bad
then terus pergi waterpark. Kami check out terus sebab nak berlamaan didalam
waterpark.
Tengahari at 1.00 berjaya keluar lepas layan karenah Ikhwan nak
mandi. Singgah hantar mak ke kampung dan berehat sekejap sebelum teruskan
perjalanan balik KL. Indahnya dunia.
Btw banyak lagi gambar tapi guna hp gambar macam tak best nak upload. So sila pergi baru rasai kegembiraan ini.