Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Review

Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Review 

Baru-baru ni Diah diberi peluang mencuba liner atau alas untuk stroller jenama Mamaway iaitu 3D Shock Proof Universal Stroller Liner. Stroller liner digunakan untuk memberi keseselesaan kepada bayi kita semasa dia berada dalam stroller. 

Stroller liner ni penting dan perlu ada terutama untuk bayi yang mempunyai kulit yang sensitif. Selalunya bila kita beli stroller, kadang-kadang alas stroller tu buat bayi kurang selesa bila duduk dalam jangka masa panjang. 


review Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner

Banyak je stroller liner yang di jual di kedai dan berbeza jenis semuanya bergantung kepada fungsi dan bahan yang digunakan. Untuk ibu bapa yang sedang mencari-cari stroller liner yang bagus diharap dengan perkongsian Diah ni dapat membantu anda buat pilihan tepat. 


Features Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner


Dekat bawah ni Diah kongsi perbandingan yang telah di buat oleh Rozalia Alik di Facebook, perbezaan Mamaway Stroller liner dengan liner yang ada dekat pasaran. 
Comparison Stroller Liner
Perbandingan Stroller Liner 

Kenapa patut pilih Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner?


3D Shock Proof Universal Stroller Liner

#1 Smart Temperature Regulation 

Ibu bapa tak perlu risau lagi dengan perubahan cuaca terutama dekat Malaysia ni kadang-kadang sejuk dan boleh jadi terlampau panas. Stroller liner ni di cipta dengan teknologi yang boleh mengawal suhu pada kulit bayi. 

Stroller liner ni boleh menyerap, menyimpan dan melepaskan haba bergantung kepada keadaan. Maksudnya bila kulit bayi terlalu panas, ia akan menyerap haba dan menyimpanya dan apabila kulit menjadi sejuk haba akan dikeluarkan supaya bayi selesa dengan persekitaran. 

#2 Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria

Kebersihan memang perkara utama yang perlu di titik beratkan sebab bayi paling senang nak dapat penyakit. Stroller Liner Mamaway ni telah lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria dan juga Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201). 

Nak cuci pun mudah dan boleh di basuh dengan mesin basuh dan cepat kering. Yeay, senang kerja. Tak risau kalau terkena kotoran. 

#3 3D Air Mesh

Reka bentuk sokongan 3D yang menyerap hentakan dan ada pengaliran udara yang bagus, jadi bayi tak mudah tergelincir dan lebih selesa bila berada dalam stroller. 

3D Air Mesh effectively ventiles the area under the liner & absorb the shock
#4 Universal Fit

Stroller line ni amatlah ringan dan mudah alih, lepas tu bukan setakat boleh digunakan dengan stroller malah sesuai untuk car seat, bakul bayi, kerusi bayi dan banyak lagi. 

Nak tahu lebih lanjut dan nak baca perkongsian ibu bapa lain tentang stroller liner ni boleh la tengok dekat link di bawah. 


Kesimpulan

Kalau dulu penggunaan stroller liner adalah satu pilihan tapi bagi pendapat Diah sekarang ia nya dah bertukar menjadi satu keperluan penting dengan keadaan cuaca kita sekarang. 

Paling penting sebelum nak buat keputusan nak beli barang untuk bayi anda, kena pilih yang dapat beri keselesaan kepada bayi anda. Jadi ibu bapa yang bijak pilih lah yang selesa dan selamat. Semestinya Mamaway Stroller liner ni adalah antara pilihan yang terbaik. 


About Mamaway


Mamaway is an award winning pregnancy and breastfeeding label, offering stylish maternity, breastfeeding and baby fashion and accessories as well as baby carriers and everyday breastfeeding essentials.

Established in 2003 by our founder Deborah, Mamaway was created out of the necessity to help make breastfeeding easier for women around the world and for them to look stylish during their pregnancy and breastfeeding days.

Mamaway now has over 70 retail stores worldwide as well as an established distribution channel both in physical stores and online stores around Australia, China, Taiwan, South East Asia and worldwide.

Susu Fernleaf 100% Mmmmm Susu Dari New Zealand

Sebut pasal susu ni, Diah dulu ada masalah nak minum susu sebab rasa dan juga bau susu. Memang tahu susu adalah penting untuk tulang dan pembesaran. 

Diah ingat lagi masa mengandung anak pertama, Doktor banyak kali nasihatkan supaya minum susu supaya kalsium badan tak terjejas sebab berkongsi kalsium dengan bayi dalam perut. 


Susu Fernleaf 100% Mmmmm Susu Dari New Zealand

Demi bayi dalam kandungan memang nekad hari-hari minum susu. Akhirnya perasaan dari tak suka susu tu bertukar jatuh cinta dengan rasa susu.


Susu Fernleaf Dari New Zealand



Bila dah mula suka susu akhirnya pandai pilih susu yang sedap dekat tekak. Tak tahu tekak orang lain macam mana tapi bagi Diah susu yang berada di pasaran ni ada berbeza-beza rasa dia. 

Antara salah satu jenama susu yang mendapat tempat di hati Diah sekeluarga semestinya Susu fernleaf. 

Susu Fernleaf ni diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand. New Zealand memang sejak dulu lagi terkenal dengan hasil lembu tenusu yang mempunyai protein berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D.

Fernleaf Susu Berkualiti

Kenapa Lembu Tenusu New Zealand


Kenapa nak pilih lembu tenusu yang lain sedangkan Lembu Tenusu dari New Zealand adalah yang terbaik. 

Fernleaf memilih lembu-lembu dari New Zealand kerana New Zealand merupakan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu kerana tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik serta cahaya matahari yang banyak.

Lembu tenusu Fernleaf menghabiskan 90% masa meragut rumput secara bebas dan sebab tu lembu Fernleaf menghassilkan susu dengan tahap Vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung di dalam kandang.


Susu Fernleaf Susu Berkualiti Tinggi

Fernleaf amat serius dalam memastikan susu yang dihasilkan berkualiti tinggi, mereka memastikan para peladang menjaga lembu-lembu tenusu mereka dengan penuh dedikasi. 

Pendek kata mereka jaga lembu ni bagai menatang minyak yang penuh. Beruntung betul jadi lembu tu ya. 

Ladang lembu tenusu Fernleaf di New Zealand ni di usahakan secara semulajadi yang bermaksud lembu-lembu tenusu yang diternak di biarkan bebas untuk meragut di padang rumput yang subur. Jadi lembu-lembu tu tidak la terkurung macam lembu-lembu biasa yang lain. 

Ini lah rahsia kenapa susu Fernleaf ni sedap dan berkualiti tinggi. Susu yang dihasilkan dari lembu-lembu yang bebas meragut rumput dan banyak terdedah kepada pancaran Matahari dipercayai mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. 

Kalau nak tahu, lembu tenusu Fernleaf ni tak perlukan sebarang penggalak susu dan menghasilkan susu secara semulajadi sebab lembu-lembu ni makan rumput yang berkualiti tinggi, mendapat bekalan air dan udara yang bersih, dan iklim yang sesuai. 


Fernleaf pakar tenusu

Fernleaf Si Pakar Tenusu


Oleh kerana kepakaran Fernleaf dalam bidang perladangan tenusu telah menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu masa kini. 

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman, para peladang yang berdedikasi amat bangga dengan usaha mereka memastikan susu yang terhasil mempunyai kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia ada yang di tawarkan kepada pengguna. 

Pendek kata, segala keperluan dan juga pemakanan lembu-lembu ni di jaga rapi dan semestinya secara semulajadi untuk memastikan susu yang berkualiti terhasil.


Susu Fernleaf Dari New Zealand Kegemaran sekeluarga


Susu Fernleaf Susu Kegemaran Sekeluarga

Rasa Susu UHT Fernleaf memang cukup lemak penuh krim tau. Paling jadi kegemaran kami semestinya perisa coklat. 

Ada lagi dua perisa iaitu Susu UHT Fernleaf low fat dan juga Susu UHT Fernleaf full cream. 

Kalau breakfast sekotak kecil 200ml Susu UHT Fernleaf dengan roti bakar memang boleh kenyang sampai waktu tengah hari in sha Allah. 

Susu UHT Fernleaf ni tersedia dalam pek 200ml dan juga 1 liter dan boleh di dapati hampir di seluruh pasaraya. Memang senang la kalau nak jumpa. 

Sekarang giliran Diah pula ajar anak-anak untuk sukakan susu. Dah jadi ibu ni tanggungjawab terletak kat bahu kita untuk memastikan anak-anak terjaga tumbesaran mereka dan pilih yang terbaik. 

Semestinya pilihan kami sekeluarga, Susu UHT Fernleaf 100% Susu Dari New Zealand yang kaya dengan protein berkualiti tinggi penuh dengan 100% manfaat terjamin. 

Pengalaman Di Jabatan Kecemasan HKL

Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada bulan lepas. 

Kisahnya Diah ke sana untuk bawa anak bongsu kami yang berusia 8 bulan tu untuk pemeriksaan kepala.

Pagi tu Airis Safiya jatuh katil masa orang sibuk bangun untuk solat Subuh. Terleka beberapa saat saja sedar-sedar dia dah meraung tertiarap dekat lantai. Ngeri betul kalau nak imbas kenangan tu semula.

Tengahari tu Diah bawa Airis ke Klinik swasta berhampiran rumah untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. 

Pengalaman Di Jabatan Kecemasan HKL

Sebelum tu memang dah call tanyakan tentang doktor. Memandangkan hari tu hari Jumaat memang nak elak pergi yang sia-sia.

Alhamdulillah bersiap dan terus ke klinik. Sampai je di klinik jururawat beritahu yang Doktor ada hal kecemasan. Masa tu memang rasa nak marah tapi bertahan je. 

Ceritakan serba ringkas apa yang berlaku dan jururawat nasihatkan Diah terus rujuk ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur memandangkan Airis ada muntah selepas terjatuh. 

Dia tak galakkan untuk menunggu doktor. Masa ni masih lagi zero knowledge tentang kecederaan kepala akibat jatuh. Jadi memang di akui sedikit panik dan ikut sahaja cadangan jururawat tu.

Pengalaman bawa Airis untuk check up prolonged Jaundice di HKL masih segar ya. 


Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Prosedur Pendaftaran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

Oleh sebab umur Airis dan situasi dia yang jatuh dan muntah selepas jatuh jadi kes kami di kategori kan sebagai kes kecemasan. 

Bukan semua sakit boleh di klasifikasi kan sebagai kes kecemasan. Kes yang benar-benar meragut nyawa sahaja boleh mendaftar dan layak diberi rawatan kecemasan. 

Selepas sampai di Jabatan Kecemasan perkara pertama kena buat ialah mendaftar diri di kaunter hadapan. 

Kakitangan berkaitan akan tanya serba sedikit dan minta kita isi borang. Kemudian tunggu di ruangan menunggu sehingga nama di panggil.




Alhamdulillah kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur sangat cekap dan juga mesra senyuman. 

Lepas nama dipanggil masa ni berjumpa dengan jururawat bertugas. Diah ceritakan kembali apa yang berlaku dan jururawat yang melayan akan rekod kan segala maklumat di dalam borang. 

Ada beberapa orang lagi MA yang bertugas. Walau berdepan hal kecemasan mereka masih tenang dan mesra memberi layanan kepada pesakit.


Zon Hijau Jabatan Kecemasan HKL

Selesai soal jawab pertama kemudian Diah dikehendaki merujuk ke Zon Hijau untuk berjumpa dengan doktor. 

Apa yang Diah perasan ada dua Zon. Zon Hijau dan juga Zon Kuning. Rasanya Zon Kuning untuk mereka yang lebih parah tahap kecederaan dan lebih teruk keadaan mereka. 

Sekali lagi kena mendaftar di kaunter dan membayar bil RM1. Dapat no giliran dan tunggu giliran utnuk berjumpa dengan doktor. 

Masa di Zon Hijau terjumpa pelakon dan pelawak AR Badul tapi bukan dia yang menerima rawatan. Dia nampak sihat. Mungkin tempat ahli keluarga lain yang berjumpa doktor.


Zone Hijau Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Sesi soal jawab bersama doktor

Lepas beberapa minit, tak sampai setengah jam pun rasanya nombor kami dipanggil. Sekali lagi Diah terpaksa cerita semula kejadian yang berlaku. 

Alhamdulillah penerangan doktor mudah difahami dan doktor sangat-sangat mesra pesakit. Walau muka penat tapi layanan tetap terbaik. 

Doktor tenang je lakukan pemeriksaan. Alhamdulillah Airis tidak mengalami kecederaan teruk akibat jatuh katil.

Doktor nasihat kan supaya terus pantau tahap kesihatan Airis dan jika ada tanda-tanda yang menunjuk kan peningkatan kecederaan serius memang kena datang semula ke Jabatan Kecemasan. 

Lepas selesai sesi soal jawab kami dibenarkan balik. Pesan doktor, jika berlaku sawan, bayi resah dan muntah, tiba-tiba berlaku pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak kena cepat-cepat rujuk ke hospital.



Berjumpa doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Pengalaman dan Pengajaran

Sepanjang berada di Jabatan Kecemasan kuala Lumpur mulut tak henti-henti ucap syukur dan kasihan kepada mereka yang datang untuk terima rawatan.

Jika dibandingkan dengan apa yang terjadi dekat Airis kesakitan mereka lebih teruk. Ada pelajar lelaki (sekolah rendah) yang berdarah dahi. 

Pelajar perempuan sekolah menengah yang duduk di kerusi roda sebab kaki berdarah akibat kemalangan, ada yang demam muka pucat dan tangan di cucuk dengan jarum untuk masuk air. 

Ada yang berbalut kaki dan tangan. Eh macam-macam. Sesungguhnya mereka yang bekerja di Jabatan Kecemasan memang cekal hatinya. 

Tahniah dan besar ganjaran nya kerana anda melakukan tugas dengan baik sekali.

Apa yang Diah kongsikan dekat blog sekadar ingatan untuk diri di masa hadapan. Juga untuk yang tak pernah mengalami pengalaman di Jabatan Kecemasan boleh la baca sebagai pengetahuan. 

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) 

Sesungguhnya Zakat dapat menyucikan jiwa dan harta. Terasa ala-ala ustazah bila menyampaikan info berbentuk ke agamaan ni, tapi bagus la kan ingat akhirat. 

Ok berbalik kepada tajuk entri kali ni Diah nak kongsi dengan anda semua macamana hanya dengan bayar zakat anda berpeluang untuk menunaikan umrah dan juga hadiah lain. Menarik kan? Dapat pahala lepas tu dapat hadiah lagi.  Nak tahu kena baca sampai habis ya.

Diah tertarik nak kongsi maklumat dengan anda semua tentang satu kempen yang tengah berlangsung yang di anjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP). 

Nama kempen itu ialah tak lain tak bukan kempen pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Masih ada masa kalau nak sertai. 


Menangi Pakej Umrah Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
Kempen Skim Potongan Gaji Zakat Skim Thohir


Siapa Yang Boleh Sertai Kempen Thohir 2018?


Kempen ni terbuka kepada kakitangan kerajaan dan juga swasta dengan syarat anda membuat pembayaran zakat, melalui potongan gaji. Lebih berkat pendapatan kita kalau bayar zakat tau. Salah satu cara bersihkan diri dan jiwa juga. 

Kempen ni di adakan khas untuk menggalakkan orang awam untuk ber zakat. Sambil kita ber zakat dapat membantu golongan asnaf di Malaysia. 

  • Mereka yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji) anda lah orang yang layak kalau nak sertai kempen ni. 
  • Dan kalau yang memang dah buat potongan zakat, hanya perlu buat tambahan nilai potongan zakat sedia ada je. Boleh la semak berapa nilai potongan zakat terakhir anda. 

Hadiah Utama Kempen Thohir 2018

Ada 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat (Skim Thohir).
  • Pemenang utama: Pakej Umrah bagi 2 orang 
  • Pemenang kedua: Percutian ke Beijing 6H5M
  • Pemenang ketiga: Percutian ke Bangkok 5H4M
  • Pemenang keempat  dan kelima: Percutian ke Jakarta 3H2M
  • Pemenang keenam dan ketujuh: Percutian ke Pekan Baru 3H2M
  • Pemenang kelapan sehingga kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M
hadiah bulanan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)

Cara sertai Kempen Thohir 2018


Cara sertai kempen ni memang mudah, hanya buat penambahan potongan gaji untuk yang dah sedia buat potongan zakat dan yang baru nak buat potongan gaji zakat sila isi borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui beberapa pilihan saluran iaitu: 
Skim Potongan Gaji Zakat


  • Boleh walk in ke 11 kaunter PPZ-MAIWP
  • Layari Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
  • Rujuk kepada Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
  • Boleh bertanya dan dapatkan keterangan lanjut denagn majikan di syarikat atau organisasi
  • Atau paling mudah hubungi je TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757 dan pasti mereka akan bantu anda. 

Saluran mudah untuk Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T. 

Pesan Diah yang bekerja dan membuat potongan zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memang perlu rebut peluang ni ya. Selain dapat beramal dan memperoleh pahala dapat juga menang hadiah yang best.